Kalau anda ke Kundasang eloklah bermalam di sana untuk menikmati udara sejuk dan nyaman Gunung Kinabalu. Kena pula pergi dgn pasangan anda. Memang best. tapi kalau pergi sorang, tak payahlah nak buang karan
Ada banyak tempat tinggal disediakan di situ. Anda boleh memilih hotel mcm yg Aqasha tinggal di dalam cerita Dejavu Kinabalu tu atau boleh juga cari homestay. Kalau nak happening, aku cadangkan tinggal di homestay. Semasa kami ke sana minggu lepas kami tinggal di May Homestay di Kampung Mesilou. Kampung ini didiami oleh suku Dusun yg beragama Islam. Aku tahu tentang homestay ini dari rakan2 blogger yg ke sana tak lama sebelum ini. Sewanya amat berpatutan.
Pemandangan luar May Homestay. Kalau nak ke situ elok sewa kereta yg tinggi cc nya kerana tempat tu bukan lagi di kaki Gunung Kinabalu tapi dah nak sampai ke 'pinggang' gunung. Kalau kereta cc kecil takut tak kuat mendaki. Kami sewa MPV putih yg 3000 cc .... ngeee
Rumah ini ada 3 bilik tidur, sebuah ruang tamu, dapur yg lengkap dgn periuk belanga utk memasak. Blender juga ada disediakan selain sebuah peti ais dan mesin basuh bagi yg nak tinggal lama di sini.
Ruang tamu sesuai untuk keluarga berehat sambil menonton tv
Salah satu daripada 3 buah bilik di rumah ini. Selain katil dan tilam, juga disediakan beberapa helai selimut tambahan dan tilam bagi yg datang dlm jumlah yg ramai. Bolehlah tidur di ruang tamu. Kalau takde selimut, tidur malam boleh kejang kesejukan.
Emak Adam sungguh suka dgn dapur ini. Sayur yg kelihatan itu kami beli di pekan Kundasang manakala kicap, sekaya dan telur kami beli di KK. Di Kundasang pun ada jual benda2 ni. Periuk karan dan jug karan disediakan oleh pemilik homestay.
Kalau nak buat BBQ tempat grill termasuk arang ada disediakan. Malam tersebut kami telah buat BBQ kambing, sayap ayam dan sosej.
Hasil bakaran malam tersebut
Hasil bakaran malam tersebut
Apa yg kami sekeluarga suka tinggal di May Homestay ini ialah pemandangannya. Ianya begitu hampir dengan kemuncak Kinabalu. Menurut tuan punya homestay ini, kemuncak Kinabalu akan kelihatan jelas tanpa diliputi awan 2 kali sehari iaitu sekitar pukul 6:30 pagi dan 6:30 ptg. Gambar ini kami ambil pada pukul 6:30 pagi
Emak Adam dgn gaya istimewanya berlatar belakangkan Gunung Kinabalu
Emak Adam dgn gaya istimewanya berlatar belakangkan Gunung Kinabalu
Oh ya. Memandangkan cuaca yg sejuk, water heater juga terdapat di rumah ini. Kalau tak, sesiapa yg kena mandi pagi-pagi tu boleh beku. w/p ada pemanas air, tapi airnya taklah sehangat di tempat kita kerana air ini dari gunung. Setakat suam2 kuku aje. maka beringatlah kalau nak buat projek .... oopps
Homestay ini dinamakan May Homestay sempena nama salah seorang pemiliknya. Ianya diuruskan oleh dua orang adik beradik iaitu Emelda (kakak) dan May (adik). Semasa kami tinggal di situ May baru saya pindah ke KK kerana mendapat kerja dgn Kementerian Pelancongan. Sebelum itu dia bekerja sebagai cikgu tadika di Ranau.
May atau nama sebenarnya Fazlina, 20 tahun, merupakan bekas ratu cantik.
Amacam? Berhajat untuk tinggal di sana jika anda ke Kundasang selepas ini? Silalah hubungi nombor yg tertera di gambar ini. Sebut tentang saya kalau nak dapat diskaun!
Memang best nampak homestay tyu. 630pagi di sana memang dah terang macam tu kan, dah macam 730 pagi kalau waktu di Semenanjung.
ReplyDeleteMemang berbaloi duduk di situ. Lagipun Emelda dan May tu sungguh friendly. Kita dianggap mcm tetamu mereka.
DeleteSebenarnya 6:15 pagi lagi puncak Kinabalu itu dah jelas kelihatan. Mentari di KK tu hampir sejam lebih awal terbit berbanding dgn KL.
owh.xtau melisau ada homestay.kitaorang stay di j resident 10 mins dr situ
ReplyDeleteMenurut Emelda ada 4 buah homestay di Mesilou yg mendapat bantuan daripada kerajaan. Selain itu ada beberapa lagi rumah penginapan di situ.
DeleteJ Resident tu berhampiran dgn Sabah Diary farm ke?
bila lah agaknya dapat pergi kesana...huhuhu!
ReplyDeletekaklong cubalah tengok tawaran murah airasia atau mas. Kami mampu pergi sekeluarga sebab dapat tiket murah. Naik MAS lagi tu .... ngeeee
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteFuhhhhh! sempat lagi Tuan Tanah kutip diskaun dari tuan rumah ya hu hu hu ....
Kalau ada peluang pi sana, saya datang sini semula cari nombor homestay May ;)
Waalaikum salam anyss.
DeleteKebetulan semasa saya menghubungi May utk booking saya sebut nama kawan saya yg tinggal di situ sebelum itu. Terus dia beri diskaun. Tapi kalau RM200 satu malam pun berbaloi kerana banyak kemudahan yg disediakan. Tambahan tuan rumah sangat mesra dgn kami. Dia datang ke pekan Kundasang utk menjemput kami semasa kami mula2 tiba.
Entri ini sebagai penghargaan kami kpd Emelda dan May.
eiii....saya gi sorang tau!!!!
ReplyDeleteeh ya ke? Ingat ada kawan hari tu.
DeleteKena pergi lagilah kalau mcm tu .... huhuhu
bestnya melancong..
ReplyDeletesaya letakkan link blog anda dalam blog list 2 blog KM7.
Melancong sambil menghantar anak ke UMS. Melancong dgn keluarga ni tak sama dgn melancong bersama kengkawan.
DeleteTerima kasih letakkan link blog saya ini dgn blog KM7.
YB tak dapatlah jumpe May in person ye? kitorang sempat jmpe aritu. lawa woooooooo.... hehehehehe
ReplyDeleteBelum jodoh nak jumpa kot .... huhuhu.
DeleteTapi dia ada hantar sms masa kami dah balik tu. Emak Adam ada suggest kami cari dia di KK (emak Adam yg suggest tau!) tapi malangnya tak sempat.
Anyway, Emelda pun cantik juga. Gadis2 Dusun ni ramai yg cantik .... ngeeee
nampaqk menarik tu.. kalau saya kesana nanti boleh la stay kat situ...
ReplyDeleteMemang menarik tempat ni. Tak jauh dari situ ada banglo Datuk K dan Datuk Siti.
DeleteKalau nak menginap di May Homestay bolehlah hubungi Emelda. Dia sangat peramah dan helpful.
dato k n tok T ada banglo kat situ?
Deleteemm menarik..tumpang duk banglo dia x boleh ker?hehe
Kalau Irfa kenal baik dgn mereka rasanya bolehlah tumpang banglo mereka tu. Lagipun hari2 biasa kosong aje tempat tu.
DeleteKalau Irfa berjaya duduk di situ beritahulah tentang saya. Lain kali bolehlah saya pulak tumpang .... hehehe
Ok dah ambik no talipon nya, mana tahu dalam masa terdekat ni saya nak kesana, terima kasih Yb.
ReplyDeleteEmelda beritahu saya pagi tadi dia akan baca n3 ni petang tadi. Tentu dia gembira jika tahu ada beberapa org rakan saya nak jadi tetamu homestaynya.
DeleteNanti kalau nak pergi beritahu sayalah ya. Nak kirim salam ... ngeeee
en. yunus, btw thanks, infonye amat membantu, insya Allah kami sekeluarga akan ke sana bln 11 nie, saya juga telah berhubung dgn kakak may dan kami juga telah dapatkan tmpt
ReplyDeleteterima kasih sekali lagi
Terima kasih kembali surya.
DeleteBerapa malam surya dan keluarga bercadang nak ke Kundasang tu? Kalau dapat tinggal di sana 2 malam lebih seronok sebab boleh melawat banyak kawasan menarik di sana seperti ladang lembu tenusu dan ladang2 sayur dan strawberry.
Jangan lupa beli makanan laut segar di pasar KK dan masukkan dlm bekas. Bila sampai homestay tu boleh buat BBQ.
terima kasih mr Yunus,....saya dah menghubungi Emelda dan dpt diskaun yg dijanjikan.Insyaallah akan ke sana Dec nanti.
Deletethanks mr Yunus...brilliance idea
DeleteWelcome.
DeleteEmelda beritahu saya ramai dah org booking homestay dia utk cuti hujung tahun ni.
saya pun br booking homesty emelda utk holiday hjg bln 12 nti...tqvm for info...
ReplyDeleteSelamat bercuti ke Sabah terutama ke Kundasang. Berapa hari zie akan bermalam di Kundasang?
Deletethanks for info...biar pn sya org Sabah tp sa x tahu ada homestay yg dpt bantuan krajaan...akan usaha untuk sampai tpt tersebut
ReplyDeleteWelcome.
DeleteSaya pun baru tahu setelah bercerita dgn Emelda.
Semoga oyoi sampai ke Kundasang dan dapat menginap di May Homestay satu hari nanti.
kami 3 sekeluarga menginap di May Homestay pd 1&2/12/12 yg lepas...
ReplyDeleteMemang menarik, permandangan gunung Kinabalu yg cantik dan dekat hendak ke Desa Farm tempat ternakan lembu susu tu... dan paling best dpt jumpa tuan punya homestay, Cik Fazlina...mmg cun, siap kami bergambar lagi..hehehe. Terima kasih pd En.Sufian n En.Yunus Badawi for the info..
Wah baru balik dari Sabahlah ya. Tentu seronok melancong ke sana. May Homestay tu kalau pergi ramai2 pun seronok sebab ada 3 bilik. Jeles pulak saya dengar awak sekeluarga dapat menginap 2 malam di sana. Banyaklah tempat menarik sekitar Kundasang yg dapat kalian kunjungi.
DeleteBoleh ke tunjukkan gambar kalian dgn May tu kpd saya? ... hehehe
Tqvm for the entry. Saya da book utk January's... :)
ReplyDeleteTqvm for the entry. Saya da book utk January's... :)
ReplyDeleteYou are certainly welcome.
DeleteSelamat bercuti ke Sabah terutama ke Kundasang.
Kalau dapat buat BBQ di May Homestay tu memang best. Boleh beli makanan laut segar di KK utk dibawa ke Kundasang.
tq for info..sy org sabah tp jarang betul p stay bermalam sana.next week nk p sana.try may homestay ni kalo masi available lagi.
ReplyDeleteWelcome .. Selepas ni bolehlah hubungi Emelda atau May utk booking tu. Saya harap masih ada kekosongan sebab skrg ni musim cuti sekolah.
DeleteSalam.. saya sedang mencari Homestay untuk bercuti dengan famili.
ReplyDeletekebetulan terbca blog ni.
saya nak tanye pada sesiapa yang penah menginap di homestay ni, jauh tak jarak homestay ni dari pekan kundasang dan dari KK national Park?
Waalaikum salam noordina.
DeleteJarak homestay ini dalam 2km dari pekan Kundasang. Ianya lebih tinggi daripada ladang ternak lembu milik Sabah Diary Farm. Tempatnya memang sejuk.
Kalau dari KK ianya selepas Kinabalu National Park. Masuk di pekan Kundansang di bulatan di pekan tersebut ke arah kiri.
next jan 2013 saya nk ke sabah..thanks en.yunus coz sharing maklumat :)
ReplyDeletewelcome.
DeleteKalau Azrina nak bermalam di Kundasang, bolehlah cuba tinggal di May Homestay.
Salam kepada semua.. terima kasih kerana menjadikan kundasang sbg tempat percutian .. kami pengusaha homestay mengucapakan terima ksaih yg xda terhingga atas sokongan tuan2 dalam sektor pelancongan terutama pengusaha homestay. Selamat bercuti...
ReplyDeleteSalam kepada anda juga.
DeleteTerima kasih kembali kepada pengusaha2 homestay di Kundasang. Dengan adanya kemudahan homestay di sana dapatlah kami merasakan cara hidup dan suasana di sana. Kalau kami tinggal di hotel sudah tentu suasananya tak sama seperti duduk di homestay.
Semoga usaha kalian diberkati dan bertambah maju.
tmpt homestay ni di kaki bukit ke?law nk booking kna ckp nama pnulis blog ni ke baru leh dpt diskaun?
ReplyDeleteTempat homestay ini separuh perjalanan antara pekan Kundasang dgn puncak Kinabalu. Ianya agak tinggi dan kalau kenderaan pastikan cc besar supaya tak terkandas.
DeleteKalau nak booking boleh minta diskaun w/p tanpa menyebut nama saya tapi kalau sebut rasanya lebih mudah utk dapatkan diskaun.
Kalau berminat bolehlah call Emelda.
saya juga akan ke kundasang bulan mac nanti...dah cuba sms emelda tapi tiada balas...nanti saya akan call semula. terima kasih en. yunus bagi info ni...
ReplyDeletedi sekitar kampung ni ada homestay muslim lain2 lagi tak?
Saya sudah hubungi Emelda dan dia beritahu saya dia ada menerima sms awak tu tapi belum sempat membalasnya kerana dia baru balik ke rumah. Kalau nak call dia pun boleh.
DeleteSekitar kampung tersebut ada beberapa lagi homestay tapi setahu saya hanya dua buah yg mendapat bantuan Kementerian Pelancongan Sabah dan dua buah inilah yg agak murah sewanya.
Salam En. Yunus.
ReplyDeleteBlogwalking pasal cuti2 sabah dan jumpa belog ni.
Mahu tahu, if encik ada contact kereta sewa di KK (viva/saga)? Mahu mencari harga yang berpatutan untuk sewa 3hari.
Saya dan 3orang lagi kawan mahu ke sana awal februari, menginap di KK 2 malam, kundasang 1 malam.
Kereta sewa dan penginapan masih belum ada.Mungkin blh ke sini untuk tempat menginap semasa di kundasang. :)
Waalaikum salam zuzu,
ReplyDeleteKami menyewa kereta dari Kinabalu Rent A Car semasa ke sana tahun lepas. Awak boleh google utk mendapatkan no telefon mereka. Awak juga boleh google utk syarikat2 lain yg menyewakan kereta atau boleh juga menyewa dari org perseorangan yg menyediakan perkhidmatan ini.
Saya sarankan awak dan rakan2 menginap di homestay spt May Homestay ini utk merasakan kehidupan penduduk tempatan. Kalau duduk di hotel tu dah biasa .... ngeeee
saya akan ke sana 12hb Jan ...sy dah booking Exora ...agak2 okey ke nak panjat ke May Homestay ni?
ReplyDeleteKalau tak sarat dgn barang atau penumpang Exora boleh naik sampai atas tu tapi kena ambil lajak sikit. Org2 di situ kereta biasa aje tapi tetap boleh naik sebab mereka dah tahu cara nak naik gunung tu.
DeleteAssalammualaikum en.yunus,
ReplyDeletebaru saya tahu di kundansang ada homestay n penduduk yg beragama islam..saya dn suami agak takut dan was2 nak makan di gerai tepi jalan sepanjang perjalanan ke kundansang sbb selalu dok nampak gereja jer jadi kami fikir majoriti disitu beragama kristian..saya dan famili pergi kesana 25 feb 2012..tapi kami tinggal di kk selama 2 mlm n di kundansang 1mlm...bila sampai di kundansang rasa rugi sgt tak bermalam lama disana..kami tinggal di kinabalu pine resort..tapi kalo dapat menginap di homestay seperti en yunus sekeluarga rasa yer tentu lagi seronok sebab dapat berbbq bersama keluarga..hmm..bole lar plan kesana lagi hujung tahun nie sbb mak dan ayah pon tak pernah sampai lagi..sewa homestay tentu jimat sikit..tq dengan maklumat encik yunus..insyaallah saya pon nak try homestay may nie.:)
waalaikum salam ana.
DeleteSaya tahu pun melalui kawan blogger yg pergi ke sana sebelum kami. Itu yg tahu ada homestay org Islam di sana.
Memanglah sepanjang jalan dari KK ke Kundasang tu banyak gereja. Kebanyakannya kecik aje pun cuma papan tandanya yg besar. Mungkin utk menunjukkan 'syiar' agama mereka.
Di pekan Kundasang ada sebuah masjid berhampiran round about tu. Di Kg Mesilou ni pun ada masjid juga. Kalau Ana nak ke sana lagi hujung tahun ni bagus juga. Cuma mungkin masa tu musim hujan kot.
Salam en.yunus.. terima kasih atas info yg dberi...
ReplyDeleteSaya warga semenanjung yg bekerja di sabah dan telah hampir 5x ke sini. Untuk percutian raya cina ni, sy plan utk stay d homestay may ni,minta2 la ada kosong lg kan... =) dah call tp msuk mailbox, jd sms je la... sy inform sy kawan en.yunus, boleh kannnnn.. TQ
Waalaikum salam Ijan... Terima kasih kembali kerana sudi membaca entri saya ini.
DeleteIjan bekerja di Tawau kan. Baguslah cuti CNY nanti melawat tempat2 menarik di Sabah dan Kundasang adalah antara tempat yg paling cantik di Sabah.
Mungkin masa Ijan call tu Emelda sedang bekerja. Saya harap by now Ijan dah dapat booking homestay tu. Boleh saja sebut nama saya kerana Emelda dan May telah setuju utk memberi diskaun kpd sesiapa saja yg menyebut ttg saya.
salam tuan YB,
ReplyDeleteMay ni saya ada call dia dan beritahu yang dia hanya ada 1 homestay...saya plan nak ambil 2 home stay..ada tak homestay lain yang berdekat May ni memandangkan kami tidak mahu berjauhan antara satu sama lain...
Waalaikum salam tuan.
DeleteBetul2 di depan May Homestay itu ada sebuah lagi homestay. Malangnya saya takde contact numbernya. Mungkin awak boleh minta jasa baik Emelda utk memberi nombor hp di situ. Selain daripada homestay yg di depan May tu ada juga beberapa homestay di kampung itu. Boleh tanya Emelda tentang itu juga.
Berapa ramai yg akan pergi ke sana? Kalau setakat 10 org kebawah masih boleh duduk di May Homestay itu sebab ada 3 bilik tidur selain boleh tidur di living area.
Salam EN Yunus, kenapa saya tak dapat kol cik emelda atau may tu pun? saya kol yang 0168363909 tp xde.. pastu yg 012 tu ckp salah nombor... saya nk prgi sabah pada 28/1 ni.. tolong sayaaaaa....
ReplyDeleteWsalam.
DeleteNo hp Emelda ialah 012-8333198. Kalau siang mungkin dia ada tugas. Mungkin elok tinggalkan mesej saja supaya dia boleh call awak semula pada sebelah petang atau malam.
Nombor hp May pula ialah 016-8363909. May bekerja pada sebelah siang. Boleh sms dia utk menempah homestay itu.
Selamat mencuba dan selamat bercuti ke Sabah.
d mna lokasi nya ne?
ReplyDelete10-11hb Feb masi ada ksng?
Lokasinya seperti yg saya terangkan di dalam entri di atas.
DeleteUntuk mengetahui sama ada kekosongan sila hubungi Emelda atau May terus. Saya bukan pengusaha homestay itu.
Lokasi?
ReplyDelete10-11hb Feb masi ada ksg?
slm..thanx en.yunus..insyallah sy akan ke kk hjg bln jan..hjt hati mmg nk ke kundasang..dok servy homesty..sy akn try cll mis may or mis emelda...hrp ble dpt diskaun..tqvm
ReplyDeletewsalam.
DeleteKalau dah ke KK rugi kalau tak ke Kundasang kerana di situlah antara tempat yg paling menarik di Sabah.
Saya harap awak akan dapat menempah homestay di situ. Insya Allah May atau Emelda akan beri diskaun kalau sebut tentang saya. Tolong sampaikan salam saya kpd mereka ya.
Salam En Yunus,
ReplyDeleteSaye akan ke KK mggu depan \(^_^)/ 19-23... berada di kundasang 19-20 Feb.. dh book dh May Homestay nihh n Alhamdulillah sy dpt diskaun~...
Tapi, alamat diberi mcm xbape lengkap lak klu nk google map ke sane.. (-_-") Boleh En Yunus bg landmark yg nearby yg boleh saye googlemap ke sane tak..?
waalaikum salam Azza,
ReplyDeleteKalau Azza dari KK, awak akan sampai ke sebuah bulatan (roundabout) apabila sampai ke pekan Kundasang. Ambil jalan yang ke kiri (agak menurun bukit). Kalau terus di roundabout tu awak akan nampak gerai2 menjual sayur2an dan bunga di sebelah kiri jalan.
Ikut jalan yang ke kiri itu sehingga melepasi Sabah Diary Farm di sebelah kiri. Dari bulatan ke Diary Farm itu jalan mendaki. Jangan masuk ke Diary Farm itu tapi teruskan pendakian di jalan utama. Nanti jalan itu turun naik sehingga berjumpa jambatan. Lepas jambatan jalannya naik semula sehingga tiba di sebuah kampung. Awak akan nampak kedai runcit di sebelah kanan jalan di T junction. Ambil jalan yg ke kiri dan May Homestay itu tak berapa jauh dari situ.
Yang paling senang call emelda atau May utk menjemput awak di pekan Kundasang.
salam.., en YB, alhamdulillah...cuba cari homestay di kundasang & jumpa n3 encik.. thnx for sharing... ^_^
ReplyDeleteWaalaikum salam StarPrincess.
DeleteBila nak pergi tu? Elok booking awal untuk mengelakkan dah diambil org lain sebab buat masa ni Emelda dan May cuma ada satu homestay. Mereka ada beritahun nak buat satu lagi sebab permintaan yg tinggi sekarang.
boleh bg contact number untuk sewa kereta mpv tak kalo encik tau? sy bercuti di sabah 4-7 may ni .. yus_na86@yahoo.com
ReplyDeleteBolahlah layari: http://www.kinabalurac.com.my
DeleteAssalammualaikum.
ReplyDeleteSaya baru pulang dari bercuti di Sabah. Menginap 1 malam di May Homestay. Ingin berkongsi pengalaman. Homestay ini amat sesuai untuk pengunjung. Bersih dan kemas. Segala keperluan teramat lengkap. No komen. Full Satisfactory. Kepuasan melebihi harga sewa penginapan. Tuan rumah yang baik , peramah dan pemurah. Pasti akan datang lagi kesini. 1 malam disini pasti tidak mencukupi.
faizal hashim, shah alam, selangor.
Waalaikum salam.
DeleteAlhamdulillah Encik Faizal mendapati tempat itu memuaskan.
Kami juga bercadang utk ke sana lagi satu hari nanti dan bercadang utk tinggal di situ sekurang2nya 2 malam.
assalam...
ReplyDeletetengok mcm menarik jer homestay ni...ko,men yg diberikan pn ok-ok belaka...ay merancng nk gi Jun nnt...pilihan yg sesuai utk bilangan yg ramai ek...bagus atas kemntar penulis..mekasih ya!!
Waalaikum salam ....
DeleteBagi kami sekeluarga homestay ini sangat menarik dan berbaloi utk dikunjungi jika ke Kundasang. Bahkan kami bercadang utk menginap di sana lagi bila kami berpeluang ke Kundasang lain kali.
Kalau ingin ke sana bulan Jun nanti eloklah tempah awal takut dah penuh kerana May Homestay ini ada satu saja.
Salam..
ReplyDeleteEncik.. agak2 jau x kedudukan antara homestay ni dgn kinabalu park..
Klu agak2 xjau bole jgk saya tempah n duduk 1 mlm kt situ sblm memulakan pendakian keesokan paginya.. :-)
Waalaikum salam.
DeleteHomestay ini lebih kurang setengah jam perjalanan dari Kinabalu Park. Untuk maklumat lanjut saya cadangkan awak hubungi Emelda hp 0128333198. Beliau lebih arif tentang perkara ini.
salam, kalo pergi berdua jer, ok tak kalo nak tinggal kt homestay ni?
ReplyDeleteWaalaikum salam.
DeleteKalau pergi berdua pun ok juga saya rasa kalau nak menikmati kehidupan org tempatan dan cuaca sejuk kaki Gunung Kinabalu.
Kami sekeluarga bercadg nk ke kundasang cuti hujung bln5 ni n mmg tgh cari homestay yg sesuai.sy da sms 2 no. di atas tp blm ada balasan.takut full.sblm ni sy pernah menginap d rose cabin tp agak kecewa sbb cuaca x sejuk.jd sy bercadang nk try homestay muslim d mesilou pulak.harap2 ada kosong.tq d ats entri ni.
ReplyDeleteMusim cuti memang homestay itu biasanya penuh. Saya cadangkan Tuan call 2 no tu jika masih tiada jawapan kpd sms tu sebab kedua2 beradik tersebut bekerja. Call mereka selepas waktu pejabat.
DeleteCuaca di Kg Mesilou ini sejuk terutama di waktu malam.
Saya harap Tuan sekeluarga dapat menginap di sana cuti nanti.
salam...en.yunus boleh bg num may x?sy kol xpnh dpt num yh diberi.
ReplyDeleteWaalaikum salam
DeleteNombor May: 016-8363909
Emelda 012-8333198
Harap ini dapat membantu.
Bila nak pergi ke sana tu?
As salam semua.. Contact nombor untuk MayHomestay, Mesilau Kundasang. 012-8333198 Emelda, 019-5337720 Johan dan 017-8363201. Thank You.. have a nice day..
ReplyDeleteOk
DeleteHomestay ni memang menarik.
DeleteRegards.
Cob
Tumpang tanya ...tandas bersih tak?
ReplyDeleteSemasa kami pergi tandasnya bersih. Ada gambarnya - yg ke9 dari atas tu.
DeleteTapi tandas cangkung.
saya baru saja call en.johan,,alhamdulillah.. homestay utk kitaorg nanti still kosong.. so, tempah siap2 ler..
ReplyDeletex sabar rasanya nk pegi kundasang..hrap2 semuanya berjalan dgn lancar.. seperti yg drancang..
Baguslah tu dapat booking siap2. Kalau dah pergi sana baru nak booking takut dah diambil org lain. Menurut Emelda, semakin ramai org tinggal di homestay mereka sejak saya buat entri ini ..... ngeeee.
DeleteKundasang antara tempat menarik dan yg kami sekeluarga suka lawati. Kami berharap Jun juga akan mendapati tempat percutian yg tak boleh dilupakan.
Bila nak ke sana tu?
Ribuan terima kasih May Homestay ucapkan kepada YB & Keluarga..
Deletebestnyer.. dpt pegi kundasang..
ReplyDeleteDah teruja nampak.
DeleteJangan lupa ke tempat2 menarik lain di sana seperti air panas Poring dan spa kaki ikan di Kg Luanti. Di sana orang panggil tagal.
Bilik air ok tak?
ReplyDeleteBagi saya bilik air dia ok. Of course taklah mcm standard hotel 5 bintang. Tapi ada water heater dan tandas cangkung.
DeleteSila rujuk gambar di atas.
Saya pun dah tempah untuk cuti 16 sept ni...
ReplyDeletePergi sana berapa hari? Kalau tinggal 3H/2M banyak tempat menarik dan cuaca sejuk yang boleh dinikmati.
DeleteAri 2 g bcuti time holiday school. Smua hotel ngn homestay full.booking last pula 2.YB, sy xpnh tau tmpt ni.so dduk lah d garden tea hotel.area poring. Expensive tp x memuaskan sgt.emm..
ReplyDeleteKat Poring tu takde aktiviti sangat melainkan berendam air panas. Lain kali kalau nak ke Sabah lagi kenalah booking awal dan kalau dapat cubalah stay di Kundasang. Cuaca di sana sejuk berbanding dgn di Poring atau KK.
DeleteKalau duduk di May Homestay ini saya rasa berbaloi kerana dapat merasakan mcmana org2 tempatan tinggal.
Ranau is the best place.ari 2 g time holiday school. Smua hotel n hmestay full.last dpt d area poring. Tea garden hotel. Mhl lah sewa sni..rsa x berbaloi coz facilities mmg out.hga x sma dgn keadaan..
ReplyDeleteRanau is a nice place. But Kundasang is even better for us ...... hehehe
DeleteEn YB saya pergi 4H/3M tp 1mlm je di kundansang. 2 mlm lagi kat KK. Kali cuba naik malindo air.
ReplyDeleteOh samalah mcm trip kami akhir bulan Ogos tahun lepas. 4H/3M. Malam pertama dan ketiga di KK dan malam kedua di Kundasang.
DeleteSelain mencuba Malindo Air mungkin boleh tengok2 tambang murah oleh MAS. Baru2 ini anak saya yg di KK balik dgn tambang murah MAS. Cuma RM59 tak termasuk airport tax.
Assalammualaikum wbth.
ReplyDeleteEn. YB ada info mengenai Sandakan ? Saya dan keluarga bercadang nak ke sana dalam bulan September nanti. Terimakasah.
Faizal Hashim. Shah Alam .
Waalaikum salam wbth En Faizal.
DeleteMaaf saya takde info mengenai Sandakan kerana dah lama saya tak ke sana. Lagipun semasa saya ke sana dulu atas urusan kerja dan bukan bercuti bersama keluarga.
Nak tanya lagi ni...bilik air ada berapa? Dlm gambar tu tu yg bergulung di dinding tu apa ek? Mcm ada lubang je...
ReplyDeleteBilik air (bilik mandi) ada satu seperti yg di dalam gambar tu. Selain tu ada tandas di bilik berasingan. Maknanya kalau ada org buang air besar, org lain masih boleh gunakan bilik mandi.
DeleteSaya tak pasti apa yg awak maksudkan dgn yg bergulung tu. Tapi di bilik air tu ada lubang kecil di dinding supaya udara boleh keluar masuk.
Berapa ye sewa 1 mlm klu sebut nama tuan yunus? Nak bajet. Sbb sy col diorang berdua x angkt. Nak g bln 9 ni.
ReplyDeleteKawan2 saya dan mereka yang beritahu Emelda bahwa mereka adalah kawan saya biasanya diberi 10% diskaun. Jadi harga sewa satu malam cuma RM180 berbanding harga biasa sebanyak RM200.
DeleteSaya sarankan awak hantar sms kalau tak dapat call mereka. Atau boleh juga call 019-5337720 Johan dan 017-8363201
Selamat bercuti.
Salam En YB. Saya akan bercuti ke KK pada 26/08/2013 hingga 29/08/2013. Saya bercadang untuk menginap di Kundasang pada 26/8/2013 hingga 28/08/2013 (2 malam). Flight saya tiba di KK pukul 3.20pm. Mungkin bertolak dari KK ke Kundasang pukul 4.30pm. Adakah tempat2 menarik di Sabah, Kinabalu Park, Kinabalu Poring and rumah terbalik berkedekatan dengan Kundasang? Please advise.
ReplyDeleteWsalam.
DeleteWah seronoknya nak bercuti ke KK dan Kundasang. Tinggal dua malam pula tu di Kundasang.
Banyak tempat menarik di sekitar Kundasang. Selain tempat2 yang awak sebut itu boleh juga singgah melawat Jambatan Tamparuli. Ianya tak jauh dari rumah terbalik. Tanya org di situ mesti mereka boleh tunjukkan arah ke Jambatan Tamparuli.
Di Kundasang pula boleh melawat Sabah Diary Farm, Memorial Perang dan pasar bunga dan buah di pekan Kundasang.
Kalau melawat Poring pula boleh terus lajak ke Sabah Tea dan juga tagal (spa ikan semulajadi dalam sungai) di Sg Meroli, Kg Luanti.
Sebahagian tempat2 ini ada saya masukkan di dalam entri di blog saya pada awal bulan Sept 2012 selepas kami pulang dari Sabah. Jemputlah baca kalau belum membacanya.
Salam semua..untuk penempahan boleh call Emelda 012-8333198. Terima Kasih.. :P
ReplyDeleteSebarang pertanyaan mengenai MayHomestay anda boleh hubungi Emelda 012-8333198. Terima kasih.
ReplyDeletekalo tgl utk 1 mlm je brpe ye?
ReplyDeleteHarga biasa satu malam RM200. Boleh minta diskaun kat Emelda. Cakap bella tahu dari blog saya.
DeleteAs salam En. Yunus..
ReplyDeleteSaya plan nk holiday ke Sabah hujung bln 8 ni..maybe stay di KK 2 mlm dan Kundasang 2 mlm...bole sy tau, ada x restoran2 halal yg berdekatan dgn Homestay May ni? Mana tau dah letih berjalan pastu dah letih nk masak sndiri hehe :)
Waalaikum salam.
DeleteSaya tak pasti kalau berdekatan dgn homestay itu ada restoran kerana itu kawasan kampung. Tapi di pekan Kundasang memang ada kedai makan org Islam.
Untuk mengetahui lebih lanjut saya cadangkan awak call Emelda. Tentu dia lebih arif mengenai perkara ini.
salam...tanx 4 da info en yunus...amat2 mbantu la sbb mmg ngah cr homestay utk bw budak2 n cikgu2 skola saya...plan in oct 2013 tp x tau la eh ada org book ke x lg..just nak ty la may homestay ni ada byk unit x mmandangkan rombongan yg kami nak bw ni ramai...almost 60 org...kalau bleh dpt 4 homestay pun ok la...pcutian bajet2 ni mstila nak cr homestay yg affordable utk ktorg kan...tgk homestay ni mcm best je complete ngan semua kperluan rumah...tanx again;))
ReplyDeletesalam...tanx 4 da info..bleh la riki2 ngan tuan py homestay sdri eh...kami cadangnya nak bw budak2 skola n cikgu utk rombongan ke sabah...nmpak mcm sesuai sgt homestay ni memandangkan jumlah yg pergi ni besar...almost 60 org..homestay may ni ada byk unit x?
ReplyDeleteWaalaikum salam Puan Khairunnisa,
DeleteTerima kasih sudi membaca entri ini. Diharap ianya dapat membantu Puan mengaturkan lawatan pada Okt nanti.
Memang May homestay ini lengkap utk keperluan keluarga atau kumpulan yg hendak bercuti di Kundasang. Tapi saya rasa 60 orang adalah terlalu ramai untuk ditempatkan di situ. Dalam 15 - 20 orang tu bolehlah lagi rasanya.
May Homestay ini hanya ada satu saja. Tapi boleh hubungi Emelda utk bertanya homestay lain di sekitar kampung tersebut.
yup...susah jg nak hubungi may/emelda n johan ni tp at last dpt jg la msg drp emelda.dia bgtau yg date kami nak pegi 2 available lg...yg jd kerisauan skang ni may homestay ni ada 1 sj la eh...kami ingat nak book 3/4 homestay memandangkan jumlah kami yg ramai 2...Ya Allah, smga Allah permudahkan urusan d sana nnt;))
ReplyDeleteSusah nak hubungi sebab May dan Emelda bekerja di tempat lain. May skrg kerja sebagai pramugari MasWing dan Emelda pula dgn PDRM.
DeleteSaya doakan agar segala urusan dipermudahkan dan dapat bercuti dgn seronok di sana nanti.
Khairunnisa nak bawa rombongan dari Semenanjung ke?
Salam kpd semua.
ReplyDeleteFYI, sy baru balik dr cuti2 di KK harini dan telah bermalam selama 2 mlm di homestay yg sama. Sy dpt maklumat melalui blog saudara lebih kurang 3 bulan lps dan terus place booking masa tu. So nak ucapkan terima kasih pd blogpost saudara yg informative ni hehe.
Sy nak ambil kesempatan ini utk review sikit jgk la pasal stay saya n family di sana. Kampung Mesilou lebih kurang 15 min dr pekan Kundasang, sama jln dgn ladang lembu Desa Dairy Farm. Tmpt ni mmg sejuk especially waktu malam. Mesti nak bawa baju tebal n kalau yg x tahan tu silap2 tido kena pakai stokin n glove. Dalam rumah tu ada di-supply bbrp pasang selipar untuk kegunaan indoor supaya x sejuk sgt bila pijak lantai. Pagi pulak kadang2 rasa mcm xnk mandi walaupun ada water heater hehe. Tp digalakkan bawak towel yg tebal sbb masa kami kt sana towel yg di-supply tu agak nipis n kecil. Masa trip kami ni waktu petang n malam kerap hujan so lagilah berganda sejuk.
Kampung ni under projek "Kampung Tanpa Wayar 1 Malaysia" so area tu ada wifi. Nak register wifi tu kena pergi pusat internet kat entrance kampung tu. Kena byr RM5 tp bole pakai kt semua lokasi "Kampung Tanpa Wayar 1 Malaysia" seluruh negara (so far sy just jumpa di Sabah). Dr homestay ni signal agak weak tp kalau duduk luar rumah ok la sikit. Bolehla kalau nk email or whatsapp, jangan youtube/FB sudah.
Alat2 asas dlm rumah mmg cukup. Contohnya kalau nak masak, kuali, rice-cooker, pinggan mangkuk mcm2 saiz semua ada. Bahan2 asas utk masak pun ada mcm beras, garam, kunyit, bawang dan minyak. Tp baik confirmkn dgn Emelda/May la sbb maybe ni bahan yg guest sebelumnya beli dan pakai tak habis so mereka just tinggalkan utk future guests. Macam kami beli sos BBQ dan sos cili tp tak habis so kami tinggalkan je.
Bercakap pasal BBQ, mmg tak sah la kalau tak buat sbb arang dan grill dah ready. Just beli bahan mentah siap2 di KK mcm kat Giant. Kalau nak beli kt Kundasang/Ranau pn boleh jgk tp pilihan terhad lah sikit unless u all nak beli sayur. Dua mlm berturut2 kami buat BBQ walaupun hujan. Bkn dlm hujan la, ada teduh hehe.
Waalaikum salam Shaiful.
DeleteTerima kasih berkongsi pengalaman semasa tinggal di May Homestay. Beberapa teguran itu wajar diambil perhatian oleh pihak homestay untuk menambah baik perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan.
Semasa kami ke sana setahun yg lepas kampung Tanpa Wayar 1M tu belum sampai ke situ. Kalau dah ada wifi skrg ni bestlah.
Kebanyakan org yg tinggal di situ akan meninggalkan barang2 spt sos dan minyak kerana leceh nak dibawa balik. Lebih2 lagi yg datang dari Semenanjung. Takkan nak bawa balik naik kapalterbang. Niat sedekah ajelah kpd pengunjung seterusnya.
Dengan penerangan Shaiful ni saya harap pengunjung akan datang bolehlah lebih bersedia utk ke sana.
Salam YB, sy dan keluarga akan bercuti ke Kundasang pada 12 hb 12 ni...thanks a lot for the info...dah hubungi Emelda dan book May Homestay...tak sabra nak ke sana :-) (Pn.Mas)
ReplyDeleteSalam Encik YB...thanks a lot for the full info...sy akan bercuti di Kundasang pada 12 hb Dec ni & dah contact Emelda untuk stay di Homestay...tak sabar nak ke sana :-)
ReplyDeleteWaalaikum salam Puan Mas,
DeleteTerima kasih kembali kerana sudi membaca coretan saya ini.
Berapa hari Puan Mas dan keluarga akan bercuti di Sabah tu? Kalau dapat tinggal 2 malam di Kundasang tentu banyak yang dapat dilakukan di sana dan dapat melawat tempat2 menarik.
Emelda baru saja melahirkan anak sulung awal bulan ni. Mungkin sebab itu senang nak contact dia sebab dia sedang cuti bersalin.
Have a nice holiday!
Saya telah menginap di homestay tersebut pada 19 hingga 21 Sept 2013....sangat2 berpuas hati dengan penginapan n kelengkapan yang disediakan...cukup selesa n mcam duduk rumah sendiri...tambah2 ibu saya...sangat seronok dapat masak mcm dirumah...cuaca cukup kuat berangin...mmg syok habis..hepi n njoy...kami sempat jumpe Pn Emelda masa mula2 datang je...tapi beliau sangat peramah n mesra...orngnye pun cantik hehehe..terima kasih En Yunus kerana memberi cadangan tempat yang bagus...:-)
ReplyDeleteAlhamdulillah saudara/i sangat2 berpuas hati dgn homestay ini dan enjoy percutian di sana.
DeleteSaya telah membuat satu entri hari ini kerana feedback ini!
Salam En Yunus,
ReplyDeleteSaya nak berada di Kundasang 3H2M(3-5/12/2013). Berapa harga 1 malam?
Drpd Siti Hanim (0162224809)
Salam En Yunus,
ReplyDeleteSaya nak booking homestay May selama 3H2M(3-5/12/2013). Berapa harga 1 malam?
Waalaikum salam Puan Siti Hanim,
DeleteBayaran satu malam ialah RM200. Tapi boleh minta diskaun jika sebut nama saya.
Assalamualaikum, En YB,
ReplyDeleteSaya bercadang nak ke Sabah pada 9-12.11 ni, saya dah buat tempahan kat promonade 1 mlm dan bercadang nak buat tempahan kat kundasang pula, terima kasih atas info yang diberi sangat-sangat berharga... cumanye kalau dari kundasang ke airport kk tu jauh tak?
Waalaikum salam Puan Salmy,
DeleteKalau dapat tinggal di KK satu malam kemudian Kundasang 1 malam sebelum singgah KK dan tinggal satu malam lagi adalah lebih baik sebab banyak tempat yg boleh dilawati.
Walaubagaimanapun kalau nak bermalam di Kundasang dan pergi ke airport KK dari sana, perjalanan sekitar 2 jam saja (jika tiada jam). Untuk lebih selesa dan selamat bajetlah 3 jam perjalanan.
Salam en yunus. Saya akan ke kk dr 6/12-11/12. Klu 2 mlm stay d kundasang byk x tpt yg leh dlawati. Selain tu leh bgtahu tpt2 menarik d kk
ReplyDeleteWaalaikum salam azli,
DeleteBanyak tempat menarik di sekitar Kundasang yg boleh dilawati seperti ladang menternak lembu (macam kat NZ), War Memorial, kampung orang Dusun selain mendaki Gunung Kinabalu.
Kebiasaanya pelancong akan juga ke Poring Hot Spring, Sabah Tea dan juga spa ikan di Kg Luanti. Kalau nak tahu serba sedikit tentang tempat2 ni bolehlah baca entri yg saya tulis pada Sep 2012 di blog saya ini.
Di KK memang banyak tempat menarik. Boleh masuk mana2 blog atau lawan sesawang Sabah Tourism
salam En. Yunus...
ReplyDeleteBole sy nk dptkn lokasi homestay nie x? end of this month nk bwk family vacation kat cnie..previously sy stay kat celyn resort...so this tyme around nk rase stay kat homestay plak...
Salam En. Yunus...
ReplyDeleteSaya nk tnye lokasi May Homestay nie...sy akan ke sne ujung bln nie..Nk bwk family skali...previously saya sttay di Celyn Resort n this tyme nk rse plak dok homestay..
Really appreciate ur response...
TQ
Waalaikum salam ...
DeleteMay Homestay ini terletak di Kampung Mesilou iaitu sebuah perkampungan kaum Dusun. Dari bulatan di pekan Kundasang ambil jalan ke kiri ke arah Sabah Diary Farm dan Mount Kinabalu Golf Club. Perjalanan agak turun naik bukit dengan sebahagiannya melalui kawasan kampung.
Dari pekan Kundasang ke May Homestay ini perjalanan sekitar 10 minit kalau tak biasa. Bagi penduduk tempatan mungkin lebih cepat.
Kalau ke sana, boleh saja minta Emelda datang menjemput di Pekan Kundasang.
Tq so much... rse2nye sempat lg x kalo sy nk book utk ujung bln nie?
DeleteCubalah call mereka. Kalau ada rezeki, adalah. Tapi biasanya org book awal.
ReplyDeleteEn YB thanks info ttg May homestay, tanpa entree ni kita tdak akan mengenali May homestay w/pun saya ni Sabahan sering k sana (selalu tgal d resort saja). Hari ni seaech google utk cri homestay coz mau ajak rskan dr KL stay d Kundasang. Yg menarik homestay ni dkt dgn Diary farm yg mana tempat my friend sebut mau stay smlm. Tersampai lah hajat kawan ku tu. Call Emelda beliau kata memang ada kosong. Rezeki kawan saya lah ni. Anyway En YB atas info yg tidak ternilai buat pelancong dan the owner homestay. Moga keikhlasan En. Menceritakan pgalaman scara langsung mmpromosi May homestay mdpt rhamat dan kberkatan Allah.
ReplyDeleteTerima kasih kembali kerana sudi membaca entri saya ni. Memang homestay ni tak jauh dari Sabah Diary Farm. Kalau Emelda yg bawa, tak perlu bayar pun kalau nak masuk ke diary farm tu!
DeleteSelamat bercuti bersama kawan yg dari Semenanjung dan tolong sampaikan salam saya kpd Emelda dan keluarganya.
Memang saya sengaja membuat entri ini untuk merakamkan pengalaman manis kami semasa tinggal di May Homestay tahun lepas dan juga untuk membantu mempromosi May Homestay. Itulah sedikit sumbangan yg mampu saya lakukan utk membantu saudara seagama kita.
Pergi kesana klu guna kereta alza boleh x?
ReplyDeleteKalau stay sini menggunakan kereta alza ok x?
ReplyDeletekalau tak diisi penuh sangat sehingga berat alza tu ok utk sampai ke May Homestay tu. Kalau isi sampai berat, akan merangkak. Kenalah guna gear rendah di tempat2 yg tegak di beberapa kawasan nak ke situ.
DeleteMaaf Encik Yunus saya ingin bertanya encik menyewa kereta MPV berapa utk sehari?
ReplyDeleteKami menyewa Alphard masa tu. Ianya agak mahal jika dibandingkan dgn MPV lain. Satu hari >RM500 tapi anak2 saya yg pakat membayar sewanya sebab nak rasa guna Alphard. Lagipun masa tu kami perlukan MPV yg besar yg boleh muat 8 org dan juga barang2 yg banyak sebab kami menghantar anak masuk UMS.
DeleteKalau takde keperluan tu boleh sewa MPV yg kecik sikit. Ada nama sykt sewa kereta di dalam entri saya di atas kalau nak tahu kadar sewa kereta2 lain.
Salam...terima kasih byk En Yunus...En Yunus banyak membantu
DeleteWaalaikum salam Puan Noorasniza,
DeleteTerima kasih kembali. Saya sekadar cuba membantu rakan2 blogger yang memerlukan bantuan.
salam en yunus...sy berminat la nk ke sana...brape hg homestay may tu yer...dan kalau sy dr kk then nk p ke sana mcm mn yer...n then nk p jln2 kna sewa kereta ke cm ner...
ReplyDeleteWaalaikum salam farah,
DeleteHarga biasa homestay itu ialah RM200 sehari. Tapi boleh minta diskaun kalau sebut nama saya.
Kalau dari KK nak ke sana elok sewa kereta pandu sendiri. Senang nak jalan2 di Kundasang dan kawasan2 menarik sekitarnya seperti ke Poring Hotspring dan tagal (spa ikan) di Kg Luanti.
kna plan btul2 la ye kalau nk ke sana...
ReplyDeleteSebaik2nya begitulah. Tapi kalau pergi ke Kundasang 3H/2M ada banyak masa utk melawat tempat2 menarik sambil dapat berehat dan menikmati kesegaran udara gunung.
DeleteKami pergi cuma 2H/1M masa tu. Jadual agak padat.
Thanks for the info..akan ke kundasang bulan.march tahun depan..blum decide nak tinggal d mana..
ReplyDeleteTerima kasih kembali kerana sudi membaca blog saya ini.
DeleteAda masa lagi nak decide tinggal di mana. Tapi kalau nak rasa tinggal di homestay dan datang dalam kumpulan 5 -10 orang, May Homestay satu pilihan yang baik.
Insya Allah saya akan ke sabah dengan suami dan 3 org anak lelaki yg berumur 5_9 thn..saya masih riki tmpt yg sesuai unk.kami menginap.biasanya anak2 akan tidur satu bilik dengan kami jika bercuti.kemana mana..hotel/ homestay ...??.
ReplyDeleteKalau Wan masih mencari2 tempat penginapan, May Homestay adalah satu pilihan yg baik kerana boleh saja Wan anak beranak tidur di ruang tamu. Boleh keluarkan tilam dari dalam bilik ….. hehe
DeleteSalam Encik Yunus maaf bertanya...Bilik air nye ok x?:)))
ReplyDeleteWaalaikum salam Noorasniza,
DeleteTak perlu minta maaf. Memang bilik air penting bila kita nak sewa tempat tinggal ni.
Bilik air dan tandasnya sederhana. Taklah seperti di hotel berbintang. Tandas dari jenis cangkung. Bilik air pula ada water heater seperti di dalam gambar di atas. Kalau mandi pagi airnya tak sepanas di KL kerana air itu datang dari mataair di gunung. Jadi heater tu tak dapat nak panaskan air tu ke suhu yg tinggi.
Terima kasih Encik Yunus...saya bertanya sebab gmbar yg ada di blog Tuan x nampak sepenuhnya:)okla xpe yg penting selesa...terima kasih tuan :)
ReplyDeleteSama-sama Puan Noorasniza.
DeleteGambar tu sekadar nak tunjukkan ada water heater di bilik air. Yang nampak macam dinding aluminium tu memang dinding bilik air dari sebelah dalam. Rumah itu dindingnya dua lapis utk memastikan suhu sejuk dari luar tak masuk ke dalam.
Salam En. Yunus,
ReplyDeleteBoleh tau rate 1 malam untuk homestay ini?
Satu lagi, berbaloikah untuk kami bercuti di homestay ini bagi 3 dewasa dan 3 kanak-kanak. Tq
Waalaikum salam En Megat,
DeleteKadar sewa biasa utk satu malam ialah RM200. Boleh cuba dapatkan diskaun dengan memberitahu Emelda yang En Megat tahu mengenai May Homestay ini melalui blog saya. Nanti dia bagi 10% diskaun.
Kalau ingin merasa macamana orang2 kampung di kaki Gunung Kinabalu tinggal, bercuti dia homestay ini utk 3 dewasa dan 3 kanak2 sangat berbaloi. Ia akan memberi satu pengalaman yg berbeza jika dibandingkan dgn menginap di hotel.
kepada Anonymous yang bertanya tentang Ranau
ReplyDeleteDari May Homestay ke pekan Ranau perjalanan sekitar 30 - 35 minit. Takde masalah jika tinggal di May Homestay utk ke Ranau. Jarak dari Ranau ke Sabah Tea adalah lebih jauh jika dibandingkan jarak di antara May Homestay ke pekan Ranau.
Saya nak cadangkan jika ke Sabah Tea, eloklah ke spa ikan di Kg Luanti yg terletak cuma 5 minit perjalanan dari Sabah Tea. Satu pengalaman yang menarik jika tak pernah mencuba spa ikan di dalam sungai sebelum ini.
Salam En. Yunus,
ReplyDeleteSya dh book flight ke sabah untuk bercuti bsama 10org ahli keluarga. Bdasarkan cerita En. Yunus ttg homestay ni..rasanya xyah la cr tmpt lain lg.
Cuma risau ttg jalan nk ke sana dr airport dan jenis mpv atau van yg sesuai untuk disewa.takut plk xblh nk panjat gunung tu (badan semua besar2).
Waalaikum salam Qaseh,
DeleteBila tarikh Qaseh nak pergi tu? Kalau semasa cuti sekolah sekarang ini eloklah booking cepat sebab takut penuh. Ada kawan saya nak ke sana 1/12/13 tapi sebab dia lambat booking, homestay itu dah dibooking oleh org lain!
Jalan ke sana dari airport adalah jalan berturap. Bajet dalam 2 jam utk sampai dari airport ke Kundasang. Ini termasuk berhenti sekejap untuk menikmati pemandangan cantik sebelum tiba di Kundasang. Tapi kalau nak pergi ke tempat lain di sepanjang perjalanan seperti ke Jambatan Tamparuli atau Rumah Terbalik, kenalah tambah masa itu.
Kalau 10 orang boleh menyewa 2 buah kereta atau sebuah van bergantung kesesuaian. Kereta biasa boleh naik ke May Homestay. Cuma yang ada masalah kereta cc kecik bila dah diisi penuh ….. ngeeee
Selamat bercuti dan bila balik nanti bolehlah berkongsi cerita dgn kami.
Assalammauaikum YB.
ReplyDeleteSaya beserta keluarga akan ke Sabah bulan Februari tahun depan. Ingin ke Kudat dan teringin juga ke Pulau Banggi.
Ingin tahu sama ada YB mempunyai contact penginapan di Pulau Banggi tersebut.
Terimakasih.
faizal. shah alam.
faizal@sem.com.my
Waalaikum salam En. Faizal,
DeleteSaya minta maaf kerana saya takde kontek utk penginapan di Pulau Banggi. Mungkin En Faizal boleh hubungi Pelancongan Sabah utk mendapatkan maklumat lanjut.
Bulan 5 ni saya nak ke sabah tuk bercuti dgn family boleh ke saya dapat diskaun maklum lah bajet kami rendah je.... kenderaan sehari dia mek berapa RM eh...
ReplyDeleteUntuk menyewa May Homestay tu dia boleh beri diskaun 10% kepada kawan2 saya. Beritahu Emelda Nor Sarra kawan blog saya. Insya Allah dapatlah diskaun tu.
DeleteUntuk kereta itu bergantung kpd jenis kereta yg Puan sewa. Ada banyak syarikat dan individu yg menyediakan khidmat kereta sewa. Boleh cari di google
Assalam En Yunus,
ReplyDeleteSaya dah book flight untuk ke KK masa cuti sekolah bulan 6 nanti..bercadang untuk menyewa starex since kami pergi 10 orang, 6 dewasa dan 4 kanak2....jalan ke homestay ni especially yang mendaki bukit merbahaya tak? Apa tempat yang menarik untuk dilawati yang berhampiran dengan homestay ini?
Rizal
Waalaikum salam Rizal,
DeleteJalan ke homestay ini tak merbahaya kerana ianya jalan utama yg digunakan oleh penduduk2 di situ. Cuma di beberapa bahagian agak tegak sebab mendaki kaki gunung. Tak bagi yg dah biasa tak jadi hal.
Ada banyak tempat menarik di sekitar pekan Kundasang. Kawasan ini lebih sejuk daripada Cameron Highlands dan banyak gerai menjual buah2an dan bunga di pekan ini. Selain itu jangan lepaskan peluang melawat ladang lembu Sabah Diary Farm. Ramai yg kata pemandangan di situ mcm di NZ! Di pekan Kundasang ini juga terdapat War Memorial.
Jika sudah sampai ke Kundasang eloklah ke air panas di Poring dan juga spa ikan semulajadi di Kg Luanti.
Selamat bercuti!
As salam Encik Yunus...
ReplyDeleteSaya cuba contact owner untuk may homestay ini tapi tiada jawapan...saya ingin tahu samada homestay tersebut telah penuh ataupun tidak kerana saya cadang ingin bercuti dari tarikh 2/2/2014 hingga 04/02/2014. Saya bercadang ingin membawa family melawat sabah tea, poring dan dairy farm. Adakah May Homestay ni berdekatan dengan tempat berkenaan
Waalaikum salam.
DeleteMaaf lambat balas sebab dah lama saya tak berblog.
Saya harap awak dah dapat hubungi pihak May Homestay ni. Saya sarankan awak hantar sms kalau tak dapat call mereka. Atau boleh juga call 019-5337720 Johan dan 017-8363201
Pada musim cuti tahun baru cina memang tempat tu biasanya penuh ditempah. Tapi kalau ada rezeki, dapatlah tinggal di situ.
Diary Farm memang tak jauh dari homestay ni. Kalau Emelda yang bawa ke situ, boleh masuk ke diary farm tu free!
Poring dan Sabah Tea akan mengambil masa 45 minit hingga sejam dari Kundasang. Kalau pergi ke Sabah Tea elok pergi ke spa kaki semula jadi di Kg Luanti tak jauh dari situ.
Assalam En Yunus, Saya baru baca BlogSpot tuan. Nampak macam menarik. Dah book flight Malindo Air 22 Mac ni. Betul ke owner boleh bagi discount? Towel ada disediakan ke?
ReplyDeleteWaalaikum salam Puan Norhayati
DeleteBagi kami homestay ini memang menarik. Satu pengalaman yg baru bagi kami sekeluarga semasa tinggal di sana.
Insya Allah jika sebut nama saya kepada Emelda dia akan beri diskaun. Ada towel disediakan tapi bukanlah jenis yg tebal macam di hotel 5 bintang tu. Elok bawa tuala sendiri sehelai dua
Salam...kalo naik kreta saga agak2 lpas x smpai ke may homestay...
ReplyDeleteWaalaikumus salam
DeleteKereta Saga boleh lepas sampai ke May Homestay kalau tak diisi terlalu penuh. Kalau kalau mungkin kena gunakan gear rendah.
Assalamualaikum En. Yunus.. thanx sharing.. sy pun gah meng-gugel tmpt utk stay kat kundasang nnt.. In sya allah kami ke sane bln 3 nnt.. buleh dpt diskaun ke?? Best2.. nnt sy try tny diorg :)
ReplyDeleteWaalaikumus salam Aizu.
DeleteTerima kasih sudi membaca blog saya ini.
Bolehlah hubungi Puan Emelda untuk booking homestay ini. Insya Allah dia akan beri diskaun jika sebut nama saya.
salam tuan...
ReplyDeleteentri tuan sgt menarik. sy nak tny, dlm satu rumah tu, ada berapa bilik air? ada x bilik yg ada bilik air?
Waalaikumus salam Fatin,
DeleteRumah ini cuma ada satu bilik air di sebelah belakang. Maknanya semua penghuni kenalah berkongsi menggunakan bilik air yg sama. Begitulah keadaan rumah penduduk di situ. Bukan mcm rumah teres di bandar besar di mana master bedroom ada bilik airnya sendiri.
en yunus, terima kasih. dengan adanya n3 ni, saya pun dah book utk tinggal di homestay may ni pada isnin ini (28april 2014), tercarik2 homestay yg best. cuma sedih sbb tak dapat nk rent car yg best sikit, cuma mampu sewa saga sebab kami dah kene tipu dengan seseorang ni. dah bayar deposit utk 4wd dan apartment, end up die tak pick up phone pulak.. nak tak nak tpaksa sewa saga je. sbb bajet dah lari dek oleh kerana penipuan..risau jugak kalau saga tak dapat nk daki ke pinggang gunung ni.. huwaaaa :(
ReplyDeleteSy pn dh booked..tp lupa nk sbut nm en yunus..hehe ms msuk nnt klu sbut nm en..rs2 dpt diskaun lg x.hehe
ReplyDeletesalam tuan.. menarik perkongsian tuan itu.. saya nak tahu, siapakah yg sepatutnya saya hubungi untuk book homestay ni.. saya x pasti sama ada no telefon yg tertera masih dimiliki oleh empunya homestay.. takut nanti kena tipu jer... sbb saya ada hubungi Puan/cik emelda - 012-8333198.. dia ada bagi akaun number, tp nama berlainan.. saya takut kena scam je..
ReplyDeleteso, tuan/puan akhirnya jadi ke menginap di sini?
DeleteTransport Service. ambil dan hantar ke airport. dan tempat2 menarik seluruh daerah ranau /kundasang... save budget!. call/sms 0138919702
ReplyDeletemay homestay ya. nanti p kundasang kena survey tempat ni.
ReplyDeletesalam tuan.....nk Tanya sikit...no.hp cik/puan emelda tu valid lg tak...atau ada no lain...pasal sy nk pergi sana pd bln mac ni..
ReplyDeletesalam encik yunus...homestay may ni masih beroperasi ker...sy akan ke sana next year 21 hb jan...tgh nak book homestay ni..
ReplyDeleteboleh bgi no contach pn emelda ni x
ReplyDelete