Monday, December 1, 2008

Sambutan Anniversary

Sabtu 29 Nov 2008 genaplah 21 tahun usia perkahwinan saya dan isteri. Alhamdulillah dah 21 tahun kami berkongsi hidup. Bermacam2 pahit manis kami tempohi bersama.

Tiada sambutan hebat2 spt candle light dinner atau permainan bunga api besar2an. Tiada kata2 puitis atau madah kerana saya tak pandai bermadah mcm ckLah. Yg ada cuma sekeping kad ucapan dariku utk isteri tersayang. Macamana pun saya nak menujukan ucapan ini khas kpd isteri saya

Hidup ini adakala spt meniti batu2 licin yg memerlukan sayang mengimbangi diri. Tetapi di situlah terletaknya keindahanmu. (Kan saya dah kata saya tak pandai berpuisi)


Gambar ketika melancong ke pantai Kuala Kemaman Jun 2007

Tengahari tu kata kami order pizza utk memberi rehat kpd isteri dari memasak (itu pun utk t/hari tu aje he he he). Malam tu tiada special dinner di luar spt tahun2 sebelum ini kerana Nuratikah masih belum balik dari asrama kerana ada paper Accounting SPM. Acara itu diganti dgn membawa isteri saya shopping (aktiviti kegemaran kebanyakan wanita). Selain kami suami isteri, Nurafifah dan Haikal juga ikut. Hazwan terpaksa tunggu rumah bersama Haizam yg masih grounded kerana belum sembuh dari berkhatan, serta Adam Hakimi.

Balik dari membeli belah, Hazwan membuat satu surprise dgn menghadiahkan sebiji cheese kek yg dibeli di Secret Recipe. Apabila emaknya bertanya kenapa sanggup berbelanja besar utk kek itu, dia menjawab, "apalah ada dgn sebiji kek jika dibandingkan dgn jasa emak ayah."


Kali pertama saya menyuap isteri dan dia menyuap saya adalah 21 tahun lepas ketika majlis makan beradab

Semoga kami kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

12 comments:

  1. Alhamdulillah uncle, dah 21 tahun. Many, many, many more years to come, InsyaAllah :)
    Cheese cake secret recipe? Huiii sedap tu. Faveret hehe. Nasib baik mahal kalau tak mau hari-hari pegi makan.
    Again, happy anniversary uncle :)

    ReplyDelete
  2. Akmal,
    Alhamdulillah kami banyak2 bersyukur. Anakpun dah 6 org.
    Kalau Akmal dtg rumah boleh kami belanja cheese cake. Ada lagi sepotong dua pasal tinggalkan utk Atikah he3x.

    ReplyDelete
  3. Romantik juge YB ni yer, puisi tu mmg ciptaan sendirik ke atau ciplak kat mana?:D Mg kekal bahagia.

    ReplyDelete
  4. julietchun,
    Puisi tu ciptaan sendiri lah berdasarkan gambar tu. Saya suka gambar tu dan lebih2 lagi suka org yg dalam gambar tu :)

    ReplyDelete
  5. uuuhuhuhu. terharu puloks, moga yb berbahagia alwayz ngan isteri tercintanya ya.

    ReplyDelete
  6. Mak Su,
    Awat yg terharu tu? Oh, jiwa pompuan mudah tersentuh.

    ReplyDelete
  7. Apa babit-babitkan ckLah ni...he..he..
    Tak payah bermadah...buat je jaipok ke, Lenong ke, qasidah ke, rodat ke, wayang petrok ke..mesti kak ingat sampai bebila..


    anyway, selamat aling 'mendulang'

    ReplyDelete
  8. fuyoh ...

    suap suap lagi tu ....


    moga terus bahagia




    YB ,
    minta alamat email , boleh ker ??

    ReplyDelete
  9. ckLah,
    Isteri saya teruja baca n3 ckLah tentang yr aniversary. Yg tak tahan tu siap berpuisi di gigi pantai. Saya nak tiru tapi tak pandai. Yg lain2 yg ckLah cadangkan pun tak tahu. Yg tahu bawa pegi shopping.

    pB,
    Bila lagi nak suap2? Dpt juga mengembalikan kenangan lama - tangkap syahdu.
    email saya: yunus.badawi@gmail.com

    ReplyDelete
  10. alaaaaaa... sweetnya!!!! ya amat!!!

    SEMOGA ABG YUNUS DAN KAKAK BAHAGIA SEHINGGA SELAMA-LAMANYA :)

    ReplyDelete
  11. one love,
    Kisah kasih sayang pasangan separuh umur (mcm boleh hidup lama lagi lak).
    Segalanya adalah kurniaan dariNya juga - alhamdulillah.

    ReplyDelete
  12. amin... Insya'Allah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails