Monday, April 21, 2014

Anugerah Cemerlang Akademik SMK Taman Setiawangsa

Hari Sabtu lepas telah diadakan Majlis Anugerah Cemerlang Akademik di SMK Taman Setiawangsa. Haizam telah dijemput oleh pihak sekolah untuk menerima anugerah tapi sayangnya dia sedang berada di Kem Latihan Khidmat Negara di Miri. Maka akulah yang mewakilinya. Sejak aku kerja makan gaji lagi aku akan pastikan aku pergi ke majlis anugerah cemerlang untuk anak-anak aku walaupun terpaksa mengambil cuti. Bagi aku ini akan memberi sokongan moral dan dorongan untuk mereka berusaha lebih gigih lagi dan terus mencapai kejayaan di masa akan datang.

Haizam mendapat 3 anugerah kali ini:

1) Keputusan Cemerlang di dalam SPM
2) Terbaik subjek Sains
3) Terbaik subjek Ekonomi Asas


Rasalah aku naik pentas menerima anugerah ….. ngeeee

Untuk pelajar2 SPM tahun lepas semua penerima anugerah adalah pelajar perempuan kecuali Haizam dan seorang lagi rakannya.

Apasallah pelajar lelaki kurang menyerlah di dalam akademik?

24 comments:

  1. Tahniah Haizam!
    Tahniah ayah Haizam!
    Tahniah Emak Adam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh Emak Adam la pulak.

      Tahniah emak Haizam.

      Delete
    2. Terima kasih Kak t.a.t.a
      Terima kasih Cik t.a.t.a
      Kesuwon t.a.t.a

      Delete
    3. Emak Adam dah terkenal di dunia blog ini. Jadi adik beradik Adam terpaksalah menerima panggilan itu walaupun itu emak mereka juga

      Delete
    4. Dr Singa,

      yang mana yg menggelikan hati tu ….. huhu

      Delete
  2. Eh, 1st lagi la. Hahaha.

    YB, hadiah yang dulu tu simpan ye. Satu hari nanti saya minta hadiah tu, YB kena datang and present sendiri pada saya. Boleh?


    Ngade-ngade nyer. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadiah sumi yg hari tu dah nak expire. Nanti musim cuti sekolah ni mesti banyak pergi becek. Kalau kat kampung tu biasanya dapat sumi. Bolehlah saya hantar. Tapi awak call lah saya bagitahu nak hantar kat mana. Dah dapat no saya kan dari Elly? …… ahaks

      Delete
    2. Saya belum ambil lagi no tu dari Elly. One fine day nanti saya ambil. Tunggu je la wassap saya karang. Hehe.

      Delete
    3. kalau lambat biar saya saja yang ambil no t.a.t.a dari Elly ….. ahaks

      kita tengok siapa whatsapp siapa dulu …. hahaha

      Delete
    4. Kak Elly, tanya aku dulu tau kalau nak bagi no aku tu pada sesiapa. Nge he he he.

      Delete
    5. nanti pandailah saya ayat Elly tu ….. wakaka

      Delete
  3. amboiii..
    senyum lebau ayah Haizam ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyum tu kan sedekah? Itu macam sedekah duit RM50 ….. hahaha

      Delete
  4. tahniah...yelah kan kenapa la budak lelaki sekarang kurang menyerlah:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih…..


      Budak lelaki tak minat belajar dan ulangkaji. Tak macho rasanya kot ….. huhu

      Delete
  5. Masuk TV PIBG terbaik menang Rm50k rasanya saya tak salah dengarkan?

    Haizam yang berjaya ayah pulak yg glamer...ehehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang menang PIBG terbaik Malaysia tu ialah PIBG SK Setiawangsa. Sekolah rendah tempat anak2 saya belajar juga tu. YDP PIBG SKS adalah juga Timbalan YDP PIBG SMK Setiawangsa. Beliau merancang agar SMK kami dapat menjadi sekolah kluster dan seterusnya sekolah berprestasi tinggi.


      Biasalah tu ayahnya tumpang glamer. Siap masuk blog lagi …… hehehe

      Delete
  6. Ooo..Haizam ada ambik juga subjek Ekonomi ya...bagus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah dia ambil subjek Ekonomi dan Perakauan Asas. Ada basic kalau nak buat ACCA nanti ….

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails