Masa buat 29 bulan lepas tak susah sangat sebab kebanyakan orang pun sama-sama melakukannya. Sekarang bila nak buat 6 rasa mencabar.
Aku baru dapat 2. Kalau masuk hari ni jadi 3. Itupun kalau tak kandas separuh hari sebab ada meeting. Bila ada meeting ada minum.
Semalam ada dua meeting dan kedua-duanya ada minum. Meeting dengan bukan Islam pula tu.
Kalau Sabtu atau Ahad lagilah payah. Jemputan kahwin, rumah terbuka, tahlil, cukur jambul dan entah apa-apa lagi jemputan dah berderet.
Itulah dia cabaran nak puasa 6.
Bagi yang dah selesai melakukannya, aku tabik spring!
orang bizi mcam yb memang kena pandai pilih hari untuk puasa 6 :D
ReplyDeleteOrg yg tak bizi pun kena pandai pilih hari. Kadang2 terlampau lambat mula sehingga tak sempat nak habiskan 6 hari .... huhu
Deleteerrrr......tak sangka kita no 1 plak hari ni :D
ReplyDeletememang tak sangka .....
DeleteRajin2lah skodeng sini supaya boleh dapat no 1 tiga kali berturut2. Ada hadiah tau utk juliet
lapar memanjang.. ni pun tengah mengunyah.. hahaha..
ReplyDeletepatutlah berat badan dah mengalahkan sebelum Ramadan dulu ..... huhu
Deletelarikkss
Saya ni nak memula tu alahaiiii lemau ja tapi dah start tu insyaallah gigih habiskan. Cabaran paling hebat bila kat opis ni pergi worstation org semua dok offer meskut raya.
ReplyDeleteTinggal setengah bulan aje ni. Kalau tak mulakan cepat haru tak sempat. Tapi kalau Aina boleh gigih habiskan sebaik dah mula, eloklah tu.
DeleteMencabar juga tu bila tengok kawan2 lain kat ofis dok mengunyah meskut raya. Kalau tak kuat iman mahu buka puasa masa tu juga
ya betulllll!!!! cabaran betul.
ReplyDeletesyukur walau kerja ngan y bukan islam, urusan sy dipermudahkan Allah...
cuma semua hairan sy dah masuk kerja selasa lepas, diorg igt sy cuti panjang.. seminggu sy cuti, belum cukup panjang rupanya..... :)
Bila tenogk yg lain makan tapi kita puasa itu yg buat rasa nak ikut makan dan minum tu. Kena pulak malamnya tak bangun sahur.
DeleteSyukurlah urusan awak dipermudahkan. Boleh menjadi contoh kpd yg bukan Islam tu.
Bila raya depa cuti panjang2 kot. Itu yg terkejut awak cuti kejap aje
memang mencabar kan...
ReplyDeleteLepas meeting tadi partner saya seorang bukan Islam ajak minum sebab ada perkara nak dibincangkan. Saya beritahu dia go ahead order minuman tapi saya tak minum sebab puasa. Kalau tak fikirkan dah petang dan sayang berbuka waktu itu, mahu saya ikut minum kopi premium yg dia nak belanja tu.
DeleteMemang mencabar .......
insyaallah sama samalah kita berjuang ....
ReplyDeletepB pun baru dpt 2
Mari kita teruskan perjuangan. Insya Allah menjelang hujung minggu depan kita boleh selesaikan.
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteCabaran besar untuk saya adalah untuk sahur. Kalau tak sahur, gastrik pula...hari kedua pun dah terbabas tak sahur, Alhamdulillah, sempat habiskan sehari tu. Sekejab je perut buat hal.
Biasanya, datang Bangi terus puasa, baru menjadi. kalau dok main tangguh...tangguh sampai sudah, puasa gantipun hingga waktu penalty nak masuk Ramadhan semula. Moga-moga tahun ni puasa ganti sempat dihabiskan dalam Syawal ni juga...insha allah. kena gigih.
Waalaikum salam anyss,
DeleteSetuju tu. Sahur mmg satu cabaran. Puasa sunat ni takdenya nak masak awal pagi utk sahur. Makan atau minum apa yg ada aje. Tapi itupun kadang tak terbangun .... huhu.
Anyss buat puasa ganti dan puasa 6 tu serentak atau berturut2? Kalau berturut2 dan berjaya menghabiskannya di dalam bulan Syawal ni memang saya tabik!
Ye .. Selamat Hari Raya RAYA!! buat yang dah abis puasa 6 ..
ReplyDeleteNat baru nak start enjin arini ..
Saya kenalah tunggu sehingga minggu depan utk sambut raya. Hari ni baru masuk 4 hari.
DeleteNat kalau mula hari ni dan buat lagi esok, minggu depan boleh direct 4 hari dari Isnin hingga Khamis. Jumaat tu dah raya.
sy baru siap 3 hari YB = 50%
ReplyDeleteSamalah kita.
DeleteHujung minggu ni banyak jemputan. Tak elok nak puasa ...... huhu
Saya dah habis 6, alhamdulillah. Yay. Hari ini Jumaat, sambung extra hari ke 3 teman kan family dan staff lain yg berpuasa. Sebab lain sambung puasa kerana malas nak fikir pasal lunch. Baik la saya puasa.
ReplyDeleteWah dah extra 3 hari tu. Memang tabiklah dgn t,a.t.a.
DeleteLepas ini bolehlah teruskan puasa sunat setiap Isnin dan Khamis. Jadi seminggu cuma perlu fikirkan pasal lunch 3 hari aje ..... hehehe
Good idea! InsyaAllah.
DeleteSemoga dapat kita amalkan
Delete