Mungkin masih belum terlambat utk aku ucapkan Selamat Hari Raya kepada rakan2 blogger. Aku juga ingin memohon maaf zahir batin di atas segala salah dan silap aku kpd kalian selama ini.
Aku nak kongsikan sambutan raya aku setakat ini. Gambar2 ini yg ada dalam hp aku. Yang dalam kamera anak aku ada banyak lagi tapi belum rajin nak download .... hehe
Di antara juadah berbuka pada malam Raya. Yang nampak tu bawal masam manis. Ayam goreng dah licin. Udang mentega masih dimasak pada masa gambar ni diambil.
Ini dia butter prawn percubaan pertama emak Adam dan Atikah buat sendiri berpandukan resepi dari google. Not bad ....
Seperti biasa, adik kembar aku dan keluarganya akan datang berbuka bersama pada malam raya. Semasa solat Isyak adik aku dan anak2 lelaki kami ke masjid di kampung kami iaitu di Kg Datuk Keramat. Kali ini aku tak dapat ikut balik kampung sebab ada urusan dgn imam di surau taman kami ini.
Selepas bertakbir di surau, kami sambung pula bertakbir dari rumah ke rumah di taman perumahan aku. Ramai juga jiran yang tak balik kampung atau sudah menganggap tempat ini kampung mereka apabila anak cucu mereka pulang beraya ke mari.
Malam itu kami hanya larat bertakbir di 4 buah rumah. Takbirnya kejap makan dan borak yang lama. Di 4 buah rumah tu pun dah tak muat perut nak diisi ....... hahaha
Hari Raya pertama kami menziarahi makcik2 aku di sekitar Dato' Keramat, Kg Baru dan Taman Permata. Yang bertudung biru tu adik emak aku. Keluarga aku berbaju warna emas yg dikitar semula dari majlis kahwin tempoh hari. Pengantin yg berbaju putih manakala keluarga adik akku yg berbaju pink .... auwww
Pada sebelah petang Raya pertama tu kami balik kampung emak Adam. Sebelum balik kampung, kami sempat ke Sg Hj Dorani dan ke Parit 7, Sekinchan untuk menziarahi pakcik emak Adam.
Meniti permatang untuk beraya di hari kedua. Gambar ini lebih untuk photoshoot ..... hehehe
Hari kedua kami menghabiskan masa berkunjung ke rumah sanak saudara emak Adam di kampungnya dan juga beberapa buah kampung di sekitar daerah Kuala Selangor. Sebelah malamnya kami balik ke KL. Jumlah rumah yang berjaya aku kunjungi pada Raya pertama dan kedua ialah 25 buah rumah.
Bersedia untuk beraya pada hari ketiga. Emak Adam bukan main lagi berposing. Berat badan aku yang turun hampir 4 kg sepanjang Ramadan mula naik semula hanya setelah dua hari beraya ..... huhu
Hari raya ketiga kami beraya ke rumah kaum keluarga sebelah arwah bapak aku di Kuala Langat dan Klang.
Semasa beraya ke rumah sepupu aku di Olak Lempit, kami dihidangkan dengan oren kampung ni. Tiga perisa evergreen iaitu sarsi, oren dan ais krim soda
Dari Olak Lempit kami bergerak pula di Taman Seri, Banting. Di sana ada adik bongsu abah aku selain balu kepada adik abah aku. Di sana juga salah seorang balu sepupu aku tinggal. Kami pergi ketiga2 buah rumah tersebut.
Yang baju kuning ini dua pupu aku yang datang beraya ke Malaysia. Namanya Nani. Sebelah kanannya ialah suaminya yg bernama Nana. Di belakang tengah2 dua orang gadis yang sihat2 tu anak mereka. Kiranya tiga pupu Adam. Mereka tinggal di Cikarang, Indonesia. Pada 2007 aku sekeluarga dan adik aku sekeluarga ke rumah mereka untuk menyambut Raya Haji. Ini kira lawatan balas.
....... bersambung