Friday, May 30, 2014

Police and Thief

Semasa aku kecik dulu bila aku balik ke kampung nenek aku di Kg Datuk Keramat (kampunglah sangat) aku dan sepupu sepapat aku yang tinggal bersama nenek aku serta anak2 jiran yang lain yang sebaya dgn kami sering bermain pelbagai permainan masa itu. Main ikut musim. Kalau musim main baling selipar kat getah, kami main benda tu. Kalau musim lawan spider, jenuhlah cari spider di daun pandan untuk dilawankan. Bila musim main tikam2, untunglah Cina aiskrim yang juga menjual tikam2 tu. Bila tiba musim galah panjang, semua nak main galah panjang.

Tapi di dalam banyak2 permainan itu aku suka main "police and thief" atau di salah sebut "police sentry".

Budak2 sekarang mungkin tak tahu nak main police sentry ni sebab mereka lebih terdedah kepada permainan di alam siber.

Bagi yang tak tahu permainan ni, biar aku terangkan sikit mcmana nak main. Mula2 semua pemain akan dipecahkan kepada dua kumpulan: satu kumpulan jadi polis dan satu kumpulan jadi pencuri. Ada lagu yg dinyanyikan sebelum juz untuk menentukan siapa masuk kumpulan mana.

Police and thief went to jungle,
Police catch thief, thief ran away.

Itu salah satu versi. Ada juga versi yang telah dimelayukan berbunyi

Police and thief went to jungle
Polis mati, pencuri jaga

Bila pemain telah dibahagikan kepada dua kumpulan, satu tempat akan dipilih menjadi "jail" atau penjara. Kat kampung aku kami memilih tiang lampu di depan rumah nenek aku untuk jadi jail. Maka bermulalah polis berlari mengejar pencuri. Mana2 pencuri yang dapat ditangkat akan dimasukkan di dalam penjara. Tetapi rakan2 pencuri yang masih bebas boleh cuba melepaskan pencuri yang telah dipenjarakan dengan safe tangan mereka. Maka sibuklah yang jadi polis tu mengejar dan cuba menangkap pencuri2 tu sambil beberapa orang polis mengawal penjara agar pencuri yang telah ditangkap tidak dapat dikeluarkan oleh rakan2 pencuri.

Yang seronoknya permainan ini campur lelaki perempuan. Budak2 masa tu manalah kami tahu hukum hakam.  Masa aku kecik dulu budak perempuan takde yang pakai tudung. Jangankan budak, emak budak pun tak pakai tudung.

Bila budak lelaki cuba tangkap aku, memang ligat aku lari mengalahkan lipas kudung. Tapi bila budak perempuan terutama yang cun nak tangkap aku, aku lari-lari manja aje supaya dia boleh tangkap ….. hehehe

Bila giliran aku jadi polis, aku aim budak 2 perempuan yg cun untuk ditangkap dan dipenjarakan. Polis kena kira sampai 10 baru dikira berjaya menangkap pencuri. Untuk memastikan pencuri tak lari semasa mengira itu, kenalah pencuri itu dipeluk! Dan sudah tentulah aku mengira 1 sampai 10 lambat2 berbanding bila menangkap pencuri lelaki di mana kiraan 1 - 10 tu begitu pantas!

10 comments:

  1. salah satu game feveret masa kecik!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita duduk kampung yg sama masa tu bolehlah kita main sama …… hehe

      Delete
  2. main tikam pun sebenarnya tak syariah compliance tuuu...judi....hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tu JAKIM belum wujud lagi.

      Habis duit raya buat main tikam …… huhuhu

      Delete
  3. gatalll ... kecik2 lagi dah amek kesempatan... muahahahahaaaa..... !!!!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecik2 takpe kot. Lainlah kalau dah besar ni….. hehehe

      Jom main nyorok2 ….. muahahaha

      Delete
  4. saya dulu pun main ni jugak YB.Campur laki pompuan.Tapi xdelah benda2 pelik berlaku macam sekarang ni. Tapi bila dah besar jadi malu jumpa kawan2 lelaki.Semua dah kahwin n beranak pinak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kat Kuching pun ada mainan ni ek? Ingatkan kat Semenanjung ni aje …. ngeeee

      Nakal budak2 dulu takde mcm budak sekarang. Itu sebab bila kita dah besar semua jadi orang ….. hehe

      Delete
  5. hahaha,kecik2 lagi dah merenyam ye ;)
    tp betullah, sy dulu2 pun main campur lelaki pmpuan
    main kawen2
    pastu main apa tah lompat atas belakang tu
    selamba je lompat atas belakang budak lelaki, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngata saya tapi Irfa pun sama ….. hahaha

      Masa kecik dulu manalah kita tahu hukum sangat. Lagipun bukan ada niat apa2 pun. Takde karan pun ….wakaka

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails