Thursday, September 11, 2008

KELAHIRAN YANG TERISTIMEWA

Tarikh: 5hb Ramadan 1429H bersamaan 5hb Sept 2008
Hari: Jumaat
Masa: 11:53 pagi
Tempat: LDR5 Gleneagles Intan Medical Centre, Jalan Ampang, KL

Setelah hampir 3 hari isteri saya mengalami 'contraction' maka pada tarikh, masa dan tempat seperti di atas, lahirlah seorang bayi lelaki seberat 2.85 kg. Dengan penuh rasa rendah diri, setinggi-tinggi syukur ku panjatkan kehadrat Illahi. Bayi comel ini merupakan anak kepada kami yang ke-6. [Bertambah lagi seorang hero dalam keluarga kami :)] Lahirnya, caught many by surprise kerana tidak ramai yang menyedari isteri mengandung.

Setelah bersidangnya Majlis Musyawarah selama beberapa hari, akhirnya kami sepakat menamakan bayi ini dengan nama Muhammad Adam Hakimi. Dia telah dilahirkan secara normal.

Walaubagaimanapun, sejam selapas bersalin, isteri telah mengalami komplikasi dan telah kehilangan terlalu banyak darah. Keadaan sangat genting! Tambahan pula, saya sedang menunaikan fardhu Jumaat pada ketika itu. Datuk Doktor Abd. Aziz Yahya dan pasukan beliau terpaksa bertungkus-lumus menjalankan pembedahan untuk menghentikan pendarahan itu demi menyelamatkan nyawa isteri. Alhamdulillah, dengan Keagungan serta Kebesaran Illahi, isteri berjaya diselamatkan. Syabas juga diucapkan kepada Datuk Doktor Abd Aziz Yahya & pasukan beliau atas ketangkasan serta kebijaksanaan mereka menangani situasi disaat yang penuh getir itu! Harapan dan juga doa saya kini agar isteri tersayang akan cepat kembali sembuh sepenuhnya lanjutan daripada kesan pembedahan yang dilaluinya.

Sesungguhnya, kelahiran Muhammad Adam Hakimi merupakan satu kelahiran yang teristimewa.



3 comments:

  1. Salam Yunus,
    Alhamdulillah, semoga isteri dan anakanda dalam sihat didoakan. Tahniah sekarang kita dah 6 sama.

    ReplyDelete
  2. Wsalam Zabs,

    Terima kasih atas iringin doa dari Zabs. Lebih-lebih di bulan Ramadan yang penuh mubarak ini.

    Hehe. Serilah kita sekarang. Nampaknya saya pun akan jadi seperti Zabs, pesara yang masih bekerja untuk kesihatan fizikal dan mental. ;)

    ReplyDelete
  3. uiksss adam baru lahir...
    masih merah dia...
    dia lahir bulan puasa pastu terus jer
    sambut raya... bertuah dia heheee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails