Sunday, October 6, 2013

Ramai Orang Puji Emak Adam Pandai Memasak Tapi Anak Dia Apa Kurangnya ....

Tajuk panjang gila tapi sebenarnya nak cerita tentang Pertandingan Cabaran Dapur Cilik Halfest yang diadakan sempena Ekspo Halal Terbesar di Malaysia yang berlangsung di The Mines, Seri Kembangan. 

Pertandingan memasak ini melibatkan penyertaan dari kalangan kanak-kanak berumur 9-12 tahun sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang bagi mencari chef muda yang berbakat besar. Setiap pasukan yang terdiri dari dua orang murid dan seorang guru akan diberi menu untuk disediakan.


Peserta hanya dibenarkan menggunakan bahan serta produk yang disahkan Halal sepanjang pertandingan ini dan akan diadili oleh panel juri seperti Jaafar Onn dan rakan strategik HALFEST. 

Anak aku Haikal mengambil bahagian di dalam pertandingan ini bagi mewakili sekolahnya. Kesemuanya ada 24 pasukan yang bersaingan sejak hari Rabu lepas. Disebabkan ada 24 kumpulan, 12 pasukan bersaing pada hari Rabu dan 12 lagi termasuk Haikal pada hari Khamis. Tema masukan untuk pusingan saringan adalah nasi goreng ayam nenas. Ala-ala masakan Thai gitu.


Khamis tu dia balik bawa hamper Adabi ni berserta topi chef dan apron. Dia dan kawannya berjaya memasuki pusingan suku akhir.

Pada Jumaat sekali lagi kumpulan Haikal dan kawannya berjaya melangkah ke suku akhir di mana 12 pasukan terbaik akan berentap. Tema masakan pada hari tersebut ialah spaghetti bolognes dan cucur. Ini dah Italian pulak.

Pada pagi Sabtu aku menghantarnya ke sekolah sebelum gurunya membawa dia dan kawannya ke The Mines untuk pertandingan separuh akhir. Dengan masakan sambal ayam serai, lempeng jagung dan chicken omelette kumpulan Haikal muncul kumpulan terbaik dan berjaya melangkah ke pusingan akhir dgn bergaya.

Pagi tadi aku sekali lagi menghantar Haikal ke sekolah sebelum gurunya membawa dia dan rakannya ke The Mines. Aku, emak Adam dan Adam telah singgah di tapak Ekspo pagi tadi w/pun kami ada dua jemputan kahwin. Semasa kami sampai, pertandingan sedang berjalan. Ini gambar yang sempat aku rakamkan.


Haikal (kanan) bersama rakannya berbincang sesuatu sambil tangan Haikal mengacau masakan


Tiga kumpulan yg berentap di pusingan akhir terdiri dari wakil dari Sekolah Setiawangsa (belakang kanan),  Sek La Salle Sentul (depan) dan Sek TTDI (belakang kiri)


Hidangan hari ini: ayam masam manis, sayur campur dan bubur jagung. Bersedia untuk para juri merasa dan memberi markah


Menunggu dengan debaran sambil ditemani oleh guru mereka. Pada masa ini pemenang ketiga telah diumumkan. Jadi, samada dapat menjadi juara atau naib johan. Adam sibuk dengan belon hijau dia 


Penantian satu penyeksaan. Cepatlah Uncle Jaafar Onn umumkan keputusan tu. Mungkin itulah yang cuba dikatakan oleh 4 orang murid dan 2 orang guru mereka ini. Semuanya peserta lelaki. 
Pasukan perempuan sekadar mendapat tempat ketiga


Tuah nampaknya memihak kepada pasukan dari Sekolah La Salle Sentul (2). Haikal dan rakannya menjadi naib juara.

Hadiah bagi tempat kedua adalah:


  1. 1x Percutian 3 Hari/2 Malam di Hotel Palace of Golden Horses
  2. 1x Hamper
  3. 1x Barangan elektrik
  4. 1x Goodie Bag
  5. 1x Wang Tunai RM1,000

Haikal dan rakannya mendapat RM300/orang manakala cikgu mendapat RM200. Sekolah juga mendapat RM200. Barangan elektrik dari Akojaya adalah untuk sekolah. Aku tolong angkat ke kereta pun terasa beratnya. Tak pasal-pasal pihak sekolah yang dapat barangan tersebut.

Apapun tahniah kepada Haikal kerana berjaya menjadi naib juara pertandingan ini. Kalau emak sibuk dengan kerja rumah lain bolehlah Haikal pula yang memasak di dapur selepas ini .....

47 comments:

  1. Tajuknya mmg begitu ke?
    Bkn 'Ramai Orang Puji Emak Adam Pandai MASAK Tapi Anak Dia Apa Kurangnya...

    Congrats Haikal ! Kuah tumpah ke nasi tak la rugi, kuah sedap pula tu.. So, ok la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak silaplah tajuk tu. Inilah bila buat entri nak cepat sebab nak hantar budak dua org tu pergi gunting rambut.

      Dah betulkan tajuk tu. Thanks.

      Kuah ni tumpah ke roti canai ..... ngeeee

      Delete
  2. Tahniah haikal ada bakat memasak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.

      Dari kecik dia memang minat memasak.

      Delete
  3. IM juga dulu juga mengharapkan Along menjadi cef kerana dia mewarisi kepandaian ibu_suri dalam memasak. Sayangnya dia tak mahu mendapat anugerah songkok tinggi tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Along tak nak anugerah songkok tinggi tu takpe asalkan dia rajin memasak di rumah jika diperlukan.

      Delete
  4. tahniah Haikal... boleh kalahkan emak Adam suatu hari nanti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.

      Susah nak kalahkan emak dia sebab emak dia memang terer bab masak ni. Itu utk sayalah ..... hehehe

      Delete
  5. tahniah haikal...bapaknya pulak mcm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.

      Dah emak dan anak-anak pandai masak, bapaknya tukang makan sajalah ..... hehehe

      Delete
  6. Antara Haiqal & kakak kakaknya, siapa yg lebih terror masak? :P

    Memang Haiqal selalu masuk dapur ke YB?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak Haikal yg ambik ACCA tu pandai masak kuih muih terutama pastri. Hari tu siap ambil tempahan tapi sekarang dia sibuk dgn pelajaran dan perniagaan kain kapasnya.

      Haikal lebih suka masak utk lunch atau dinner terutama utk dirinya sendiri .... hehehe

      Delete
    2. Wow ! Saya sendiri pun tak tau masak! hahaha

      Delete
    3. DZ tak tau masak takpe sebab MommyZZ pandai masak. Boleh buka bakery lagi tu ...

      Delete
  7. Wahh...tahniah! Tahniah! ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan....
    Nak booking lah YB buat calon menantu! hehe...

    Nurazzah8
    http://www.nurazzah8.blogspot.com

    p/s: sorry terkomen guna akaun Button Planet pulak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! Terima kasih!

      Sebenarnya pakcik Haikal iaitu adik emak Adam kerja sebagai chef di hotel. Keluarga emak Adam ni ramai yg suka masak. Mungkin sebab itu anak2 kami ada yg suka memasak termasuk anak sulung kami.

      Wah dan dan nak booking buat menantu. UPSR pun tak keluar resultnya lagi ..... hehehe


      Takpe guna akaun mana satu pun asalkan sudi meninggalkan komen.

      Delete
  8. Aas salam YB,

    Wahhhhh...! Bravo Haikal! Tahniah juga pd YB yg mempunyai anak & ibu masterchef :))

    Skrg ni mmg chef2 terkemuka semua lelaki, mungkin kerana lelaki kurang beremosi ketika memasak jd masakan mereka 'maintain' sodap! Tumb up! b

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Marya.

      Terima kasih kerana sudi mengikuti perkembangan pertandingan ini dari semalam lagi.

      Cabaran org yg mempunyai isteri dan anak pandai masak ini ialah susah nak diet. Tengoklah saya ni ..... huhuhu

      Eh perempuan beremosi ke ketika memasak? Tapi kalau baik emosinya tentu lebih sedap daripada masakan lelaki yg dikatakan kurang beremosi ketika memasak tu.

      Delete
  9. Saya nak booking buat menantu boleh tak? boleh tak? Jawab laaaa boleh taaaakkkk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, ambil nombor la dulu. lepas tu beratur.

      Delete
    2. azieazah,

      Dr Nurazzah dah booking dulu.

      Ini booking utk anak azie yang mana satu?
      ngeeeee

      Delete
    3. Betul kata t.a.t.a tu. Kenalah ambik nombor. Takkan nak guna kabel juga utk jadi calon besan? .....


      hehehe

      Delete
  10. woww...mesti haikal selalu sibuk kat dapur bila mak dia masak...seronok ada anak lelaki pandai masak:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya Haikal tak sibuk bila emaknya memasak sebab dia sekolah. Yang selalu menolong emaknya adalah ayahnya ni ...... ngeeeee

      Delete
  11. hebat! segan kalau masakan saya pun tak sesedap Haikal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaa merendah diri pulak meza ni. Haikal tu baru nak belajar memasak. Banyak lagi yg perlu dipelajari ....

      Delete
  12. Macam mana nak buat lempeng jagung? selalu buat cucur jagung aje. sama ke cara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kena tanya Haikal sebab saya pun tak tahu ..... huhuhu

      Delete
    2. t.a.t.a senang je nk buatnya.Buat mcm nk buat lempeng biasa cuma tambah jagung krim waktu lepas siap adunan.Nak lagi best kuali tu panaskan dgn butter.

      Delete
    3. jagung cream? buat sendiri atau kedai mari?

      kuali non-sticky atau kuali biasa?

      Delete
    4. Haikal,

      Kalau dah senang membuatnya, lain kali buatlah utk sarapan kat rumah ni. Jangan masa pertandingan saja, masak macam2 .... hehehe

      Delete
    5. t.a.t.a Saya guna jagung ala krim Adabi.Mestilah buat sendiri,baru terasa sedapnya.Kuali gunalah non-stick supaya senang nak balik-balikkan dia.

      Delete
  13. Lepas ini sesekali mak adam boleh le pencen memasak...:)

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. Thanks.

      Saya pun tak sangka dia berani masuk pertandingan tu. Bukan senang nak masak depan orang ramai dan juri professional.

      Delete
  15. tahniah. psttttttt.... ajar kak juliet masak boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juliet nanti emak Adam yang ajar kan.

      kan YB kan?

      Delete
    2. Terima kasih.

      Kalau kak juliet nak belajar masak kenalah datang rumah Haikal. Jangan lupa bawa bahan2 yg nak dimasak tu dan juga pengeras utk Haikal ..... hehehe

      Delete
    3. t.a.t.a,

      Kalau Kelas Masak 101 Haikal pun boleh ajar. Kalau level yg tinggi tu barulah emak Adam turun padang .....

      ngeeeee

      Delete
  16. Replies
    1. Tinggi sangat memuji tu. Kalau Haikal baca mesti dia kembang ..... hahaha

      Delete
  17. Yunus Badawi apanya yg kembang tu??!!

    ReplyDelete
  18. hahahaha.. lawak baca komen Haikal Yunus dan Yunus Badawi.. adeshh..

    btw, congrats adik Haikal.
    kakak dulu masa sekolah asyik masuk sukan je..
    tak pernah lah masuk pertandingan memasak neh..
    sekarang barulah kakak nak rajin masuk dapur belajar memasak..
    pasneh boleh la kita tukar2 resepi ye adik Haikal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. *SiRibenMerah Boleh tak ada masalah.Boleh belajar resepi baru daripada akak:-)

      Delete
    2. Tak nak ke tukar2 resepi dgn ayah Haikal? ..... hikksss

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails