Monday, May 12, 2014

Mana Satu Nak Dipilih?

Hari Jumaat baru ni sedang emak Adam sibuk membantu rakan2nya menyiapkan bunga pahar di surau untuk majlis meraikan para ibu-ibu di taman kami pada hari Sabtu, anak kami yg berada di Sabah menghantar whatsapp bertanyakan no IC adiknya, Haizam. Masa itu aku tengah menyibuk di surau juga selepas tamat kuliah dhuha. Aku baru sedar keputusan UPU diumumkan hari Jumaat tu.

Dipendekkan cerita alhamdulillah Haizam ditawarkan mengikuti pengajian Asasi Ekonomi & Sains Pengurusan di UIAM. 

Sementara itu bila kami check keputusan temuduga untuk kursus CAT di UiTM Shah Alam, Haizam juga berjaya mendapat tempat. Bila lulus CAT ini boleh terus mengikuti kursus ACCA seperti yang dilakukan oleh kakaknya, Atikah.

Pagi Ahad aku telefon Haizam untuk memberitahu dia mendapat kedua-dua tawaran tersebut (pelatih PLKN dibenarkan menggunakan hp mereka hanya pada hari Ahad dari pukul 6 pagi - 5 ptg).

Haizam tak pasti kursus yang mana satu yang dia nak ambil. Dia kata dia nak solat istiharah dulu. Kami setuju dengan cadangannya itu. Tapi aku beritahu dia kena buat keputusan cepat kerana tarikh akhir untuk menerima atau menolak tawaran ini adalah pada 17hb Mei ini.

Sehingga entri ini ditulis aku masih menunggu jawapan daripada Haizam.


9 comments:

  1. Replies
    1. Kedua2nya ada kelebihan dan kekurangannya. Kebetulan anak sulung saya mengambil accountancy di UIAM manakala anak kedua sedang mengambil ACCA

      Delete
  2. Saya pun akan pilih ACCA since I am already in this field, walaupun bukan major.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas pandangan.

      Atikah pula berpandangan ACCA atau risky jika sangkut kerana cuma akan atau CAT di dalam tangan. Jika ambil degree di UIAM (atau di mana saja) peluang utk lulus lebih tinggi daripada ACCA.

      Delete
    2. That is very true. In the 80s ramai yg sangkut tak lepas acca. Yg buat degree suma lepas graduated n buat acca.
      safer degree....
      yg tak lepas..tu jadi clerk je

      Delete
  3. saya tak boleh komen, bukan bidang saya...tapi bunyi CAT/ ACCA tu macam biasa org ambil..hihihih..Moga Allah kurniakan ilham buat Haizam, memilih yg terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang semakin ramai org ambil CAT dan diikuti oleh ACCA. Itu sebab kena temuduga tempoh hari sebab ramai yang memohon. Syarat kemasukan pun agak ketat dibandingkan dgn kursus degree biasa. Ini untuk memastikan hanya mereka yang layak saja mengambil jurusan ini.

      Nevertheless, its much tougher than normal degree course …. huhu

      Delete
  4. Sebagai ibu, saya sudah terbiasa memberi kelebihan anak memilih mengikut apa yang depa lebih minat. Lebih berminat bermakna mereka akan lebih fokus kelak.

    all the best dan tahniah!

    ReplyDelete
  5. Anak buah saya amek ACCA kat UiTM Shah Alam jugak.. Mak dia suruh tunggu panggilan untuk pendidikan.. Tapi anak buah saya tu pilih ACCA gak.. Tak lama lepas tu, tawaran untuk kursus pendidikan pun sampai.. Tapi nak buat macam mana sbb dia dah daftar masuk UiTM dulu..

    Mula2 tu dia macam tak boleh nak bawak ACCA ni, mengadu kat mak dia, pastu mak dia cakap, dulu lagi dah tanya betul ke nak masuk ACCA tu.. Duit dah banyak habis.. Dia pernah gak kantoi exam, kena repeat.. satu paper yuran dia punya la mahal.. Lagi satu, anak buah ni jenis tak tau nak tanya atau segan bila tak faham.. Saya selalu cakap kat dia, kalau tak faham tanya la sape2.. Padahal adik saya dengan isteri diapun dua2 amek ACCA jugak dulu..

    Sekarang ni nampak anak buah tu macam dah okay.. Alhamdulillah.. Dah masuk tahun 2 kot..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails