Tuesday, February 3, 2009

2hb Februari

Semalam 2hb Februari. Ada beberapa perkara penting dalam hidup saya pada tarikh 2 Feb. Di sini saya ingin catatkan di antaranya:
2 Feb 198*
Saya mula bertugas dgn sykt Kulit Kerang di Miri, Sarawak. Jawatan pertama saya selaku Area Engineer bagi kawasan Baram Delta. Kawasan ini merupakan tempat pengeluaran minyak dan gas tertua di M'sia. Sejak tarikh itu, duduklah saya di Miri sehingga saya beranak pinak di sana (dapat seorg anak aje masa di sana sebelum saya di tukarkan ke KL, seterusnya ke JB, KL semula dan balik ke Miri semuanya dalam masa hampir 10 tahun).

2 Feb 1993
Isteri saya melahirkan anak ketiga kami, Nurafifah Huda di Hospital Pakar Johor. Masa itu saya dipinjamkan ke Petronas Carigali utk melaksanakan Projek BARDEGG. Saya ditanggungjawabkan mengawasi kerja2 fabrikasi struktur di beberapa tapak di Pasir Gudang, Teluk Ramunia, Batam dan Pulau Jerjak.
Afifah dah Ting 4 sekarang dan minggu depan dia akan berpindah dari MRSM Gerik ke MRSM Serting. Dekat sikit dgn rumah - senang nak ambil dan hantar.

2 Feb 200*
Saya meninggalkan sykt Kulit Kerang setelah 22 tahun berkhidmat dgn mereka. 12 tahun terakhir dgn mereka, saya di bahagian hiliran. Saya terlibat mendapatkan kelulusan pelan, membina, menyenggara dan meroboh stesen minyak di seluruh negara. Merata pelusuk Malaysia saya jelajahi selagi ada stesen minyak merah kuning. Kalau ada stesen di tempat tuan/puan/cik, besar kemungkinan saya dah sampai ke situ!

2 Feb 2009 (semalam)
Apa saya buat? Saya ke Selatan tanahair - jalan2 cari 'makan'. Tak percaya? Nah tengok gambar2 ni

Di depan MITC, Ayer Keroh (dekat dgn pejabat Tasik Merah)


Restoran Syubaidah. Sepatutnya tempat ini utk restoran Melayu tapi mamak dan tawan.

Menara Jam Besar di JB

Pergi JB kalau tak makan mee rebus, tak sah. Mee rebus di Jalan Petri ini ada gearbox lagi!
Suasana petang di Pantai Lido
Lewat petang baru saya bertolak balik dari JB. Dapatlah merasa jam di Jalan Skudai. Singgah di Masjid Al-Alami Ayer Keroh utk solat bersama jemaah di sana pada waktu Isyak. Berjumpa dgn kawan lama sama2 kuliah dulu dan lepak2 di kedai mamak tu lagi. Ini ajelah tempat yg nampak hidup waktu malam kat Ayer Keroh ni!
Saya sampai ke rumah hampir jam 1 pagi.

23 comments:

  1. bestnya jalan2!

    memori 2 hb!
    banyak betul memorinya..
    hehe

    ReplyDelete
  2. tengok mula-mula nostalgik jugak. pastu timeline terus masuk semalam pulak hahaha :D
    bila nak ganti maria tengku sabri nih?

    ReplyDelete
  3. one love,
    Kalau you ikut sekali lagi best agaknya ahaks.
    Catatan hanya utk beberapa memori yg tak perlu censor. Yg lain biarlah rahsia!

    Akmal,
    citer tentang semalam tu nak bagi tau kenapa saya tak update n3 hehehe.

    ReplyDelete
  4. YB, ko nyombong yek. datang tak nk singgah.


    .

    ReplyDelete
  5. Tentu YB seronok jumpa kawan-kawan lama kan...banyak nostalgianya..YB nakal tak masa zaman belajar dulu-dulu?

    ReplyDelete
  6. hujung tahun lepas ada sebijik stesen merah kuning tuh baru tumbuh... Err... YB dah ke jejak kaki kat situ?? Heheheheheh :D :D

    ReplyDelete
  7. tasik
    macamana aku nak singgah, ko tak bagi alamat. Aku rasa opis ko sederet dgn Restoran Rasa Tasik tu kan (sempena nama ko ke?).

    HABIHA,
    seronok punya pasal sampai dekat pukul 11 malam masih di Melaka. Citer pasal keluarga, pasal kengkawan masa belajar, pasal projek(?) pasal perkembangan terkini tanahair . . . mcm2lah.
    Saya dulu baik. Sekolah menengah tak campur lelaki pompuan. Kat U pun tak ada awek hehehe

    syah shah,
    kat mana tu? kalau you tengok pelan kelulusan mungkin nama saya.

    ReplyDelete
  8. hari ini dalam lipatan sejarah :)

    ReplyDelete
  9. aiseh..pasni blh la masukkn rmh sy sbg destinasi ke selatan yang akan datang kan kan kan

    ReplyDelete
  10. bestnyer kerja... skang dah bersara?

    ReplyDelete
  11. Mak Su,
    mcm tu lah lebih kurangnya.

    PaKaramu,
    terima kasih kerana sudi mampir. Saya dah buat link - ok kan?

    e-leeyana,
    bila musim durian kat Segamat? Nnt saya boleh turun ke sana kalau kebetulan e-leeyana sedang cuti.

    kapten,
    best tapi itu dah tinggal dlm sejarah. Mulai minggu depan saya akan menempoh cabaran baru. Doakan saya berjaya.

    ReplyDelete
  12. tabik sama pak YB, masih berupaya jln2 jauh camtu dlm masa singkat! ronda sakan la tuh...

    ReplyDelete
  13. melihat gambar pantai lido tu menggamit kenangan lama. Tempat kpah lepak-lepak masa outing zaman sekolah dulu.

    ReplyDelete
  14. nahmy,
    pagi Selasa saya ada mtg kat KL jadi kena balik cepat. Lagipun trip semalam atas perbelanjaan sendiri - kenalah berjimat. Hotel dah mahal sekarang ngeh ngeh ngeh

    Kakpah org JB ya? Kampung kat mana? Kg Melayu?

    ReplyDelete
  15. nak tengok pelan kelulusan? Aiyoh, diorang dah cabut le papan tuh, tak berkesempatan nak tengok... err... kat kota kemuning ke bukit rimau tah... heheheheheh

    ReplyDelete
  16. rasa tasik? ke cahaya tasik hah? ha ha. aku pun tak berapa pasti...

    ppsttt... aku rasa tekaan kamu betul. ha ha.


    .

    ReplyDelete
  17. Jard,
    banyak makan garam bahaya. Boleh kena darah tinggi. ngeh 3x

    sakurasa,
    besssst. Kalau asyik buat atau tengok benda yg sama setiap hari boring jugakkan?

    syah shah,
    stesen yg tu bekas engineer saya yg jaga. Saya dah keluar dari kulit kerang masa mereka bina stesen tu.

    tasik,
    ini mesti ko tak pernah makan kat situ. Apa kata bila aku dtg lain kali ko belanja aku makan kat situ. Ko bagi tau tauke yg nama ko tasik merah - mungkin boleh dpt diskaun hehehe

    ReplyDelete
  18. YB dah round satu Mesia yer, byk pengalaman ni, makin tua makin berisi, bleh ke? hahaha.

    ReplyDelete
  19. juliet,
    ko dah balik ya!
    Round dalam negara aje. Tapi banyak tempat menarik kat negara kita ni.
    psst - jgn lupa nak lawan badminton dgn KTS

    ReplyDelete
  20. ok yb, dah tak tertinggal bas dah.hehe..

    oo..gitu citernyer. tentu pernah sampai kat stesen minyak shell hosba, ondeway ke changlung.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails