Monday, February 23, 2009

Baju Warna Warni

Satu perkara yg saya amati ialah penggunaan kain berwarna warni oleh orang2 Melayu. Fenomena ini jarang atau tidak terdapat pada bangsa lain seperti Mat Salleh, orang2 Afrika, orang2 Jepun, Eskimo dsbnya.

Cuba kita lihat baju kurung wanita kita - bukan setakat berbagai warna tetapi berbunga2. Baik yg muda mahupun yg dewasa, corak bunga warna warni dah menjadi kebiasaan. Berikut beberapa contoh yg sempat saya rakamkan

Guru bersama murid di hari perpisahan

Kaum wanita di dalam rombongan meminang

Di majlis kenduri

Bahkan di pusara pun baju berwarna warni

Mungkin kita sudah biasa dgn perkara ini kerana ia sudah menjadi sebahagian budaya kita tetapi bagi org luar mereka merasa tertarik dan ada juga yg hairan melihat betapa 'colourful' nya org Melayu.

18 comments:

  1. org per 1..
    bagi org2 p'puan corak bunga2 dan warna-warni memang dah biasa..klu pakai yg kalar plain nanti berpeluh nanpak pulak ketiak basah.

    ReplyDelete
  2. sbb pompuan pakai warna warni ler YB teringin nak amik gamba dorang ltk kat blog. kalau satu kaler je harus YB pandang sekilas pastu wat tak tau :D

    ReplyDelete
  3. mungkin sbb sesuai dgn kehidupan 'kita' yg penuh dgn warna-warni kott!

    ReplyDelete
  4. saya mmg orang Melayu yang punya koleksi baju kurung berwarna-warni. mungkin sudah nature, mungkin juga culture kita.

    saya tak suka warna2 mono, nanti saya seharian tak ceria :)

    warna banyak mempengaruhi.

    ReplyDelete
  5. warna warni menunjukkan keceriaan. pendapat kpah baju yang dipakai mesti sesuai dengan situasi. Kalau situasi sedih, kurangkan berwarna warni...

    ReplyDelete
  6. Pak Yus suka colour apa?

    saya suka colour 'biru', emmm... 'merah' pun ok gak....... hehehe

    ReplyDelete
  7. kenapa orang laki tak pakai baju warna-warni bunga-bunga cam baju kurung eh?barulah ceria hehehe

    ReplyDelete
  8. Last time I say a man dresses to kill with colour, is in Centre for Foundation Studies IIUM PJ dulu. That guy wore a black pant, long sleeve kaler oren, necktie kaler merah hati. Yep, total striker, it shone me in the eye, leaving me dazzled. I think Hazwan kenal dia, sebab dia dulu pun duduk Mahallah Umar, dan agak prominent kat sana.
    Saya ni agak conservative; plain kaler aje yang suka, tak pun hitam putih, suka yang simple simple ajer. Heck, rasanya kebanyakan lelaki macam tu kot ;)
    Uncle macam mana? :D

    ReplyDelete
  9. hehehe org africa kaler maler.
    india pun sama.
    holland pun sama gak...

    ;p comel kaler maler! i love!!!

    ReplyDelete
  10. jarang pakai warna warni.... plian colour walupun baju kurung tp suka tgk org pakai.

    ..>> minggu lps beli spasang bj kurung, then hubby tanya bila nk pakai.. errrkkk baru perasan dtang keja asyik pakai jeans dgn kemeja/tshirt/blaus aje. Apa kisah klu sy pakai baju kurung masuk site.. brutal engineer katakn.

    ReplyDelete
  11. Saya seorang yang suka berbaju hitam untuk bersantai ......belikan satu ya!!! Ehehehe...

    ReplyDelete
  12. orang keturunan india pun suka warna warni.
    selalu, kombinasi yang dorang pakai mem"WOW"kan pandangan. Terpaksa menyepetkan mata dek silau pancaran warnanya..

    ReplyDelete
  13. pB,
    hey looks who's here. Dah sihat ke? Harap cepat sembuh spt sediakala. Selalunya rasa sengal2 akibat denggi memakan masa juga nak baik.

    zue,
    pB dah potong ko lah. Lain kali cuba lagi ya hehehe.
    Ini teori yg tak pernah saya terfikir.

    juliet,
    gambar2 tu dah aku ambil sebelum saya buat andaian ini. Ianya cuma menguatkan lagi apa yg aku rasa.
    Lain kali aku nak masukkan gambar ko yg pakai baju kaler2.

    nahmy,
    adakah anda cuba mengatakan bahwa kehidupan org2 melayu lebih berwarna-warni dari kehidupan bangsa2 lain. Mungkin anda betul.

    Mak Su,
    tentu meriah hidup Mak Su dgn kehadiran warna dan corak yg pelbagai.

    kakpah,,
    mungkin ada org yg dah lali dgn warna sehingga tak mengira situasi (agak sayalah)

    Shifu,
    dulu saya suka warna cokelat tapi biru pun ok jugak. Semalam saya pakai baju cokelat pegi rumah pengantin. Kebetulan warna tema mereka cokelat. Nasib takde yg tersalam cangkuk dgn saya hehehe

    Cinta Cukulet,
    kan baju Melayu org lelaki berwarna warni walaupun kebanyakannya plain? Kalau nak tengok lelaki pakai baju corak, tunggu Khamis bila org gomen pakai batik hahaha

    ReplyDelete
  14. Akmal,
    bakal doktor ni plain kaler aje - too conservative and can be boring. Tapi probably sesuai utk pekerjaan tradisional spt doktor hehehe.

    one love,
    bahaya pakai kaler tu takut org ingat you penyokong hindraf hehehe

    kulna,
    kalau you masuk site pakai baju kurung warna warni mesti budak2 kontrak tu tak boleh kerja. Tambah pulak kalau you kena memanjat hehehe

    ckLah,
    adakah kerana hitam itu menawan? (bunyi mcm iklan rokok pulak!).
    Takkan nak mintak kat org takde kerja mcm saya? Pak Zahan kan ada - takut dia jeles hehehe

    Azman,
    org kaum tu mmg suka kaler yg kontras spt pakai seluar merah dan baju hijau. Kalau nak tengok boleh pergi pekan Banting lepas pekerja estet dapat gaji hehehe

    ReplyDelete
  15. melayu berjiwa coluring kot... hehehe

    ReplyDelete
  16. kapten,
    inilah akibat banyak sgt masuk peraduan mewarna hehehe

    jard,
    takde idea nak komenlah tu hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails