Komen nurazzah88 untuk n3 aku bertajuk Mengapa Sebahagian Gadis Lebih Suka Lelaki Berumur - the sequel menarik perhatian aku. Ini petikan sebahagian komen beliau:
Apataknya, sebab masa tu ada 3 orang member sekolah hubby yang dah berpoligami dan masing-masing bawa isteri kedua ...(kesiannnn isteri pertama? saya tak tahu lah sebab apa..tak kuasa nak tanya...hehehe) ..mungkin masing-masing sengaja bawa isteri kedua sebab nak tunjuk 'kejantanan" masing2 dapat kahwin 2...dapat kahwin isteri muda....hehe..
Adalah tidak adil jika aku membalacs komen tu sekadarnya kerana banyak point-point menarik yg diutarakan. Dalam masa yg sama aku tidak pula berniat mahu mengulas satu persatu perkara yg ditimbulkan. Kalian bacalah sendiri komennya yg sungguh menarik itu kalau belum membacanya.
Pada entri ini aku nak menyentuh mengapa ada sebahagian lelaki yg dah berkahwin (agak lama) gemar bercerita tentang nak kahwin lagi bila mereka berjumpa sesama geng yg satu kepala dgn mereka. Mereka akan bercerita tentang hal ini bukan saja di kedai kopi, rumah teman atau di pejabat bahkan di masjid atau surau juga. Kadang2 penceramah (tentunya yg lelaki) yg mula membuka topik ini di dalam ceramahnya.
Pada dasarnya ada tiga perkara yg dicari oleh lelaki di dalam hidupnya:
1) kerjaya yg baik
2) harta kekayaan
3) wanita
Selepas tamat belajar, belia2 akan sibuk mencari pekerjaan. Setelah berjaya mendapat pekerjaan mereka akan berusaha memanjat tangga koperat ke tahap yg setinggi mungkin. Di dalam usaha dan kejayaan mencapai apa yg dicita2kan itu mereka mendapat kepuasan.
Semakin tinggi jawatan mereka semakin besar pendapatan mereka. Di samping gaji bulanan ada pula yg cuba mencari pendapatan tambahan seperti melalui MLM atau menjadi agen unit amanah sambilan, agen hartanah sambilan atau apa saja yg boleh jadi duit. Bila mereka melihat akaun simpanan di bank, saham ASB/ASN yg dah mencapai had maksima dan harta2 lain seperti rumah dan ladang, lelaki2 ini akan tersenyum puas.
Sekarang hanya tinggal satu lagi kepuasan yg perlu terus diburu - wanita!
Ya sebahagian lelaki ini sudah berkahwin dan mempunyai keluarga yg 'bahagia'. Tapi kerana naluri lelaki atau lebih tepat lagi naluri jantan, mereka sibuk nak cari isteri muda. Mereka menganggap ini sebagai satu cabaran. Jika dapat mencapainya ia akan memberi kepuasan yg sukar diterangkan dgn perkataan ... kononnyala. Inilah yg menyebabkan sebahagian lelaki sibuk bercerita nak berpoligami bila berjumpa sesama sendiri.
Korang setuju atau tak setuju, terpulanglah. Tapi bagi aku, inilah antara sebabnya.
Tajuk yang cukup menarik .. nak komen panjang jg .. tp tgh keje ... jap erk ..
ReplyDeleteNanti time rehat tengahari bolehlah komen panjang2. Saya nak tahu pandangan org pompuan pulak.... ngeeee
Deletesaya setuju.
ReplyDeletedan saya tak hairan.
sebab poligami ialah halal dalam Islam.
Memanglah poligami itu halal dalam Islam tapi tak semestinya semua org nak kena amalkan .... huhuhu
Deleteno komen. hahahaha!
ReplyDeleteAsyik no komen aje.
DeleteNyampahlah... huhuhu
tak nak komen tapi hati gedik2 nak komen tapi taktahu nak mula kat mana
ReplyDeletew,pun tak suka isu ni tapi kalau boleh elak maksiat lebih baik halalkan je..itu bagi yg mampu.
dannnnnnnnnnn tak semua lelaki mampu
Pandangan yg pragmatik. Maaf cakap ada isteri yg tak kisah suaminya ada perempuan simpanan asalkan dia tak dimadu.
DeleteJelas tak semua lelaki mampu. Bukan saja dari segi kebendaan tapi lebih penting lagi mampu berlaku adil.
Kalau sedar diri tu tak mampu carilah kegiatan lain yg lebih berfaedah daripada sibuk memikirkan nak kahwin lagi.
bro, adil tu subjektif, boleh kira ke, bole timbang ke, bole sukat ke kasih sayang. macam mana kasih saya bro kepada anak-anak sama berat ke, sma banyak ke. pasangan pertama suka asam pedas, yang kedua suka kari kau, yang ketiga suka tom yam, yang keempat suka sup - so utk adil beli satu jenis je supaya sama dan adil ? ada yang ramping, ada yang gempal so kena beli kain ukuran yang sama supaya adil dan sama, atau macam mana?
Deletehahaha. bukan laki yang mampu je sibuk nak kawen dua. tak mampu pun same. sungguh tak faham.
ReplyDeleteOrg lain kata dia tak mampu tapi dia rasa dia mampu! Habis camne? hehehe
Deletememberi sokongan kepada perkara yang halal tidak sia-sia. sekurang-kurangnya menangkis serangan daripada yahudi & nasora yang bencikan perkara-perkara yang dihalalkan tetapi menyokong perkara-perkara yang diharamkan
DeleteSaya tak nak fikir hal hal begini, saya go with the flow je so far belum terdengar dia nak pasang dua setakat bergurau gurau biasalah tu mulut dia biar lah dia cakap tapi kalau terjadi betul2 saya dah bagitahu dia awal2 kalau nak pasang lagi satu cakap je tak payah sorok2 sebab saya bagi tapi syarat nya lepas kan saya dulu.
ReplyDeleteSaya tak boleh terima sampai bila2 sebab saya dah tengok macam mana arwah kakak saya bermadu 3, walaupun disaluti kemewahan tapi hati sentiasa menangis dan merintih, kesian sangat kat arwah.
Saya rasa syarat yg awak letakkan itu mematikan terus sebarang hasrat dia utk berbini dua! Kebanyakan suami tak sanggup terima syarat ini kecuali yg dah kemaruk sangat nak rasa daun muda.
DeleteOrg perempuan ni kemewahan sudah jadi tak penting bila diri dah dimadu. Berkongsi kemewahan itu small matter jika dibandingkan berkongsi kasih sayang. Bagi org yg telah melihat perkara ni spt mana awak melihat penderitaan kakak awak, sudah tentu ianya meninggalkan kesan yg mendalam.
saya hormati pandangan puan berasaskan pengalaman keluarga sendiri. wpun begitu apa komen terhadap insan-insan yang berbahagia hidup dalam harmoni walaupun mengamalkan konsep perkongsian suami. anak-anak mesra dengan ibu sendiri dan bukan 'ibu sendiri'.ahli perkongsian bagaikan adik beradik. susah dan senang tanggung bersama. suami dihormati sebagaimana yang wajib dihormati. terlalu banyak episod indah yang di alami oleh warg bumi yang mengamalkan konsep perkongsian yang cuba dipadamkan, termasuk oleh penceramah-penceramah agama. yang manis berbicara hanya menonjolkan contoh-contoh yang negetif. alangkah indahnya falsafah perkongsian yang telah pun diamalkan oleh baginda Nabi SAW dan sahabat-sahabatnya.
Deletesaya hormati pandangan puan berasaskan pengalaman keluarga sendiri. wpun begitu apa komen terhadap insan-insan yang berbahagia hidup dalam harmoni walaupun mengamalkan konsep perkongsian suami. anak-anak mesra dengan ibu sendiri dan bukan 'ibu sendiri'.ahli perkongsian bagaikan adik beradik. susah dan senang tanggung bersama. suami dihormati sebagaimana yang wajib dihormati. terlalu banyak episod indah yang di alami oleh warg bumi yang mengamalkan konsep perkongsian yang cuba dipadamkan, termasuk oleh penceramah-penceramah agama. yang manis berbicara hanya menonjolkan contoh-contoh yang negetif. alangkah indahnya falsafah perkongsian yang telah pun diamalkan oleh baginda Nabi SAW dan sahabat-sahabatnya
DeleteLelaki kan ego tinggi, saya rasa perkataan paling tepat adalah 'To satisfy my ego'
ReplyDeleteTak dinafikan ego lelaki tinggi. Bila kawan2 seangkatan dgn dia dok menayang isteri muda mereka, sudah tentu ego dia tercabar. Bukan lelaki normallah kalau dia membiarkan egonya tercalar!
DeleteJangan keluar yg terbaik, berhati2 dgn siapa dia berkawan.
jika ada jodohnya, sembunyi lal dalam gua mana pun, tetap juga menjadi kenyataan mendapat rakan kongsi baru
DeleteAgaknya dia suka ramai-ramai kot. Adik-beradik ramai, member ramai, anak ramai, bini ramai.
ReplyDeleteMeriah katanya..
Nak kata dia suka ramai2 tapi bila dah kahwin baru dok berkepit dgn bini muda aje. Yang lain2 tu dia tak peduli .... huhuhu
Deletetu la baru adil, cz yg muda baru merasai kena la lebihkan........ tanpa abaikan yang sedia ada
DeleteYea.. komen saya tadi siang terpadam sendiri. Heran juga. Takpa la.
ReplyDeleteSaya sejak dulu, masih dengan prinsip dan pendirian saya. Tidak kesah pun bab poligami ni. Jika suami saya nak kahwin lagi, saya tak akan menghalang, insyaAllah. Buat apa nak larang, nanti lagi banyak masalah.
Lagipun bab poligami ni, sudah menjadi perara biasa dalam keluarga saya dan suami. Kami dah tak heran lagi dah...
rahmat besar terhadap puan insyaAllah. Betapa ramai kaum lelaki yang merana kerana terhalang untuk mendapat haknya sedangkan ianya ada kemampuan. Lantaran halangan dari isteri dan pentadbiran dunia, sehingga ada yang terjebak dengan aktiviti yang diharamkan oleh Allah.
DeleteTapi yang herannya, bila kita tak larang, depa sendiri pulak yang tak mahu. Biasanya yang dilarang tu yang sangat kuat semangat nak memadukan isterinya.. hehehehe
Deletekucing mana yang tak komponan kepada ikan. sesuatu yang tidak kena wujud dalam diri seorang lelaki yang tidak teringin memiliki lebih dari seorang wanita secara halal. suami kita akan lebih ceria bila mendapat partner baru. perniagaan yang lebih maju. keceriaanya pasti dirasai bersama oleh ahli kongsi pertamanya. yang penting rakan kongsi kedua tu hendaklah memiliki ciri-ciri rakan kongsi yang mulia. hadiah paling berharga bagi untuk suami adalah cadangan supaya tambah rakan perkongsian. calunnya hendaklah dipersetujui oleh rakan kongsi pertamannya. cam manaeee - ada berani ?????????
DeletePada makchaq jodoh ditangan tuhan.. Kalau dah jodoh lebih dari satu nak buat macam mana..Makchaq ok ja..
ReplyDeleteLelaki saja nak tunjuk kejantanannya beristeri muda tapi akhirnya balik ke rumah isteri tua sebab takut bini muda yang masih bertenaga
ReplyDeletebiasalah tak alami sendiri mana tau kan, tapi selepas tambah satu dan yang terus tambah pun biasa
DeleteMasalahnya raya dah nak dekat habis, i belum sampai kat umah u.
ReplyDelete*lari topik*
kena berani terima penentuan - seandainya memang tak ada jodoh lebih dari satu, walaupun sampai berbaris calun-calun yang minta nak jadi rakan kongsi, tak akan kahwin juga lelaki yang kepingin memiliki pasangan lebih dari seorang. dan begitulah sebaliknya.............
Deletekalau YB nakkahwin lagi saya sokong sangat2...
ReplyDeletetak dapat pergi openhouse dapat pergi kenduri pun jadilah hehehehe
*jgn lupa atau buat2 lupa atau jemputan!
** hint2 tu dah makin terang dan jelas huhuhuhuhu
As-Salam YB, terimakasih kerana sudi membuat entri khas untuk komen saya sebelum ini...tapi saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kerana belum dapat nak balas komen di entri ini...(banyak nak cerit asebenarnya) tapi sebab saya teramat sibuk ..saya tangguhkan dahulu...InsyaAllah saya akan buat entri khas juga suatu hari nanti ...
ReplyDeletedr tadi duk baca komen en anon
ReplyDeletesapalah agaknya tu ye ;)
Saya terjumpa surat cinta suami kepada kekasihnya (isteri orang). Dalam suratnya suami saya katakan he's happily married tapi kekasihnya tak bahgia dengan suaminya. Pendek cerita mereka ikat janji untuk nikah dalam 5 tahun kerana kedua mereka masih belajar (pos siswazah). Salah siapa kerana yang mula menggoda dan katakan sedia jadi isteri kedua adalah si perempuan?
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteEhem. x perlu panjang2, mudah sahaja daripada saya.
nombor :
1) kerjaya yg baik
2) harta kekayaan
3) wanita
AGAMA duduk nombor berapa ye???????
bila agama tak letak no 1. jadilah halnya macam2. dah dengan ALLAH pun x mampu nak adil. Janji nak adil dengan manusia. boley percaya ke? mana yang mampu sangat poligami 2. nak tengok sikit ;)
Ingat. jangan sebb kita agama Islam terfitnah. sebb org yang tak faham agama. menampakkan Islam ni buruk dan penuh diskriminasi terhadap wanita. ish2. TERUK 2. (*xpelah nak jadi kejam sekali sekala.)
...........
Apa alasan tadi nak poligami? ooooo... sebb nak nampak hebat.. apa. apa lagi? ooo.. sebb x dapat tahan nafsu?? o... ni ke alasannya?
lelaki lemah jiwa & rohani macam ni nak poligami? rosak... rosak @_@
*tolonglah.... tolonglahhhhhh dalami agama lagi.. tolonggggggg~ jangan rosakkan diri sendiri dengan "ketidaktahuan" yang melampau tentang agama. Tolonglah!
* semua ini kerana sayang. tolonglah faham.
terima kasih. (ini bukan kerana emosi. xp kerana sayangkan umat ini. tolonglah renung diri kita sama-sama. TOLONG!)