Semasa mengambil Haikal dari sekolah setelah dia ketinggalan van sekolah, aku terdegnar juruhebah di Bernama Radio24 berceloteh tentang insentif RM2,000 untuk bapa tunggal dan ibu tunggal yang berkahwin semula di Terengganu. Balik ke rumah aku pun dengan gigihnya mencari berita itu di suratkhabar online. Bila aku masuk Utusan aku pun terjumpa berita tersebut.
Di bawah ini aku kopipes petikan laporan tersebut untuk tatapan mereka yang berminat.
190 bapa, ibu tunggal terima insentif perkahwinan
KUALA TERENGGANU 22 Ogos - Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah membelanjakan kira-kira RM380,000 untuk memberi insentif kepada 190 pasangan melalui program insentif perkahwinan ibu dan bapa tunggal di negeri ini untuk tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
Pengarahnya, Mohd Safaruddin Mustaffa berkata, melalui insentif yang diperkenalkan tahun ini, setiap ibu atau bapa tunggal yang berkahwin menerima insentif sebanyak RM2,000 seorang.
Katanya, jika kedua-dua pasangan yang berkahwin itu merupakan ibu tunggal dan bapa tunggal, masing-masing menerima insentif yang sama.
"Daripada ibu dan bapa tunggal yang berkahwin itu, sebanyak 96 orang adalah perkahwinan antara ibu tunggal dengan bapa tunggal, 68 ibu tunggal dan 26 bapa tunggal," katanya kepada pemberita sempena majlis Sambutan Hari Raya YPK di sini pagi ini.
Insentif tersebut bertujuan memberi kelegaan dan keselesaan kepada mereka dalam urusan memulakan kehidupan baharu.
Beliau berkata, sebanyak 266 orang layak untuk menerima insentif tersebut daripada 286 permohonan yang diterima pada tahun ini.
Menurut Mohd. Safarudin, melalui program insentif itu YPKT memperuntukkan kira-kira RM600,000 untuk membiayai 300 ibu tunggal dan bapa tunggal yang berkahwin pada tahun ini.
''Insentif itu mula dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui YPKT pada tahun ini setelah diluluskan dalam bajet kerajaan tidak lama dulu. Mereka yang ingin berkahwin boleh mengisi borang yang disediakan dan mestilah rakyat di negeri ini sahaja'', katanya.
Mohd. Safaruddin berkata, dalam usaha menjaga kebajikan ibu tunggal di negeri ini yang dianggarkan berjumlah 22,000 orang, YPKT turut memperkenalkan insurans berkelompok kepada mereka sejak Julai lalu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20130823/wt_05/190-bapa-ibu-tunggal-terima-insentif-perkahwinan#ixzz2clShA0At
© Utusan Melayu (M) Bhd
Menarik insentif ini. Siapalah punya idea?
Nota kaki:
1) Kalau suami anda tiba-tiba rajin berulang alik ke Terengganu, elok anda tanya apa urusannya di sana.
2) Agak-agaknya ada tak negeri lain nak melaksanakan insentif yang serupa?
saya senyum
ReplyDeletekelantan jiran ngan terengganu ;)
Kelantanpun boleh ikut juga kot kalau mereka dapat duit royalti ..... hehe
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteUntunglah orang Ganu ;)
Waalaikum salam,
DeleteMemang untung orang Ganu. Org negeri lain boleh tumpang untung kalau dapat pasangan bapa tunggal atau ibu tunggal dari sana .....
ngeeee
mak adam, rajin2 la selak diary yb, kang asek ke ganu je dgn alasan nak beli keropok losong :D
ReplyDeleteIdea bagus tu berniaga keropok losong kat sini. Kedai keropok yang depan masjid Keramat tu setiap hari ambik keropok dari Chendering. Apa salahnya saya ke Losong setiap hari kalau bisnes keropok saya maju ..... hikksss
DeleteEn. YB nak ke Terengganu borong keropok losong aje memang dibenarkan, tapi kalau nak belikan emak Adam payung emas, kena fikir banyak kali ye. Hehehe.
DeleteKalau nak belikan payung emas kat mana2pun boleh. Tak perlu pergi jauh2 ke Ganu ..... hehe
Deletejgn sbb duit.org memudahkannkawin cerai
ReplyDeleteNiat murni mengadakan skim ini mungkin disalahgunakan oleh pihak2 yg tak bertanggungjawab. Harapnya perkara seperti ini tak terjadi
Deletesalam bro.
Deleteperkara nikah ni banyak terjadi dgn org arab di ingerland nak duit benefit
sebab nak duit kena kawin ..?!... hermm..
ReplyDeleteAllah beri kita rezeki.. kena lah usaha.. cari duit sendiri..
takyah nk kena kawen baru bagi duit..
bagi duit tu pada anak2 yatim piatu.. org2 tua kena tinggal anak2 pon ok jugak ... sorang 500 pon dah syukur..
cuba YB cari article dari akhbar online pasal ni pulak... ;)
Sebab nak duit orang sanggup buat apa saja. Apalagi kalau kahwin dapat duit. Itu satu insentif yg baik bagi golongan berfikiran spt itu.
DeleteSaya kurang menggunakan artikel dari akhbar utk entri di blog saya ni kerana kebanyakan entri berkisar kpd kisah keluarga saya.
Mungkin CPL boleh tolong carikan artikel seperti itu dan buat satu entri .....