Minggu pertama Syawal kami sibuk berkunjung ke rumah sanak saudara seperti yang aku telah ceritakan di dalam dua entri sebelum ini. Ini menyebabkan saudara mara yang nak datang ke rumah kami atau pun yg telah sampai ke depan gate kami mendapati kami tiada di rumah.
Untuk mengubati kekecewaan sebahagian daripada mereka ( ayat tak boleh blah) aku dan emak Adam bersetuju untuk menjemput mereka ke rumah kami pada hari Ahad (semalam). Ini bukannya rumah terbuka tapi lebih kepada mengundang sanak saudara dan jiran tetangga yang nak datang sebelum ini tapi tak berpeluang. Kalau rumah terbuka, pasti aku akan menjemput seramai mungkin kenalan dan handai taulan. Juga tak ketinggalan rakan2 niaga dan kawan2 tempat kerja lama aku dulu. Kalau mcm tu kena pasang khemahlah nampaknya.
Dan untuk jiran2 setaman pula kalau nak undang ramai2, naikkan saja notis di papan kenyataan surau atau hebahkan melalui whatsapp kejiranan kami. Tapi kalau buat mcm tu susah nak agak berapa orang yg akan datang. Lagipun tak larat kami nak sediakan makanan - maklumlah masak sendiri anak beranak.
Begitu juga dgn rakan blogger dan fb. Aku tak jemput kecuali yang dah beritahu nak datang beraya.
Sebaik memutuskan tarikh, emak Adam memanggil sidang tergempar untuk menentukan menu. Setelah berbincang akhirnya menu pilihan adalah:
1) nasi ayam
2) mee kari ala emak Adam (tak guna santan tapi guna keledek)
3) laksa utara
4) rendang daging (untuk dimakan bersama lemang yang akan dibeli di kampung aku)
Maka dari petang Sabtu tu bermulalah projek menyediakan hidangan untuk para tetamu yang melibatkan seluruh ahli keluarga kecuali Adam.
Jemputan bermula pukul 2 ptg untuk memberi kesempatan kami solat Zohor dulu. Tapi sebaik kami selesai solat, makcik aku yang tinggal di Datuk Keramat tu tiba dgn anak, cucu dan cicitnya. Nasib baik mereka susah nak cari parking. Sempatlah kami bertukar pakaian.
Makanan masih panas2 lagi sebab baru saja siap dimasak apabila mereka sampai
Sebelum sempat makcik aku dan anak cucunya duduk untuk menikmati juadah yang disediakan tetamu2 lain mula datang menderu2.
Emak Adam (duduk di sebelah kiri kanak2 perempuan tu) sempat beramah mesra dgn jiran2 yang
datang
Sejak pukul 2:00 ptg semalam tetamu yg datang tidak putus-putus sehinggalah melewati pukul 7:00 malam. Ada yang tumpang solat Maghrib di rumah kami malam tadi sebelum balik.
Dah alang-alang masih ada tetamu di rumah aku pun beritahu emak Adam aku nak hubungi beberapa orang yg dah kata nak datang tapi tak dapat datang pada siang tu kerana pelbagai urusan seperti menghantar anak balik ke asrama. Selain itu aku teringat rakan blogger aku yang bersemangat betul nak merasa masakan emak Adam. Ini komen dia baru2 ini:
Orang yang aku maksudkan ialah blogger prolifik Azie Azah
Azie sedang menikmati laksa utara manakala suaminya memilih nasi ayam
Macam dah kenal lama. Masih mampu senyum w/pun dah letih. Tengok jam di dinding tu dah pukul berapa
Azie Azah bukanlah orang yang terakhir balik dari rumah kami malam tadi. Ada beberapa orang jiran yang makan sambil borak2 sampai dekat pukul 11 malam. Kalau hari ni hari cuti aku rasa pukul 12 tengah malam pun tak balik lagi
assalam YB..dah rancang ok lagi..acik tak rancang..tak bagi tau tapi terus terjah hehe..ramai juga..7 keluarga..anak2 4..5 orang..nasib baik semua dapat makan..nasi dan emegency goreng spaghetti
ReplyDeleteWaalaikum samal Acik Erna.
DeleteKalau datang mengejut sampai 7 keluarga mcm tu memang kelam kabut juga. Sedara dari kampung ke yang datang tu?
Di rumah ini emak Adam dah siap2 buat karipap minggu lepas dan bekukan. Kalau ada org datang bolehlah digoreng. Kalau dan boleh masakkan mee atau kueh teow.
Kak Azie yang sentiasa happy...
ReplyDeleteYB kalau nak jemput semua kena panggil kateringlah pulak.
Azie mmg sentiasa happy dan murah senyum......
DeleteNak buat katering bajet tengah sakit ni. Semalam tak jemput semua pun adalah dalam 200 org yg datang ke rumah kami tu.
rajin sungguh mak adam.
ReplyDeleteKebanyakan yang datang tu nak rasa air tangan emak adam. Kalau katering, kat mana2 pun mereka boleh rasa .....
DeleteRasa rasanya sampai 30 Syawal baru habis semua kenalan YB dating ziarah Raya kot..:)
ReplyDelete1st time tgk rupa suami kak Azie :)
Ramai juga lagi yg belum datang kerana setakat ini baru 245 orang yg datang. Cabarannya setiap Sabtu dan Ahad kami ada banyak jemputan sehingga hujung Syawal. Jadi kalau mereka nak datang kenalah sebelah petang atau malam.
DeleteSaya pun first time bertemu dgn suami Azie. Dia pendiam sikit tak mcm isterinya ..... hehe
Hahahahaa kan saya dah bagitau. Dia pemalu! auww!
DeletePemalu mengalahkan 'Hisyam'. Nasib baiklah Seri Bulan peramah. Barulah happening ..... hehe
DeleteYb..giliran rumah kita belom lagik..aritu beraya di rumah mertua danipar2 yg mana sempat je
ReplyDeleteBila giliran tu? Hujung minggu ni ke?
DeleteKalau ikutkan hati nak rasanya kami terjah ke rumah Kak Anie tapi setiap hujung minggu kami mendapat banyak jemputan - samada jemputan kahwin, cucur jambul, doa selamat, tahlil dan rumah terbuka.
Salam YB, kalau tahu saya pun dah terjah juga ...teringin nak jumpa emak Adam @ Puan Siti Roslina ..(baru tahu nama sebenar emak Adam)
ReplyDeleteWaalaikum salam nurazzah8,
DeleteMaaflah tak beritahu. Saya khuatir kalau saya jemput yg ini, yg itu pula kecik hati sebab tak terjemput.
Insya Allah ada jodoh tu dapatlah azzah jumpa emak Adam.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteDakupun dah lama teringin nak makan masakan mak adam...oh Puan Roslina, bila agaknya boleh merasa semua makanan yang sedap-sedap itu?
Waalaikum salam anyss,
DeleteKesiannya anyss pun nak merasakan masakan emak Adam ke? Lain kali boleh ikut Azie dtg sini. Rumah azie cuma 15 minit aje dari rumah saya (kalau tak sesat .... hehehe)
Terimakasih kepada seluruh ahli keluarga YB... tak terkata apa dah!
ReplyDeleteTerima kasih kembali kerasa sudi berkunjung ke teratak kami ini. Maaflah kalau tak dapat nak memberi sepenuh tumpuan sebab w/pun azie datang waktu malam, masih ramai lagi tetamu yang berkunjung pada masa itu.
Deletesiap kira 245 orang!! :)
ReplyDeleteer...
er.....
ampun....
lupaaa....
Perangai jurutera yg suka mengira tu masih ada lagi dalam diri ini .....huhu
Deletelaaa patutlah tak datang. Kalau tak tambah lagi 7 orang ..... ngeeeee
sy ler yg terakhir dtg YB....................(dalam mimpi)
ReplyDeleteslmt hari raya..slmt makan kuih raya
Oh yang datang dlm mimpi tu Rozita rupanya. Ingatkan bidadari ..... hehehe
DeleteSlmt hari raya kpd Rozita juga. Maaf zahir batin di atas kesalahan dan gurau saya yg terlebih