Thursday, February 5, 2009

Tempat Jatuh Lagi DiKenang

Tanggal 11hb Feb ini merupakan hari terakhir saya bekerja di tempat sekarang. Memandangkan saya akan bercuti esok utk ke Perak (cita2 nak beli Camry terpakai yg masih baru kerana difahamkan tuan punya nak kena berpindah dgn segera), dan diikuti cuti sempena Ta**masam pada hari Isnin dan cuti lagi pada Selasa kerana saya nak ke NS pula, makanya hanya tinggal 1 hari saja lagi saya akan masuk pejabat iaitu pada 11hb. Sesiapa nak hantar email, tolong jgn guna email pejabat - takut tak sempat baca. Boleh guna alamat gmail saya.

Banyak kenangan selama saya setahun bekerja dgn majikan sekarang. Ada yg telah saya catatkan di blog saya dan banyak yg tersimpan dlm memori saja. Malam ni sementara menunggu Nightline izinkan saya berkongsi kenangan semasa bulan Ramadhan lalu.

Baginda Sultan Selangor berangkat ke majlis berbuka puasa dgn rakyat di daerah Petaling. Majlis diadakan di Masjid Kelana Jaya Putra yg terletak tak jauh dari opis saya. Majlis anjuran bersama MAIS dan sykt tempat saya bekerja. Kali pertama saya berpeluang berjumpa dgn Sultan saya.
"Patik bangga menjadi rakyat tuanku (rakyat Selangor)".
ckLah - saya pun ada sultan tau.

Baginda berkenan menyampaikan sumbangan kpd mereka yg kurang bernasib baik. Lebih 400 org mendapat sumbangan RM300 setiap seorang sumbangan sykt saya. Perhatikan lelaki di sebelah kiri gambar tu. Dapat pegang dulangpun jadilah. psst - majlis ni keluar di kebanyakan media elektronik dan cetak sempena majlis tersebut. Kira tumpang glamer lah.

Kembar siam Ahmad dan Muhammad yg pernah mencuri perhatian seluruh negara sebelum menjalani pembedahan di Jeddah. Dah 10 tahun sekarang mereka ni. Tapi memerlukan bantuan utk kehidupan seharian seperti membeli lampin pakai buang. Sykt tempat saya bekerja menyumbangkan RM5000 setiap seorang.

Jumaat lepas usai solat saya merenung masjid ini sambil hati saya berkata, "mungkin ini kali terakhir saya solat di sini. Semoga amalan saya di sini selama setahun diterima Allah sebagai amalan soleh." Ala2 solat widak (ada ke istilah ni?)

Apapun banyak kenangan saya di sini.

23 comments:

  1. adekah aku termiss sesuatu?
    YB dah nak benti keje ngan sykt kerang tu ke or ditukarkan ke cwg lain? sebuk je ku nak tau.hehe

    ReplyDelete
  2. Abang berbaju melayu merah yg pegang dulang itu sungguh memukau. Merahnya pakngah,;D Semoga sukses walau dimana saja YB tercampak nanti ;D

    ReplyDelete
  3. abg yunus,
    selamat dalam segala2nya :)

    ikhlas

    ReplyDelete
  4. berjumpa dan berpisah, datang dan pergi, tidak dapat dielakkan. Semuga yb menemui sakses dalam hidup akan datang baik di dunia maupun di akhirat.

    ReplyDelete
  5. YB take care n moga amalan kita diterima Allah.Amin

    ReplyDelete
  6. Selalunya, kalau ada majlis rasmi di sekolah, untuk jawatan pemegang dulang kita orang cari budak-budak yang 'jambu-jambu' je....ha..ha...ha...

    ReplyDelete
  7. yb..selamat bercuti dan sukses ditmpt baru.

    ReplyDelete
  8. saye pon bakal bercuti dan hanya masuk ke pejabat semula pade 11hb... hihihihihih :P :P Takde kaitan betul... :P

    Apepon, semoga YB terus sukses dan maju jaya walau dimana pon YB bekerja... Ye, Idop YB... Mueheheheheh :D :D

    ReplyDelete
  9. PenyuBiru,
    Aku rasa ko dah termiss sesuatu. Cuba ko baca balik n3 tentang 2hb Feb baru2 ni.
    Aku dah benti kerja dgn kerang pd 2/2/08. Pd 11/2/09 ni pulak saya nak benti dgn sykt tempat saya kerja sekarang.

    Akmal,
    taqabalna wa minkum.

    juliet,
    sayang abg tu dah berpunya.
    Terima kasih atas ucapan. Akan saya jadikan pendorong.

    one love,
    terima kasih. Saya tahu Nurul ikhlas.

    kakpah,
    begitulah yg saya harapkan.

    sakurasa,
    I'll take care. You take care too.

    ckLah kata saya jambu ke? Jambu botol! kuang kuang kuang

    zue,
    cuti utk menguruskan perkara2 penting. Anyway TQ.

    syah shah,
    Selamat bercuti. Hidup YB dan hidup Una! hehehe

    ReplyDelete
  10. Monkey,
    ingat2 mcm tulah. Kan Nabi pernah bersabda, 9/10 dari pintu rezeki itu ada pada berniaga.

    ReplyDelete
  11. YB;
    Ow pleasssssee...tidak sekali-kali...ckLah maksudkan, hanya budak2 jambu je yg elok pegang dulang tu....YB jd asam boinya ok!!


    Apasal balik KL dah? Ingat nak suruh stay kat Perak dulu, dating ngan ckLah di Ipoh parade Superbowl esok...tak sempat pulak!!!

    ReplyDelete
  12. ckLah,
    acara kat sekolah bolehlah cari budak2 jambu. Ini acara rasmi dgn baginda Sultan, kena cari yg macho tapi penuh kesopanan mcm saya.
    Dah pegi tido. Jgn esok bola asyik masuk longkang kata tak cukup rehat.
    Sorry tak dpt nak join ckLah dan pom2 girls kerana saya ada mesyuarat PIBG pagi esok.

    ReplyDelete
  13. cik lah dengki nak pegang dulang la tu.... tapi dia tak 'jambu'.... hahaha

    Pak Yus.... pesan dah kat diorang, suruh hantar balik kunci camry tu.... tapi diorang cakap mohon derhaka, nak buat cam mana

    ReplyDelete
  14. salam..
    zino baru selesai tugasan di sini esok dah boleh balik..

    ReplyDelete
  15. hiksss...

    nmpknya En.YB kita akan ke angkasa lepas pula slps ini :D

    tp jgn lupa, pertarungan badminton kita...

    aku dah puas training spjg cuti ni... ko ngan juliet, melopong je la...

    kehkehkeh :D

    ReplyDelete
  16. waaaaa.... hehehe.. perasaan yg sama cam aku rasa.. sedihkan..?? hehehehe... tmpt yang jatuh lagikan dikenang, inikan pula tmpt duk bergossip.. heheheh

    bila nak lawan badminton nih, kasut badminton ku blum masuk kotak lagi nih.. hahahahah
    kts dah jenuh practise tuuu.. :P

    ReplyDelete
  17. shifu,
    gua caya sama lu. Save 5! Saya tahu ckLah jeles tengok saya kacip dgn Sultan. Itu tak masuk bab muka saya keluar kat tv dan suratkhabar.
    Tak dpt Camry kat Perak sekarang saya tunggu yg kat S'gor pulak hehehe

    zino,
    welcome back, bro.

    kts,
    training apa benda aku tengok ko sibuk ke pantai lah, naik bukitlah. Apa kata cuti 2-3 hari ni ko training betul2. Lepas tu kita lawan. Tapi aku cadangkan kita main 21 mata. Kalau main sistem 15 mata, aku rasa mau ko kena 15 -0.

    cik konfius,
    ko dah dpt kerja baru ke? kalau tak apa kata ko join aku aje hehehe
    Pasal badminton tu aku rasa lebih baik ko dan kts pegi training sama2. Lepas tu baru kita lawan.

    juliet,
    bila ko nak dtg training dgn aku?

    ReplyDelete
  18. Ada dua blog tu...sesuka je jadikan ckLah sebagai bahan umpatan tau....tak apa...teruskan dengan gigih...Setakat ni cklah kebal dan gagah perkasa lagi. darah Tun teja masih lancar mengalir...


    YB;
    Nak tengok tak gambar ciklah jadi pengacara majlis yang dirasmikan Raja Nazreen....masa form six tau!!Pakai kostum Puteri perak lagi...Nak tengok tak?...ha.? apa? Tak nak? Takut pengsan? Tak nak udah!!

    ReplyDelete
  19. ckLah,
    Tak tahu pulak saya Tun Teja tu ada darah Jawa. Tolong clarify.

    Nak tengok, nak tengok. Jgn pulak cakap dah ter'delete'.

    Teruskan komen utk menjadi yg ke23.

    ReplyDelete
  20. salam ,

    kakyong nak minta izin pinjam gambar si kembar amad & muhammad.. akan backlink ke sini.. harap tdk keberatan.

    kakyong.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails