Pada cuti Tahun Baru Cina yg lepas saya sekeluarga telah balik ke kampung isteri di Tg Karang. Kami telah ke Kg Baru Tiram Burok yg terletak di seberang jalan dari kampung isteri saya. Spt kampung2 baru yg lain, penduduk di situ terdiri dari kaum Tionghua.
Apa yg menarik perhatian saya ialah terdapat sederet lori treler yg diletakkan di hadapan sebuah rumah tauke Cina. Kaya org ni kerana lorinya aje dekat sedozen. Ini gambarnya
Lori2 di parkir kerana sudah hampir dgn TBC. Kalau tak, tentu di jalanraya membuat duit utk taukenya
Apa yg lebih menarik perhatian saya ialah nama pemilik lori yg tercatat di pintu lori2 kebanyakan lori tersebut adalah nama Melayu. Ada 2 nama - seorang lelaki dan seorang lagi wanita. Bin dan binti mereka sama - mungkin adik beradik. Fuyoo kayanya orang Melayu dua ni! Ada banyak lori yg dipandu oleh drebar2 Cina. Begitulah diharapkan bukan sekadar meminjamkan nama.
bisnes ali baba - harap2 dua dua untong beb.. ehehe
ReplyDeleteooo...otak business nih.. hehe
ReplyDeleteinilah yg dikatakan ali baba neh. jangka panjang, org kita yg rugi.
ReplyDeleteErrrrr....nanti kejap aku tanya suami aku.....Lori dia ada juga yang pergi Tanjung Karang hari tu....tapi yang bawaknya nama Mulyono dan Kartolo.....
ReplyDeletekutip sewa setahun sekali, kot
ReplyDeleteali bin baba punya lori ke??
ReplyDeletetauke cina tu dah masuk islam la aku rasa...
ehehehehehe.... bertambahlah umat islam yg kaya...
bagusle kalo betul melayu muslim yang punya... kalo setakat taruh nama dan takdak kuasa, memang budus sunggohla itu worang... Hohohohohoh :P
ReplyDeleteDah banyak terjadi kan. Macam pau Ahmad juga.
ReplyDeletemana ada driver cina yg nak kerja dgn org melayu. jarang berlaku. ini ali baba juga.
ReplyDeleteSalam YB,
ReplyDeleteHarap si dua bersaudara tu tak makan gaji je dengan tauke sebenarnya...
Masih takleh tengok gambar...
ReplyDeleteTapi takpelah. Sempena dengan posting ni, saya nyanyi lagu ali baba tu hehehe :D
nak duduk goyang kaki... hehee
ReplyDeleteen_me,
ReplyDeleterasanya satu pihak akan untung berganda manakala satu pihak lagi lepaslah duit susu anak.
Jard,
otak bisnes habis. Apa cara asal dpt duit, jalan.
PenyuBiru,
Si Ali mencari jalan mudah utk dpt duit walaupun menyebabkan ketirisan peruntukan utk bangsa kita.
ckLah,
Wow Pak Zahan ada lori. Ada drebar sendiri pulak lagi. Tahniah! Lebih banyak org kita mcm ni barulah kita boleh beri saingan kpd bangsa lain.
Mak Su,
mungkin jugak betul. Masa raya cina sesuai utk kutip sewa.
kts,
nama di badan lori tu bukan Ali bin Abdullah. Jadi bukan cina muallaf rasanya.
syah shah,
'aku peduli apa org lain nak kata. Yg penting masyuk. Kalau mereka dpt peluang mcm ni, entah2 lebih teruk dari aku' kata Ali.
kakpah,
ReplyDeletewalaupun dah banyak kali terjadi, org kita masih belum serik.
zue,
mmg jarang sgt org cina nak kerja dgn org melayu terutama utk menjadi drebar. Saya percaya lori2 dipandu oleh org cina jugak.
Zabs,
saya pun berharap begitu tapi saya takut itulah yg berlaku.
Akmal,
kesiannya dia. Mana dia lagunya? tak dengar pun.
monkey,
sebelum ko boleh duduk goyang kaki, kena cari tauke cina yg nak pakai nama ko hehehe