Thursday, June 19, 2014

Lagi Gambar-Gambar Di Bukit Tinggi


Istana Pagar Ruyong. Bangunan ini baru dibina semula setelah istana sebelum ini terbakar disambar petir. Bangunan ini mengandungi 3 tingkat. Semakin ke atas semakin kecil.




Kegiatan utama di Tanah Minang ialah pertanian terutama tanaman padi. Sawah mereka kecil-kecil dan dibina bertingkat kerana keadaan muka bumi yang bergunung ganang. Yang di dalam gambar ini kira agak luas juga ni





Kobis ditanam di tepi-tepi jalan aje. Bas mini adalah merupakan pengangkutan utama. Selain membawa penumpang ianya juga digunakan untuk membawa barang. Lihat bungkusan besar di atas bas tu.





Jam Gadang (jam besar) adalah mercu tanda Bukit Tinggi. Ianya dibina pada tahun 1926 dengan harga 3,000 guilder (duit Belanda). Sekarang kawasan sekitar Jam Gadang ini dipenuhi kedai2 termasuk Pasar Atas yang terkenal dgn pakaian dan telekung.






Ini proses memasak kek neraka!



Nak tahu rupanya?  Ini hah


Yang putih tu yang original resipi. Tepung dicampur kelapa. Yang cokelat tu dicampur pisang

10 comments:

  1. Replies
    1. Pemandu pelancong kami yg panggil kek neraka sebab dimasak dgn api atas bawah ….. hehe

      Delete
  2. Kek nuraka itu saya pon makannn jugak dulu...ahahaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Aina pun pernah makan juga kek neraka ni. Kedai menjualnya tepi jalan je. Senang nak singgah

      Delete
  3. Replies
    1. Kalau makan tak bayar tu dosalah …… hahaha

      Delete
  4. Pemandu pelancong kami pula sebut bika....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemandu pelancong di memang pakat. Pergi tempat sama tak kira pakej mana yg kita ambil ….. huhu

      Delete
  5. macam buat bahulu zaman dulu2 kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu juliet. Saya pernah menolong nenek buat bahulu yg guna api atas bawah. Panas wei bulan2 puasa …… huhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails