Tuesday, January 27, 2015

Oven by SLiCE : Lasagna Yang Semakin Dikenali Di Lembah Klang

Anak aku Atikah sebelum ini berniaga kain cotton Gred A secara online melalui syarikatnya yang diberi nama Sweet Little Cotton Enterprise atau singkatannya SLiCE. Pelanggannya sudah ramai dari seluruh tanahair. Alhamdulillah permintaan terhadap produknya sentiasa ada dan pada waktu-waktu tertentu terutama sebelum raya tak menang tangan dibuatnya. Jika berminat nak tahu lebih lanjut tentang produk tersebut sila klik iklan di atas ni.

Baru-baru ini sementara bersiap untuk mengambil paper akhir ACCAnya dia mencuba berniaga barang lain pula selain kain cotton yang masih diteruskan itu.  Dia memilih untuk menjual lasagna melalui cafe boutique yang kini banyak terdapat di Lembah Klang. Dia juga menerima tempahan secara online dan melalui whatsapp oleh jiran-jiran dan sanak saudara.


Lasagna yang telah siap dimasak. Pada peringkat awal ada dua saiz iaitu besar dan regular

Secara jujur aku sendiri pada mulanya kurang yakin terhadap bisnes tersebut. Tetapi apabila melihat jualannya yang semakin meningkat dari sehari ke sehari, aku naik semangat. Aku mula membantu dari aspek pemasaran dan ada ketika membantu di dalam urusan penghantaran. Jadi mat despatch pun takpelah demi untuk kemajuan perniagaan anak.


Ini jenama lasagna buatan Atikah: Oven by SLiCE. SLiCE adalah singkatan Sweet Little Cotton Enterprise. Ada beef dan ada chicken lasagna


Maklumbalas daripada pelanggan amatlah menggalakkan dan ramai yang memuji keenakkan lasagna ini. Jumlah repeat customers juga semakin bertambah ramai.

Jika anda ingin menikmati kelazatan lasagna Oven by SLiCE bolehlah menghubungi 0126830486 atau ig oven_byslice.


Monday, January 26, 2015

Aku Kembali?

Assalamualaikum para pembaca blog aku ni.

Dah berkurun aku tak update blog ini sejak aku sibuk di fb. Kepada rakan2 yang masih sudi membaca blog ini terima kasih aku ucapkan.

Jumaat lepas aku ke Melaka bersama client dan akitek untuk berjumpa pegawai dari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk berbincang tentang projek kami di sana. Di dalam perjalanan ke sana, akitek tu memberitahu kpd client kami dia terbaca blog aku. Dia tak sangka aku ada blog!

Akupun beritahu dia memang aku ada blog tapi dah lama aku tak kemaskini. Sekarang ini aku lebih banyak menulis di fb. Cerita-cerita yang agak panjang pun (yang lebih sesuai untuk medium seperti blog) aku masukkan fb. Kebanyakan kawan blog aku adalah kawan fb aku juga. Tapi aku juga sedar bahawa ada juga pembaca blog ini yg bukan kawan fb aku dan tak tahu kewujudan fb aku termasuklah akitek tadi.

Aku kata senang aje. Kalau nak cari aku di mana2 laman sosial maya ini taip saja mana penuh aku. Aku takde selindung2 punya. Mesti jumpa. Samada di blog, fb, ig atapun tweeter.

Bagi yang nak menghantar emel boleh gunakan alamat berikut: yunusbadawi.arahsaksama@gmail.com

Kepada yang nak menghubungi aku melalui whatsapp, sms atau call aku bolehlah hubungi 012-3020156.

Ini kali pertama aku beri no hp aku. Harap2 tak mendatangkan masalah yg di luar jangkaan. 


Monday, July 7, 2014

Tadarus Al-Quran

Sepanjang bulan puasa ini amalan bertadarus Al-Quran terdapat di mana-mana masjid dan surau. Di surau aku saja ada banyak kumpulan tadarus. Setiap kumpulan ada lebih kurang 10 orang peserta. Kumpulan lelaki dewasa ada 3. Kumpulan kanak-kanak ada satu manakala kumpulan muslimat ada 6! 

Ada yang bertadarus selepas solat witir setiap malam termasuk kumpulan aku. Memandangkan di surau kami diadakan tazkirah dan tahlil pada setiap malam, tadarus bermula dekat pukul 11 malam dan habis dalam pukul 12 tgh malam

Ada dua kumpulan memilih utk bertadarus selepas solat Subuh. 4 kumpulan wanita pula bertadarus dari pukul 8 - 10 pagi dari Isnin hingga Jumaat.

Bukan semua peserta tadarus lancar membaca Al-Quran. Ada yang tidak pernah belajar Al-Quran secara formal. Golongan ini yang biasanya membaca merangkak-rangkak dan menguji kesabaran peserta-peserta lain sebab nak habiskan membaca satu muka surat mengambil masa yang lama. Sabar ajelah …… huhu. Tapi aku tabik mereka ini kerana berani ikut bertadarus. Mana yang tak betul, peserta lain yang lebih terer ilmu tajwidnya bolehlah cuba membetulkan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Alhamdulillah dah masuk hari ke-9 puasa"

"Alhamdulillah"

"Eh, kau dah berapa juz quran?"

"Alhamdulillah  dah 9 juz. 1 hari 1 juz"

"Bagus"

"Eh, kau dah berapa juz pulak"

"Aku? Paling kurang 2-3 juz sehari"

"Wah maknanya dah khatamlah?"

"errr …… aku gilir-gilir"

"Maksud kau?"

"Jus tembikai, jus mangga, jus epal, jus carrot ……"

"Astaghfirullah!!!"


Thursday, June 19, 2014

Lagi Gambar-Gambar Di Bukit Tinggi


Istana Pagar Ruyong. Bangunan ini baru dibina semula setelah istana sebelum ini terbakar disambar petir. Bangunan ini mengandungi 3 tingkat. Semakin ke atas semakin kecil.




Kegiatan utama di Tanah Minang ialah pertanian terutama tanaman padi. Sawah mereka kecil-kecil dan dibina bertingkat kerana keadaan muka bumi yang bergunung ganang. Yang di dalam gambar ini kira agak luas juga ni





Kobis ditanam di tepi-tepi jalan aje. Bas mini adalah merupakan pengangkutan utama. Selain membawa penumpang ianya juga digunakan untuk membawa barang. Lihat bungkusan besar di atas bas tu.





Jam Gadang (jam besar) adalah mercu tanda Bukit Tinggi. Ianya dibina pada tahun 1926 dengan harga 3,000 guilder (duit Belanda). Sekarang kawasan sekitar Jam Gadang ini dipenuhi kedai2 termasuk Pasar Atas yang terkenal dgn pakaian dan telekung.






Ini proses memasak kek neraka!



Nak tahu rupanya?  Ini hah


Yang putih tu yang original resipi. Tepung dicampur kelapa. Yang cokelat tu dicampur pisang

Wednesday, June 18, 2014

Berlibur Ke Padang dan Bukit Tinggi, Sumatera (11 - 15 Jun 2014)

Air Terjun Lembah Anai


Tasik Maninjau


Shopping di Padang Panjang

Nasi Padang

Friday, May 30, 2014

Police and Thief

Semasa aku kecik dulu bila aku balik ke kampung nenek aku di Kg Datuk Keramat (kampunglah sangat) aku dan sepupu sepapat aku yang tinggal bersama nenek aku serta anak2 jiran yang lain yang sebaya dgn kami sering bermain pelbagai permainan masa itu. Main ikut musim. Kalau musim main baling selipar kat getah, kami main benda tu. Kalau musim lawan spider, jenuhlah cari spider di daun pandan untuk dilawankan. Bila musim main tikam2, untunglah Cina aiskrim yang juga menjual tikam2 tu. Bila tiba musim galah panjang, semua nak main galah panjang.

Tapi di dalam banyak2 permainan itu aku suka main "police and thief" atau di salah sebut "police sentry".

Budak2 sekarang mungkin tak tahu nak main police sentry ni sebab mereka lebih terdedah kepada permainan di alam siber.

Bagi yang tak tahu permainan ni, biar aku terangkan sikit mcmana nak main. Mula2 semua pemain akan dipecahkan kepada dua kumpulan: satu kumpulan jadi polis dan satu kumpulan jadi pencuri. Ada lagu yg dinyanyikan sebelum juz untuk menentukan siapa masuk kumpulan mana.

Police and thief went to jungle,
Police catch thief, thief ran away.

Itu salah satu versi. Ada juga versi yang telah dimelayukan berbunyi

Police and thief went to jungle
Polis mati, pencuri jaga

Bila pemain telah dibahagikan kepada dua kumpulan, satu tempat akan dipilih menjadi "jail" atau penjara. Kat kampung aku kami memilih tiang lampu di depan rumah nenek aku untuk jadi jail. Maka bermulalah polis berlari mengejar pencuri. Mana2 pencuri yang dapat ditangkat akan dimasukkan di dalam penjara. Tetapi rakan2 pencuri yang masih bebas boleh cuba melepaskan pencuri yang telah dipenjarakan dengan safe tangan mereka. Maka sibuklah yang jadi polis tu mengejar dan cuba menangkap pencuri2 tu sambil beberapa orang polis mengawal penjara agar pencuri yang telah ditangkap tidak dapat dikeluarkan oleh rakan2 pencuri.

Yang seronoknya permainan ini campur lelaki perempuan. Budak2 masa tu manalah kami tahu hukum hakam.  Masa aku kecik dulu budak perempuan takde yang pakai tudung. Jangankan budak, emak budak pun tak pakai tudung.

Bila budak lelaki cuba tangkap aku, memang ligat aku lari mengalahkan lipas kudung. Tapi bila budak perempuan terutama yang cun nak tangkap aku, aku lari-lari manja aje supaya dia boleh tangkap ….. hehehe

Bila giliran aku jadi polis, aku aim budak 2 perempuan yg cun untuk ditangkap dan dipenjarakan. Polis kena kira sampai 10 baru dikira berjaya menangkap pencuri. Untuk memastikan pencuri tak lari semasa mengira itu, kenalah pencuri itu dipeluk! Dan sudah tentulah aku mengira 1 sampai 10 lambat2 berbanding bila menangkap pencuri lelaki di mana kiraan 1 - 10 tu begitu pantas!

Tuesday, May 27, 2014

Buat Rosak Gambar Yang Cantik Ni …...

Dah lama aku tak memblog.  Kali ini tak nak citer panjang. Sekadar nak tayangkan beberapa keping gambar di pantai Jeram yang kami ambil hujung minggu yang baru ni.

Tadaaaa …..





Emak Adam kata cantik gambar2 ni. Tapi ada satu perkara yang buat rosak gambar tu terutama yang akhir tu.

Nak tahu apa dia?

Perut aku semakin ke depan ……. sob sob sob


Masa untuk lebih gigih berdiet ……. ngeeee

Tuesday, May 20, 2014

Macamana Nak Tulis 'Y' Kecil

Hari Sabtu lepas Adam bersama-sama lebih kurang 700 orang kanak-kanak yang sebaya dengannya telah mengambil ujian saringan untuk memasuki Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, SBP.

Semasa aku dan emak Adam nak menghantar Adam, jalan ke sekolah dah jam. Ada ibubapa yang meletakkan kereta mereka ikut suka. Biasalah orang Malaysia ini - macamlah dia seorang saja yang sayangkan anak. Kalau boleh nak bawa kereta masuk sampai dewan sekolah. Setelah merangkak macam siput babi akhirnya kami sampai depan gate kecik sekolah. Aku suruh emak Adam dan Haikal bawa Adam ke dewan sementara aku mencari parking. Niat di hati nak parking di Centrum yang terletak di dewan pagar sekolah tapi ada pula sebuah kereta parking betul2 di jalan masuk ke parking Centrum tu. Macam itu punya orang pun ada!

Bila aku berjaya dapat parking dekat Klinik Asyraff Muslim aku pun berjalan kaki ke sekolah. Ada seorang guru mengarahkan ibubapa menyemak nama anak2 mereka di kertas yang ditampalkan di tiang dewan. Nama mengikut abjad untuk menentukan kelas mana budak2 ini akan masuk untuk mengambil ujian. Adam dapat kelas bertanda D3. Kebanyakan budak2 di kelas itu bernama bermula dgn Muhammad. Dan ramai juga yang bernama Muhammad Adam xxxx. Ada yang Asyraff, ada entah apa2 lagilah. Anak aku Muhammad Adam Hakimi. Kalau mereka ni masuk kelas yang sama tahun depan jenuhlah cikgu nak kena panggil nama penuh. Tiga perkataan tu.

Semasa ujian dijalankan ibubapa tidak dibenarkan menunggu di luar kelas. Sebaliknya ada sesi dengan Guru Besar dan PIBG. BTW PIBG SK Setiawangsa telah dinobatkan sebagai PIBG terbaik seluruh Malaysia baru2 ini. Bolehlah ibubapa kanak2 yg ramai ini menjadi AJK PIBG tahun depan jika ingin menyumbang kepada kemajuan sekolah atau sekadar tumpang glamer PIBG yang gah ini…… hehehe.

Ujian berjalan dari pukul 8:30 pagi sehinggalah pukul 12:00 tgh. Ada juga ibubapa yang datang membawa anak mereka pada pukul 8:45 pagi. Mesti anak mereka stress bila masuk kelas yang budak2 lain dah mula menjawab kertas soalan.

Habis ujian, emak Adam tanya Adam macamana ujian. Dia kata senang sangat. Biar betul Adam ini. Harap2 senang kerana dia dapat menjawab dengan betul. Semasa Atikah tanya Adam, dia beritahu dia dapat menjawab semula soalan tanpa banyak masalah. Cuma satu saja yang menjadi masalah. Adam tak tahu nak tulis 'Y" kecik.

"Habis tu macamana Adam tulis?" tanya Atikah.

"Adam tulis 'Y" besar tapi Adam buat keciiikk aje," jawab Adam.

Harap-harap Adam dapat memasuki sekolah ini tahun depan untuk mengikuti jejak langkah kakak2 dan abang2nya. Haikal telah terpilih menjadi Tokoh Murid Lelaki sekolah ini tahun lepas dan gambarnya ada terpampang di bill board di atas tu (sebelah kiri gambar tengah). Aku pun tumpang enterframe …. hehehe

Monday, May 12, 2014

Mana Satu Nak Dipilih?

Hari Jumaat baru ni sedang emak Adam sibuk membantu rakan2nya menyiapkan bunga pahar di surau untuk majlis meraikan para ibu-ibu di taman kami pada hari Sabtu, anak kami yg berada di Sabah menghantar whatsapp bertanyakan no IC adiknya, Haizam. Masa itu aku tengah menyibuk di surau juga selepas tamat kuliah dhuha. Aku baru sedar keputusan UPU diumumkan hari Jumaat tu.

Dipendekkan cerita alhamdulillah Haizam ditawarkan mengikuti pengajian Asasi Ekonomi & Sains Pengurusan di UIAM. 

Sementara itu bila kami check keputusan temuduga untuk kursus CAT di UiTM Shah Alam, Haizam juga berjaya mendapat tempat. Bila lulus CAT ini boleh terus mengikuti kursus ACCA seperti yang dilakukan oleh kakaknya, Atikah.

Pagi Ahad aku telefon Haizam untuk memberitahu dia mendapat kedua-dua tawaran tersebut (pelatih PLKN dibenarkan menggunakan hp mereka hanya pada hari Ahad dari pukul 6 pagi - 5 ptg).

Haizam tak pasti kursus yang mana satu yang dia nak ambil. Dia kata dia nak solat istiharah dulu. Kami setuju dengan cadangannya itu. Tapi aku beritahu dia kena buat keputusan cepat kerana tarikh akhir untuk menerima atau menolak tawaran ini adalah pada 17hb Mei ini.

Sehingga entri ini ditulis aku masih menunggu jawapan daripada Haizam.


Thursday, April 24, 2014

Copy and Paste

Seorang pakar motivasi berkata:

"Tahun-tahun terbaik dalam hidupku aku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah isteriku."

Hadirin terkejut dan terpaku sambil tertanya-tanya …..

Beliau kemudiannya menyambung,

"Dia adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikut seminar tersebut kemudian mencuba hal ini di rumahnya.

Setelah makan malam, dia berkata dengan lantang di depan isterinya di dapur.

"Tahun-tahun terbaik dalam hidupku aku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah isteriku."

Dia berhenti sejenak memejamkan matanya cuba mengingati kalimah terakhir pakar motivasi tersebut.

Ketika matanya terbuka, dia tersedar dirinya terbaring di katil hospital, pengsan akibat dihentak dengan batu lesung ….. huhuhu






Moral of the story:

Don't copy, if you can't paste!




Wednesday, April 23, 2014

Nak Beli Monopod Dan Shutter?

Sekarang ini sibuk orang selfie. Kalau dulu guna tangan sendiri dan bolehlah muat muka sendiri atau 1-2 orang kawan dengan teknik tu sekarang telah ada monopod. Boleh ambil gambar kumpulan.

Kalau nak beli di kedai gambar, monopod ini agak mahal. Tapi kalau nak beli yang murah bolehlah menghubungi anak aku, Atikah yang telah mula menjual monopod mulai hari ini. Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan: cuma RM35. Ada tiga pilihan warna iaitu biru, merah dan hitam.






Selain daripada monopod, anda juga boleh membeli shutter.


Aku sekadar menolong anak aku yang belajar sambil berniaga untuk menampung yuran ACCA (kerana dia tak dapat pinjaman PTPTN). Harap anda juga boleh menolong dia.

Terima kasih.

Tuesday, April 22, 2014

Kepulangan Yang Dinanti

Kalau nak tahu sila klik di sini



Satu shortfilm terbitan Haikal Yunus, anak muda yang pergi ujibakat di RTM minggu lepas untuk menjadi pelakon drama …… hahaha

Monday, April 21, 2014

Anugerah Cemerlang Akademik SMK Taman Setiawangsa

Hari Sabtu lepas telah diadakan Majlis Anugerah Cemerlang Akademik di SMK Taman Setiawangsa. Haizam telah dijemput oleh pihak sekolah untuk menerima anugerah tapi sayangnya dia sedang berada di Kem Latihan Khidmat Negara di Miri. Maka akulah yang mewakilinya. Sejak aku kerja makan gaji lagi aku akan pastikan aku pergi ke majlis anugerah cemerlang untuk anak-anak aku walaupun terpaksa mengambil cuti. Bagi aku ini akan memberi sokongan moral dan dorongan untuk mereka berusaha lebih gigih lagi dan terus mencapai kejayaan di masa akan datang.

Haizam mendapat 3 anugerah kali ini:

1) Keputusan Cemerlang di dalam SPM
2) Terbaik subjek Sains
3) Terbaik subjek Ekonomi Asas


Rasalah aku naik pentas menerima anugerah ….. ngeeee

Untuk pelajar2 SPM tahun lepas semua penerima anugerah adalah pelajar perempuan kecuali Haizam dan seorang lagi rakannya.

Apasallah pelajar lelaki kurang menyerlah di dalam akademik?

Friday, April 18, 2014

Certified Accounting Technicians vs PLKN

Anak kami yg keempat telah berangkat ke Miri hampir dua minggu lepas untuk mengikuti kursus latihan khidmat negara di Kem PLKN Miri. Tengahari tadi dia telefon (guna telefon awam) meminta aku semak permohonannya ke IPTA.

Selepas Zohor semalam abang sulungnya tolong semakkan. Haizam mendapat tawaran untuk menghadiri temuduga untuk mengikuti kursus CAT iaitu kursus asas sebelum mengambil ACCA. Temuduga pada pukul 8:30 pagi 21 April ini di UiTM Shah Alam.

Aku pun menghubungi pihak Fakulti Perakaunan UiTM untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memberitahu mereka anak aku baru saja masuk ke kem. Pegawai yang bertugas memberitahu aku Haizam kena juga menghadiri temuduga pada Isnin ini. Kalau tak datang akan dikira tak berminat! Aku tanya dia takde ke kelonggaran untuk pelatih PLKN terutama yang dihantar ke Sabah/Sarawak kerana bukan murah nak beli tiket kapalterbang kalau nak balik. Dia kata ini kes pertama seperti itu. Setelah berbincang dia memberitahu paling lambat dia boleh bagi sehingga Rabu ini untuk menghadiri temuduga kerana keputusan temuduga perlu dihantar ke pihak pentadbir sebelum hujung bulan ini.

Aku diminta menghubungi pihak PLKN untuk urusan cuti anak dan perjalanan pulang ke sini dan balik semula ke kem. Segala kos untuk perjalanan itu adalah atas tanggungan sendiri …. huhuhu

Aku pun menelefon ibu pejabat PLKN di Wangsa Maju. Petugas di situ menyuruh aku menghubungi kem Miri untuk berurusan. Dia memberi aku nombor telefon kem Miri.

Aku pun menghubungi kem Miri. Setelah berbincang, mereka boleh menimbangkan untuk memberi cuti maksima 3 hari iaitu dari Ahad sehingga Selasa. Aku minta sehingga Rabu kerana khuatir kalau-kalau ada kelewatan di dalam urusan temuduga. Mereka suruh aku emelkan surat permohonan dengan segara sebab hari Jumaat mereka bercuti Good Friday. Aku pun emelkan surat permohonan berserta lampiran surat panggilan temuduga.

Sebelum Asar semalam mereka telah membalas emel aku memberitahu permohonan cuti untuk Haizam diluluskan dari Ahad sehingga Rabu.

Selepas pulang dari solat Asar di surau, sekali lagi abang sulungnya membantu menempah tiket kapalterbang. Booking MAS sebab waktu perjalanan yang lebih sesuai berbanding AirAsia. Jumlah bayaran RM420.

Alhamdulillah ayahnya ada sikit simpanan untuk duit tambang dia balik. Kalau tak, kirim salam ajelah ….

Monday, April 14, 2014

Aaron Aziz In The Making

Pagi tadi setelah balik dari menghantar Afifah ke KLIA untuk balik ke UMS, Kota Kinabalu, aku menghantar Haikal ke Angkasapuri pula. Tujuannya untuk dia menghadiri sesi ujibakat untuk rancangan drama terbitan RTM.

Minggu lepas pihak RTM ada menelefon emak Adam memberitahu yang Haikal terpilih untuk ujibakat setelah mereka berjumpa dengannya tahun lepas. Masa itu Haikal di Darjah 6. Pihak RTM ada meninggalkan nombor telefon pejabat untuk dihubungi kerana semasa mereka call itu Haikal berada di sekolah.  

Emak Adam tak minat anaknya terlibat dalam dunia lakonan. Selepas habis call, dia mula membebel!

Aku rilek aje. Kalau betul Haikal tu ada bakat berlakon, biarlah dia mencuba.

Minggu lepas Haikal cuba memanggil nombor telefon yg diberi tapi tiada jawapan. Akhirnya pada petang Jumaat baru dapat bercakap dgn pihak RTM. Mereka memberitahu budak-budak lain dah datang untuk ujibakat minggu lepas tapi Haikal masih boleh datang pada minggu ini. 

Maka pagi tadi kamipun ke Wisma TV.

Setelah mengisi biodata di borang yang diberikan, pihak Penerbit memberikan skrip untuk dihafal oleh Haikal. Tapi dia diberi kebebasan mengubah dialog mengikut kesesuaian diri sendiri asalkan tak lari dari jalan cerita. 

Aku dah terbayang Seniman Bujang Lapuk yang menghadiri sesi ujibakat.

Aku tak ikut masuk bilik tempat dia diujibakat sebab aku takut Haikal tak terkeluar dialog bila melihat muka aku, Tapi dari luar bilik yang bertutup itu aku boleh dengar sikit2 komen daripada pengarah.

Dia diberi watak ketua budak jahat. Aku tengok muka Haikal ni jenis budak baik. Kiranya tak cukup brutal. 

Dia boleh pegang watak hero macam Aaron Aziz aje. Watak jahat macam Sarip Dol belum mampu kot …...

Thursday, April 10, 2014

Nak Masuk Darjah 1 Pun Kena Saringan

Tahun lepas aku daftarkan Adam untuk masuk ke Darjah 1 di SK Setiawangsa untuk kemasukan pada 2015. Semasa aku mendaftar pada pertengahan tahun lepas sudah ada lebih 120 orang bakal murid mendaftar.  Aku yakin Adam dapat masuk sekolah itu kerana Haikal sedang belajar di situ pada tahun lepas. Dia pula adalah pembantu ketua murid. Sebab lain kami memilih sekolah ini adalah kerana sekolah inilah yang paling dekat dgn rumah kami. Sebelum inipun kakak2 dan abang2 Adam belajar di situ.

SK Setiawangsa merupakan sebuah sekolah berprestasi tinggi selain sekolah kluster. Setiap tahun pendaftaran untuk masuk Darjah 1 melebihi bilangan tempat yang disediakan. Untuk tahun 2015 aku difahamkan telah ada lebih daripada 700 orang bakal murid mendaftar. Tempat untuk Darjah 1 cuma 400 iaitu 10 kelas di mana setiap kelas mempunyai 40 orang murid. Kalau di kawasan luar bandar 400 tu dah bilangan keseluruhan sekolah.

Daripada bilangan yang mendaftar setakat ini, 300 orang murid pasti akan kecewa untuk memasuki sekolah tersebut. Macamana nak pilih yang 400 orang yang berjaya tu? Kalau dulu, berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Sekarang tidak lagi macam itu. Baru-baru ini aku dapat sepucuk surat daripada pihak sekolah. Ini suratnya:


Fuyooo …… macam nak masuk SBP atau MRSM

Wednesday, April 9, 2014

Blogger Award




Gambar di atas adalah dua Award yang pernah aku terima di awal dunia blogging aku. Seingat aku ada lagi beberapa award yang aku pernah terima masa itu. Cuma tak berapa rajin nak selak blog aku dulu.

Pada masa itu para blogger gemar memberi award sesama mereka terutama yang ada blog yg popular. Selain itu mereka juga suka tag blogger lain di mana sesiapa yang kena tag perlu menjawab soalan2 yang diberikan dgn jujur dan candid. Selepas menjawab tag itu mereka bolehlah tag blogger-blogger lain pula dan begitulah seterusnya. Ada ketikanya tag yang sama akan kembali ke blogger asal setelah melalui beberapa pusingan! ahaks.

Oh ya. Blogger e-leeyana yang memberi aku award di atas ni dah lama aku tak jumpa di alam maya blogging. Dulu dia student UUM kalau tak silap aku. Sekarang ni mungkin dia dah kahwin dan ada anak kot sebab dah 6 tahun masa berlalu.


Thursday, April 3, 2014

F15 BMW X5

Kawan aku Daddy Ziyyad tag aku di fb tentang kereta BMW X5 yang baru dilancarkan di Malaysia.

F15 BMW X5 dilancarkan di Malaysia - Bermula dari RM588,800




Semalam aku ada buat status jiran aku beli kereta baru 3 hari lepas yang berharga RM119K tunai. Dia kata malas nak hutang dah tua-tua ni.

Aku rasa pun malas jugalah nak hutang beli X5 …… hahaha


Its my dream car. I can only dream of it! ….. (so far)




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails