Sunday, September 16, 2012

Open House Linda Onn

Malam ini aku ke majlis rumah terbuka Linda Onn di Villanya di Bukit Indah, Ampang. Ini kali kedua aku ke rumah barunya itu. Kali pertama dua tahun lepas semasa dia baru pindah dan buat house warming cum open house. Sebelum itu aku pernah ke rumah banglo dia di Beverly Hill, Pinggiran Ukay. Kebetulan emak bapaknya ada masa aku ke situ. Siap mereka jemput aku makan tengahari sekali masa tu.


Ini dia villa Linda di Bukit Indah. Kelihatan sebahagian tetamu Linda malam ini


Rumah dia ada kolam renang di sebelah belakang


Ruang tamu rumah Linda. Saudara mara rapat duduk di dalam manakala kenalan duduk di khemah di luar rumah


Antara tetamu yg hadir termasuklah para artis tanahair seperti Umie Aida 


3 jejaka idaman Malaya dari kiri Sazali Onn (abg Linda), Halim Othman dan ehem ehem


Bergambar dgn tuan rumah. Macam janji pula sama berbaju hitam .... jangan jeles


Tapi jangan risau. Aku tetap setia pada yg satu. Kerusi kosong (tak nampak di dalam gambar) itu utk emak Adam yg tak dapat datang

15 comments:

  1. kenapa linda onn tak kawin dengan halim othman je kan? heheheh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab Halim Othman tunggu gadis mcm GB. Linda tu not his taste .... hehehe

      Delete
    2. Bukan Halim Othman tu dah kahwin ker? Dah cerai kah dia?

      Delete
    3. eh bila dia kahwin? Tak tahu pulak.

      Dulu2 dia berkenan dgn Abby Abadi semasa sama2 jadi hos dan pembantu rancangan Roda Impian. Tapi lambat sangat nak buka mulut org lain dah sapu.

      Lepas tu yg saya tahu dia terus membujang.

      Delete
  2. kenapa mak adam tak dapat datang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. emak Adam segan ke majlis2 glamer mcm ni. Dia kan low profile .... huhuhu

      Delete
  3. kenapa saje nak sama baju hitam? wakaka

    ReplyDelete
  4. Macam sengaja jer tak nak bawak Emak Adam? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah ajak beberapa kali tapi memang dia tak nak ikut. Nak buat mcmana ... ngeeee

      Delete
    2. kalau sy jd mak adam..saya ikut je kemana pegi
      haha.maklumlah yb ni ramai peminat.hehe

      Delete
  5. YB ada bau bau bacang dgn Linda Onn kah?

    ReplyDelete
  6. Linda sekelas dengan anak kakak saya semasa bersekolah di JB.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails