Thursday, September 27, 2012

Nak Jadi Artis Atau Nak Jadi Doktor

Lihatlah gambar ini. Ianya hasil kerja tangan Adam pagi ini pada dinding kakaknya.



Aku tak perasan masa bila pula dia sempat menconteng dinding tu. Bila aku masuk bilik kakak Adam untuk berbual dgn arkitek salah satu projek kami, tiba-tiba aku terpandang masterpiece ini.

Aku tengok macam gambar sistem peranakan wanita. Nak jadi doktor kot anak kami yang seorang ini. Tapi bila emak Adam tunjukkan dinding di bilik tamu kami yg dia conteng juga serta kereta CRV aku yg siap digaret dgn tulisan nama dia (ADAM) aku rasa dia lebih berminat nak jadi artis yg kerja melukis.

Untuk hasil lukisannya pagi ini ..... pap ... kena dia satu round oleh emaknya.

"Dengan ayah kau bolehlah. Dengan emak jangan main-main!" sergah emaknya.

24 comments:

  1. saya nampak macam sistem ventrikle kat dalam otak

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya ke? Too technical for me .... hehehe

      Nanti saya tanya kawan saya Dr Zurin Adnan yg pakar saraf tu .... ngeee

      Delete
  2. cakap dgn Adam, nak jadi doktor boleh...tapi bukan di Malaysia ya...;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa kalau dia jadi doktor di luar negara siapa pula nak tengok2 emak dan ayah dia masa tu? Ingat kalau ada anak yg jadi doktor bolehlah rawat emak ayah yg sakit. Abg2 dan kakak Adam lebih berminat kerja kira duit .... huhuhu

      Delete
  3. crv pun siap kena conteng, aduh! ni terlebih kreatif, tak cukup kertas nak lukis, semua benda yang nampak ideal untuk di lukis, harus di jadikan lukisan yang cantik....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak nangis saya yus bila tengok pintu crv di contengnya. Siap dgn nama dia. Tapi baru siap ADA aje. M belum sempat dia tulis tapi saya syak memang kerja si Adam tu. Bila saya tanya, dia mengaku!

      Delete
  4. tak apa cat mahal.nanti bibiknya boleh tolong bersih kan...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kat dinding bilik tu bolehlah dibersihkan tapi yg kat pintu kereta tu kekal sampai hari ni .... huhu

      Delete
  5. Assalamualaikum,
    Hu hu huhu cian Adam...baru je nak asah bakat, dah kena PAP!

    Opsssss! takutnya! Garang betul mak adam ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Anyss.

      Tengok memang kesian tapi emak mana yg tak geram bila habis dinding rumah diconteng2. Bukan tak pernah kena khutbah sebelum ni.... huhu

      Lebih baik anyss berhati2 kalau taknak kena lesung batu ... hahaha

      Delete
  6. Adam, adam tak pasal2 dapat pukulan halilintar dari emak nya, nampak nya emak adam tak mahu adam jadi artis walaupun si adam ni minat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tak pasal2 sebab Adam yg cari pasal.... ngeee.

      Betullah tu emak Adam tak nak dia jadi artis. Jadi hafiz lagi bagus.

      Delete
  7. satu hasil seni yang sangat menarik... :)


    yg dekat crv tu adam tulis pakai marker
    atau besi... kalau pakai pensil rasanya tak
    nampak sbb setahu saya crv YB warna hitam...


    harap2 adam guna besi atau pisau sbb hasilnya lebih
    menarik dan TIMBUL serta real ala2 3D heheheeeee...






    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti bersemangat kalau Adam tahu hasil seninya dipuji...


      Dia guna besi utk tulis di crv tu. Kalau marker taklah saya ralat sangat. Tak boleh hilang sebab agak dalam torehannya. Kena sembur cat semula kalau nak pulihkan.
      Hasilnya memang TIMBUL sebab tulisan itu tenggelam ke dalam badan pintu crv tu .... huwaaaa

      Delete
  8. Assalam YB..anak acik masa kecik pun sama..macam2 lukisan ada dikereta ayahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Acik.

      Anak yg mana yg berbakat melukis di kereta ayahnya tu Acik?

      Anak2 saya yg lain tu biasa melukis di tempat2 lain seperti dinding, bawah meja dan pintu bilik tapi Adam ni terlebih berbakat .... huhuhu

      Delete
  9. jadilah doktor yg kreatif dan berseni...eheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu masa najwa kecil adakah kreatif dan berseni mcm ni juga? Nanti bolehlah bawa Adam jumpa najwa utk berguru supaya menjadi doktor juga.... hehehe

      Delete
  10. Tindakbalas emak Adam adalah semulajadi dlm kes2 begini kan kan.... Apa kata YB sediakan whiteboard ke, blackboard ke, greenboard ke, khas utk Adam mencurahkan idea2 kreatif dia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tindak balas spontan. Dah letih2 ada banyak kerja Adam pula tambah kerja emaknya. Mana tak geram.

      Dah sediakan whiteboard tapi dia memang lebih berminat kepada medium lain seperti dinding tu .... huhuhu

      Kat iPadnya pun ada software utk dia melukis dan menconteng tapi kejap dah jemu.

      Delete
  11. Budak2 memang kreatif, rumah makchaq pun penuh lukisan bulat2 kat dinding.. bila depa besaq sikit, cat balik..

    Yang kat kreta tu suruh la dia habiskan tulis adam, kalau hilang senang nak cari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat rumah ni pun sama. Mana yg boleh dilap utk hilangkan dah kami lap. Tapi ada juga yg tak nak hilang. Tinggallah kesannya sehingga budak2 ni besar. Biar mereka melihat hasil tangan mereka semasa mereka kecil. Nak cat rumah ni baru kami cat masa nak masuk dulu.


      Tak sanggup nak suruh dia habiskan tulisan adam kat kereta tu. Ngeri nak bayangkan .... huhuhu

      Delete
  12. kesian dia tp saya paham perasaan mak adam ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kesian juga tapi takkanlah nak tegur emak adam depan anaknya. Nanti naik tocang pulak budak tu sebab dia tahu bila kena marah ada pula yg back up .... huhuhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails