Thursday, October 3, 2013

Homestay Di Kundasang, Sabah

Di antara entri aku yang paling banyak dirujuk oleh pembaca ialah entri bertajuk: "May Homestay - Tempat Tinggal Best Di Kundasang"

Entri itu berkenaan lawatan kami sekeluarga ke Kundasang pada awal Sept tahun lepas sempena menghantar Afifah mendaftar di UMS.

Setakat ini lebih daripada 60 komen telah aku terima. Sebahagiannya ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan homestay ini dan aktiviti2 yang boleh dilakukan di sana serta tempat2 menarik untuk dilawati. Ada juga yang memberi feedback setelah mereka tinggal di homestay tersebut.

Pagi tadi aku tengok ada satu komen daripada Anon. Ini komennya:


Saya telah menginap di homestay tersebut pada 19 hingga 21 Sept 2013....sangat2 berpuas hati dengan penginapan n kelengkapan yang disediakan...cukup selesa n mcam duduk rumah sendiri...tambah2 ibu saya...sangat seronok dapat masak mcm dirumah...cuaca cukup kuat berangin...mmg syok habis..hepi n njoy...kami sempat jumpe Pn Emelda masa mula2 datang je...tapi beliau sangat peramah n mesra...orngnye pun cantik hehehe..terima kasih En Yunus kerana memberi cadangan tempat yang bagus...:-)

Sebelum ini pun ada komen yang melahirkan rasa gembira dapat tinggal di May Homestay ini hasil daripada membaca entri di blog aku. Ini antara contohnya:

Salam kpd semua.

FYI, sy baru balik dr cuti2 di KK harini dan telah bermalam selama 2 mlm di homestay yg sama. Sy dpt maklumat melalui blog saudara lebih kurang 3 bulan lps dan terus place booking masa tu. So nak ucapkan terima kasih pd blogpost saudara yg informative ni hehe.

Sy nak ambil kesempatan ini utk review sikit jgk la pasal stay saya n family di sana. Kampung Mesilou lebih kurang 15 min dr pekan Kundasang, sama jln dgn ladang lembu Desa Dairy Farm. Tmpt ni mmg sejuk especially waktu malam. Mesti nak bawa baju tebal n kalau yg x tahan tu silap2 tido kena pakai stokin n glove. Dalam rumah tu ada di-supply bbrp pasang selipar untuk kegunaan indoor supaya x sejuk sgt bila pijak lantai. Pagi pulak kadang2 rasa mcm xnk mandi walaupun ada water heater hehe. Tp digalakkan bawak towel yg tebal sbb masa kami kt sana towel yg di-supply tu agak nipis n kecil. Masa trip kami ni waktu petang n malam kerap hujan so lagilah berganda sejuk.

Kampung ni under projek "Kampung Tanpa Wayar 1 Malaysia" so area tu ada wifi. Nak register wifi tu kena pergi pusat internet kat entrance kampung tu. Kena byr RM5 tp bole pakai kt semua lokasi "Kampung Tanpa Wayar 1 Malaysia" seluruh negara (so far sy just jumpa di Sabah). Dr homestay ni signal agak weak tp kalau duduk luar rumah ok la sikit. Bolehla kalau nk email or whatsapp, jangan youtube/FB sudah.

Alat2 asas dlm rumah mmg cukup. Contohnya kalau nak masak, kuali, rice-cooker, pinggan mangkuk mcm2 saiz semua ada. Bahan2 asas utk masak pun ada mcm beras, garam, kunyit, bawang dan minyak. Tp baik confirmkn dgn Emelda/May la sbb maybe ni bahan yg guest sebelumnya beli dan pakai tak habis so mereka just tinggalkan utk future guests. Macam kami beli sos BBQ dan sos cili tp tak habis so kami tinggalkan je.

Bercakap pasal BBQ, mmg tak sah la kalau tak buat sbb arang dan grill dah ready. Just beli bahan mentah siap2 di KK mcm kat Giant. Kalau nak beli kt Kundasang/Ranau pn boleh jgk tp pilihan terhad lah sikit unless u all nak beli sayur. Dua mlm berturut2 kami buat BBQ walaupun hujan. Bkn dlm hujan la, ada teduh hehe.

Ada juga yang tak sabar-sabar untuk bercuti ke sana seperti Masruzie ini:
Salam Encik YB...thanks a lot for the full info...sy akan bercuti di Kundasang pada 12 hb Dec ni & dah contact Emelda untuk stay di Homestay...tak sabar nak ke sana :-)



Emak Adam dan kekasih hatinya bergambar di depan May Homestay dengan berlatar belakangkan puncak Gunung Kinabalu

Sejujurnya komen-komen seperti ini membuat aku bersemangat untuk terus menulis di blog ini w/pun ada ketikanya aku dihimpit dgn kesibukan urusan lain.

31 comments:

  1. Kundasang is listed on my journey 2014.. 2013 occupied with other commitments..

    p/s : tu la gatal lg nak sekolah, makanya tanggung sendiri.. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah booking awal2 May Homestay ni once tiket kapalterbang ke KK dah konfom. Lambat booking takut tak dapat.

      Memang gatal. Macam tak cukup sibuk dgn aktiviti yg ada sekarang ..... hehehe

      Delete
  2. Kekasih hati emak adam yang ni nampak macam hensem sikit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di dalam kedinginan cuaca pergunungan dia memang jadi hensem ..... hahaha

      Delete
    2. En. YB tak jeles ke emak Adam dengan kekasih hati nya?

      Delete
    3. Kekasih hati dia tu nak kena ketuk agaknya sebab berani peluk2 isteri orang .... hehehe

      Delete
    4. Nantilah bila saya jumpa mamat tu ..... wakaka

      Delete
  3. mmg sejuk masa kami pergi haritu.
    Tapi ada sorang kawan kita mandi x guna heater tau YB.... haaaaa terer x dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan kita yg mana tu?

      Dia tu mandi wajib ke? ..... hehehe

      Delete
    2. dia redha mandi time xde letrik... elok je dia siap mandi, ada letrik semula...hehehe

      Delete
    3. itulah tak sabar2. Kalau saya, sanggup saya tak mandi daripada mandi air gunung tu ..... huhuhu

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    Kemain lagi mak adam...mentang2 la bergamborr dgn kekasih hati hu hu hu tapj kekasih mak adam tu mcm terlebih hepi pulakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss,

      mahu dia tak hepi. Dalam kedinginan cuaca gunung dapat merasa kehangatan pelukan ..... wakaka

      Anyss kalau nak ke sana pastikan ada pasangan biar tak kesejukan sendirian ...... hu hu hu

      Delete
  5. bolehlah dapat komisyen dari homestay tu .. sekurang2nya dapat duduk percuma untuk kawan2 macam abang ini ..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada beritahu Emelda sebelum saya balik tempoh hari saya akan cuba promosi homestaynya. Sejak itu, dia kata kadar penginapan sangatlah baik.

      Dia dah beberapa kali menghubungi saya untuk mengucapkan terima kasih. Baru-baru ini dia ada menghantar teh dan kopi Sabah kpd kami sebagai menghargai usaha kami.

      Oh ya. Jika abg ke sana, sebutlah nama saya. Insya Allah akan diberi diskaun oleh Emelda. Ini khas untuk kawan2 saya termasuk pembaca blog ini w/pun saya tak kenal mereka.

      Delete
  6. oh ya .. lupa nak cakap .. entri abang semalam, ada tersebut nama awak .. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih menyebut nama saya dan juga meletakkan gambar saya bersama abang yg ensem tu. ......

      Delete
  7. Replies
    1. Haruslah tu kalau dia baca entri ni ..... hehehe

      Delete
  8. eh..ensem jugak ye kekasih mak adam......larikkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik ensem. Kalau tak, tak sepadan dgn emak adam yg cantik tu .....


      hahaha

      Delete
  9. Salam Wak Yunus, insha Allah kami sekeluarga pun akan stay di Homestay May ni early Dec..dah book lps baca blog Wak pasal KK..skang ni tgh carik penginapan di KK (any recommendation?) & kereta sewa.

    Yanti Roslan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Yanti.

      Slmt bercuti ke KK dan Kundasang. Berapa malam tinggal kat sana tu nanti? Kalau dapat dua malam kat Kundasang tu best. Banyak tempat menarik sekitar kawasan tu yg boleh dilawati.

      Kat KK dulu kami tinggal di apartment di 1Borneo. Shopping complex kat bawah apt tu aje dan nak ke UMS pun sangat dekat.

      Kalau nak sewa kereta boleh hubungi Kinabalu RAC. Itu antara sykt sewa kereta yg terbesar di KK. Kalau nak sewa dari individu pun boleh tapi taklah professional sangat urusan sewa kereta tu. Kalau apa2 terjadi mungkin susah sikit.

      Delete
    2. Nanti sampai KK contact lah Fifa. Boleh tolong mana-mana yang boleh. Pasal jalan, tempat makan semua insyaallah tahu dah. Oh ya kalau nak kereta sewa yang murah pon boleh lah cari saya :)

      Delete
  10. Replies
    1. Gambar ini diambil sebelum pukul 6:30 pagi. Mungkin suhu yg rendah membuatkan gunung tu kelihatan biru. Mungkin juga sebab guna kamera hp aje ...... hehehe

      Delete
  11. tahun 2012 adalah tahun saya melawat Sabah selalu..
    yes, terimbau kenangan yang tengah cuba nak hapuskan dari memori neh..
    biarlah kenangan itu berlalu namun Sabah tetap dihatiku..
    ada masa harus nak pegi sana lagi..
    cipta kenangan baru :p

    adeshh~ Sabah mmg best... *terkenang*

    ReplyDelete
  12. Assalam. terkesan bc blog en yunus. sy nak tanya perjalanan dr kundasang dgn ranau dekat ke. kalu sy bermalam 2 hr di may homestay ok ke tanpa perlu bermalam di ranau. sebab kami ingin melawat sabah teh sekali di ranaukn..en yunus bule bg idea tak..awal feb ni kami akan bercuti di sabah..terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Salam En. Yunus,
    Jarak dr airport ke May Homestay tu brapa km? Nnt senang skit nk plan.

    ReplyDelete
  14. Salam en yunus..saya hendak ke kundasang this nov..boleh x dpt discount dgn cik emelda tu..sy belum contact beliau lg...harap en yunus dpt membantu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails