Monday, September 24, 2012

Pertemuan Di Antara YB ADUN Hulu Klang Dengan YB

Khamis lepas aku mendapat panggilan telefon daripada seorang lelaki yg mengaku dari Pejabat ADUN Hulu Klang. Dia bertanya samada aku akan berada di rumah pada keesokan harinya pada sebelah petang. Aku jawab tak tentu sebab aku ni kerja sendiri. Kalau ada meeting dgn client aku keluar. Kalau tidak, aku kerja dari rumah saja. Dia beritahu aku YB nak datang ke rumah aku pada hari Jumaat tu untuk menyerahkan sumbangan daripada kerajaan Selangor di bawah Skim Mesra Usia Emas di mana keluarga yg kematian ahli warga emas yg lahir di negeri Selangor atau telah menetap lama di negeri tersebut akan mendapat bantuan RM2,500.

Semasa emak aku meninggal dunia pada bulan Ramadan baru lalu YB Hulu Klang iaitu Tuan Haji Saari Sungib dan isteri telah singgah ke rumah kami selepas majlis khatam Al-Quran di surau kami. Beliau telah menyampaikan ucapan takziah dan bertanyakan samada aku telah mendaftarkan nama emak aku untuk Skim Mesra Warga Emas tersebut. Aku kata belum.  Beliau meminta pembantunya menolong aku mendaftarkan nama arwah emak aku.

Tak sampai 40 hari borang kami telah diproses dan wang sumbangan telah sedia untuk disampaikan. Berikut gambar-gambar YB Saari Sungib semasa datang ke rumah aku Jumaat lepas.





YB menyampaikan sumbangan awal RM1,000. Baki RM1,500 akan disampaikan di dalam satu majlis khas kepada penerima2 lain di DUN Hulu Klang termasuk aku pada satu tarikh yg akan ditetapkan kemudian




Salah seorang pembantu YB Saari memberi penerangan tentang skim Mesra Usia Emas ini kpd aku 




Aku sempat bertanya tentang kemungkinan tanah tapak rumah kami ditukar dari status leasehold kepada freehold (pegangan bebas). YB Saari memberitahu perkara ini telah diajukan kpd YAB MB dan MB berpandangan ada di kalangan orang Melayu akan menjual tanah mereka jika ianya ditukarkan kepada freehold. Oleh itu, beliau lebih cenderung mengekalkan status tanah tersebut sebagai leasehold. W/pun sesiapa yg ingin melanjutkan tempoh pegangan tanah mereka, bolehlah berbuat demikian di Pejabat Tanah sehingga 99 tahun.

Aku kata 99 tahun tak cukup YB. Kalau tak dapat jadi freehold, dapat 999 tahun mcm di Perak tu pun jadilah. YB Saari berjanji akan membawanya ke MB cadangan ini. 





YB dan rombongan menikmati hidangan petang berupa pisang goreng dan popia goreng (homemade oleh emak Adam) serta air kopi O kaw kaw sebelum ke function seterusnya petang itu.



Aku bagi pihak keluarga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YB Saari kerana membantu kami mendapatkan sumbangan Skim MWE ini dan sudi meluangkan masa datang ke rumah kami dan mendengar suara rakyat bahawan mcm aku ini.

10 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki datang dengan kita tidak meminta minta, amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.

      InsyaAllah wang ini kami nak wakafkan atas nama arwah emak. Semoga pahalanya berterusan.

      Delete
  2. bagus juga kerajaan selangor ni .. janji ditepati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai orang Islam kita kenalah tepati janji.

      Saya dah beberapa kali berjumpa dan bertegur sapa dgn YB Saari dan saya dapati dia seorang yg sangat kuat bekerja. Bila ditanya apa yg memberi dia kekuatan utk bekerja keras utk rakyat di DUN Hulu Klang dia jawab dia mengharapkan balasan di Akhirat kelak.

      Delete
  3. wahh.. rejeki jangan ditolak.. musuh jangan dicari.. ngeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki utk arwah emak. Bolehlah diwakafkan atas nama dia utk kebaikan semoga pahalanya berterusan.

      Delete
  4. jeles pulak dgn yb tu sebab dapat makan kuih mak Adam buat. hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah jeles. Lain kali GB dtg lah sini kalau nak rasa kuih emak Adam. Malam tadi dia buat stok karipap pusing pulak .... ngeeee

      Delete
  5. As salam YB,

    Bantu atas nama agama ALLAH itu yg sebaiknya... Fikir yg baik2 sahaja kan :))

    Sedapnye pisang goreng & popia goreng..sebut tak tgk gambar pun dah terliur... mcm ni saya ni...hiks :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Marya.

      InsyaAllah akan digunakan wang ini dgn sebaiknya.

      Itu pisang awak yg emak adam beli di pasar tani pada Rabu lalu. Popia tu memang dia buat sendiri dan sejukbekukan. Senang kalau ada tetamu datang.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails