Tuesday, December 30, 2008

Kalau Dah Begini Suratannya

Dari sejak malam semalam saya dah berpesan kpd Nurafifah, anak ke3 saya supaya cepat bersiap pagi tadi agar kita boleh keluar rumah sebelum pukul 7 pagi untuk mengelakkan jam. Malangnya, pada pukul 7 pagi tadi dia masih belum mandi!

Sementara menunggu dia bersiap saya membuang kotak2 yg tak berguna lagi utk diangkat oleh lori sampah Alam Flora. Selepas tu saya memeriksa kereta saya utk memastikan ianya di dlm keadaan baik utk perjalanan jauh yg akan kami tempoh. Usai semua ini, Afifah baru hendak siap - menguji kesabaranku. Di waktu yg sama isteriku telah siap menyediakan sarapan pagi - goreng karipap dan roti mentega bakar. Untuk mengambil hati (dan memang kami lapar) kami pun bersarapan di rumah. Pelan asal kami mahu bersarapan di R&R.

Hampir pukul 8:45 pagi baru kami berdua bertolak ke Perak. Jalan dah tak jam - mungkin ramai yg dah masuk kerja di samping mereka yg menghabiskan cuti hujung tahun. Alhamdulillah perjalanan lancar sehingga kami sampai di Bidor. Ada perangkap laju (entah di mana tempat menembaknya) tapi polis menahan mangsa2 mereka di Bidor. Banyak kereta ditahan dan disaman - masyuk kantung kerajaan. Alhamdulillah kami tak ditahan pasal tak melebihi had laju (setidak2nya kali ini).

Tak lama selepas itu hp Afifah berdering. Salah seorang kawannya yg telah sampai ke sekolah lebih awal memberitahu dia dah ambil keputusan PMR dan dapat 8A. Tak lama kemudian seorg lagi menghantar SMS pulak kali ni. Keputusan yg sama -8A. Afifah tumpang gembira dan mengucapkan tahniah kpd kawan2nya itu. Tapi jelas terbayang keresahannya. Satu lagi SMS masuk. Seorg lagi dapat 8A. Saya suruh Afifah bertanya berapa org dari sekolahnya yg dapat 8A. Salah seorg rakannya menghantar mesej mengatakan 152 dari 197 pelajar mendapat 8A. Macam tsunami! Adakah Afifah salah seorg dari 152 itu???? Saya menyarankan dia menelefon pihak sekolah tapi dia enggan - takut, bimbang, cemas, risau - argh kacau, kacau.

Kami meneruskan perjalanan dan tiba di persimpangan Kuala Kangsar lebih kurang pukul 11 pagi. Satu berita yg diterima, dua org murid mendapat hanya 3A setiap seorg. Kesian mereka. Dan salah seorg dari mereka ialah roommate Afifah. Afifah makin risau!

Akhirnya kami sampai di MRSM Gerik pada pukul 12:10 tgh. Setelah membayar yuran utk bulan Disember (semua pelajar kena bayar walaupun tak belajar bulan Dis) dan mengambil gambar hari graduasi dan sijil berhenti sekolah, kami ke bilik mengambil keputusan.
"Angka giliran kamu?" tanya kerani yg bertugas.
"Alamak, lupa!" kata Afifah sambil mengaru2 kepala yg tak gatal. Puas dia cuba mengingati kembali nombor giliran tapi otak dah jam. Kerani itu menyebut beberapa nama pelajar yg slip keputusan masih ada padanya dgn harapan Afifah dpt memberitahu samada namanya berhampiran dgn pelajar2 tersebut. Akhirnya ada nama pelajar yg angka gilirannya dekat dgn angka giliran Afifah dan slip keputusan pun bertindih.

Jeng, jeng.

Sambil tersenyum kerani itu mengucapkan tahniah kpd Afifah dan menghulurkan slip keputusan. . .

Afifah (di tengah) bersama rakan2 yg senasib dgnnya. Mereka semua dapat 8A.

Singgah di Masjid Jamik Lenggong utk solat jamak Zuhur dan Asar dan bersyukur kpd Ilahi atas kurniaNya

23 comments:

  1. Ramai betul dapat 8A ye? Sekolah elit la katakan :)
    Adik saya punya sekolah dapat 19 orang aje straight A. Tapi lebih satu A sebab ada subjek Arab Komunikasi. Yang dapat 8A, tak tau le pulak :)
    Tahniah kepada Afifah ye :D

    ReplyDelete
  2. Tahniah, like father like doter kan,hahahha. Pasni YB buleh wat kenduri kesyukuran utk Afifah sekali yer.

    ReplyDelete
  3. tahniah dik afifah, abah jangan marah-marah ya.... :), ahaks

    ReplyDelete
  4. fiuhh~ tajuknya itu ganas bangat sih pak..bikin gue kaget sekali dong..apa pun, saya tumpang gembira dengan keputusan itu..baru tadi saya kebali ke sekolah (dileter lecturer yang amatlah tegas di kelas)..ini ayatnya :

    "semua orang gembira, kagum bila diumumkan ramai dapat straight A dalam UPSR dan PMR. kenapa masa sekolah boleh? sebab cara belajar lain daripada U. kenapa keputusan di U tak sebaik masa sekolah? sebab kalau masa sekolah, lagi sebulan nak periksa, dah tak ingat dunia dah, belajar je. tapi, di U, esok nak periksa, malam ni masih boleh merayau lagi..."

    aduh...itulah hakikatnya. semoga Afifah tak begitu nanti. jangan contohi akak dan abang yang tak berapa nak betul ni ye hehe

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah....

    tahniah... :D

    kenangan yang terindah

    ReplyDelete
  6. Akmal
    Dengarnya MRSM Gerik di tempat ke2 tahun ni utk pencapaian terbaik PMR setelah 2 tahun merosot. Setahun sebelum batch budak2 ni masuk, MRSM Gerik mencatat keputusan UPSR terbaik bagi keseluruhan MRSM. Terima kasih kpd semua guru2 dan mereka yg bersusah payah membantu pelajar mendapat keputusan cemerlang.
    Adik Akmal bila ambil PMR?

    juliet
    Masa saya dulu tak ramai dapat 8A. Kalau ada beberapa kerat yg dapat 8A mmg jadi hero/heroin keluar berita. Paper cutting saya entah hilang ke mana.
    Hari Sabtu ni majlis doa selamat akan merangkumi kesyukuran di atas kejayaan Afifah. Kalau sempat datang tau!

    Mak Su
    Abah tak marahlah.Abah senyum bangga dan syukur. 2 org anak dah dpt keputusan, sekarang tinggal Atikah yg masih menunggu keputusan SPM.

    e-leeyana
    Kalau belajar kat U macam belajar kat sekolah menengah nanti semua dpt 4 flat. Jadi belajarlah last minute baru exciting sikit hehehe

    KTS
    Mmg kenangan terindah utk tahun ni bagi Afifah. Tapi perjalanan masih jauh. Kenduri semalam tidak dapat memenuhi kelaparan hari ini dan esok.

    ReplyDelete
  7. Adik saya dah ambik PMR pun, dan dapat 9A!
    Hehee~~~teringat masa skolah dulu :D

    ReplyDelete
  8. Akmal
    Adik dan abang sama terer. Sejuk perut ibu mengandung!

    ReplyDelete
  9. tahniah.. apa lagi yg membahagiakan dan membanggakan ibu bapa selain daripada kejayaan dan kebahagiaan anak2nya kan kan kan...

    tahniah utk pak yunus sekeluarga dan paling utama kepada afifah..

    ReplyDelete
  10. Tahniah ya Pah!
    Lepas ni ke MRSM mana?

    Sekolah ckLah masih 100%. 'stret' A 57 orang dari 180. Yalaaah. Sekolah harian, bukan macam MRSM. Ckgu2nya tk perlu mengadap murid yg kabur baca tulis.

    Anak2 ckLah tk mau pi MRSM. Nak berkepit dengan maknya je..ni sorang lagi, Nabila nak masuk sekolah maknya, sama umoq Hazwan.

    ReplyDelete
  11. Tiny
    terima kasih dari saya dan Afifah. Semua ibubapa mau melihat kejayaan anak2 bukan utk diri mereka tapi utk masa depan anak2 jugak.

    ReplyDelete
  12. ckLah
    Kesuwon kata Fifah. Dia mintak MRSM Jasin dan Taiping. Tak taulah dapat ke tidak. Sementara itu, 6/1/09 pelajar2 sekolah dia yg layak sambung di MRSM dikehendaki melapor diri di MRSM Gerik. Takkan nak hantar Fifah lagi = penat hari tu masa ambil result pun belum hilang.
    57 dari 180 dpt stret As dah kira hebat tu ckLah. Tahniah kpd mereka yg berjaya dan guru2 termasuk ckLah yg telah berusaha gigih utk mencapai kejayaan tersebut.

    ReplyDelete
  13. Rasanya,kepada YB ckLah belum ucapkan;


    'Eid Milladiyya ya akhi il keeram!!

    Terjemahan;
    slamet taun baru dulorku sing mulio!!

    Maaflah kalau selama ini ada tersinggung dengan gurauan2 ckLah yang ganazzzzz!!

    ReplyDelete
  14. salam YB...
    tahniah...utk anak dan mak ayah..
    sebab mendapat anak yang mampu dibimbing dan mampu menggembirakan hati kedua ibu bapanya..

    salam kenal YB, saye pun slalu gak jeling2 nick YB ni, cume blom sempat nk singgah, YB dah singgah dulu..

    Kak Melah tu akak saye...akak lain mak lain apaknye..haha

    sye anak melayu (abah), mak (jawe)...jadi orak iso la ngomong jowo byk..

    sitik2 waey isolaa...

    YB ki wong jowo yo??

    ReplyDelete
  15. salam tahun baru abang YB ittewww..

    ReplyDelete
  16. Selamat Tahun Baru kpd ckLah jugak. No hal ckLah gurau ganazzz2. Teruskan menganaz di tahun baru ni muahaha.

    Chekgu BH
    wsalam. Terima kasih atas ucapan tersebut dan kerana sudi bertandang ke blog saya yg sempoi ni. Kalau Chekgu BH separuh Jowo, saya pure Jowo. Emak bapa org Jerman, isteri org Jerman dan anak2 pun org sama. Emak dan isteri saya berkomunikasi dlm bahasa tersebut di rumah.

    Salam tahun baru utk en_me jugak. Bila2 senang singgahlah lagi.

    ReplyDelete
  17. Tahniah buat Afifah...semoga akan berjaya dan cemerlang pada SPM akan datang.

    ReplyDelete
  18. Salam kenal dan Selamat Tahun Baru... :D

    Tahniah buat Afifah... Adik saya pun lepasan PMR jugak... :D

    ReplyDelete
  19. TokMa,
    Terima kasih. Cabaran SPM mmg lebih sukar. Afifah kena berusaha lebih gigih utk mengulangi pencapaian spt apa yg dia kecapi pada PMR.

    syah shah,
    Salam kenal dan temi kasih kerana sudi memberikan pandangan.
    Macamana keputusan adik syah?

    ReplyDelete
  20. dia dapat 9A... alhamdulillah...semalam bawak dia berjalan ke times square... Hahahahah :P :P

    ReplyDelete
  21. syah shah<
    Tahniah kpd adik ko. Dia sekolah agama ke sbb ambik 9 subjek? Ko kakak yg baik kerana belanja adik yg berjaya.
    Afifah kami tak belanja dia apa2 - cuma esok buat kenduri kesyukuran buat dia dan adiknya yg dapat 5A UPSR hari tu. Jemputlah datang.

    ReplyDelete
  22. saya pembuli adek-adek yang tegar sebenarnye... Hahahahahah :P :P

    timaseh jemput datang... tapi esok kerja... T.T tiap-tiap minggu pun keje ari sabtu... T_T

    ReplyDelete
  23. syah shah,
    Tiap2 Sabtu keje cepat kayalah macam ni hehehe.
    InsyaAllah lain kali boleh jumpa wahai pembuli tegar!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails