Saturday, January 7, 2012

Mengapa Sebahagian Gadis Lebih Suka Lelaki Berumur

Kebiasaannya bagi kebanyakan pasangan kekasih si lelaki lebih tua sedikit ( 2 - 4 tahun) dari si wanita. Ada juga yg sebaya terutama mereka yg berkenalan dan bercinta sejak di bangku sekolah menengah lagi. Tapi sekarang ini semakin ramai gadis yang mencari kekasih dari golongan lelaki yg lebih berumur (> 10 tahun perbezaan usia).

Sebab sebenar hanya gadis2 tersebut yg tahu tetapi dari luaran kita bolehlah mengagak antara sebab2nya seperti berikut:

1) lelaki tersebut lebih matang. Tidak cepat melenting dan lebih senang bertolak ansur.

2) kedudukan kewangan mereka lebih stabil. Biasanya mereka menjawat jawatan yg agak baik seperti sudah menjadi pengurus jika di sektor swasta dan penolong pengarah jika di sektor awam.

3) simpanan di bank boleh tahan. Tak perlu meminjam utk belanja kahwin.

4) dah ada kereta mewah. Taklah gunakan kereta kecil atau kereta second hand lagi. Ada yg dah guna beammer atau Mercs E Class. Paling tidak, Camry, Accord atau CRV

5) dah ada rumah sendiri

Tapi berhati2 jika memilih lelaki berusia ini kerana mereka mungkin suami orang!


27 comments:

  1. dulu tak pernah couple dengan lelaki BUKAN sebaya.

    tapi end up kahwin dengan lelaki yang 4 tahun senior.

    :)

    memang lelaki lebih berusia lebih matang and lebih stabil kebanyakannya. and perempuan sekarang mungkin lebih pentingkan something apart from sex appeal ie physical attraction untuk jaminan kebahagiaan dunia akhirat.

    wallahu'alam.

    ReplyDelete
  2. bila lelaki berumur,kebnayakan nya suami orang....
    awas!

    ReplyDelete
  3. lebih2 lagi kalau lelaki tu ada kedudukan dalam kerajaan samada sebagai Menteri, Timb Menteri atau MP.

    kalau anak raja, malas nak cakaplah.

    apa-apa pun itu semua adalah takdir Allah belaka. kalau sudah ditakdirkannya begitu, tiada daya upaya kita hendak menolaknya.

    akan tetapi kembali kepada tajuk, ada ke orang lelaki yang tidak berumur ?

    ReplyDelete
  4. Mak Adam kena baca entri YB ni !! haha

    ReplyDelete
  5. saya pernah kenal dgn lelaki yg 4-10 tahun lebih tua. diorg memang matang, pandai dan bijak.

    bab material saya tak pandang sangat tapi kebanyakan mereka mmg well established.

    semua baik. tapi sayang sikit....semua laki org.

    so isteri2, jgn risau - GB tak akan kacau asben org. :)

    ReplyDelete
  6. elok la lebih tua sedikit.. lebih matang kata nya..

    ReplyDelete
  7. lelaki tua-tak gelojoh mcm yg muda..hehe...

    ReplyDelete
  8. YB,

    ade kwn saya pernah couple dgn lelaki lebih berusia yang mengaku duda dan bujang tua!!!

    mujur kwn saya tu cepat menghidu yg laki tu sebenarnya dah ada anak isteri. lps tu kwn saya tu minta putuskan hubungan. lelaki tu tak nak dan tak putus asa ganggu kwn saya sehingga kwn saya terpaksa tukar tempat kerja, tukar kereta, tukar rumah sewa dan tukar nombor telefon. (errrr tukar kereta tu kebetulan kereta kwn saya dah uzur benor sbb kereta dia bli second hand).

    saya saje menduga tanya kawan saya tu kenapa tak teruskan hubungan je?

    kawan saya kata, "aku tak sanggup andai perkara ni(menjalin hubungan dgn suami org) sendiri berlaku pd mak aku, kakak aku atau adik aku. aku juga taknak hati isteri dia sakit sebagaimana hati aku sakit bila tau dia tu suami org"

    dan sekarang pada usia 37 tahun kawan saya masih bujang.....


    *komen saya ni tak ke laut, kan?

    ReplyDelete
  9. Setakat ni saya tidak termasuk dalam 'sebahagian gadis' tersebut. Saya lebih suka bersusah2 dahulu, bersenang2 kendian...baru ade thrill sket hidup ni kan...

    ReplyDelete
  10. farrah,

    Jodoh pertemuan di tangan Allah. Kadang tu kita couple dgn org lain dan kahwin dgn org lain. Kadang tu tak couple pun tapi terus bertunang dan akhirnya kahwin.

    Memanglah sepatutnya semakin berusia seseorg itu mereka semakin matang. Tapi ada juga yg harapkan umur aje senior tapi perangai kalahkan budak ... hehehe

    Org yg lebih berumur biasanya mmg dah lebih stabil dari segi kerjaya. Semoga itu boleh membantu kebahagiaan rumahtangga.

    ReplyDelete
  11. kaklong,

    Ada gadis pernah beritahu "kenapalah lelaki yg baik2 semuanya sudah suami org? Yang tinggal kebanyakannya hampeh."

    Agaknya yg baik2 ni cepat laku!

    ReplyDelete
  12. al-lavendari,

    Kiranya org lelaki yg ada kedudukan dlm kerajaan ini sahamnya tinggilah bang ya? Kalau setakat YB mcm saya ni mcmana bang? hehehe

    Bukan saja tiada lelaki yg tak berumur tapi perempuan pun mcm tu juga.. Semua ada umur ...ngeeee

    ReplyDelete
  13. Daddy Ziyyad,

    Semalam hampir2 emak Adam nak terbaca n3 ni tapi saya cepat2 toggle ke fb yg ada gambar Adam nak minum ABC tu ... hehehe

    ReplyDelete
  14. btol tu YB...ramai gadis suka lelaki berumur...


    ada juga laki suka popuan berumur...camna tu"??

    ReplyDelete
  15. gadisBunga,

    Awak kenal dgn seorg atau lebih dari seorg lelaki begitu sbb julat umur tu agak besar iaitu 4 - 10 tahun?

    Mereka itu matang, pandai dan bijak sebab dah berpengalaman. Entah2 mengayat pun pandai hehehe.

    Lega isteri2 bila baca kenyataan GB ni. Kalau tak mesti risau sebab GB pun matang, pandai dan bijak selain kedudukan material yg agak kukuh .... ngeeee

    (jangan marah - gurau aje pagi2 ni)

    ReplyDelete
  16. zino,

    ini cakap otai yg berpengalaman. Elok diambil perhatian oleh para gadis sekalian.

    ReplyDelete
  17. Kamsiah,

    Lelaki tua slow and steady. Yang muda belum steady lagi - itu sebab tak tahu nak slow ... hahaha

    ReplyDelete
  18. AiTotYati,

    Terima kasih berkongsi cerita. Tak ke laut komen Tot tu. Ai like.

    Kawan Tot tu lupa tanya ex dia tu bujang berapa? Bila dia kata bujang tua, mungkin dlm hati dia nak beritahu dia bujang 3 lagi. Baru terisi 1.

    Sampai tukar semua termasuk tempat kerja tu dah kira berat. Kalau yg kerja sendiri mcm saya ni, mcmana nak tukar tempat kerja? huhuhu

    Niat kawan Tot tu murni kerana tak sanggup kaum sejenisnya terluka. Biarlah kaum Adam saja yg luka ... ngeee.

    Semoga dia bertemu jodoh tak lama lagi. 37 masih boleh lagi sebab ada yg kahwin masa dah nak pencen.

    ReplyDelete
  19. Cik SHiNJU,

    Dah ada calon ke Yun? Bila dah pilih tu berdoa dan tawakal ajelah. Memang kalau sama2 muda, banyak yg perlu dikumpulkan bersama. Nak harapkan seorg saja, memang tak larat.

    Semoga perkahwinan Yun nanti penuh dgn thrill.

    ReplyDelete
  20. jedi,

    Sebahagian gadis yg memilih lelaki berumur itu berbuat demikian kerana telah kecewa dgn lelaki muda... ngeeee

    Lelaki yg suka perempuan berumur tu saya pun tak tahu sebabnya. Kenalah tanya mereka ... hehehe

    ReplyDelete
  21. Akak masa mudaa agak 'geli' untuk couple dgn lelaki yg berumur sebab tak boleh nak jive, kita suka rock dia suka dangdut/hindustan,
    Eeeee...Ya Ampun
    Bersyukur suami sekarang serasi..hehehehehe

    ReplyDelete
  22. Marina Monroe,

    Tapi ada juga lelaki berumur yg perangai kalah budak muda. Jangankan setakat rock, lebih dari itu pun dia layan terutama kalau nak ngorat anak dara muda ... hehehe

    Alhamdulillah kakak dapat jodoh yg serasi dan hidup bahagia.

    ReplyDelete
  23. Pilihan orang muda sekarang memang terang2 suka suami orang, suami orang ni poket penuh dan pandai membelai tak kira lah muda atau tua.

    ReplyDelete
  24. sharifah rosidah,

    Itu yg suami2 gatal rasa saham mereka naik!

    ReplyDelete
  25. salam...bf saya berumur 52 tahun dan saya baru nak masuk 23 tahun..kami bahagia..;) for me, age doesn't matter..family pon ok..walaupun ada tentangan awal2 tu..tp skrg alhamdullilah..n he's rock..ta nampak macam 50 sumtin..still smart..dia lebih matang dan banyak bantu saya dalam study..sebab tu saya sayang dia...

    ReplyDelete
  26. tak suke lelaki tua. dah 3 kali bkawan dgn lelaki berumur. mg kewangan stabil tp yg lain2 rejecteddddddd. so keputusan saya lebih selsa yg mude. lebih matang bila ade prob. tua2 ni umur je tua. tp perangai mgalah budak

    ReplyDelete
  27. hai u olls... i pun ada berknalan ngn sorang laelaki ni.. he is a good man, jarak umur kami dalam 18 tahun... so, ape pandangan u olls... i baru umur 24 tahun.... n a man tu dlm 42 tahun... ape pandangan olls??? leh bg pandangan kat email i yeak....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails