Monday, January 26, 2015

Aku Kembali?

Assalamualaikum para pembaca blog aku ni.

Dah berkurun aku tak update blog ini sejak aku sibuk di fb. Kepada rakan2 yang masih sudi membaca blog ini terima kasih aku ucapkan.

Jumaat lepas aku ke Melaka bersama client dan akitek untuk berjumpa pegawai dari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk berbincang tentang projek kami di sana. Di dalam perjalanan ke sana, akitek tu memberitahu kpd client kami dia terbaca blog aku. Dia tak sangka aku ada blog!

Akupun beritahu dia memang aku ada blog tapi dah lama aku tak kemaskini. Sekarang ini aku lebih banyak menulis di fb. Cerita-cerita yang agak panjang pun (yang lebih sesuai untuk medium seperti blog) aku masukkan fb. Kebanyakan kawan blog aku adalah kawan fb aku juga. Tapi aku juga sedar bahawa ada juga pembaca blog ini yg bukan kawan fb aku dan tak tahu kewujudan fb aku termasuklah akitek tadi.

Aku kata senang aje. Kalau nak cari aku di mana2 laman sosial maya ini taip saja mana penuh aku. Aku takde selindung2 punya. Mesti jumpa. Samada di blog, fb, ig atapun tweeter.

Bagi yang nak menghantar emel boleh gunakan alamat berikut: yunusbadawi.arahsaksama@gmail.com

Kepada yang nak menghubungi aku melalui whatsapp, sms atau call aku bolehlah hubungi 012-3020156.

Ini kali pertama aku beri no hp aku. Harap2 tak mendatangkan masalah yg di luar jangkaan. 


8 comments:

  1. lamanya tuan tanah kedaung tak update blog....lepas ni penuhlah whatsup tu. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan tanah kedaung sibuk sikit ..... termasuk sibuk cari rezeki nak bagi makan keluarga ..... ngeeee

      Delete
  2. Fuhhh...letih tau tunggu YB update blog...

    Saya simpan email adress dan no tel utk rujukan masa hadapan tapi kalau tak simpan pun boleh cari di FB kan... Sila risau pasal no telefon tu takut whatsapp tak renti berbunyi.

    Saya juga guna nama penuh untuk FB dan blog...IG lupa pulak guna nama apa...ahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awat tak habaq. Saya tengok memang ramai yg masih masuk blog ini setiap hari tapi tak tahulah Aina salah seorang daripada mereka.

      Eloklah simpan no tu sebab mungkin saya akan delete no hp tu ...

      IG saya tu tak update pun. Saya ingat sebab guna nama sama dan password sama.

      Delete
  3. tuuudia....nanti ramai lah peminat contact tu...:)

    makcik pun guna nama sebenar je....kot2 jumpa semula kenalan dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni belum ramai yg contact. Mungkin mereka belum baca status yang ini. Adalah org yg hantar msg tapi tak kenalkan diri.

      Makcik kat sini tak guna nama sebenar pun. Tapi tetap glamer ....

      Delete
  4. Replies
    1. Dia takde blog tapi bila ada masa dia rajin skodeng blog ni .... hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails