Monday, December 22, 2008

Kami Telah Berpindah

Ini tiada kena mengena dgn perniagaan yg berpindah ke premis baru yg lebih besar dan gah. Ini ialah mengenai saya sekeluarga yg telah berpindah ke rumah yg baru (walaupun hakikatnya rumah itu telah didiami oleh beberapa keluarga sebelum ini).

Bagi rakan2 blogger yg selalu berkunjung ke blog saya mungkin tertanya2 kenapa dah beberapa hari saya tak update n3 saya. Inilah jawapannya!

Operasi perpindahan dimulakan pagi Sabtu dgn mengangkat barang2 kecil dgn berjalan kaki ke rumah baru. Gerakan besar2an hanya dilakukan pada sebelah petang dgn ketibaan kakak ipar saya dan suaminya yg membawa sebuah lori.

Lori yg digunakan utk mengangkat barang2 dlm 'Operation Moses'

Ini diikuti oleh bapa mertua dan adik ipar. Selepas Asar menyusur pula adik ipar yg seorg lagi bersama keluarganya dan akhir sekali kakak ipar yg sulung juga bersama keluarganya.

Mereka semua datang utk menolong kami berpindah terutama utk mengangkat barang2.
"Inilah untungnya emak ada ramai adik beradik." kata anak kedua saya, Atikah.Memandangkan lori tak perlu bayar ikut jumlah perjalanan (trip) dan jarak antara rumah lama dan rumah baru adalah dekat, kami telah mengangkat barang sebanyak 5 trip.

Hazwan menjadi kelindan lori. Kerusi urut Osim yg hitam tu berat bagai nak rak

Sudahlah rumah sekarang banyak pokok, ditambah pula pokok2 bunga dari rumah lama, maka jadilah rumah dalam taman dan taman dalam rumah (mcm konsep KLIA ngeh ngeh ngeh.)

Budak2 kecik ini senorok nak naik lori

Operasi mengangkat dgn lori berakhir pukul 12:30 malam. Hari Ahad kami sibuk mengemas di rumah baru. Letih oh. Telekom pulak tak pindahkan lagi talian telefon dan Streamyx ke rumah baru. Malam ni sambil nak ambil barang2 yg masih tertinggal di rumah lama sempatlah buat n3 ni keh keh keh.

12 comments:

  1. salam


    banyak nyer barang .....
    bawak semua ker ??

    tak ada yang tinggal ??

    ReplyDelete
  2. pastikan telekom pasang line telefon cepat skit, kang susah YB nak update blog,hik,hik. Patutlah 2-3 ari ni senyap je, rupanya sibuk berkemas, ada rasa sakit pinggang? Ada rasa lenguh2 badan? hahahah.

    ReplyDelete
  3. perpindahan itu amat meletihkan. tapi kira ok la, jarak perpindahan tak jauh. aku dulu dari kedah ke kl. satu trip lori 18 tayar.huhu..

    err..adakah rumah lama ko termasuk dlm rumah yg kena pindah tu ke? hehe

    ReplyDelete
  4. pindh leh jln kaki.. kira dekat la.. leh angkut brg sikit2 tp nak mengemas nk menyusun tu... ambek masa gak..

    ReplyDelete
  5. ate, tak kabor alamat rumah. kalu idak, kume pun boleh datang nolong ha!

    hehehe... ada pokok pisang tak?...

    hehehe

    ReplyDelete
  6. oh... pindah dah.... ke rumah yg lebih selesa?

    ReplyDelete
  7. pB,
    Adalah sikit barang koleksi lebih 2 dasawarsa. Tak semua yg kami dah angkut - masih ada lagi sebahagian di rumah lama. Semalampun pegi angkat sikit lepas balik kerja.

    ckLah,
    Rumah sekarang jauh sikit dari bukit tapi masih di tempat tinggi. Tempat rendah takut banjir kehkehkeh.

    julietchun,
    kalau you kenal CEO TM tu tolong habaq kat dia org2 dia kerja slow macam siput. Sampai hari ni masih tak pindahkan line tu lagi.
    Oh sakit pinggang dan lenguh2 jgn cakaplah. Sib baik ada kerusi urut tu - terpaksa ambik giliran.

    PenyuBiru,
    Kali ni aje pindah tak jauh. Sebelum ni kami pernah pindah dari Miri ke KL, KL ke JB, JB ke KL dan KL ke S'gor. Tapi dulu skyt kulit kerang yg bayar. Kali ni sendiri bayar huhuhu
    Alhamdulillah rumah kami tak terletak di International Hill.

    kulna,
    Rumah baru dgn rumah lama cuma 15m. Ya meter bukan kilometer. Kalau barang2 kecik tu campak pun sampai.

    one love,
    kamu ni teman dah pindah baru nak kabor nak nolong. Jom datang nolong kemas!
    Pokok pisang yg hari tu masih ada lagi. Tak lama lagi masak le. Jgn lupa tambangkan ya?

    mak su,
    Anak dah bertambah, kena cari rumah yg besar sikit. Jgn lupa datang house warming nanti tau.

    ReplyDelete
  8. Banyak betul barang yang dipunggah tu. Kalau time-time macam ni ada poket doraemon tu best jugak.
    Tapi sayang semua itu hanyalah komik jepun semata-mata~~~ :D
    Selamat naik rumah baru.

    ReplyDelete
  9. wahhh~ berpindah rupanya. mesti penat kan. alangkan saya yang setiap sem kena kemas bilik untuk cuti pun dah terasa penatnya. ini kan pula satu rumah nak dikemas. fuhhh~

    p/s : mesti banyak barang yang dah lama hilang jumpa balik kan hehe

    ReplyDelete
  10. Akmal,
    Mmg banyak. Malam Ahad lepas dah bagi kakak ipar satu lori barang2 yg kami rasa kami dah tak perlukan. Dalam rumah lama kalau kumpul2kan mungkin ada 2 lori lagi. Cuti weekend panjang ni dtglah rumah uncle tolong kemas hehehe.

    e-leeyana
    Penat toksah citerlah. Isteri saya sampai mcm nak demam.
    Antara barang2 lama yg mengimbau kenangan ialah cenderahati, hadiah akademik dan koko anak2 serta hadiah perkahwinan kami ngeh ngeh ngeh.

    tasik
    mana ko tahu lawa sbb ko tak tengok lagi? Rumah teres aje mcm rumah ko jugak.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails