Tuesday, August 27, 2013

Senang Kalau Ada Kabel

Semalam bekalan air paip ke kawasan perumahan kami terputus lebih kurang pukul 10 pagi. Aku ada dapat maklumat mengatakan bekalan air di kawasan Gombak akan terganggu kerana kerja penyenggaraan tidak berjadual. Mesej tu aku dapat sehari sebelum tu tapi bila aku tengok bekalan air ke rumah aku masih ok, aku pun lupa nak beritahu emak Adam.

Bila melihat tekanan air ke rumah kami semakin lemah emak Adam ada juga bertanya kpd aku kalau2 bekalan akan terputus. Aku dgn machonya kata kalau putus pun kejap aje sebab kawasan kami mungkin tak terlibat memandangkan orang di tempat lain dah terputus bekalan terlebih dahulu.

Bila bekalan air dah putus pagi semalam mulalah jiran2 di tempat aku merungut. Pada awal petang ada di antara mereka meminta tolong aku hubungi adik kembar aku yang bekerja di Syabas. Mereka tahu dia bos di sana. Sebelum ni semasa masalah tempoh hari, bila aku call adik aku tu barulah penduduk di sini mendapat bekalan air dari lori tangki.

Jadi semalam bila jiran2 minta aku tolong aku pun mesej kpd adik aku. Sengaja aku tak nak call dia. Tapi mesej aku tendang balik sebab hp dia ditutup!

Tak lama selepas itu kebetulan pegawai Syabas menghubungi aku nak buat temujanji untuk mengatasi masalah bekalan air di surau kami. Ada aku beritahu adik aku tentang masalah ini dan dia telah memberitahu pegawainya untuk menghubungi aku. Isnin depan pasukan teknikal dari Syabas akan ke surau kami untuk membuat kajian dan mengemukakan cadangan.

Dah terlanjur bincang pasal itu aku pun minta pegawai itu mengaturkan penghantaran air utk kawasan kami. Aku minta dua lori tangki dihantar ke sini : satu untuk penduduk2 dan satu lagi untuk kegunaan di surau. Apa2pun surau mesti aku utamakan. Pegawai itu berjanji akan mengaturkan lori petang semalam juga kerana pada masa itu pam di loji Wangsa Maju belum stabil dan bekalan tak dapat dijamin akan sampai kepada pengguna.

Tak lama selepas itu pegawai itu whatsapp aku kata pam dah ok dan bekalan akan pulih pada sebelah malam. Memandangkan yg demikian aku pun beritahu dia tak payahlah hantar lori. 

Petang itu aku beritahu jiran2 melalui sistem whatsapp kami dan juga secara langsung kpd jiran2 yg pergi ke surau utk solat Asar.

Sebaik tahu masalah mereka akan selesai malam semalam ada pula jiran yg minta aku tolong beritahu Syabas untuk menyuruh kontraktornya tar semula jalan yg mereka korek untuk tanam paip baru di kawasan rumah kami.

Akupun hubungi Syabas sekali lagi dan pagi tadi jalan itu telah diturap semula!

Inilah untungnya jika ada kabel.


22 comments:

  1. Untung la ada kabel..

    Jalan depan rumah saya ni entah apa dah jadinya lepas kena korek.. Jalan sebelah sana tak diratakan.. Jalan yang betul2 depan rumah dah mendap sikit.. Pastu kat tepi jalan tu terjojol keluar dua batang besi yang dijadikan sebagai kepala paip tapi kepala pemutar tu dah takde, batang besi tu je yang tinggal dengan longgokan tanah sebagai cover untuk melindungi batang besi tu dari kena langgar...

    Entah la, tak tau nak cakap dengan siapa.. Kalau letak gambar dan bising2 kat fb, nanti orang kata kepoh... Lagipun siapa la kita ni.. Bising macam manapun, takde siapa nak amek kisah..

    Sabar je laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik saya ada seorang aje jadi kabel pun satu tu ajelah.... ngeee

      Saya simpati dgn masalah yg Cik Azz hadapi tu. Cuba cari papantanda projek (jika ada lagi) Di situ ada ditulis nama2 mereka yg bertanggungjawab terhadap projek itu. Bolehlah cuba hubungi mereka itu kalau rajin. Sebagai alternatif, boleh hubungi Puspel.

      Delete
  2. untung laaaaa....

    nampak macam pilih bulu pulak kes yb n cik azz ni.....

    mungkin yb blh ajukan pada kabel bahawa, suruhlah stafnya siapkan tugasan dengan betul. nk prefer yb x apa, jgn abaikan y lain....

    kwn sy pun alami masalah air ni, macam few days jugak la..... sian ibu mengandung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata untung tidaklah sangat sebab memang sepatutnya perkara itu diambil tindakan oleh pihak Syabas.Cumanya dapatlah cepat sikit tindakan tu sebab mereka dah kenal.

      Adik saya beritahu setiap hari ada beribu2 panggilan ke call centre mereka. Itu kalau bukan emergency. Kalau ada kecemasan jumlah panggilan akan naik mendadak dan staf yg ada tak larat nak jawab semua panggilan. Masa itu staf dari bahagian lain pun diarahkan membantu.

      Baru2 ini pihak Pengurusan mereka cuba call pusat panggilan dan mereka sendiri kecewa kerana kebanyakan panggilan tak dijawab atau dijawab terlalu lambat. Mereka sedang mencari jalan utk mengurangkan masalah ini yg menjadi rungutan utama pelanggan.

      Delete
  3. hmm...

    yang takde kabel pun kene dapat hak mereka dengan sewajarnya. betul tak? betul tak?

    ReplyDelete
  4. awak kenal kan boss Syabas yang sebijik macam muka awak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kenal dia sejak dia dalam perut emak dia lagi ..... ngeeeee

      Delete
  5. Baru-baru ni saya buat report pada Syabas pasal paip bocor di rumah jiran saya. Jiran saya tahu pasal paip bocor tu. Dah lama dah bocornya. Tapi bila emak saya cakap, dia kata tak pe, sebab yang bocor tu sebelum meter, jadi tak jejaskan bil air mereka. Saya rasa sangat sebel bila orang bagi alasan macam tu. Lagi pun paip tu melalui kebun emak saya, jadi saya rasa bertanggungjawab untuk buat report di samping saya nak elakkan pembaziran.

    Saya email report jalan 11 am. Kontraktor terima report jam 9 pm. Dia called saya tanya mana tempat. Dia kata kena settlekan malam tu jugak report tu, so dia datang jam 10.30 pm, siapkan kerja malam tu jugak.

    Alhamdulillah settle sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya puji tindakan awak yg nak elakkan pembaziran. Memanglah itu bukan hal awak secara langsung tapi tindakan mcm ni sangat terpuji. Selain mengelakkan pembaziran air, insya Allah ada pahalanya tu.

      Kontraktor Syabas ada KPI yg perlu dicapai. Tapi kalau kerja hanya semata2 nak capai KPI takde rasa ikhlas. Kontraktor yg awak hubungi ini saya percaya bekerja bukan sekadar nak capai KPI.

      Delete
  6. Kesian kami yg tak ada kabel ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah hakikatnya di negara kita. Insan marhaen yg takde kabel tu terkial2lah ..... huhu

      Delete
  7. Replies
    1. Itu dah macam kabel projek Bakun nak hantar bekalan elektrik ke semenanjung ..... ngeeee

      Delete
  8. ada kabel bagus kan? yg takde ni melopong lah ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kabel ni satu panggilan aje dah selesai masalah.

      Yang takde kabel tu nak tembusi talian pusat aduan pun kadang2 setengah mati ..... huhu

      Delete
  9. jangan curi kabel sudah, bahaya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Curi kabel memang kerja bahaya. Tapi curi hati macamana pula? ..... hehehe

      Delete
    2. ish kacau daun aje .....


      pergi main jauh jauh


      hahaha

      Delete
    3. tak pedulik. nak main kat sini sini juga.

      hahaha.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails