Aku tengok pengikut blog aku ni dah 399. Ada yg masih aktif dan ada yg dah hanyut. Tak kisahlah. Itu adat w/p kalau boleh aku nak seramai mungkin follower aku tu membaca entri2 di sini.
Sekarang aku sedang menunggu follower yg ke 400. Agak-agaknya siapalah pembaca tersebut?
Dalam ramai-ramai follower ini ada juga yang silent reader. Aku tahu kewujudan dan identiti mereka ini hanya setelah mereka memberitahu aku melalui medium lain seperti chat di fb. Ada juga yang abang mereka yg beritahu aku. Sebahagian mereka telah mengikuti blog aku ini untuk beberapa tahun. Ada yg baru beberapa bulan. Yang aku terharu bila mereka beritahu aku mereka dah baca semua entri aku.
Kawan-kawan blog seperti ini dan para pembaca terutama yg rajin memberi komen yang membuat aku terus bersemangat nak menulis ..... cewah
Yang ke 400...
ReplyDeleteAci tak?
:-)
Ok dah 400 sekarang.
DeleteTak kisahlah aci ke tidak.
Yang penting ckLah sudi berkunjung semula ke mari dan memberi komen-komen bernas.
Eh, salah. Saya jadikan 400.
ReplyDelete:-)
Mungkin pelik dgn komen saya di atas. Sebenarnya, saya pernah keluar dari follower semua blog masa blog saya ada masalah malware. Ingatkan, itu satu cara selesai masalah. Dah selesai tu, saya follow balik semua blog tu. Tapi, ada banyak yg tercicir. Ada juga yang tanya kenapa saya follow 2 kali, dan ada yang tegur, 'Ai, takkan baru nak follow blog saya?". :-). Sorry ya!
DeleteTerima kasih kerana jadikan 400.
DeleteMasa wabak malware dulu memang ramai juga pengikut saya yang berhenti daripada mengikuti blog ini. Saya rasa mereka berhenti mengikuti blog-blog lain yang mempunyai masalah tersebut juga.
Seperti yang ckLah katakan selepas masalah itu, ada yang mengikut semula blog-blog tersebut dan ada yang tidak.
Mungkin blog saya ini tercicir daripada senarai ckLah. Tak apalah. Orak opo-opo. ckLah pun sibuk dengan pelbagai urusan. Tapi hari ini saya berbesar hati kerana ckLah menjadi yang ke 400. Senang nak ingat tu.
TK. Yalah, sejak diarahkan bertukar tempat cari makan lebih setahun lalu, keupayaan berblog pun dah mula mengendur. Ada masa aktif dan rajin benor, ada masa, aduhai aduhai saja. Koje udoh bertamboh rumit...(konon)
DeleteTahniah... Makchaq kira follower baru YB...tertarik dengan tulisan pure breds.
ReplyDeleteAda satu entri makchaq tanyakan pendapat YB sebagai pakar, mungkin YB tak perasan.
Terima kasih makchaq..... Ha'ah kiranya makchaq follower baru saya. Dan makchaq antara yang rajin memberi komen di kala jumlah komen tak seberapa banyak seperti dulu.
DeleteEntri yang mana satu yang makchaq maksudkan itu? Nanti saya cuba baca semula. Biasanya saya memberi komen balas secara spontan. Makanya ada komen yang saya sendiri pun tak ingat.
Baru2 ini saya baca beberapa entri saya yg lalu. Saya pun terkedu mcmana saya boleh balas sebahagian komen2 mcmana saya membalasnya ketika itu ..... hehehe
cewahhhhhh...
ReplyDeleteekekekeke
aku salah sorang silent reader tu..
ReplyDeleteAi kdg silent kdg becok gak.huahuahua
ReplyDeleteSaya tak pandai nak tengok follower. Tapi kalu tak silap saya follower YB yang ke 400 ialah Si Riben Merah. Atau susunan itu tidak mengikut latest?
ReplyDeleteSaya pernah jadi silent reader Yb, lama lama tak tahan terus masuk komen, hihihi.
ReplyDeleteBiar ramai silent reader asalkan dorang baca entry YB.. Ni kadang2 followers punya la ramai, tapi yang baca entry tu tak sampai suku pun...
ReplyDeletewahhh.. ramainya follower.. bagus la, YB rajin post entri baru.. cam sy ni, tenggelam timbul.. haha
ReplyDeleteYB,sy la salah seorg silent reader yg di sebut chat di FB tu..haha
ReplyDeletesaya adalah salah sorang silent reader uncle!
ReplyDeletesaya setia memfollow wlaupun tak pernah dapat hadiah.... :)
ReplyDelete