Sunday, September 30, 2012

Sup Kepala Lembu RM100. Sanggup Ke Nak Makan?

Semalam semasa emak Adam, kakaknya dan adik iparnya pergi shopping di Nilai 3, aku dan anak2 lepak 'medang' di gerai di tengah2 kawasan Nilai 3 tu.

Ada di antara kami yg makan char kueh teow, ada yg makan sate dan ada yg makan sup.


Ini gambar gerai sup yg diberi nama Sup Be Dengung


Ada macam2 sup tapi yg menarik perhatian aku ialah sup kepala. Lembu 3 ekor kepala ni siap pakai spek. Yang 2 tu siap bertopi.


Nak tahu berapa harga sup kepala? Lihat tanda harga tu - RM100!

Kami hanya order sup perut dan sup urat. Anak aku nak sup lidah dah habis.  Lagipun budak2 tak elok makan sup lidah. Biar yg dah kahwin aje rasa sup lidah tu .... hehehe





Friday, September 28, 2012

Beli RM100,000, Jual RM4,000,000

Semalam aku ke Rawang nak tengok tanah utk projek kami yg akan datang. Rakan niaga aku membawa aku berjumpa kawan bapanya yang dengar khabar nak menjual tanahnya. Tanah tersebut seluas 3 ekar dan digunakan untuk tanaman cendawan.

Semasa kami sampai ke situ aku lihat sebahagian bangunan di bahagian depan kawasan tersebut termasuk bilik sejuk telah dirobohkan. Dalam hati aku berbisik ini macam dah nak buat projek. Bersebelahan kawasan tersebut telah didirikan banglo-banglo baru yg belum diduduki. Ada pagar batu yg memisahkan kawasan ladang cendawan ini dgn kawasan banglo tersebut.

Kami ke bahagian belakang ladang cendawan dan tiba di sebuah bangsal usang. Ketibaan kami disambut oleh dua orang lelaki Cina dan seekor anjing! Rakan aku lantas turun dari kereta dan bersalamanan dgn kedua lelaki tersebut. Dia perkenalkan aku dengan dua orang lelaki Cina pertengahan umur yang agak terkejut bila mendengar rakan aku itu memanggil aku dgn gelaran YB. Mesti mereka ingat aku ini wakil rakyat. Kebetulan aku memakai kemeja kemas semalam berbanding hanya berkemeja T seperti yang selalu aku amalkan .... hehehe.

Rakan aku itu bersemangat mahu menunjukkan aku cara-cara menanam dan menuai cendawan kerana dia ingat aku tak pernah tengok ladang cendawan. Sambil itu salah seorang lelaki Cina itu memberitahu kami mereka telah menjual tanah ladang seluas 3 ekar tersebut dgn harga RM4 juta. (melepas kami nak beli tanah tu huhuhu).  Duitnya pun dia dah ambil dan berikan sama rata dgn 3 orang adik-adiknya yang semuanya lelaki. Lelaki Cina kedua yang aku lihat di situ adalah salah seorang daripada adiknya. Jutawanlah mereka ini rupanya.

Aku diberitahu mereka ini dulu bekerja sebagai nelayan di Sekinchan, Selangor (takde kena mengena dgn Shin Chan). Pada tahun 1988 mereka membeli tanah tersebut dgn harga RM100,000 dan memulakan projek menternak ayam. Disebabkan persaingan dan pulangan yg kurang memberangsangkan mereka beralih kepada penanaman cendawan. Pada kemuncak projek tanaman cendawan ini mereka telah mengeksport sebahagiannya ke Jepun. Itu yang aku lihat ada rumah sejuk di bahagian depan ladang tersebut.

Sekarang ini mereka hanya meneruskan usaha tanaman cendawan ini secara kecil-kecilan sementara mereka dibenarkan menduduki tanah tersebut oleh tuan tanah yang baru. Mereka hanya dikehendaki keluar setelah proses menukar syarat tanah dan geran baru dikeluarkan oleh Pejabat Tanah.



Sebahagian pekerja memasukkan cendawan ke dalam paket plastik sebelum ditimbang dan dihantar ke Johor utk jualan. Perhatikan meja usang dan cendawan yg cuma dilambakkan di atasnya.



Bila aku bertanya apa yg dibuat dengan wang RM1 juta seorang itu, lelaki Cina itu memberitahu dia telah membeli sebuah rumah semi-D di Ara Damansara dgn harga RM900,000. Sambil tersenyum dia memberitahu aku rumah tersebut kini berharga RM1.2 juta!

Siapa kata kat Malaysia susah nak buat duit? .... huhuhu

Thursday, September 27, 2012

Nak Jadi Artis Atau Nak Jadi Doktor

Lihatlah gambar ini. Ianya hasil kerja tangan Adam pagi ini pada dinding kakaknya.



Aku tak perasan masa bila pula dia sempat menconteng dinding tu. Bila aku masuk bilik kakak Adam untuk berbual dgn arkitek salah satu projek kami, tiba-tiba aku terpandang masterpiece ini.

Aku tengok macam gambar sistem peranakan wanita. Nak jadi doktor kot anak kami yang seorang ini. Tapi bila emak Adam tunjukkan dinding di bilik tamu kami yg dia conteng juga serta kereta CRV aku yg siap digaret dgn tulisan nama dia (ADAM) aku rasa dia lebih berminat nak jadi artis yg kerja melukis.

Untuk hasil lukisannya pagi ini ..... pap ... kena dia satu round oleh emaknya.

"Dengan ayah kau bolehlah. Dengan emak jangan main-main!" sergah emaknya.

Wednesday, September 26, 2012

Gambar-gambar Semasa Di Rumah Pakengku Kuziecaterer


Bersama Riz Ardy dan Nassier Wahab


3 jejaka Malaya bersama dgn Pak Engku yang bersongkok tinggi (trademark dia tu)


Makanan sedap-sedap malam itu dengan diberi layanan istimewa lagi. Kebanyakan jemputan lain makan di bawah khemah di luar rumah .... ngeee


Abon berseorangan menjadi pengacara majlis pada malam tersebut. Rasa-rasa boleh tak aku ganti Os untuk bergabung dgn Abon?


Jamal Abdillah dengan mata kuyunya. Peminat wanita bawa bertenang ya .... hahaha

BTW gambar-gambar ini telah disiarkan ditag ke fb aku pada malam kejadian oleh Riz Ardy. Sesiapa yang nak mengikuti fb aku bolehlah add aku. Aku lebih kerap update di fb drpd di blog ini.


Monday, September 24, 2012

Pertemuan Di Antara YB ADUN Hulu Klang Dengan YB

Khamis lepas aku mendapat panggilan telefon daripada seorang lelaki yg mengaku dari Pejabat ADUN Hulu Klang. Dia bertanya samada aku akan berada di rumah pada keesokan harinya pada sebelah petang. Aku jawab tak tentu sebab aku ni kerja sendiri. Kalau ada meeting dgn client aku keluar. Kalau tidak, aku kerja dari rumah saja. Dia beritahu aku YB nak datang ke rumah aku pada hari Jumaat tu untuk menyerahkan sumbangan daripada kerajaan Selangor di bawah Skim Mesra Usia Emas di mana keluarga yg kematian ahli warga emas yg lahir di negeri Selangor atau telah menetap lama di negeri tersebut akan mendapat bantuan RM2,500.

Semasa emak aku meninggal dunia pada bulan Ramadan baru lalu YB Hulu Klang iaitu Tuan Haji Saari Sungib dan isteri telah singgah ke rumah kami selepas majlis khatam Al-Quran di surau kami. Beliau telah menyampaikan ucapan takziah dan bertanyakan samada aku telah mendaftarkan nama emak aku untuk Skim Mesra Warga Emas tersebut. Aku kata belum.  Beliau meminta pembantunya menolong aku mendaftarkan nama arwah emak aku.

Tak sampai 40 hari borang kami telah diproses dan wang sumbangan telah sedia untuk disampaikan. Berikut gambar-gambar YB Saari Sungib semasa datang ke rumah aku Jumaat lepas.





YB menyampaikan sumbangan awal RM1,000. Baki RM1,500 akan disampaikan di dalam satu majlis khas kepada penerima2 lain di DUN Hulu Klang termasuk aku pada satu tarikh yg akan ditetapkan kemudian




Salah seorang pembantu YB Saari memberi penerangan tentang skim Mesra Usia Emas ini kpd aku 




Aku sempat bertanya tentang kemungkinan tanah tapak rumah kami ditukar dari status leasehold kepada freehold (pegangan bebas). YB Saari memberitahu perkara ini telah diajukan kpd YAB MB dan MB berpandangan ada di kalangan orang Melayu akan menjual tanah mereka jika ianya ditukarkan kepada freehold. Oleh itu, beliau lebih cenderung mengekalkan status tanah tersebut sebagai leasehold. W/pun sesiapa yg ingin melanjutkan tempoh pegangan tanah mereka, bolehlah berbuat demikian di Pejabat Tanah sehingga 99 tahun.

Aku kata 99 tahun tak cukup YB. Kalau tak dapat jadi freehold, dapat 999 tahun mcm di Perak tu pun jadilah. YB Saari berjanji akan membawanya ke MB cadangan ini. 





YB dan rombongan menikmati hidangan petang berupa pisang goreng dan popia goreng (homemade oleh emak Adam) serta air kopi O kaw kaw sebelum ke function seterusnya petang itu.



Aku bagi pihak keluarga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YB Saari kerana membantu kami mendapatkan sumbangan Skim MWE ini dan sudi meluangkan masa datang ke rumah kami dan mendengar suara rakyat bahawan mcm aku ini.

Friday, September 21, 2012

Hospital 1Malaysia dan Kisah Tidur Di Katil Orang Mati

Jangan takut baca tajuk ini w/p malam ni malam Jumaat Kliwon. Ini kisah aku ke Hospital KL petang semalam.

Balu pakcik aku masuk Hospital KL kerana menjalani pembedahan membuang bonjolan di payu daranya Sabtu lepas. Anak2nya (sepupu aku) tak nak beritahu kami pada awalnya tapi kebetulan emak Adam telefon salah seorang daripada mereka hari Selasa tu. Barulah dia beritahu emaknya masuk hospital. Jadi petang semalam aku dan emak Adam meluangkan masa utk melawat makcik aku tu.

Dia masuk wad kelas 3 aje sebab dia dan anak2nya bukanlah org kaya. Satu bilik tu ada 7 org pesakit. Kebetulan ada 2 org pesakit berbangsa Melayu, 2 org Cina dan 2 org India. Dah jadi 1Malaysia. Pesakit ke 7 seorang bibik dari Indonesia. Dia baru saja bekerja 3 bulan di sini tapi mengidap payudara bernanah dah 4 bulan. Makna dia dah sebulan sakit sebelum datang ke negara kita. Macamana dia boleh lepas ke sini pun entahlah.

Semasa di hospital tu aku sempatlah melihat doktor2 yg sedang buat houseman bertugas. Di Wad makcik aku tu doktornya seorang pemuda Cina dan seorang gadis India. Yang gadis tu asyik dok bertanya dgn doktor lelaki tu. Aku macam tak berapa konfiden dgn doktor yg perempuan tu. Makcik aku beritahu hari sebelumnya semasa doktor pakar datang melawat pesakit habis doktor2 muda ni kena marah sebab adalah yg tak betul mereka buat tu. Makcik aku tak faham butir yg dibincangkan antara doktor pakar dgn doktor2 muda tu kerana mereka bertutur dalam bahasa Inggeris. Tapi makcik aku kata, puas jugalah mereka kena tegur.

Terlanjur bercerita tentang HKL ni aku teringat masa arwah ayah aku dimasukkan ke situ. Masa itu aku tinggal di JB kerana bekerja di Pasir Gudang. Bila aku sampai ke HKL ayah aku dah koma kerana kena stroke. Aku dan adik kembar aku gilir2 menemankan dia.  Dia dimasukkan ke wad kelas 3 juga. Semasa kami nak pindahkan ke wad kelas 1 doktor kata bahaya sebab dia sedang koma.  Jadi teruslah tinggal di wad kelas 3 di bangunan kayu P1.

Pada malam giliran aku menjaga ayah aku, mula2 aku tidur2 ayam sambil duduk di sebelah ayah aku. Tapi bila dah semakin malam ada nampak ada katil kosong tak jauh daripada katil ayah aku. Aku pun naik ke katil tersebut dan tak lama selepas itu aku pun berlayar. Esoknya adik aku beritahu katil tu kosong sebab pesakit yg menggunakannya baru saja meninggal dunia pada sebelah siangnya .... huhuhu

Monday, September 17, 2012

Siapakah Yang Ke 400?

Aku tengok pengikut blog aku ni dah 399. Ada yg masih aktif dan ada yg dah hanyut. Tak kisahlah. Itu adat w/p kalau boleh aku nak seramai mungkin follower aku tu membaca entri2 di sini.

Sekarang aku sedang menunggu follower yg ke 400. Agak-agaknya siapalah pembaca tersebut?

Dalam ramai-ramai follower ini ada juga yang silent reader. Aku tahu kewujudan dan identiti mereka ini hanya setelah mereka memberitahu aku melalui medium lain seperti chat di fb. Ada juga yang abang mereka yg beritahu aku. Sebahagian mereka telah mengikuti blog aku ini untuk beberapa tahun. Ada yg baru beberapa bulan. Yang aku terharu bila mereka beritahu aku mereka dah baca semua entri aku.

Kawan-kawan blog seperti ini dan para pembaca terutama yg rajin memberi komen yang membuat aku terus bersemangat nak menulis ..... cewah


Sunday, September 16, 2012

Open House Linda Onn

Malam ini aku ke majlis rumah terbuka Linda Onn di Villanya di Bukit Indah, Ampang. Ini kali kedua aku ke rumah barunya itu. Kali pertama dua tahun lepas semasa dia baru pindah dan buat house warming cum open house. Sebelum itu aku pernah ke rumah banglo dia di Beverly Hill, Pinggiran Ukay. Kebetulan emak bapaknya ada masa aku ke situ. Siap mereka jemput aku makan tengahari sekali masa tu.


Ini dia villa Linda di Bukit Indah. Kelihatan sebahagian tetamu Linda malam ini


Rumah dia ada kolam renang di sebelah belakang


Ruang tamu rumah Linda. Saudara mara rapat duduk di dalam manakala kenalan duduk di khemah di luar rumah


Antara tetamu yg hadir termasuklah para artis tanahair seperti Umie Aida 


3 jejaka idaman Malaya dari kiri Sazali Onn (abg Linda), Halim Othman dan ehem ehem


Bergambar dgn tuan rumah. Macam janji pula sama berbaju hitam .... jangan jeles


Tapi jangan risau. Aku tetap setia pada yg satu. Kerusi kosong (tak nampak di dalam gambar) itu utk emak Adam yg tak dapat datang

Thursday, September 13, 2012

Mengapa Lelaki Bila Berjumpa Gemar Cerita Pasal Nak Pasang Lagi?

Komen nurazzah88 untuk n3 aku bertajuk Mengapa Sebahagian Gadis Lebih Suka Lelaki Berumur - the sequel menarik perhatian aku. Ini petikan sebahagian komen beliau:


Ini nak cerita pengalaman sewaktu Jamuan Hari Raya yang baru lepas utk reunion sekolah hubby saya....perjumpaan selepas 32 tahun meninggalkan sekolah menengah..YB pun boleh agak berapa umur masing2...lagi setahun genaplah setengah abad...! hehehe.. tapi rata-rata yg saya dengar perbualan pd hari tersebut adalah isu POLIGAMI... (utk pengetahuan, sekolah hubby saya tu sekolah lelaki semua ...jadi member2 dia semua lelaki) dalam hati saya: "huish..orang lelaki kalau berjumpa berkumpul sesama sendiri tak ada isu lain ke nak bincang.nak cakap? asyik2 hal kahwin lebih dari satu! hahaha .... saya tak jelous, tapi muak asyik dengar isu itu. Bukannya nak tanya, "Engkau dah naik haji ke? dah pergi Umrah ke? dah berapa kali naik haji? berapa kali pergi umrah? " ...

Apataknya, sebab masa tu ada 3 orang member sekolah hubby yang dah berpoligami dan masing-masing bawa isteri kedua ...(kesiannnn isteri pertama? saya tak tahu lah sebab apa..tak kuasa nak tanya...hehehe) ..mungkin masing-masing sengaja bawa isteri kedua sebab nak tunjuk 'kejantanan" masing2 dapat kahwin 2...dapat kahwin isteri muda....hehe..




Adalah tidak adil jika aku membalacs komen tu sekadarnya kerana banyak point-point menarik yg diutarakan. Dalam masa yg sama aku tidak pula berniat mahu mengulas satu persatu perkara yg ditimbulkan. Kalian bacalah sendiri komennya yg sungguh menarik itu kalau belum membacanya.

Pada entri ini aku nak menyentuh mengapa ada sebahagian lelaki yg dah berkahwin (agak lama) gemar bercerita tentang nak kahwin lagi bila mereka berjumpa sesama geng yg satu kepala dgn mereka. Mereka akan bercerita tentang hal ini bukan saja di kedai kopi, rumah teman atau di pejabat bahkan di masjid atau surau juga. Kadang2 penceramah (tentunya yg lelaki) yg mula membuka topik ini di dalam ceramahnya.

Pada dasarnya ada tiga perkara yg dicari oleh lelaki di dalam hidupnya:

1) kerjaya yg baik
2) harta kekayaan
3) wanita

Selepas tamat belajar, belia2 akan sibuk mencari pekerjaan. Setelah berjaya mendapat pekerjaan mereka akan berusaha memanjat tangga koperat ke tahap yg setinggi mungkin. Di dalam usaha dan kejayaan mencapai apa yg dicita2kan itu mereka mendapat kepuasan.

Semakin tinggi jawatan mereka semakin besar pendapatan mereka. Di samping gaji bulanan ada pula yg cuba mencari pendapatan tambahan seperti melalui MLM atau menjadi agen unit amanah sambilan, agen hartanah sambilan atau apa saja yg boleh jadi duit. Bila mereka melihat akaun simpanan di bank, saham ASB/ASN yg dah mencapai had maksima dan harta2 lain seperti rumah dan ladang, lelaki2 ini akan tersenyum puas.

Sekarang hanya tinggal satu lagi kepuasan yg perlu terus diburu - wanita!

Ya sebahagian lelaki ini sudah berkahwin dan mempunyai keluarga yg 'bahagia'. Tapi kerana naluri lelaki atau lebih tepat lagi naluri jantan, mereka sibuk nak cari isteri muda. Mereka menganggap ini sebagai satu cabaran. Jika dapat mencapainya ia akan memberi kepuasan yg sukar diterangkan dgn perkataan ... kononnyala. Inilah yg menyebabkan sebahagian lelaki sibuk bercerita nak berpoligami bila berjumpa sesama sendiri.

Korang setuju atau tak setuju, terpulanglah.  Tapi bagi aku, inilah antara sebabnya.

Tuesday, September 11, 2012

Mengapa Sebahagian Gadis Lebih Suka Lelaki Berumur - the sequel


Kita tangguhkan dulu kisah percutian kami di Sabah dan mari kita berbincang tentang tajuk di atas.  

Bila aku tengok komen2 yg memerlukan moderation daripada aku baru2 ini ada dua komen tentang tajuk tersebut. Di bawah ini aku copy paste komen tersebut:


hai u olls... i pun ada berknalan ngn sorang laelaki ni.. he is a good man, jarak umur kami dalam 18 tahun... so, ape pandangan u olls... i baru umur 24 tahun.... n a man tu dlm 42 tahun... ape pandangan olls??? leh bg pandangan kat email i yeak.... on Mengapa Sebahagian Gadis Lebih Suka Lelaki Berumur
Anonymous
on 8/29/12

tak suke lelaki tua. dah 3 kali bkawan dgn lelaki berumur. mg kewangan stabil tp yg lain2 rejecteddddddd. so keputusan saya lebih selsa yg mude. lebih matang bila ade prob. tua2 ni umur je tua. tp perangai mgalah budak on Mengapa Sebahagian Gadis Lebih Suka Lelaki Berumur
on 8/23/12

Ternyata dua org gadis ini mempunyai pandangan berbeza tentang pasangan yg lebih berumur ini.

Cik Anon berkenalan dengan dengan seorang lelaki yg 18 tahun lebih senior daripadanya. Tak dinyatakan pula samada lelaki itu bujang terlajak atau duda atau suami orang. Dia meminta pandangan kita tapi tak pula diberikan alamat emelnya.

Bagi aku, lelaki yg cuba nak memikat gadis ini rata2 akan tunjuk baik (mungkin sebab itu Cik Anon kata he is a good man). Lelaki yg berumur biasanya lebih pandai mempamerkan kebaikan mereka kerana mereka lebih berpengalaman.  Mereka tahu ciri-ciri yg dicari oleh gadis.  Kalau gadis itu suka yg alim, mereka akan selalu cerita kisah mereka ke masjid, surau dan aktiviti2 keagamaan. Kalau boleh, masa keluar dating tu pakai baju Melayu dan seluar slack.  Nak hebat lagi siap pakai kopiah! Mungkin komen aku ni ekstrem tapi pointnya ialah lelaki boleh saja membuat penampilan seperti itu untuk menarik perhatian si gadis sehingga gadis tersebut percaya hidup2.

Nasihat aku kpd Cik Anon, cubalah kenali lelaki itu lebih dalam melalui kawan2 dan keluarganya sebelum membuat keputusan.


Kepada Yuyue Melissa pula pengalaman tiga kali berkawan dgn lelaki berumur membuatkan dia serik kerana lelaki2 tersebut berperangai mengalahkan budak2. Mungkin lelaki2 itu jenis yg mengada2 dan minta dimanja. Tak semua gadis minat lelaki mcm itu.

Apa pula pandangan kalian? Sila kongsikan untuk menafaat dua orang gadis ini dan gadis2 lain juga.

Monday, September 10, 2012

May Homestay - Tempat Tinggal Yang Best Di Kundasang

Kalau anda ke Kundasang eloklah bermalam di sana untuk menikmati udara sejuk dan nyaman Gunung Kinabalu. Kena pula pergi dgn pasangan anda. Memang best.   tapi kalau pergi sorang, tak payahlah nak buang karan

Ada banyak tempat tinggal disediakan di situ. Anda boleh memilih hotel mcm yg Aqasha tinggal di dalam cerita Dejavu Kinabalu tu atau boleh juga cari homestay. Kalau nak happening, aku cadangkan tinggal di homestay. Semasa kami ke sana minggu lepas kami tinggal di May Homestay di Kampung Mesilou. Kampung ini didiami oleh suku Dusun yg beragama Islam. Aku tahu tentang homestay ini dari rakan2 blogger yg ke sana tak lama sebelum ini. Sewanya amat berpatutan. 


Pemandangan luar May Homestay.  Kalau nak ke situ elok sewa kereta yg tinggi cc nya kerana tempat tu bukan lagi di kaki Gunung Kinabalu tapi dah nak sampai ke 'pinggang' gunung. Kalau kereta cc kecil takut tak kuat mendaki. Kami sewa MPV putih yg 3000 cc .... ngeee

Untuk sewa kereta, boleh layari: Kinabalu RAC

Rumah ini ada 3 bilik tidur, sebuah ruang tamu, dapur yg lengkap dgn periuk belanga utk memasak. Blender juga ada disediakan selain sebuah peti ais dan mesin basuh bagi yg nak tinggal lama di sini.



Ruang tamu sesuai untuk keluarga berehat sambil menonton tv


Salah satu daripada 3 buah bilik di rumah ini.  Selain katil dan tilam, juga disediakan beberapa helai selimut tambahan dan tilam bagi yg datang dlm jumlah yg ramai. Bolehlah tidur di ruang tamu. Kalau takde selimut, tidur malam boleh kejang kesejukan.


Emak Adam sungguh suka dgn dapur ini. Sayur yg kelihatan itu kami beli di pekan Kundasang manakala kicap, sekaya dan telur kami beli di KK. Di Kundasang pun ada jual benda2 ni.  Periuk karan dan jug karan disediakan oleh pemilik homestay.


Kalau nak buat BBQ tempat grill termasuk arang ada disediakan. Malam tersebut kami telah buat BBQ kambing, sayap ayam dan sosej.


Hasil bakaran malam tersebut


Apa yg kami sekeluarga suka tinggal di May Homestay ini ialah pemandangannya. Ianya begitu hampir dengan kemuncak Kinabalu. Menurut tuan punya homestay ini, kemuncak Kinabalu akan kelihatan jelas tanpa diliputi awan 2 kali sehari iaitu sekitar pukul 6:30 pagi dan 6:30 ptg. Gambar ini kami ambil pada pukul 6:30 pagi



Emak Adam dgn gaya istimewanya berlatar belakangkan Gunung Kinabalu


Oh ya. Memandangkan cuaca yg sejuk, water heater juga terdapat di rumah ini. Kalau tak, sesiapa yg kena mandi pagi-pagi tu boleh beku. w/p ada pemanas air, tapi airnya taklah sehangat di tempat kita kerana air ini dari gunung. Setakat suam2 kuku aje. maka beringatlah kalau nak buat projek .... oopps  

Homestay ini dinamakan May Homestay sempena nama salah seorang pemiliknya.  Ianya diuruskan oleh dua orang adik beradik iaitu Emelda (kakak) dan May (adik). Semasa kami tinggal di situ May baru saya pindah ke KK kerana mendapat kerja dgn Kementerian Pelancongan.  Sebelum itu dia bekerja sebagai cikgu tadika di Ranau. 


May atau nama sebenarnya Fazlina, 20 tahun, merupakan bekas ratu cantik.



Amacam? Berhajat untuk tinggal di sana jika anda ke Kundasang selepas ini? Silalah hubungi nombor yg tertera di gambar ini. Sebut tentang saya kalau nak dapat diskaun!



Sunday, September 9, 2012

Jambatan Tamparuli

Kalau ke Sabah tak sah kalau tak pergi ke jambatan Tamparuli. Dari aku kecik aku dah dengar tentang jambatan gantung ini.

Semasa kami di dalam perjalanan ke Kundasang Sabtu lepas kami singgah di pekan Tamparuli untuk melihat sendiri jambatan gantung tersebut. Nak sampai ke situ tak susah sangat kerana ianya tak jauh dari jalan utama KK - Kundasang. Ada papan tanda menunjukkan ke arah jambatan tersebut bila hendak sampai ke pekan Tamparuli. Di persimpangan di situ belok ke kanan dan dalam 500m anda akan nampak jambatan ini.


Jambatan ini hanya untuk pejalan kaki saja seperti si hensem di dalam gambar ini


Ingatkan dia berjalan seorang rupanya ada teman. Nasib baik bukan awek dari Sabah


Tapi bagi mereka yg gayat mungkin elok fikir dua kali sebelum cuba menyeberangi sungai ini dgn menggunakan jambatan gantung ini kerana ada kayu yg dah tercabut


Ini pemandangan dari bawah jambatan. Abaikan keluarga yg enterframe tu.... hehehe


Di sebelah hujung jambatan ini ialah pasar pekan Tamparuli. Di situ juga ada gerai2 makanan (yg di sebelah kiri gambar di atas ni). Kalau dah menggeletar lutut bolehlah singgah makan atau minum di situ



Kalau tak berani nak jalan kaki di atas jambatan ini bolehlah naik kenderaan melintas sungai menggunakan jambatan baru. Tapi jambatannya muat satu lorong saja dan kenderaan kenalah bergilir2


Akhir sekali, ini pemandangan dari bawah ke arah tengah2 jambatan. Amacam, ada berani?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails