Friday, August 16, 2013

Catatan Raya Setelah Seminggu ..... Bahagian 2

Setelah bercanda dgn dua pupu aku dan keluarganya di rumah Pak Usu aku di Taman Seri, kami bergerak ke rumah balu pakcik aku di taman itu juga. Ini rumah yg wajib kami ziarahi setiap hari raya. Makcik aku tu tinggal dgn cucunya tapi baru2 ini cucu tersebut telah menyambung pelajaran ke Kolej Matrik Kuala Pilah. Maka makcik aku tu tinggal seorang diri sekarang ni. Anak2nya cuma datang pada hujung minggu atau bila ada kesempatan. Begitulah keadaan kebanyakan kita bila anak cucu dah besar dan ada keluarga sendiri.

Petang Sabtu itu kami k4 buah rumah di Taman Seri sebelum bergerak ke Kg Jenjarom untuk menziarahi balu kpd pakcik aku yang seorang lagi. Ayah aku dulu 8 beradik dan dia anak yg kedua. Kesemua adik beradiknya telah meninggal dunia kecuali dua orang iaitu Pak Usu dan kakaknya. Yang masih ada sekarang adalah balu2 arwah pakcik aku dan sepupu2 aku. 



Keluarga Al-Badawi bergambar kenangan bersama makcik kami di depan rumah peninggalan arwah suaminya


Dari Jenjarom kami singgah di rumah anak sedara kami iaitu Dato Nordin Selamat di Kg Medan, Sijangkang. Dari permulaan yang sederhana beliau sekarang merupakan seorang kontraktor dan usahawan yang berjaya. Duit dia dah terpijak-pijak. Kereta2 mewah yg kebanyakannya menggunakan plat single digit ada sedozen di perkarangan rumah. Inilah jika Allah telah membukakan pintu rezeki kepada hambaNya. Kebetulan semasa kami datang ke rumahnya, tetamu2 dari kampung isterinya seramai 50 -60 orang baru balik. Jadi bolehlah kami berbual lama dgn dia. Dia memang mesra dgn kami sebab semasa dia belajar di Yayasan Anda dulu dia menumpang di rumah abah kami.



Dua orang YB dan seorang bakal YB di meja makan di rumah Dato'. YB yang di tengah itu juga merupakan bakal datuk ..... hehe

Pelbagai juadah dihidangkan kepada kami petang itu sehingga tak larat nak makan. Bagai tak cukup dgn itu, kami dibekalkan dgn macam2 kerepek semasa nak balik.

Destinasi terakhir pada raya ketiga itu ialah rumah sepupu aku di Kg Jawa, Klang. Makcik aku duduk dgn sepupu aku yang bertugas sebagai Pengetua ini untuk menyambut raya. Kalau hari biasa, makcik aku duduk dgn anaknya di KL.

Sebelum ke situ, kami singgah solat Maghrib di Masjid India atau Masjid Tengku Kudin di tengah2 bandar Klang. 


Masjid ini ada 3 tingkat dan lif disediakan untuk naik ke dewan solat

Di dalam melaksanakan hablum minannas kita jangan lupa kepada hablum minnallah. Barulah hidup kita diberkati Allah dan dikasihi semasa manusia.

Di rumah sepupu aku itu kami dihidangkan dgn jamuan nasi. Makan lagi. Memang murah rezeki di bulan mulia ini.

Hari ketiga itu kami berjaya mengunjungi 9 buah rumah semuanya tak termasuk 2 buah yang tiada penghuni. Kalau tak kerana perlawanan bolasepak di antara Harimau Malaya dgn Barcelona mungkin kami sambung program ziarah pada malam tersebut ..... hehe



.......   bersambung


12 comments:

  1. Seronoknya menyambung silaturrahim. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau peringkat kita ni tak teruskan usaha menyambung silaturahim adalah dikhuatiri anak2 kita esok tak kenal pula sanak saudara ....... hu hu

      Delete
  2. boolatttnyaaaa ayah haikal dan haikal :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayah haikal boolatt ke? Kalau Haikal tu haruslah ..... huhu

      Delete
  3. selamat hari raya ya ....tumpang bace cni jom ke blog sy jgk ek,nk exchange bloglist ngan sy bgtau la :)

    Tak Mungkin Benar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slmt hari raya Azim.

      Jemputlah baca. Tak perlu nak tumpang sebab blog ini terbuka kpd sesiapa saja yg sudi membacanya.

      Nice blog you have there...

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    Fuhhhhhh! sakan beraya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss,


      err .... err ...... sakan ke?

      Delete
  5. rumah papan tu cantik. sy suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya tak silap rumah papan tu dah lebih separuh abad sebab ianya dah ada semasa saya kecik lagi ....

      Delete
  6. Replies
    1. Saya pun suka bila azieazah sudi datang beraya ke rumah kami

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails