Friday, February 27, 2009

Ini Lebih Kejam Dari Samy

Kadar tol 5 lebuh raya naik

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Kadar tol di lima lebuh raya akan mengalami kenaikan antara lima hingga 34 peratus mulai 1 Mac ini.

Lebuh raya terlibat ialah Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, bagi Lebuh Raya PLUS, kadar tol akan dinaikkan sebanyak 0.68 sen bagi setiap kilometer menjadikan kadar terbaru 14.2 sen untuk satu kilometer.

Berita di atas adalah adalah petikan dari Utusan Malaysia hari ini.

Daripada 5 lebuhraya yg akan dinaikkan tolnya, saya menggunakan 3 hampir setiap hari. Dahlah tu lusa nak naik semalam baru cakap. Ramai yg tak bersetuju lebih2 lagi di masa kegawatan sekarang.

Rasanya ada menteri yg hilang kerja ni.

21 comments:

  1. makin kuranglaa saya balik Baling lepas ni...

    ReplyDelete
  2. Politik semua sama... Samy pun sama..

    ReplyDelete
  3. Nice. Just what people really, really, really need.
    Makin ramai la yang dipukul hebat gelombang eko-no-money nih.

    Crappy move. Crippling people.

    Ni moto baru diorang agaknya.

    ReplyDelete
  4. ye..rakyat malaysia ni mmg selalu di'surprise'kn oleh yg menteri-menteri di Malaysia..

    ReplyDelete
  5. waahhh, tambah fofler ler menteri itewww

    ReplyDelete
  6. bos gaji bila mau naik...
    (bg yg ada boss la...)

    ReplyDelete
  7. tol naik darah pun naik... hehe jalan malam ada diskaun hehe

    ReplyDelete
  8. Meh pakat ramai2 kite gi keje ngan motor, nak lagi jimat naik beskal.

    ReplyDelete
  9. nasib baik jalan saya tak kena tol..........

    ReplyDelete
  10. YB pejabat sakura dekat ajer
    dgn umah xkena tol,
    leh simpan duit... ;-)))

    ReplyDelete
  11. bab naik tol ni... cakap sekarang, cakap esok, cakap hari ni, cakap tahun lepas... sama je... semua org akan bising & marah.... hanya yg tu je org suka kalau 'naik'.... kalau tak naik, macam2 la dibuat, tak kira dah banyak mana sekali pun kena bayar tol..... hehehe

    ReplyDelete
  12. jomlaahh...kita pakat2 beri anugerah 'penyapu' pd mereka2 yg naikkan harga tol tu....dlm keadaan ekonomi dah nak 'terbalik' camni pun sibuk sgt nak naikkan harga tol..mcmlah tak bole tunggu masa lain.

    ReplyDelete
  13. YB... cepat2 la apply utk jwtn menteri tu..

    masyukkkkk.... :D

    ReplyDelete
  14. syah shah,
    tol dah tak jadi naik. Baliklah ya.
    psst - saya selalu pegi Kupang dulu2. Ko Baling kat mana?

    kapten,
    semalam kata nak naik, hari ni cancel - adakah ini gimmik politik?

    Jard,
    Sabar.Bukankah ko pegi keje tak kena tol.

    Akmal,
    now the gov't got a good excuse to pay handsome amt of $$$ to the concessionaires

    citahrudin,
    thanks for finally giving yr comment.
    Menteri2 sekarang suka main acah2. Lepas ni apa pulak?

    Mak Su,
    popular for the wrong reasons adalah kot hehehe. Buat malu org S'gor aje.

    kulna,
    you ada bos bolehlah tanya mcm tu. Saya takde bos huhuhu (sendiri kena tanggung).

    zino,
    diskaun ciput tak berbaloi. Lagipun takkan nak pegi keje malam2.

    juliet,
    opis aku hampir satu marhalah jaraknya dari rumah. Kalau naik basikal mau tengahari baru sampai. Itupun kalau tak kena langgar kete kat NKVE hehehe

    ckLah,
    kat TI mmg tak kena tol tapi kalau nak ke KL ikut PLUS kena jugakkan? Lainlah kalau ikut Tg Karang hehehe

    sakurasa,,
    ini yg saya jeles ni. Simpan duit kalau dah banyak bolehlah belanja saya sate kajang.

    Shifu,
    segan saya nak komen balik (wink wink)

    nahmy,
    satu cadangan yg baik tapi nampak gayanya kena ditunda pasal tol dah tak jadi naik pulak (sekejapnya berubah pendirian).

    kts,
    tak mahulah apply takut kena sumpah orang. Nanti jadi batu!

    ReplyDelete
  15. alaahai..sabo jela..lagi2 org yg slalu guna..

    ReplyDelete
  16. baling dalam tasik... kikikikik :P :P

    ermmm, kat masjid titi teduri tuh... adelaa dalam 500meter lagi nak sampai pekan baling tuh... :D :D

    pi Kupang buatpa??

    ReplyDelete
  17. Liyana,
    kalau tiap2 beberapa tahun sekali naik tol, lama2 hilang jugak sabar hehehe

    syah shah,
    masjid yg sebelah kiri jalan tu ke kalau nak ke pekan Baling? Jadinya ada kebunlah kat tepi bukit tu? Bolehlah belanja kami makan durian kalau musimnya.
    Pergi Kupang tengok stesen kulit kerang tu. Dulu ada problem sikit.

    ReplyDelete
  18. pB,
    terima kasih atas saranan tapi rasanya pelanggan kurang nak percaya kalau kontraktor atau perunding mereka naik motor.

    ReplyDelete
  19. iye, masjid tu laa... sebelah masjid tu ade lorong, masuk ikut situle...

    kebun?? manede kebun kat situ... tanah kubur adelaa... kalo balik malam-malam, bile dah nak sampai je saye terus pura-pura tido... hahahahahah :P :P :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails