Tuesday, May 20, 2014

Macamana Nak Tulis 'Y' Kecil

Hari Sabtu lepas Adam bersama-sama lebih kurang 700 orang kanak-kanak yang sebaya dengannya telah mengambil ujian saringan untuk memasuki Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, SBP.

Semasa aku dan emak Adam nak menghantar Adam, jalan ke sekolah dah jam. Ada ibubapa yang meletakkan kereta mereka ikut suka. Biasalah orang Malaysia ini - macamlah dia seorang saja yang sayangkan anak. Kalau boleh nak bawa kereta masuk sampai dewan sekolah. Setelah merangkak macam siput babi akhirnya kami sampai depan gate kecik sekolah. Aku suruh emak Adam dan Haikal bawa Adam ke dewan sementara aku mencari parking. Niat di hati nak parking di Centrum yang terletak di dewan pagar sekolah tapi ada pula sebuah kereta parking betul2 di jalan masuk ke parking Centrum tu. Macam itu punya orang pun ada!

Bila aku berjaya dapat parking dekat Klinik Asyraff Muslim aku pun berjalan kaki ke sekolah. Ada seorang guru mengarahkan ibubapa menyemak nama anak2 mereka di kertas yang ditampalkan di tiang dewan. Nama mengikut abjad untuk menentukan kelas mana budak2 ini akan masuk untuk mengambil ujian. Adam dapat kelas bertanda D3. Kebanyakan budak2 di kelas itu bernama bermula dgn Muhammad. Dan ramai juga yang bernama Muhammad Adam xxxx. Ada yang Asyraff, ada entah apa2 lagilah. Anak aku Muhammad Adam Hakimi. Kalau mereka ni masuk kelas yang sama tahun depan jenuhlah cikgu nak kena panggil nama penuh. Tiga perkataan tu.

Semasa ujian dijalankan ibubapa tidak dibenarkan menunggu di luar kelas. Sebaliknya ada sesi dengan Guru Besar dan PIBG. BTW PIBG SK Setiawangsa telah dinobatkan sebagai PIBG terbaik seluruh Malaysia baru2 ini. Bolehlah ibubapa kanak2 yg ramai ini menjadi AJK PIBG tahun depan jika ingin menyumbang kepada kemajuan sekolah atau sekadar tumpang glamer PIBG yang gah ini…… hehehe.

Ujian berjalan dari pukul 8:30 pagi sehinggalah pukul 12:00 tgh. Ada juga ibubapa yang datang membawa anak mereka pada pukul 8:45 pagi. Mesti anak mereka stress bila masuk kelas yang budak2 lain dah mula menjawab kertas soalan.

Habis ujian, emak Adam tanya Adam macamana ujian. Dia kata senang sangat. Biar betul Adam ini. Harap2 senang kerana dia dapat menjawab dengan betul. Semasa Atikah tanya Adam, dia beritahu dia dapat menjawab semula soalan tanpa banyak masalah. Cuma satu saja yang menjadi masalah. Adam tak tahu nak tulis 'Y" kecik.

"Habis tu macamana Adam tulis?" tanya Atikah.

"Adam tulis 'Y" besar tapi Adam buat keciiikk aje," jawab Adam.

Harap-harap Adam dapat memasuki sekolah ini tahun depan untuk mengikuti jejak langkah kakak2 dan abang2nya. Haikal telah terpilih menjadi Tokoh Murid Lelaki sekolah ini tahun lepas dan gambarnya ada terpampang di bill board di atas tu (sebelah kiri gambar tengah). Aku pun tumpang enterframe …. hehehe

14 comments:

  1. hahhahhaaa!!
    kira boleh lah tu Adam!!!

    fuh!!
    bill board tu bang!!!
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah kot sebab janji ada rupa Y.

      Haikal yang perasan ada gambar dia kat bill board tu semasa kami duduk di wakaf kat sekolah tu menunggu hujan reda. Apalagi teruslah ambik gambar. Takut tahun depan dah tukar gambarnya …… hehehe

      Delete
  2. ni dah mcm baca qunut panjang dengan qunut pendek

    ReplyDelete
  3. comel gitu..
    y Y adam?
    anak sedara pun nama adam. agaknya masa tu ramai letak nama adam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ini kami tak tahu dia tak boleh tulis y kecik. Nasib baiklah kedua2nya tak jauh beza.

      5-7 tahun lepas nama Adam agak femes untuk bayi lelaki yg baru lahir. Sekarang ni Adam-Adam ini dah mula masuk sekolah.

      Anak sedara awak berapa umurnya?

      Delete
  4. hehe..mcm mne nk zoom gmbarnya..tak jelas la YB :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la tujuannya, tak bagi zoom. Hahaha.

      Delete
    2. Chot
      Klik aje kat gambar tu. Saya dah cuba guna iPhone dan iMac. Kedua2nya boleh.

      Delete
  5. A KECIK
    A BESAR
    B KECIK
    B BESAR
    IGT MASA MEMULA BELAJAR KENAL HURUF DULU ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa cikgu mengajar tu tengok muka dia kecik besar kecik besar aje ….. hehehe

      Delete
  6. Nanti cakap kat Adam, Y kecik ekor dia bengkok ke arah kiri.. Y besar ekor dia lurus..

    Kalau dia tanya kenapa y kecik ekor dia bengkok, YB jawab la sendiri ya.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. moga adam berjaya......bizinya billboard tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails