Thursday, January 1, 2009

Namun Ku Punya Hati

Tanggal 31 Dis 2008, syarikat tempatku bekerja telah mengadakan satu majlis utk meraikan kanak2 yg kurang bernasib baik di samping majlis makan tengahari utk semua kakitangan syarikat. Majlis yg diadakan di sebuah hotel terkenal di Subang Jaya itu telah dihadiri oleh hampir 600 kanak2 cacat, istimewa dan sindrom down.

Hati saya tersentuh apabila saya bersama seorg rakan sekerja membawa berjalan2 seorg kanak2 berumur 10 tahun bernama Ikmal yg mengidap polio dan serangan saraf. Dia tidak mampu berdiri sendiri apatah lagi berjalan2 spt kanak2 lain yg normal. Dia sgt gembira apabila kami membawanya ke sekitar kawasan lobi termasuk bilik air!Melihat keadaan Ikmal membuatkan saya bersyukur kerana saya dan anak2 dilahirkan dalam keadaan normal. Bagaimana bisa saya ada kalanya menegur anak saya yg gagal mendapat pingat pada acara sukan di sekolah mereka. Walaupun mereka tidak berjaya di dalam acara yg mereka sertai, tetapi mereka masih boleh berlari tidak spt Ikmal. Bersyukurlah YB! Ya Allah ampunkan aku di atas keterlanjuranku.

Ini dia Ikmal. Duduk kat kerusi pun kena ikat di pinggang. Kalau tak dia akan jatuh.

Kanak2 yg hadir semalam datang dari 5 buah persatuan sekitar Selangor, KL dan Ipoh. Mereka telah menunjukkan bakat dgn mengadakan persembahan kpd hadirin.

Tarian Ketipang Payung oleh kanak2 istimewa dari Hulu Langat

Walaupun suara mereka mungkin tak semerdu Jac Victor di dalam mendendangkan lagu Wajah (Bersamamu) tapi ianya lahir dari lubuk hati yg suci kanak2 cacat, miskin dan yatim dari Ipoh ini

Kanak2 Sindrom Down mempersembahkan tarian Hijau dgn iringan lagu Hijau oleh Zainal Abidin

Selain dijamu dgn hidangan tengahari, setiap kanak2 diberikan sebuah beg sekolah. Di samping itu persatuan juga menerima bantuan kewangan dan hamper. Mungkin pemberian itu tidak seberapa harganya tapi cukup utk membuat kanak2 ini berasa mereka tetap dikasihi oleh orang2 yg lebih bernasib baik dari mereka.

Saya masih teringat perkataan pertama yg keluar dari mulut Haikal tatkala kali pertama melihat adik kecilnya di hospital, "Alhamdulillah adik kita sempurna sifatnya." Saya dan isteri terkesima mendengar perkataan yg keluar dari kanak2 7 tahun. Betapa dia pandai mensyukuri pemberian yg Maha Kuasa.

Semoga kita semua menjadi hamba2Nya yg sentiasa bersyukur.

22 comments:

  1. It is always a humbling experience to be with those who are unfortunate. Kadang-kadang, rasa malu dengan diri sendiri sebab dah ada banyak nikmat yang ramai orang lain tak ada, tapi masih tak reti-reti nak bersyukur.

    ReplyDelete
  2. sy dlu pnh ikt pgrm mcm tu gak. tak tahan sungguh. tak boleh nk join sbb ask meleleh je air mata sy. tak tahu la. rasa kesian sgt2. kalau la blh bertukar tmpt, sekurang2 nya bg mrk peluang menjalani kehidupan sebagai seorang normal, alangkah bermaknanya..

    ReplyDelete
  3. ckLah baru bertemu Pn Hjh Noralina Alawi (PERNIM) dan 'anak-anak'nya.....anak-anak yatim/ tersisih yang rata-ratanya sedang menderita kerana virus HIV sedikit demi sedikit menggeroti segenap tubuh mereka...ckLah akan publish n3 tentang itu pada Hari Aids sedunia nanti....sekarang sedang menulis cerpen tentang itu untuk sebuah najalah...

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Selalunya bila time jumpa tuh memang rasa insaf betul... Baru nak terasa betapa kita ini beruntung sebab tiada cacat anggota mahupun pancaindera... Tapi lepas tuh, masih dengan perangai lama... Ade saje rungutannya...

    Isk isk isk isk... Saya rasa insaf betul sekarang laa... Tapi tatau insaf itu bertahan sampai bila... Betullaa... manusia memang mudah lupa...

    Err... ade kuar topik tak? Maaf, saya memang suka SPAM... :P :P Tak caya tanya sama KTS... Kih kih kih kih

    ReplyDelete
  5. sy mmpunyai seorng adik down sindrom tp telah kembali ke rahmatllah. Nafas terakhir dia dpangkuan sy pd 14 Feb.
    Tuhan sayangkn dia!

    ReplyDelete
  6. Benar kata Akmal. Uncle malu dgn Allah!

    e-leeyana,
    Saya tersentuh dan menitiskan airmata ketika kanak2 dari Ipoh tu menyanyi. Walaupun hidup mereka serba kekurangan tapi mereka masih mampu berjuang menghadapi segala cabaran.

    Saya tunggu n3 dan cerpen ckLah tu. Harap beri tau bila dah publish dan kat majalah mana.

    Wsalam syah shah.
    Mmg tabiat manusia mudah lupa. Oleh itu kenalah kita ingat mengingati spt yg disarankan dlm surah Demi Masa.
    Nnt saya tanya KTS kalau syah suka spam ke tidak.

    ReplyDelete
  7. Takziah saya ucapkan kpd kulna. Sesungguhnya Tuhan mmg sayangkan dia. Bagi mereka tidak ada hisab di sana dan terus ke syurga. Nasib kita belum tentu - bergantung kpd amal.

    ReplyDelete
  8. semoga aktiviti camni bykle lg company yg besar2 turut mengadakannya...

    sesaje nak tanye. tuan ada kenemengene dgn PM kita?

    ReplyDelete
  9. hahahah.. salam kenal jua... manada sy kompius, sy baik2 saja.... heheheh...

    ingat lagi last year pegi beli baju untuk anak2 yatim.. mula2 rasa sgt beruntungnya kita, tp bila dh lama2 sembang.. hoh.. dorg lagi best, baju rasa berpasang2, siap set dgn kasut dan tudung.. tiap2 hari berbuka kat hotel.. hehehehehhehehe...

    ye.. ye.. sekadar selingan ye... kanak2 istimewa nih py tmpt tertentu.. sy ada 2 cousins dr OKU, kalau parents dorg marah, abah slalu ckp "jgn marah, dia tuh dah tentu ahli syurga... ko belum tentu lagi" hehehehehehhe

    sekian ucapan ringkas sy...

    ReplyDelete
  10. En Yunus, hati tokma sentiasa tersentuh setiap kali terpandangkan orang2 yang kurang bernasib baik ini. Tokma rasa sayu yang amat...kalau boleh tokma nak kongsi apa yang tokma ada sekarang nih. Lihat dimata kasar kita, org2 segini nih sememangnya kekurangan, namun hati mereka bersih, sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah. Tokma selalu doakan untuk mereka agar dihindari dari segala mala petaka.

    ReplyDelete
  11. Tangan yg memberi lebih baik dari yang menerima kan.

    ReplyDelete
  12. bagus ada xtvt begini sekali-sekala di kalangan korporat

    ReplyDelete
  13. nahmy
    Syarikat tempat saya kerja takle besar sgt tapi mmg boss rajin buat kerja amal. Bulan puasa hari tu dia bagi anak2 yatim dan org miskin seramai 400 org seorg RM300.
    Pak Lah dan saya adik beradik sepusat sepusing. Lepas bulan Mac ni saya rasa nak jadi adik Najib lah pulak kahkahkah

    theconfused
    Welcome to my blog. Maaf nampaknya saya yg confuse.
    TQ di atas ucapan yg bernas tu. Lain kali kalau ada majlis boleh tak saya panggil cik theconfused jadi MC nya?

    Betul kata TokMa.

    juliet
    tapi ada org yg tiba2 mcm diserang penyakit Parkinson bila nak menderma hehehe

    Mak Su,
    Korporat tak boleh fikirkan keuntungan wang ringgit saja. Hidup kita lebih dari hanya utk mencari pulus.

    ReplyDelete
  14. tempat mereka di syurga barangkali. kita? ntah lah.



    .

    ReplyDelete
  15. tasik,
    InsyaAllah di syurga bagi yg beriman. Kita kena berusaha kalau nak masuk syurga.

    ReplyDelete
  16. Errr..dalam majalah SEKOLAH!!!
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    LARIIIKKK!!!

    ReplyDelete
  17. ckLah,
    takkanlah tulisan hebat oleh penulis glamer keluar kat majalah sekolah aje. Buang karan aje!
    Ingat kat Nona ke atau paling tidak Midi ke.

    ReplyDelete
  18. ooooohhhh...

    tarik nafas! sedihnya!

    abg yunus, selalu2lah buat begini...

    best sangat tengok...

    hmmmm

    ReplyDelete
  19. bersyukur kiter dilahirkan sempurna fizikal...

    semoga ibubapa kepada mereka yg istimewa ini terus tabah, menggalas kasih sayang ibarat menatang minyak yg penuh...

    ReplyDelete
  20. one love,
    Mungkin saya belum mampu utk buat begini selalu. Biar berkala asalkan impaknya ketara.

    Chekgu BH,
    Setiap anggota kita memang tak ternilai harganya.
    Ada ibu yg berhenti kerja demi menjaga anak mereka yg istimewa.

    ReplyDelete
  21. jika kita dikelilingi dgn org2 yg "kurang upaya", "kurang bernasib baik", kita akan sentiasa menjadi hamba yg pandai bersyukur...

    :) namun kupunya hati...

    p/s: pn syah mmg SPAMMER yg berjaya

    ReplyDelete
  22. KTS,
    Bagi yg lembut hati, mereka lebih mudah jadi hamba yg bersyukur. Bagi yg keras hati, benda ini lebih payah.
    Thanks beritau Pn Syah tu spammer. Sib dia tak spam blog saya. Mungkin sbb saya berhati mulia hehehe.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails