Sunday, September 9, 2012

Jambatan Tamparuli

Kalau ke Sabah tak sah kalau tak pergi ke jambatan Tamparuli. Dari aku kecik aku dah dengar tentang jambatan gantung ini.

Semasa kami di dalam perjalanan ke Kundasang Sabtu lepas kami singgah di pekan Tamparuli untuk melihat sendiri jambatan gantung tersebut. Nak sampai ke situ tak susah sangat kerana ianya tak jauh dari jalan utama KK - Kundasang. Ada papan tanda menunjukkan ke arah jambatan tersebut bila hendak sampai ke pekan Tamparuli. Di persimpangan di situ belok ke kanan dan dalam 500m anda akan nampak jambatan ini.


Jambatan ini hanya untuk pejalan kaki saja seperti si hensem di dalam gambar ini


Ingatkan dia berjalan seorang rupanya ada teman. Nasib baik bukan awek dari Sabah


Tapi bagi mereka yg gayat mungkin elok fikir dua kali sebelum cuba menyeberangi sungai ini dgn menggunakan jambatan gantung ini kerana ada kayu yg dah tercabut


Ini pemandangan dari bawah jambatan. Abaikan keluarga yg enterframe tu.... hehehe


Di sebelah hujung jambatan ini ialah pasar pekan Tamparuli. Di situ juga ada gerai2 makanan (yg di sebelah kiri gambar di atas ni). Kalau dah menggeletar lutut bolehlah singgah makan atau minum di situ



Kalau tak berani nak jalan kaki di atas jambatan ini bolehlah naik kenderaan melintas sungai menggunakan jambatan baru. Tapi jambatannya muat satu lorong saja dan kenderaan kenalah bergilir2


Akhir sekali, ini pemandangan dari bawah ke arah tengah2 jambatan. Amacam, ada berani?

12 comments:

  1. abang pernah sampai .. rasanya lebih 20 tahun dulu. tapi tak ada gambar sebab masa itu belum jadi blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bezanya antara blogger dan bukan blogger. Semua perkara nak dirakam dgn kamera dan dimasukkan dlm blog .... hehehe

      Abang tak keseorangan dlm perkara ni!

      Delete
  2. assalam YB..acik lebih rela naik kereta dari jalan atas jambatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Acik.

      Naik kereta taklah dapat merasa menjejakkan kaki ke jambatan Tamparuli tu .... huhuhu

      Delete
  3. Saya belum pernah kesana tapi cik abang kita dah sampai sini masa dia kerja jadi setiausaha sulit dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah rancang bercuti ke Sabah tak lama lagi dan singgah ke jambatan ni.

      Delete
  4. Makchaq pernah bergambaq atas jambatan ni pakai kain batik sebab baru lepas mandi sungai di Kiulu

    ReplyDelete
  5. saya siap lompat lompat goyang goyang kan jembatan tu lagi!!
    biau semua orang lain gayat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perangai dari kecik sampai besar panjang (eh panjang ke? hehehe) tak ubah ubah .... hahaha

      Delete
  6. Assalamualaikum,
    Saya kenal jambatan ni dalam lagu "Jambatan Tamparuli" tapi x penah sampai...teringin jugak nak pi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss.

      Ramai org kenal jambatan ni menerusi lagu itu. Itu sebab jambatan ni femes.

      Lain kali kalau ke KK singgahlah pekan Tamparuli. Tak jauh sangat pun dari KK.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails