Saturday, August 24, 2013

Wajarkah Buat Majlis Perkahwinan Pada Bulan Syawal?

Hari ini aku ada 2 jemputan walimatul urus, 1 jemputan tahlil dan bacaan Yassin dan 2 jemputan rumah terbuka.

Esok pula aku ada lagi 2 jemputan walimatul urus, 1 jemputan cukur jambul dan 4 jemputan rumah terbuka.

Untuk Sabtu dan Ahad depan keadaan juga hampir sama di mana aku mendapat banyak jemputan. Aku jangka jemputan untuk majlis rumah terbuka akan bertambah kerana minggu depan adalah minggu terakhir bulan Syawal.

Bila dah banyak sangat jemputan aku jadi serba salah kalau tak dapat nak penuhi semua jemputan itu. Tambahan pula yg menjemput saudara dekat atau teman rapat.

Masalah yang sama seperti ini bukan saja aku hadapi seorang tetapi oleh ramai orang lain. 

Ada seorang jiran aku pernah mencadangkan agar majlis perkahwinan TIDAK diadakan pada bulan Syawal kerana bulan ini orang sibuk mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya.

Aku berkenan nak setuju dgn saranannya itu tapi takkanlah kita nak sekat orang nak kahwin.

Apa pandangan kalian?


ps - aku dah dapat jemputan rumah terbuka Aidil Fitri pada 7 Sept nanti iaitu dua hari selepas berakhirnya bulan Syawal.

10 comments:

  1. Nak kata wajar atau tak, tak boleh nak kata. Ia bergantung pada situasi seseorang. Tapi ada kelebihannya juga kalau buat majlis becek masa raya ni. 2 tujuan untuk sekali datang. Kiranya lastik 2 ekor burung dengan sebiji batu la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah susah juga nak kata wajar ke tidak. Ada org masa raya inilah sanak saudara yg jauh dapat balik ke kampung. Maka ada yg ambil peluang ini utk mengadakan majlis kahwin. Itu yg majlis raya cum becek.

      psst - eh awak pun tahu becek jugak ek? Wong jowo po? ...hehe

      Delete
    2. Ye, orang Jawa. Tapi kurang mahir berbahasa Jawa. Kadang tu bila tengok budak-budak kecil lagi terror bahasa Jawa, alahai rasa ketinggalan sangat.

      Delete
    3. Jawa modenlah tu. Jawa yg tak pandai ngomong Jowo.

      Budak2 skrg pun tak ramai yg pandai cakap Jawa sebab dlm pergaulan harian mereka cakap Melayu ..... huhu

      Delete
  2. klu di buat di penghujung syawal..boleh terima lagi YB

    yang tak boleh blah nya, ada yang buat majlis kawen saya ketiga or keempat..mmg rasa nak marah juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju tu. Kalau dibuat pada raya ketiga atau keempat orang yg nak beraya ke rumah mertua akan rasa serba salah jika majlis dibuat jauh dari tempat mereka beraya. Kalau nak balik juga, mau ada yg bermasam muka ... huhu

      Delete
  3. Laaa... Lebih kurang sama pulak tajuk entry kita... haha..


    Kat sini open house rumah ke rumah memang kurang.. Kalau adapun open house yang dibuat oleh ADUN yang dibuat kat dewan orang ramai.. So, semua boleh datang dan jumpa kat situ.. 7 september ni pulak ADUN tu buat kenduri kawen anak dia kat padang sekolah.. So, pakat2 la datang beramai-ramai.. hehe..

    Minggu lepas saya hadiri 2 majlis kenduri kawen.. Satu depan rumah, satu lagi kena naik kenderaan.. sejam setengah pergi dan balik.. Pecah rekod saya sebab saya memang jarang keluar dari tempurung.. :D

    ReplyDelete
  4. salam
    ni nak.kongsi

    zaman dulu masa perang makcik saya kawin. disebabkan makan dicatu, setahun lebih sblm majlis atok ppuan dah kumpul beras. disebabkan bapaknya imam masjid maka banyaklah org kena jemput.

    jadinya tetamu diutamakan. diserved bukan self service. tuan rumah appointed kepala jaga tetamh dapat makan.

    bapa saya cakap dia pon tak makan.mak bapak pengantin pon tak makan. semua didahulukan tetamu. bapak cakap dia dan budak budak nak menyelit tapi kena panggil dgn datok. sbb makanan takcukup dan tetamu dtg didahulukan.org kg dtg
    nak makan.
    ni zaman perang makan bercatu

    sekrg makann mewah..sbb negara aman.
    semoga ini semua dpt memberi kita pengajaran...

    ReplyDelete
  5. Makchaq ok ja...

    kalau dijemput dan ada kesempatan insyaAllah hadir..
    Macam minggu ni banyak jemputan, jarak antara tempat jauh2, makchaq agih2 dengan pakchaq.. kawan rapat dia, dia pi sorang, kawan makchaq makchaq pi..atleast sampai la kan.. walaupun x cukup korum.... yang jiran dekat rumah saja kami pi semua anak beranak.....

    Dulu masa mula2 orang buat kenduri masa tak cuti sekolah dengaq juga komen2/tanya2, lepas tu orang start buat tengah2 minggu(weekdays) pun dengaq jugak bunyi2..

    la ni dah tak dak hari nak pilih dah kot...

    Kalau orang buat kenduri kahwin masa bulan posa.. tu makchaq rasa tak wajar...he he
































    ReplyDelete
  6. ganu gak sempoi..ikut suka dia la nak wat kenduri ari pa..ari senin, selasa, rabu, kamis..haaaa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails