Friday, September 21, 2012

Hospital 1Malaysia dan Kisah Tidur Di Katil Orang Mati

Jangan takut baca tajuk ini w/p malam ni malam Jumaat Kliwon. Ini kisah aku ke Hospital KL petang semalam.

Balu pakcik aku masuk Hospital KL kerana menjalani pembedahan membuang bonjolan di payu daranya Sabtu lepas. Anak2nya (sepupu aku) tak nak beritahu kami pada awalnya tapi kebetulan emak Adam telefon salah seorang daripada mereka hari Selasa tu. Barulah dia beritahu emaknya masuk hospital. Jadi petang semalam aku dan emak Adam meluangkan masa utk melawat makcik aku tu.

Dia masuk wad kelas 3 aje sebab dia dan anak2nya bukanlah org kaya. Satu bilik tu ada 7 org pesakit. Kebetulan ada 2 org pesakit berbangsa Melayu, 2 org Cina dan 2 org India. Dah jadi 1Malaysia. Pesakit ke 7 seorang bibik dari Indonesia. Dia baru saja bekerja 3 bulan di sini tapi mengidap payudara bernanah dah 4 bulan. Makna dia dah sebulan sakit sebelum datang ke negara kita. Macamana dia boleh lepas ke sini pun entahlah.

Semasa di hospital tu aku sempatlah melihat doktor2 yg sedang buat houseman bertugas. Di Wad makcik aku tu doktornya seorang pemuda Cina dan seorang gadis India. Yang gadis tu asyik dok bertanya dgn doktor lelaki tu. Aku macam tak berapa konfiden dgn doktor yg perempuan tu. Makcik aku beritahu hari sebelumnya semasa doktor pakar datang melawat pesakit habis doktor2 muda ni kena marah sebab adalah yg tak betul mereka buat tu. Makcik aku tak faham butir yg dibincangkan antara doktor pakar dgn doktor2 muda tu kerana mereka bertutur dalam bahasa Inggeris. Tapi makcik aku kata, puas jugalah mereka kena tegur.

Terlanjur bercerita tentang HKL ni aku teringat masa arwah ayah aku dimasukkan ke situ. Masa itu aku tinggal di JB kerana bekerja di Pasir Gudang. Bila aku sampai ke HKL ayah aku dah koma kerana kena stroke. Aku dan adik kembar aku gilir2 menemankan dia.  Dia dimasukkan ke wad kelas 3 juga. Semasa kami nak pindahkan ke wad kelas 1 doktor kata bahaya sebab dia sedang koma.  Jadi teruslah tinggal di wad kelas 3 di bangunan kayu P1.

Pada malam giliran aku menjaga ayah aku, mula2 aku tidur2 ayam sambil duduk di sebelah ayah aku. Tapi bila dah semakin malam ada nampak ada katil kosong tak jauh daripada katil ayah aku. Aku pun naik ke katil tersebut dan tak lama selepas itu aku pun berlayar. Esoknya adik aku beritahu katil tu kosong sebab pesakit yg menggunakannya baru saja meninggal dunia pada sebelah siangnya .... huhuhu

34 comments:

  1. Replies
    1. pukul 2 pagi mengomen mana tak first .... hehehe

      Tahniah!

      Delete
  2. Sya bersalin ika d hkl tu ok layanan dan enpakwe pun masuk teman masa di lb

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ada juga anak Eja yg dilahirkan di HKL. Kira warga KL lah ya.

      Masa bersalin tu siang atau malam?

      Delete
  3. Hahaha....dan beliau hampir pitam masa teman sya bersalin;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apasal dia nak pitam? Takut tengok darah atau tak sampai hati melihat penderitaan isteri masa nak bersalin tu?

      Delete
  4. Ok lah..nak lyn mata batuk je dari td pg ni nak koje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mata boleh batuk ke? Interesting tu.

      Pagi ini jangan pulak lambat pergi kerja tau.

      Delete
  5. hahahaaaa!!
    ngigau tak malam tu ?!!

    wad P1 ..
    ngeri..
    pesakit melaut!
    nangis kalau on call

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah letih mana nak ngigau.

      Betul tu. Pesakit melaut. Itulah saya hairan mcmana ada katil kosong pulak malam tu .... hehehe

      Oh awak pergi kerja di HKL ek? Bila tu? Don't tell me awak yg ikut merawat arwah ayah saya. ahaks

      Delete
  6. dah tidor nak bt mcm mana,sbb tak tau,klu tau kaklong rasa sumpah yb tak naik kat katil tu...tapi gigil jugak lah kan?hahahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daripada tidur terlentok tepi katil ayah, saya lebih rela tidur di katil bekas org meninggal tu! Nak takut apa sebab ada ramai org kat situ (pesakit2 tulah). Kalau tidur kat bilik mayat barulah seram .... cewah.

      Delete
  7. ada mimpi apa2 ke YB tidur situ...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah mengantuk dan letih tak ingat saya mimpi apalah yus .... ngeeeee

      Delete
  8. Salam YB,

    Nasib baik jururawat malam tak gerakkan YB utk periksa BP dan temperature..

    YB tido atas tilam yang tak bercadarlah yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Kak Nanie.

      Kalau jururawat gerakkan saya mungkin saya ingat saya mimpi jumpa bidadari. Setakat nak periksa BP dan temperature ok. Jangan inject saya sudah .... hehehe

      Tak bercadar pun tak kisahlah daripada tidur atas cadar org mati .... huhuhu

      Delete
  9. i pun pernah jaga arwah embah kat hosptital private.sebilik 4org.tapi ada 2 katil kosong. curi2 tido pastu hospital tu charge kat bil.hehehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambik ko. Kalau tahu nak kena cas lebih baik minta makan dan minum sekali .... hehehe

      Delete
  10. HKL mmg sesak gila lah YB...nasib baik saya tak pernah kerja kat situ..nengok sesak nak parking pun dah stress...

    Dulu saya biasa aja tidor sebelah org mati, sebab bilik oncall ada yg jenis dlm wad..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. HKL ini saya diberitahu antara hospital paling sesak di dunia. Tak tahu betul ke tidak tapi memang sesak. Ada org bersalin atas troli aje sebab labour room penuh.

      Parking skrg dah kena bayar. Tak kisahlah kalau bayar asalkan ada tempat parking. Tapi tak cukup. Hari tu saya kena parking dekat asrama doktor pelatih.

      Org mcm doc biasalah tidur sebelah org mati. Tapi lesser mortal mcm kami ni boleh kena badi kalau tidur mcm tu .... huhuhu

      Delete
  11. Mujoq dia tak tidur kat sebelah ....hehehe....
    Doktor hospital kerajaan muda2....
    Kadang2 rasanya kita yg hafal nama ubat dr depa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia tidoq sebelah mahu melompat saya.... ngeee

      Betul doktor hospital kerajaan ramai yg muda2. Yang berumur banyak dah buka klinik sendiri atau berkhidmat di hospital swasta. Bila tengok mereka asyik dok tanya kawan sesama doktor, rasa tak konfiden pulak.

      Kalau kita dah biasa dgn sesuatu ubat tu memang kita lebih hafal nama ubat itu dari depa.

      Delete
  12. Sayacuma masuk hospital 4 kali je dalam hidup saya buat masa ini, 3 kali kerana melahir kan anak, seronok sebab layan terbaek ya lah rezeki masuk kelas pertama sebab suami kerja kerajaan semasa melahir kan anak2 dan yang ke 4 sebab kena serangan asthma yang sangat teruk shingga jantung saya sangat laju pergerak kan ya. Kali yang ke 4 suami dah tak kerja kerajaan jadi semasa masuk saya menungu giliran untuk ke wad kelas pertama sementara itu saya di letak kan ke wad 2 sehingga saya pulang wad pertama langsung tak ada kosong, hospital tengku ampuan rahimah memang sentiasa penuh. Kenapa saya lebih suka ke hospital kerajaan, ini ada lah pesanan arwah abah yang pernah bekerja di hospital, dia kata kalau kita kekurangan darah hospital kerajaan sentiasa ada bekalan dan dah banyak kali dia tengok pesakit dari hospital swasta di hantar ke hospital kerajaan jika ada masalah semasa dirawat. Mungkin saya terpengaruh dengan kata2 arwah abah padahal hospital swasta sekarang pun banyak yang bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kiranya awak ni di antara org yg jarang sangat masuk hospital. Memang ada di antara org tua dulu lebih yakin dgn hospital gomen sebab masa tu hospital swasta belum banyak dan yg adapun tak 'power' sangat. Bila ada kes berat2 mereka rujuk pesakit ke hospital gomen. Stok darah pun terhad.

      Tapi skrg keadaan dah berubah. Hospital swasta ramai pakar2 yg terer. Cuma sediakan ajelah duitnya kalau bukan sykt atau insuran yg tanggung ...huhuhu

      Delete
  13. Replies
    1. Betul tu terutama bila dah mengantuk .... hehehe

      psst - Ita berani ke nak tidur kat katil mcm tu?

      Delete
  14. Replies
    1. Mujur takde mimpi pelik2 malam tu. Tapi kalau mimpi jumpa nurse yg comel ok jugak ... hehehe

      Delete
  15. Paman,

    Bercerita pasal Dr pakar menegur houseman ni, pernah terjadi depan mata Ina. Masa tu baru bersalinkan Najlaa kat Hospital Putrajaya. Dr pakar yg perempuan tu memang nampak cengil. Cengil2 pun tapi layanan kat patient tak lah secengil mana.

    Masa Dr pakar tu melawat ward, ada sorang patient depan katil Ina. Tak sure ada masalah apa. Putrajaya kan semua dah computerised, so apa2 komen yg Dr senior tapi lom jadi pakar atau houseman buat just key in dalam laptop, then present kat Dr Pakar. Waaahhh.. masa tu laa Dr Pakar tu menyinga.. sbb dr senior ni (yg pada pandangan dr pakar agak menyerlah dan ada potensi) just simply copy n paste from the previous comments. Memang kow2 kena. dan dalam bahasa melayu lagi tu. So orang yg tak fasih berbahasa inggeris ni pun sah2 paham lah yg dr senior tu kena. Kesian memang kesian, tapi kalau bab2 sakit ni, bukan boleh buat main2 kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju bab sakit ni memang tak boleh buat main2.

      Tapi doktor pakar tu pun kalau nak menegur janganlah sampai menjatuhkan maruah doktor yg belum pakar sangat tu. Tak baik memalukan org lain.

      Mungkin satu hari nanti doktor yg belum pakar tu jadi bos kpd doktor pakar ni sebab Ina kata dia ada potensi. Skrg seniority tak menentukan siapa yg jadi bos dulu .... huhuhu

      Delete
  16. YB,

    Bukan semua org berpeluang gitu... hiks...

    Ada bad experience juga dgn hospital gomen... Tp Alhamdullillah masa bersalinkan Iman semuanya ok! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marya,

      betul tu. Yang dapat peluang mcm tu pun tak semestinya mereka akan mengambil peluang tersebut.

      Pengalaman pahit di hospital gomen ni banyak. Layanan tak sebaik di hospital swasta.

      Oh Iman lahir di hospital gomen ya? Ingatkan swasta.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails