Hari ini hari pertama saya bekerja sendiri - sudah tak makan gaji lagi. Pagi ini selepas menghantar Haikal dan Atikah ke sekolah agama, saya balik ke rumah. Kerja sendiri tak perlu terkejar2 ke pejabat. Setidak2nya kurang satu kereta di jalanraya pada waktu puncak pagi tadi.
Tak pergi ke opis waktu pagi tak bermakna saya boleh relak aje - takut tak berasap dapur nanti. Saya gunakan masa untuk membaca kontrak yg kami dapat dari sebuah syarikat multi nasional utk memberi khidmat pengurusan projek. Saya juga menghubungi beberapa org rakan utk membuat temujanji. Network kena bagus kalau nak cari kerja. Siang tadi baru ke pejabat teman saya di Shah Alam yg saya akan gunakan sebagai 'port' saya buat permulaan ini. Jarak dari rumah ke opis tu boleh tahan jauhnya - hampir satu marhalah.
Semalam, sebagai meraikan hari terakhir saya di syarikat lama, pihak pengurusan telah mengadakan makan tengahari. Sayangnya beberapa org kawan dan bos saya tak dapat turut serta kerana outstation atau ada mesyuarat dgn pelanggan. Apapun kepada kalian semua, terima kasih di atas segalanya selama saya setahun bersama kalian. Tersalah tersilap harap maafkan. Apa juga kesalahan kalian (jika ada) telah saya maafkan.
Semalam telah menjadi sejarah. Moga hari ini akan melakar sejarah yg lebih gemilang di hari2 mendatang!
Semoga lorong selepas ini dimudahkan Tuhan....
ReplyDelete11 Feb...juga ada sesuatu yang penting dalam sejarah kerjaya saya....tapi tak dpt cerita lagi...tak boleh upload atau publish post...tah hape kene...
YB bukak kampeni projek consultant ke? naper tak bukak restoren makan. bleh kitaorang makan free. hehe..
ReplyDeletesalam...semoga ini satu permulaan yang baik..ameen....kalau jadi millionaire nanti jgn lupa kawan blog,.ahahaha...
ReplyDeleteGood Luck YB...
ReplyDeletestrive for the best ye...
keje sendiri ni mmg kene kuat sket, kene tough lagik...
kalau tak, tak makan pulak anak bini nnti...
chaiyyo2...
Uncle, sudah jadi bos nampaknya?
ReplyDeleteHari pertama pun nampaknya dah bermula dengan cemerlang :D
InsyaAllah, akan dipermudahkan olehNya segala urusan dan rezeki.
semuga semua jalan untuk memcari rezki yang halal dipermudahkan.
ReplyDeleteckLah,
ReplyDeleteterima kasih dan semoga doa org yg solehah mcm ckLah dimakbulkan Allah. Bukan setakat lorong tapi lebuhraya hendaknya.
Saya tunggu citer tu.
PenyuBiru,
Saya ada cita2 nak buka francais pisang goreng yg saya panggil GPMS - Goreng Pisang Memang Sedap (jgn marah ckLah dan pencinta2 bahasa) tapi bila kenang kengkawan yg nak makan free aje, lemah terus semangat.
arsaili,
wsalam. InsyaAllah tak lupa.
Chekgu BH,
Kerja sendiri kena work hard and work smart. Kena merendah diri dan ikhlas kerana kita memberi perkhidmatan kpd pelanggan.
Akmal,
sendiri bos sendiri kuli hehehe. Tapi bos sebenar ialah client uncle. Kontrak tak bermakna kalau tak dapat PO utk projek. Kontrak bermula 16/2/09 utk tempoh setahun. InsyaAllah sedang berbincang utk 2 projek pertama. Kecil aje ribu2 bukan juta2.
kakpah,
begitulah hendaknya. Amin.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletewah bagus nih! bagus! memang bagus!
ReplyDeletehehehe
YB
ReplyDeleteMOGA
CEMERLANG
GEMILANG
DAN TERBILANG
YB maksudnya "Yang Berjaya" :D
ReplyDeletetahniah ye YB... semoga terus maju jaya selepas nih... Takpela projek kecil-kecil dulu pon... nak bermula, baru nak bertapak... kira okla tu... kan? :D :D
ReplyDeletenanti dah stabil jangan lupa panggil saya... saya nak keje part time saje, full time adelah untuk blogging... Hahahahahah :P :P
selamat maju jaya brader.
ReplyDeletehijrah tu ....
ameeennnnn...
ReplyDeleteade kerja kosong tak?? hehehe..
ReplyDeleteclap... clap...
ReplyDeleteselamat datang ke dunia baru..
dunia yang penuh cabaran... sepak terajang...
semoga ko kuat...
minumlah kopi cap abang KUAT..
wakakakakakakakaka... aku sikit gilos arini...
monkey,
ReplyDeletebagus banget pak
sakurasa,
itu mcm motto abang saya Pak Lah tu. Saya tengah fikir cogankata lain yg lebih mantop. Any suggestion?
juliet,
YB juga bermaksud "Yakin Boleh!"
syah shah,
takut aku nak ambik ko bekerja sbb nnt kita sama2 sibuk blogging, kerja tak jalan. Miss lah syoru.
cikgooden,
terima kasih. Sikit punya hijrah ke. Jarak pergi balik ke opis dah hampir2 boleh solat jamak qasar.
Semoga hijrah ini kpd yg lebih baik.
cik konfius,
amin utk ko jugak yg akan memulakan kerja di tempat baru tak lama lagi.
Jard,
aku tengah fikir apa kerja nak bagi kat ko. Em ... em... alah pening aku fikir. Ko kontek akulah kat gmail aku hehehe
kts,
bukan hari ni aje ko sikit gilos kan? Hari2 pun mcm tu
wah... dh jd big boss. :)
ReplyDeletekikikikik... alaa... oklaa tuh... saye punye kadar bekerja ngan kadar mengulo kan berkadar rata... kalo tak berblog, maka tak buat kerja... kalo buleh blogging, musti banyak kerja siap... hahahahahahahah :P :P :P
ReplyDeletegud luck...
ReplyDeletedah toke rupanya..
tasik,
ReplyDeletebig bos apa bendanya?
oh ya. aku tengah cari org yg boleh buat accounting - ko nak tak kerja tu?
syah shah,
apa kata ko buat company blogspot utk aku?
kulna,
terima kasih.
Belum jadi toke lagi. Taugeh adalah hehehe
wahhh~ congrats songrats..
ReplyDeleteen.YB, semoga sukses ye...
e-leeyana,
ReplyDeleteterlalu awal utk menerima sebarang ucapan tahniah - baru nak mula kerja sendiri. Anyway terima kasih.
Wah!smoga smuanya dipermudhkan ek.
ReplyDeleteaja2 fighting;)!huhu
Kerja dengan orang.... 8 jam sehari. Kerja sendiri, tak leh la 8 jam, kena 16 jam sehari.... sebab tu aku pilih kerja dengan gomen.... hehehe!
ReplyDeleteApa-apa pun selamat berjaya....
semuga berjaya dengan kerjaya sendiri.. mana tau satu hari nanti berjumpa utk handle projek kami hehe...
ReplyDeletexpe en.YB..kalau perlukan apa-apa bantuan, saya bisa membantu hehe..boleh saya buat ulangkaji pembelajaran sekali kuang3..dan yang penting, mana la tahu lepas abis blaja nanti tak dpt keje..en.YB kan ada heee~
ReplyDeleteLiyana,
ReplyDeletebegitulah yg diharapkan.
Shifu,
dulu masa saya bekerja dgn org selalunya 10 jam sehari. Pasal ingat nak rilaklah saya kerja sendiri.
psst - cikgu kerja bukan 6 jam aje ke sehari? hehehe
zino,
untung2 masin apa yg zino katakan. Nak jugak saya buat projek utk zino dan rakan2. Zino keje DBKL ke?
e-leeyana,
takkan dah tak dpt kerja tempat lain baru nak keje dgn uncle? huhuhu