Thursday, August 22, 2013

Buat Projek Kilang Pula ....

Minggu lepas ada seorang kawan aku call bertanyakan hal syarikatnya dan hal kawannya. Kawannya itu bercadang membina sebuah kilang di Klang dan telah melantik seorang jurutera untuk menguruskan perkara tersebut. Entah macamana, jurutera ini lewat menjalankan tugasnya sehingga tuanpunya kilang ini hilang sabar dan belasah saja membina kilangnya. Malangnya, semasa kerja2 pembinaan sedang dijalankan Pihak Berkuasa Tempatan telah datang ke tapak dan menyamannya kerana memulakan kerja tanpa kelulusan.

Jurutera yang dilantik memberi pelbagai alasan kenapa kelulusan masih tak dapat. Tak lama lepas tu jurutera ini pun meninggal dunia. Teruk tak teruknya kerja engineer.

Projek dia pun terbengkalai sehingga hari ini. Dah dua tahun lebih katanya.

Melalui kawan aku, dia diberitahu aku ni 'pakar' dalam menyelamatkan projek sakit macam ni. Kawan aku tu pun beri dia cakap terus dgn aku di hp. Setelah berbincang lebih kurang, aku rasa timbul keyakinan di dalam dirinya yang akulah inilah orang yg boleh menolong dia meneruskan cita-citanya membina kilang di situ. Dia pun ajak aku berjumpa dia kalau aku ada masa. Memanglah aku ada banyak masa. Tapi aku tak gelojoh. Aku kata minggu depan (minggu ini) kita boleh jumpa.

Pada hari Isnin baru ni sedang aku lepak-lepak sibuk di depan komputer, dia call aku. Dia nak jumpa aku. Aku kata hari Selasalah kita jumpa. Maintain tak gelojoh .... hehe

Pagi Selasa lebih kurang pukul 10:40 aku sampai ke ofis dia di kawasan elit di pinggir ibukota. Masa aku nak naik lif ke ofis dia ada seorang wanita mat salleh juga nak masuk lif. Dia ke tingkat yang sama aku nak tuju. Rupa2nya dia salah seorang pekerja di syarikat tu. Ramai juga pekerjanya termasuklah mek salleh ni.

Di luar pintu ofis tu ada berderet nama syarikat. Banyak bisnes mamat ni rupanya.

Bila aku masuk ke dalam ofisnya, aku disambut mesra. Dia tawarkan aku minum tapi aku kata aku sedang berpuasa 6. W/pun dia bukan orang Islam tapi dia tahu tentang puasa 6 sebab ada kawannya yang baru saja selesai puasa 6. Ceit aku baru masuk hari kedua pada Selasa tu.

Setelah kami berbincang, dia memang konfiden akulah orangnya yg dicari-cari selama ini. Dia seperti merungut kerana kawan dia yang juga kawan aku tak beritahu tentang aku lebih awal.

Aku tawarkan khidmat secara turnkey. Aku paw semua. Aku akan melantik Perancang Bandar dan Jurutera untuk menyediakan pelan dan laporan teknikal. Kami akan bertanggungjawab mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan. Pembinaan kilang akan dijalankan oleh kontraktor yang dilantik oleh pemilik projek. Setelah siap pembinaan aku kena pastikan bangunan ini mendapat CCC atau kalau dulu dikenali sebagai CF.

Bila dia tanya berapa fee aku, akupun sebutlah satu harga. Terus dia tak menawar. Rasa menyesal pula tak letak lebih tinggi ..... hahaha

Pagi tadi kami ke tapak projek untuk meninjau keadaan di sana.


Di sebelah belakang itu ialah bangunan kilang sedia ada. Kilang baru akan dibina di depannya.


21 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah.

      Mudah-mudahan berjaya dan memuaskan hati pelanggan. Barulah rezeki itu diberkati.

      Delete
  2. Projek baru nampak... Berpengalaman, berpengaruh (opssss...ahahaa...). Apapun semoga suksess.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samada menguruskan projek stesen minyak atau kilang, prosesnya lebih kurang sama saja. Jika kita tahu apa yg nak dibuat dan kenal pula pegawai2 yg berkenaan, insya Allah projek boleh berjalan lancar.

      Terima kasih di atas doa Aina tu.

      Delete
  3. Mkchaq doakan projek YB kali ni dapat pulangan yang paling menguntungkan... Sekurang-kurangnya boleh menampung pendapatan setahun...

    Kesabaran dan doa YB yang teraniaya dalam projek dulu tu dah dapat ganjaran dan dimakbulkan...

    Makchaq tumpang gembira bila ahli2 perniagaan kita berjaya tanpa ada pengaruh politik yang kadang2 tak masuk akai perkiraannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas doa makchaq tu. Fee yang batal saya terima tu jika projek ini berjalan lancar taklah banyak mana. Tak cukup utk menampung perbelanjaan setahun tapi saya percaya Allah akan beri lagi rezeki dari sumber lain.

      Saya fikir2 kalau saya terus berduka dan menyalahkan mereka yg menganiaya saya sebelum ini, ianya tak akan ke mana. Lebih baiklah saya teruskan hidup dgn mencari rezeki dari sumber lain. Bumi Allah ni kan luas dan rezekiNya ada di mana2. Cuma kitalah yg kena berusaha untuk mendapatkannya.

      Org kecik mcm saya ni susah kalau nak bergantung kepada pengaruh politik. Nak minta org politik tolong pun bukannya percuma. Kadangkala sebelum saya dapat satu sen pun depa dah nak habuan yg bukan2. Lebih baiklah usaha sendiri w/pun kecik atau tak glamer.

      Terima kasih kerana memberi semangat kepada saya dgn kata2 makchaq tu. Saya menghargainya.

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    Semoga projek baru ni berjalan lancer & suksess...kemudian dapat lagi banyak banyak BANYAK MANYAKKKK projek yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss,

      Amiinn.

      Pihak pelanggan mengharap kami boleh dapatkan kelulusan utk dia memulakan pembinaan dalam masa 4 bulan. Ianya agak mencabar kerana proses kelulusan di M'sia ni memang mengambil masa tapi insya Allah saya dan rakan2 akan cuba mendapatkannya dlm masa kurang daripada itu. Barulah pelanggan teruja dan akan menggunakan khidmat kami lagi di masa akan datang.

      Selain itu mungkin dia boleh beritahu rakan2nya yang memerlukan khidmat serupa tentang sykt kami.

      Barulah boleh dapat lagi banyak, banyak BANYAK MANYAKKK projek yg lain ...... hehe

      Delete
  5. Replies
    1. Kena deliver dulu baru masyuk ..... huhu

      Delete
    2. dah masyuk tu share2lah dgn kami di sini

      Delete
    3. X share RM nya pun x pe. Share berita nya saja, pun ok.

      Delete
  6. Laa ni tak pe tak letak harga tinggi. Kira warming up la tu. Mana tau lepas ni, manyak lagi projek nak masyuk. Haa masa tu leh la main rege-rege ni.

    So hari ini 5 kan kalau tak ponteng? Tahniah Encik YB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2nya macam tu lah. Dia ada bagi bayangan nak minta kami tolong dia dgn projek di KL lepas ni. Masa tu kalau dia dah tahu kemampuan kami dan dah tengok hasilnya, mungkin boleh up sikit fee tu ..... hehe

      Ha'ah hari ni hari ke 5. Isnin depan insya Allah yg ke 6.

      Awak dah dapat berapa hari?

      Delete
    2. Selasa saya ke 6. Sambung sampai hari ini. Teman kan orang lain yang puasa.

      Delete
    3. Wah bagusnya. Boleh buat puasa ganti sekali ....

      Delete
    4. Alhamdulillah tahun ni saya xde ganti. Hehehe.

      Delete
  7. Alhamdulillah.. Rezeki nak datang, tak siapa yang tahu... Kalau dah itu rezeki kita, tak siapa boleh halang..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur.

      Jika kita bertakwa nescaya Allah memberi rezeki dari jalan yang tak kita sangka....

      Delete
  8. semoga sukses YB..
    kalau ada nak submission landskap, boleh cari saya ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails