Saturday, February 21, 2009

Makan Besar

Semalam saya dan rakan bisnes ada perbincangan dgn prospektif klien tentang projek kami. InsyaAllah kalau ada rezeki, nilai projek adalah dalam 2-3 juta. Habis berbincang dah tengahari. Jadi utk merapatkan hubungan (dan meningkatkan peluang hehehe) kami pun ajak klien makan tengahari. Memandangkan projek berjuta2 hinggit takkan nak pergi kedai mamak. Kenalah bawa dia ke tempat ini . . . restoran seafood yg ada kelas

Macam2 jenis ketam ada kat situ. Harga ya Rabbi

Ikan ni pun boleh tahan mahalnya

Ini dipanggil Geoduck. Nampak lucah sikit. Tak berani nak cuba



Kami tak order benda2 di atas. Yang kami order makanan yg lebih biasa dimakan seperti udang kukus dan . . .


Tiram masak dgn keju

Siput buluh

dan ikan kukus

Saya terpaksa meninggalkan rakan bisnes dan klien (mereka bukan Islam) terus menikmati hidangan2 ini kerana saya nak ke masjid menunaikan solat Jumaat.

Moral of the story: kalau nak projek besar, makanpun besar huhuhu

18 comments:

  1. makan besar, projek besar, belanja besar...selera besar, tp perut lak kecik. tak boleh gak camni kan....ruuugiiii.. org lain yg sapu habis nanti...hehh..he

    ReplyDelete
  2. makan besar nanti masyuk pun besar... lumayan hehe

    ReplyDelete
  3. moga moga yb tak luper kawan kawan siber kalo dapat projek lumayan tewww.. ihiks

    ReplyDelete
  4. Salam YB,
    Dah mula biznes sendiri nampaknya. Bertambahlah size seluar kalau selalu makan besar gitu...hahaha...

    ReplyDelete
  5. itulah fitrah alam..... sebab tu manusia ada nafsu... yg membezakannya hanyalah daya tahan mengawal nafsu.... dan fitrah manusia itu sifatnya lemah dan serba kekurangan....

    ReplyDelete
  6. Makan besar. Nanti masyuk besar. Pastu makan besar lagi. Tapi kali ni janganler dengan client ajer. Know what i mean? hehehehe :D

    ReplyDelete
  7. errrr...aku tak mo le makan dengan ko....
    nanti ko asyik ambik gambaaaaaar je....malu ah!!!



    pssst: komen shifu tu....err..menginsafkan betul...suciiiii gitu!!

    ReplyDelete
  8. untung kalau aku jaga projek cam ni... hehehe

    ReplyDelete
  9. elok jugak YB tak makan..
    kalau saye pun, kdg2 geli nk makan kedai non-islam ni...

    mmg la kalau ikutkan ade label halal..
    tp kat signboard kedai sah-sah ade lambang arak...huhu...

    pakcik saye ade yg dah lali dan biase makan masakan cina ni, bile kami diajak sekali, nak makan mule2 mcm kembang tekak je..

    tp takmo kecikkan hati, taler sampai licin gak akhirnya...

    ReplyDelete
  10. lepas makan besar...boleh la gelak besar :D

    Salam uncle :)

    ReplyDelete
  11. nahmy,
    biar yg lain2 perkara tu besar jgn perut besar sudah. Senang dpt sakit nnt. Satu lagi yg tak nak besar adalah kepala. Menyampah org nnt, betul tak?

    zino,
    harapnya mcm tu lah.

    en_me,
    insyaAllah tak lupa. Tapi saya kena kerja lagi kuat. Satu projek tu aje tak cukup kerana tempohnya 2 tahun. Itupun kalau dpt.

    Zabs,
    Wsalam. Tak selalu jugak makan besar. Yang lebih kerap sejak kerja sendiri ini saya makan di rumah. Masakan isteri lagi sedap sambil dpt bermain dgn Adam.

    Shifu,
    cayalah Shifu. Jgn nafsu besar tenaga kurang sudahlah.

    Akmal,
    I know what you mean. Just give me a call before you dropby next time.

    ckLah,
    saya tak ambik gambar muka depa. Jadi jgn takut nak makan dgn saya. Tapi sebenar saya takut nak main badminton atau boling dgn ckLah kerana ckLah lagi ganas ambik gambar org hehehe
    psst - tahniah kerana menjadi satu2 nya pengomen wanita (setakat ni) utk n3 ni.

    kapten,
    ko nak kerja dgn aku tak?

    ReplyDelete
  12. huihh.. lapo menengoknyer.... tgh tgu nak makan niii...

    ReplyDelete
  13. Chekgu BH,
    alhamdulillah cikgu termasuk golongan yg warak ie yg menjauhi yg subahat. Tapi kalau dah bercampur dgn lain2 bangsa ini kadang2 susah jugak nak elak sepenuhnya.

    ReplyDelete
  14. 13May,
    sebelum dpt LA belum boleh gelak besar. Kalau gelakpun gelak kosong aje hehehe

    cik konfius,
    tengok kat gambar mmg cantik tapi rasanya pelik kalau tak biasa makan. Dah dekat pukul 4 ini tentu dah makan. Kalau belum mari saya belanja - baru beli chicken chop kat Iwani.

    ReplyDelete
  15. tumpang lalu...

    hahahah...apa ke "menatang" geoduck tu...mmg nmpk semacam je...teman mmg tak sesuai masuk2 tempat camni...semuanya besar2 belaka!

    Aku mau mobil yg besar...aku mau rumah yg besar...

    ReplyDelete
  16. wah...sejak digelar ORG BESAR..makan pun selera besar. perut nya sekali ikut besor he.he.he

    ReplyDelete
  17. cinta cukulet,
    insyaAllah bukan rasuah. Belanja kawan makan. Sebelum ni pun ada jugak belanja dia makan dan dia belanja saya makan.

    Dun A Rani,
    saya pun tak tahu dgn tepat geoduck tu apa binatang. Tapi setahu saya binatang laut kebanyakannya halal dimakan cuma kita lalu atau tidak aje.
    Kereta besar dan rumah besar dah boleh kira nafsu besar tak? hehehe

    zue,
    saya masih insan kerdil yg berusaha mencari sedikit rezeki utk keluarga (sayu pulak bunyinya hehehe).

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails