Menjelang pukul 10:30 pagi semalam (Sabtu) jiran2 wanita mula tiba untuk majis marhaban iaitu acara pembukaan di dalam siri acara di rumah kami semalam. Saudara mara terdekat spt mertua saya, ipar duai dan adik telah datang lebih awal. Kecuali adik saya dan keluarganya yg datang pagi semalam, yg lain telah datang malam sebelumnya utk membantu membuat persiapan terakhir spt menyiapkan door gift, menghiaskan buaian utk Adam Hakimi dan membentang permaidani di ruang tamu.
Acara marhaban dimulakan pukul 11:00 pagi dgn dipimping oleh Kumpulan Suara Al-Ittifaq yg terdiri dari kaum wanita di taman perumahan kami dan juga flat PKNS di seberang jalan besar.
Selepas solat Zohor, majlis diteruskan dgn bacaan Yasin dan doa kesyukuran sempena:
1) kelahiran Muhammad Adam Hakimi
2) berpindah ke rumah baru
3) anak2 mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan iaitu
i) Muhamad Haizam 5A di dlm UPSR
ii) Nurafifah Huda 8A di dlm PMR dan
4) ulangtahun perkahwinan kami suami isteri yg ke 21.
1) kelahiran Muhammad Adam Hakimi
2) berpindah ke rumah baru
3) anak2 mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan iaitu
i) Muhamad Haizam 5A di dlm UPSR
ii) Nurafifah Huda 8A di dlm PMR dan
4) ulangtahun perkahwinan kami suami isteri yg ke 21.
Pada sebelah petang, acara lebih santai dgn kehadirin para jemputan dari kalangan rakan2 saya dan anak2. Ada yg datang dari Ipoh semata2 utk sama2 berkongsi kegembiraan kami.
Walaupun majlis sepatutnya berakhir pukul 5:55 ptg, tapi ada juga tetamu yg datang selepas waktu yg ditetapkan termasuk 3 keluarga yg datang selepas Maghrib. Takpe, layan ...
Kepada semua yg telah menjayakan majlis semalam, kami mengucapkan ribuan terima kasih (cliche betul bunyinya tapi memang ikhlas dari hati sanubari).
salam en.YB..ptt la sunyi sepi blog ini ya..meriah sekali majlis itu..dan pastinya, keletihan tapi berpuas hati kan..tahniah ye..
ReplyDeletelawa sekali khemah itu
waaa... mcm kenduri kawen plak.. hehe..
ReplyDeletenways.. slamat tahun baru!!! alhamdulillah.. rumahtangga mu masih mekar dn bahagia smpi ke hari ini.. hehe.. dpt anak2 yg bijak-pandai plak tu.. =p
e-leeyana
ReplyDeleteTerima kasih jenguk2 blog saya walaupun dah 2 hari tak update.
Alhamdulillah majlis berjalan dgn baik walaupun hujan lebat hari tu. Hari ni baru nak hilang penat - tulah sbb dah boleh ngeblog hehehe
Jard
Hey, look who's back. Selamat Tahun Baru.
Alhamdulillah semoga kami terus bahagia ke akhir hayat.
Satu majlis utk semua, hebat YB nih.
ReplyDeletejuliet,
ReplyDeleteNak jimat belanja, kami rangkumkan semuanya dalam majlis ini. Itulah sbbnya ada beberapa sesi berbeza.
Rasanya lagi best kalau ko ada sekali.
alhamdulillah... byk sungguh anugerah dari Allah utk tahun 2008... tahniah dgn kejayaan diri sendiri, anak2 dan family...
ReplyDeleteJu-Dzahir
ReplyDeleteAlhamdulillah mmg banyak anugerahNya sehingga kalau saya nak menghitung nescaya tak terhitung.
psst - saya tak dapat nak masuk ke blog Ju sejak 1-2 minggu ni. Mungkin ada masalah teknikal.
Salam YB ...
ReplyDeletemalu lak nak tinggal komen ...
Janji nak pergi , tapi .....
Kita merancang Allah tentukan.
Mohon maaf sebab tak dpt hadirkan diri pada hari tersebut.
aBear ada kerja kat Parlimen.
Urgent project pulak tu .....
Terkejut...ingtkn majlis kawen YB..
ReplyDeletebuat mjls dh dkt bukak sek. mana org smpt pi....nk tulis lesson plan...hee.heee
tk de ke bunga telur ke...gift lebih-lebih utk ckLah..
pB,
ReplyDeleteMaaf diterima. Takpe bila2 senang boleh datang sbb you dah ada alamat dan hp saya.
ckLah,
MasyaAllah. Majlis ni sepatutnya 28/12/08 tapi ramai org takde termasuk jiran2 di Jalan 3D. Jadi terpaksa dibuat Sabtu lepas. Takpelah ckLah tak dapat dtg sbb sibuk.
Door gift ada lagi sikit. Kalau ckLah dtg dlm minggu depan ni rasanya elok lagi isinya (bukan telur tau). Purple kaler lagi.
YB, meriah betul! :D
ReplyDeleteSori ler uncle. Tengah exam, baru abis 2 paper. Esok lagi 2, lusa lagi 1. Bapak tensyen. Soalan macam haram :(
Terpaksa guna KBKK : Kemahiran Berbijak Koksey-Koksey haha XD
Eh, ter'self-indulgence' pulak. Tahniah ya. Banyak betul berita gembira 2008 nampaknya ya? Sampai 5 masuk list sekali gus untuk disambut dengan penuh syukur :)
Akmal,
ReplyDeleteSelamat berjaya dlm exam. Uncle nak belajar teknik KBKK tu dari Akmal boleh?
Mungkin malam esok uncle pegi Kuantan.
KBKK tu kemahiran saya. So setakat nak kongsi dijamin takde masalah! :D
ReplyDeleteTapi nanti jangan bagi saya gelaran tukang karut ke, apa pulak. Tak glamer bebenar bunyinya hahaha.
Oh, datang kuantan ke? Berapa lama? Saya ada kat sini sampai petang khamis, insyaAllah. Pastu nak follow daulah ke KL, jalan2 rumah kawan2 kat sana. Kalau sempat, boleh kita 'lepak-lepak' ke, apa ke. Hari rabu tu saya dah habis exam dah :)
Akmal,
ReplyDeleteTukang karut glamer apa. Jgn tukang mengarut atau tukang carut sudahlah.
Uncle insyaAllah sampai Kuantan malam ni dan balik esok. Akmal tengah sibuk exam tak nak kacaulah.
Kalau dtg KL singgahlah kat rumah. Jgn lupa bawak kamera hehehe