Pagi tadi setelah balik dari menghantar Afifah ke KLIA untuk balik ke UMS, Kota Kinabalu, aku menghantar Haikal ke Angkasapuri pula. Tujuannya untuk dia menghadiri sesi ujibakat untuk rancangan drama terbitan RTM.
Minggu lepas pihak RTM ada menelefon emak Adam memberitahu yang Haikal terpilih untuk ujibakat setelah mereka berjumpa dengannya tahun lepas. Masa itu Haikal di Darjah 6. Pihak RTM ada meninggalkan nombor telefon pejabat untuk dihubungi kerana semasa mereka call itu Haikal berada di sekolah.
Emak Adam tak minat anaknya terlibat dalam dunia lakonan. Selepas habis call, dia mula membebel!
Aku rilek aje. Kalau betul Haikal tu ada bakat berlakon, biarlah dia mencuba.
Minggu lepas Haikal cuba memanggil nombor telefon yg diberi tapi tiada jawapan. Akhirnya pada petang Jumaat baru dapat bercakap dgn pihak RTM. Mereka memberitahu budak-budak lain dah datang untuk ujibakat minggu lepas tapi Haikal masih boleh datang pada minggu ini.
Maka pagi tadi kamipun ke Wisma TV.
Setelah mengisi biodata di borang yang diberikan, pihak Penerbit memberikan skrip untuk dihafal oleh Haikal. Tapi dia diberi kebebasan mengubah dialog mengikut kesesuaian diri sendiri asalkan tak lari dari jalan cerita.
Aku dah terbayang Seniman Bujang Lapuk yang menghadiri sesi ujibakat.
Aku tak ikut masuk bilik tempat dia diujibakat sebab aku takut Haikal tak terkeluar dialog bila melihat muka aku, Tapi dari luar bilik yang bertutup itu aku boleh dengar sikit2 komen daripada pengarah.
Dia diberi watak ketua budak jahat. Aku tengok muka Haikal ni jenis budak baik. Kiranya tak cukup brutal.
Dia boleh pegang watak hero macam Aaron Aziz aje. Watak jahat macam Sarip Dol belum mampu kot …...
ayahnya boleh jadik manager/PA!
ReplyDeleteBolehlah nanti mana2 penerbit yang nak ambil Haikal berlakon menghubungi saya. Kalau kawan2 Encik Abdul nak ambil dia berlakon, sila hubungi saya ……. wakaka
DeleteYB boleh jadi pengurus silap-silap boleh jadi pelakon tambahan
ReplyDeleteBertambah glamerlah saya lepas ni ….. hahaha
Deletemakin femes la YB lepas ni:-)
ReplyDeleteeh belum lagi. Baru ujibakat …. hehe
DeleteEsok2 jgn PA lebih2 sudah le ye...ekekkee...
ReplyDeletehahahahhaa
DeleteJunAina,
DeleteBiasalah PA lebih2 laksana lebih sudu dari kuah…… bahaha
Nak hahahahhaa jugak la.
DeleteKalau betul jadi macam Aaron Aziz, jenuh la Emak Adam nanti. Ramai sangat calon menantu datang menjengah.
DeleteHahaha.
t.a.t.a,
Deletehahaha berjemaah nampaknya ……. hahaha
belum jadi macam Aaron Aziz pun dah ada beberapa orang nak jadikan dia calon menantu ….. ngeeeee
Deletemacam mana RTM boleh kesan bakat Haikal? Masa dia masuk contest memasak tu kah?
ReplyDeleteSejujurnya saya pun tak berapa jelas kisahnya. Tapi apa yg saya dengar pada tahun lepas ada orang2 RTM datang ke SK Setiawangsa untuk melihat beberapa orang pelajar mengacarakan majlis. Daripada ramai2 murid itu entah macamana mereka tertarik dengan Haikal.
Delete(ada pakai2lah tu kot …. ) hahaha
Makchaq kena telek2 balik wajah Haikal ni...nak cam betui2.. pasainya aaron azi tu sampai la makchaq tak kenai/ingat muka dia..
ReplyDeleteNanti2 kalau ada tanya boleh la makchaq cakap makchaq ke.lnai Haikal tu...
Dah sempat telek2 balik ke wajah Haikal? Dia anak kami yg bulat tu. Masa kat rumah mertua Daddy Ziyyad dia ada.
DeleteAaron Aziz tu kalau nak tengok dia ada mengacarakan Fear Factor.
Beza utama antara Haikal dan Aaron ialah ketinggian ….. huhu
jaga-jaga. esok jangan bikin panas. nanti masuk melodi macam-macam soalan dia tanya kang!
ReplyDeleteRetis biasalah bikin panas. Kalau tak, orang tak tahu kisah depa ….. hehe
Delete