Gara-gara nak menikmati sup tulang yang disediakan oleh emak Adam, Haikal tak naik van sekolah tengahari tadi untuk ke sekolah agama. Dia minta aku menghantarnya selepas dia habis makan. Nasib baiklah ayah dia ni jenis orang yang kerja sendiri - tak macam dulu aku kerja makan gaji dan terikat dgn waktu pejabat.
Elok kami nak sampai di Sekolah Agama, radio Hot FM yang aku pasang di kereta memainkan lagu "Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang" nyanyian penyanyi cilik dari Seberang yang bernama Tegar.
Haikal memang minat lagu tersebut. Dia mengomel kerana kenapalah DJ tu nak mainkan lagu tu bila dia dah nak sampai sekolah.
Bagi yang tak pernah dengar lagu tu bolehlah dengar di YouTube. Di bawah ini aku turunkan senikatanya.
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita,
Sekarang aku bahagia
Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi jalan untukmu semua
Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Membantu keluarga di rumah
Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Tetapi, aku tak berputus asa
Pasti Yang Kuasa memberi jalannya
Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman
Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman
Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Paling bisa bantu dengan penuh cinta
Cinta yang penuh warna
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia
Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi jalan untukmu semua
Itu kisah dia.
Kisah aku pun lebih kurang macam tu.
Dulu makan sardin
Sekarangku makan salmon
Sekarang ni sardin pun mahai la YB tapi lagi mahai la Salmon tu...ekekeee...
ReplyDeleteBetul tu Aina. Tengoklah sardin King Cup tin kecik tu pun dah RM3.19. Kalau cap ayam lagilah mahal ..... huhu
DeleteSalmon tu kalau nak jimat beli yg mentah dan grill sendiri di rumah. Kalau makan di restoran lebih mahal lagi ....
Saya dari dulu sampai sekarang masih lagi makan sardin.. Tak pernah makan salmon.. Tengok salmon pun tak pernah..
ReplyDeleteApapun, alhamdulillah..
Saya pun masih makan sardin. Hidup tak sentiasa senang. Ada masanya terhimpit juga terutama bila pelanggan tak nak bayar hutang mereka seperti yang dijanjikan.
DeleteMungkin Cik Azz boleh mencuba salmon satu hari nanti. Skrg ni di kedai mamak pun dah ada jual salmon .... ngeeee
Betul tu. Kena bersyukur dgn apa yg kita ada. Nescaya Allah akan tambah nikmatNya.
Assalam YB.sama la nacam azz.rupa salmon dialam nyata pun tak pernah tengok..rasa lagi la tak tau
ReplyDeleteWaalaikum salam Acik Erna.
DeleteSalmon yg belum potong tu memang kita susah nak tengok di negara kita ni. Yang ada dijual di supermarket biasanya dah dipotong. Lain kali Acik ke supermarket atau hypermarket cubalah tengok. Ikan yang dagingnya warna oren tulah salmon.
Bila dah tengok bolehlah beli beberapa potong. Balik rumah boleh dipanggang. Letakkan sayur mcm dalam gambar saya tu utk menambah keenakannya.
Tak pernah dengar lagi lagu tu YB...saya nak dengar di Youtube nanti..alhamdullilah...YB dah jadu usahawan berjaya...nanti boleh la belanja saya makan salmon grill kat mamak tu yer..hahaha
ReplyDeleteDah semakin popular lagu ni di radio. Lepas ni kalau dz buka radio adalah kot. Mungkin tak di IKIM FM.... ngeee
DeleteSaya masih lagi merangkak di dalam dunia usahawan. Masih banyak lagi nak kena belajar. Org yg lebih berjaya daripada saya pun melambak.
Bila nak datang sini rogerlah. Boleh pekena salmon kat kedai mamak yg saya cerita hari tu
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSardin pun mahal...tak mampu.
kalau beli yang murah...x sedap hu h uhuhuhu -----> demand tuh!
telur goring cicah kicap je lah kalau gitu
Waalaikum salam anyss,
DeleteKebanyakan barang naik harga sekarang. Sardin tak terkecuali. Tengoklah dlm gambar tu. Tin kecik pun dah tiga hinggit lebih.
Anyss takkan tak mampu nak beli sardin? Tak makan sardin kot .
Telur goreng cicah kicap memang sedap dan ringkas. Kami pun sering makan lauk tu aje terutama bila duit tengah takde ..... hu hu hu
wahh..alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur ....
Deletesalam YB,
ReplyDeleteheeeee Ai masih mkn telur ayam saje psl ikan laut dalam tu mahal
Wsalam Yati,
DeleteSekali sekala Yati makan berdua dgn Jek baru berapa hinggitlah sangat. Takkan hari2 nak makan lauk makcik dekat rumah tu ..... ngeeeee
belum pernah dengan lagi lagu tu...sardin tu buat naik selera:-)letak cili banyak2 biar pedas.
ReplyDeleteLepas ni boleh dengar lagu tu ....
DeleteSardin memang sedap. Kena letak cili utk hilangkan bau hamisnya. Barulah perghhhh .....
saya makan roti jee... nak makan sedap tunggu orang belanje... hahahahaa....
ReplyDeleteRoti cicah kuah sardin sedap. Kat rumah ni selalu buat mcm tu. Tapi guna roti canai lagi best.
DeleteBukan minggu lepas dah ada org belanja Jujie masa pergi Utara tu kan? .... hikksss
Makchaq sampai la kekal makan sardin pasai tak suka makan salmon, tak sedap...
ReplyDeletetapi tak tau la kot2 bila makan hat makAdam masak sedap pulak... bila nak jemput pi makan...
Sardin memang sedap. Sekali sekala makan salmon pun sedap jugak. Tak boleh kerap sangat sebab mahal. Salmon kalau digrill sedap tau makchaq. Cubalah kalau belum pernah cuba.
DeleteKalau nak cuba yg emak adam masak kenalah ayat dia. Dia tu pemalu dgn org yg dia tak kenal. Macam Azie Azah hari tu. Tapi bila dah jumpa dia ok.
salmon gitu.. curlasssss sangat.. hihihih
ReplyDeleteBukan selalupun. Macam makan ikan jenahak tanda kat Lumut hari tu. Sampai hari ni tak merasa lagi ikan tu sebab mahal ..... huhu
Deleteraw salmon la best...heheh
ReplyDeleteTekak jawa tak pandai makan yg mentah. Nak kena dimasak jugak baru sedap ...... hehehe
DeleteMak aih, besar nya portion salmon tu. Untuk makan seorang tu ke?
ReplyDeleteKita dulu pergi ngaji naik basikal aje. Tengah hari buta. Panas-panas terik. Kita tak de orang yang boleh hantar kita. Huhu.
Portion tu nampak besar sebab grill sendiri salmon ni. Ini utk sorang makan pasal bila makan salmon tak makan nasi .... ngeeee
DeleteBesar pahala tu pergi ngaji naik basikal. Abang2 dan kakak2 Haikal sebelum ni pergi sekolah agama jalan kaki aje. Tapi Haikal kami naikkan van sekolah. Takut pula tengok dia melintas jalan sendiri sebab kereta laju2 waktu tengahari. Bayaran van pun cuma RM10/bulan.
Bebudak zaman sekarang susah nak lepas kan sorang-sorang. Lagi-lagi kalau jalan sesak macam tu, kereta laju-laju. Tak pe la keluarkan belanja RM10 (murah nyer!) untuk belanja van.
DeleteAnak buah saya, mengaji dia depan sek. rendah aje, tapi sebab jalan raya tu sibuk, emak dia pi upah orang van hantar. Dia tengok aje dari jauh.
Sekarang tinggal Haikal saja yg sekolah agama. Itu sebab dia takde adik beradik yg lain utk sama2 pergi. Bila sorang ni risau pula nak lepaskan sorang2.
DeleteRM10 tu sebab dekat. Lagipun kami naikkan Haikal dan Haizam van yg sama utk ke sekolah kebangsaan. Yg itu dua org kena RM80 sebab jauh sikit.
Senanglah kalau sekolah anak buah awak dekat aje. Kalau tertinggal van boleh hantar jalan kali. Emak sedaranya tak nak tolong hantar ke kalau tak kerja? .... hehe
Mereka duduk pekan lain, saya duduk pekan lain. Sekolah agama nya dekat aje dengan sekolah rendah, tapi rumah mereka jauh dari sekolah-sekolah tu.
DeleteIni anak sedara yg duduk di Parit Serong tu ke?
DeleteBukan. Ini duduk di Kapar. Sekolah di Batu Belah.
DeleteJauhnya .....
Deletekalau di suruh pilih antara sardin dan salmon, saya akan pilih sardin,:D
ReplyDeleteUntunglah orang Keramat tu nanti ...... hehe
Deletesardin lebih sedap berbanding salmon, pada saya lah :D
ReplyDeletetekak Melayu, tekak Jawa, memang masuk aje sardin tu. sardin masak dengan kacang panjang. sedap.
DeleteSardin boleh dimasak pelbagai jenis. Nak yg berkuah, nak yg garing semua boleh. Buat sandwich pun sedap.
DeleteBolehlah juliet masakkan sardin utk saya...... ngeeee
Tekak Melayu dan tekak Jawa dah dilatih menikmati sardin sejak kecik.
DeleteNak makan salmon tekak tu rasa lain.
Emak Adam tak pernah masak sardin dgn kacang panjang. Lain kali boleh try.
Cuba la, idea tu pun saya dapat masa tengok Bersamamu di TV3. Depa tak de lauk lain nak masak, sardin dengan kacang panjang jadi menu. Tengok depa makan, wah berselera nya.
DeleteBagus tu. 2 dalam 1. Tak perlu susah payah masak lauk dan sayur berasingan. Jimat pun jimat.
DeleteKiranya macam masak kari ikan letak bendi. Dah tak payah masak sayur lain.
Depa makan berselera sebab depa makan sehari cuma 2 kali. Itulah ujian Allah buat depa. Kita makan satu hari sampai 4-5 kali. Mana nak berselera sangat ...... huhu
alhamdulillah, semakin bagus rezeki YB
ReplyDeletetapi sardin pun layan YB weiiiii cicah ngan lempeng perghhhhhhhhhhhh bertambah2 makannya ok!
Alhamdulillah. Macam biasa aje tapi mungkin cara saya tulis bunyinya mcm masuk berjuta2 ..... huhu
DeleteKami pun masih sering makan sardin berbanding salmon