Sunday, February 15, 2009

Yang Ringan2 Aje OK kan?

Dah lepas tengah malam ni, buat yg ringan2 aje ok kan?

Eh jgn salah sangka - ini bukan adegan 18SX yg selalu kita dengar atau lihat dilakukan oleh pasangan muda mudi. Jgn cari pasal dan jauhkanlah diri dari maksiat.

Apa yg saya maksudkan ialah n3 saya kali ini mengenai sesuatu yg ringan. Apa benda yg ringan tu. Ini dia ha

Keropok udang - perhatikan perbezaan antara yg telah digoreng dgn yg belum. Syiling 50sen sebagai rujukan

Keropok udang ni kami beli di Pasir Penambang, Kuala Selangor. Di situ ada deretan gerai di tepi jalan besar yg menjual barangan laut spt ikan masin, sotong kering, udang kering dan keropok. Dulu2 mereka berniaga di tepi jalan aje tapi setelah jalan antara Klang dan Sabak Bernam dinaiktaraf, satu deretan kedai disediakan.

Ikan2 masin banyak terdapat di sini

Satu bungkus keropok tu berharga RM15 kalau tak ditawar. Kalau pandai tawar mungkin boleh turun kpd RM12 atau RM13. Isteri saya lagi terer. Menawar harga barang adalah kebolehan semulajadi dia agaknya. Harga keropok tu boleh turun lagi banyak. Kalau nak tahu berapa, boleh singgah di gerai di situ dan cuba tawar.

Samada anda berjaya menawar dgn banyak atau tidak, keropok ini memang sedap. Sekali rasa, tak hendak berhenti. Jadi kalau beli, jangan setakat 2 - 3 bungkus. Belilah banyak sikit.

19 comments:

  1. ada ker yg nak di share2 dengan kami.. terutamanya aku ler.... aku suka barang percuma!

    ReplyDelete
  2. Cerita pasal 'iwak gereh' rupenye....


    Pantun dua kerat:
    Hari ini hari Ahad,
    Saya bangun cepat....ha..ha..

    Nak basuh kaeennn!!!

    ReplyDelete
  3. ikan masin tu sedap masak lemak cili api dengan nanas. Alamak.. telio lak kpah.

    ReplyDelete
  4. waaa~ kalau di rumah, saya akan dipaksa goreng keropok spesis ni oleh abang saya..dia tu 'hantu' keropok ni..boleh la beli nanti buat hadiah kawin dia nanti ;p

    ReplyDelete
  5. Orang pepuan memang terer tawar menawar. Mak saya pun camtue.

    *Terasa lapar tengok kopok tue.

    ReplyDelete
  6. masih teringat-ingat keenakkan kopok leko losong..

    ReplyDelete
  7. huhuhu..sodapnye keropok udang..ahaha..

    ReplyDelete
  8. alamak, gambar takleh nak load lah uncle. so tak tau camne rupa keropok tu. Tapi hentamlah. saya ni hantu keropok. nampak = makan hehee :D
    tapi kami kat kelantan rasanya selalu dengan krepok gotey jah hehehe...
    Kalu keropok ubi ke, mak saya buat sendiri aje. Nak pulak yang sira tu. Saya hentam kat dalam kuali jugak la jawabnya :P

    ReplyDelete
  9. monkey,
    keropok udang tu ada lagi. Kalau ko dtg umah aku, bolehlah aku gorengkan.
    psst - makan di sini aje tau tak boleh tapau.

    ckLah,
    citer iwak gereh citer org susah mcm kami. Banyak kisah silam yg mengajar kami erti kehidupan.
    Awalnya bangun nak basuh kain? Suruhlah anak2 dara ckLah atau ambil bibik sorang. Budak Rahimah tu nak ke kerja part time? hehehe

    kakpah,
    tulang ikan talang atau kurau mmg sedap dimasak mcm tu. Di kg isteri saya di Tg Karang, ianya jadi hidangan kenduri kawen.

    e-leeyana,
    takkan abang e-leeyana aje yg hantu keropok ni? e-leeyana tak suka ke? Di rumah ni kalau goreng sekejap dah clear.
    Kalau ada masa boleh singgah di Pasir Penambang utk beli keropok ni.

    O,
    org pompuan mendapat kepuasan kalau berjaya menawar walaupun harga benda tu taklah mahal sgt. Biarkanlah mereka asal bahagia.
    Datanglah rumah kalau nak rasa keropok ni. Tapi cepat takut monkey sapu semua hehehe

    cikgooden,
    tentu ko teringat bukan saja keenakan keropok lekor Losong tapi keseronokan bersama keluarga semasa ko ke sana tempoh hari kan? Bila dah duduk berjauhan ni macam2 kenangan menerjah ke fikiran. Boleh kangen banget dibuatnya huhuhu

    ReplyDelete
  10. Liyana,
    mmg sedap. Kalau makan tak tahu nak berhenti selagi tak habis. Dia org letak ganja agaknya masa buat benda ni hehehe

    Akmal,
    Kesian tak dpt tengok gambar. Keropoknya besarrrr - mcm stereng kapal terbang. Di Kelantan mmg ada mcm2 keropok. Bila kami pergi sana beli keropok sampai tak muat bonet kereta.

    ReplyDelete
  11. zino tawar menawar tak berapa pandai juga.. tapi boleh le sikit2 hehe..

    kami ada gak ke sabak sana.. dan pernah sekali singgah kat kuala selangor tu beli.. tak tau la gerai yg di maksudkan tu kat mana..

    ReplyDelete
  12. mulanya mmg ringan tp klu dah 'belasah' kat 5-6 bungkus...naik sendawa kenyang gak tu...heheh

    ReplyDelete
  13. zino,
    kita org lelaki ni kalau tawar ala kadar. Kesian kalau turun banyak sgt. Tapi org pompuan mmg itu hobi mereka. Habis tu, mmg kita tak boleh challenge mereka.
    Gerai tu di sebelah kiri jalan selepas jambatan K S'gor menuju ke Tg Karang - dekat SM Sains.

    nahmy,
    taklah sampai 5-6 bungkus. Kalau dpt habis 5-6 keping pun dah banyak sbb ianya besar. Kena pulak dgn kopi o panas - mai secawan.

    ReplyDelete
  14. aisemen.. cite kopok jugak ye????

    ReplyDelete
  15. lain kali kalau zino ke sabak lagi (rumah kakak) cuba cari gerai tu..

    ReplyDelete
  16. cik konfius,
    kenapa ko tak beli cucur udang semasa ko kat Semenyih hari tu? Kenyanglah sikit dibandingkan makan keropok.

    zino,
    Oh kakak zino ada di Sabak ya. Kakak ipar saya tinggal di Sg Besar.
    Selamat mencari tempat menjual keropok tu.

    ReplyDelete
  17. tasik,
    kalau ko singgah rumah aku bila ko 'balik kampung' Kayu Hijau ko tu, aku bagilah sikit. Itu pun kalau stok masih ada hehehe

    ReplyDelete
  18. sedapnyer kopok...
    ni yang buat perut terasa lapar semcam jer hehehee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails