Tuesday, February 17, 2009

Bibik Kami (Yang Cun tu) Dah Nak Kawen!

Ingat tak lagi kisah bibik di rumah kami yg saya post lebih kurang 4 bulan yg lalu?

Sabtu lepas Cindy telah melangsungkan pertunangan dgn seorang pemuda Malaysia. Bukan calang2 org bakal suaminya itu. Dia seorang engineer yg kini bertugas di Dubai.

Cindy atau nama penuhnya Cindy Mutia Dewi dan rombongan seramai 5 org telah datang ke M'sia pada hari Khamis yg lepas. Pada Jumaat 6 org lagi termasuk tiga pupu anak2 saya yg duduk di Jakarta pula tiba. Mereka telah menginap di rumah kami selama 3H/2M (mcm pakej pelancongan bunyinya). Selama tempoh itu Hazwan telah membawa mereka berjalan2 ke banyak tempat2 menarik.

Bakal ibu mertua menyarungkan cincin

Cindy begitu mesra dgn Adam Hakimi. Gambar diambil semalam.

Majlis pernikahan akan dilangsungkan di Jakarta pada Julai ini, insyaAllah.

Rombongan saudara kami ini telah pulang ke Jakarta petang semalam dgn penerbangan Air Asia. Itulah yg saya sibuk sikit 3-4 hari ini. Maaf kalau tak sempat ziarah laman blog kalian.

20 comments:

  1. wahhhh. hebatlah. majlis antarabangsa , macam kenduri si ashraf artis tu.

    ReplyDelete
  2. asam di darat ikan di laut, dalam periuk bertemu juga. kalau tambah cili api dan santan, lagi sodapp...

    ReplyDelete
  3. Mak Su,
    Cindy kata dia nak buat majlis pernikahannya di taman. Garden Wedding. Takpelah bakal suami dia banyak duit. Sayang saya tak dpt ke Jakarta kerana anak2 belum cuti sekolah masa itu.

    Cinta Cukulet,
    ko pun cun jugak. Nak aku rekomenkan cowok2 Indon tak? hehehe

    kakpah,
    goreng pun sodap.

    ReplyDelete
  4. CUN maa..huhuhu..

    tahniah Cindy..moga bahagia hingga akhir hayat;)

    ReplyDelete
  5. waaa.. cun ar.. hehe..

    pssstt.. tolong carikan aku engineer jugak dari luar negara.. hahaha...

    ReplyDelete
  6. nanti bertandng ke jakarta lak yer...

    bibik pun cun..

    ReplyDelete
  7. memang cun... Hohohohoh... Sebbek saya pempuan... Hahahahahahahahahahah :P :P :P

    ReplyDelete
  8. Cindy tu mesra dgn Adam Hakimi takper, jgn mesra dgn Abah Adam sudahlah,hahahah.

    ReplyDelete
  9. cisssss!!! aku rasa tercabar...

    bibik ko yg nyata cun tu tlh menipiskan lg peluangku utk mendptkan lelaki mesia yg bagus2...

    ini takleh jadi...

    aku pun cun apa??
    mungkin aku kena jadi bibik dulu kot... br dpt engineer ke.. doktor ke...

    p/s: ko tak nak recommend kat aku ke? :P

    ReplyDelete
  10. fuhhh~ cmplicted nye la mjlis ni..dr 2 negara ke 1 negara..fiuhhh~ hebat2

    ReplyDelete
  11. ammvoiii jeliter sungguh bibik itttewww.. kalo duduk sebelah yb mesti lagikkks jeliter one uoolsss.. ehehe, larikkkks

    ReplyDelete
  12. bibik tak mcm bibik sgt pon...
    name pon dah glemer...

    dpt engineer, mmg tuah badan...
    huhu...

    ReplyDelete
  13. Liyana,
    kalau Cindy baca komen ni tentu dia akan belanja ko bakso semangkok hehehe

    Jard,
    betul ke ko nak engineer dari luar negara? Aku kan memenuhi kriteria itu (wink wink)

    kulna,
    Cindy bukan bibik saya - sila baca link di n3 ni.
    Majlis pernikahan dan persandingan akan diadakan di Tmn Mini Indonesia Indah, Jakarta dan di KL.

    syah shah,
    cakap aje ko jeles hehehe

    juliet,
    Cindy dah nak kawen. Aku bukan jenis lelaki yg sanggup membina istana di pusara kaum sejenisku kah kah kah.

    ReplyDelete
  14. kawe tak leh tengok gambar kat blog2... line berokban tak clear.... huhuhu.... hari ni tm call lagi, tanya line dah ok ke belum.... hampeh betul

    ReplyDelete
  15. KTS,
    eloklah ko rasa tercabar.
    Kalau ko nak jadi bibik, boleh keje kat rumah aku. Di rumah aku ada sorang mantan engineer! muahaha

    e-leeyana,
    ada satu negara lagi dlm kisah cinta ni - Australia! Tahun depan bakal suami Cindy akan menyambung pelajarannya ke sana.

    en_me,
    saja saya tak nak tunjukkan gambar Cindy duduk sebelah saya. Sure ramai yg jeles hehehe

    Chekgu BH,
    Cindy bukan bibik. Cuba baca n3 saya pada Nov tahun lepas.

    monkey,
    menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian sbb org lain dah kebas.
    Budak RTM tu ok jugak apa? kuang 3x

    Shifu,
    rugi you tak dpt tengok gambar Cindy. Sabarnya Shifu hehehe

    ReplyDelete
  16. Alamak....gambar takleh nak load. IP adress didetect as malware attempt. Kacau btol! Takleh tengok gambar langsung... :(
    Terlepas muka awek cun haahahahaa...

    ReplyDelete
  17. zino,
    saya mungkin tak ke Jakarta pada hari perkahwinan Julai ni kerana anak2 bersekolah.

    Akmal,
    auntie kata elok jugak Akmal tak dpt tengok gambar Cindy - takut tak dpt tidur nnt hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails