Semalam salah seorang kawan aku yg kerja pramugara sms mengajak aku sarapan ubikayu rebus. Dah gian nak makan makanan tempatanlah tu sebab dia baru balik dari Tokyo dan LA.
Belum sempat aku balas, dia call kata dah nak sampai ke restoran menjual ubikayu rebus. Aku pun beritahu emak Adam aku nak keluar jumpa kawan kejap. Bila aku sampai, pramugara ini sedang sedap makan nasi dagang bersama dua orang rakannya yg juga rakan/jiran aku.
Pramugara ensem yg berbaju hitam dan rakan kami. Pulut durian dan kopi O tu aku punya
Lawak 1
Penumpang: Can I have a model?
Pramugara: You are talking to one. (maknanya dialah modelnya tu!)
Penumpang: (terpinga-pinga) no, no I mean a model airplane ....
Lawak 2
Naik kapalterbang berjam-jam biasanya penumpang akan baca semua suratkhabar yang ada. Habis satu pindah kepada yang satu lagi.
Penumpang: Can I have a Star, please
Pramugara: I am a star. You can have me if you want!
Kami sarapan di sebuah restoran betul-betul di bawah Puncak Setiawangsa yang runtuh tak lama dulu. Alhamdulillah cuaca bagus semalam. Kalau masa hujan dan masih nak makan di situ, aku sarankan selain dari membaca Bismillah dan doa makan eloklah mengucap dua kalimah syahadah juga. Takut-takut lereng bukit tu runtuh seperti hari tu
Pemandangan tebing yg runtuh itu dari deretan kedai di mana restoran ubi kayu ini terletak
Hanya mereka yang berani atau yang terlampau saja yg sanggup makan di sini .......
ubikayu rebus punya pasal.. runtuh pun runtuh lah.. ha ha
ReplyDeleteDoa doalah jangan sampai runtuh tertimbus. Kalau tidak, kami pula yg jadi macam ubi dalam tanah ...... huhu
Deleteassalamualaikum,
ReplyDeletemcm best je restoran tu...
cerita retis kat n3 pun dok kat area kawasan nih
waalaikum salam Ati
DeleteMacam2 ada di restoran tu. Kalau ada masa bolehlah mencuba. Tapi jangan pandang ke tebing tu semasa makan. Takut hilang selera .... ngeeee
Kat kawasan sini memang ramai retis tinggal. Mahkamah Gombak Timur di AU2 tu naik femes sebab membicarakan kes2 retis
Assalamualaikum,
ReplyDeleteNakkkk ubi kayu rebussss!
Waalaikum salam anyss
Deletedatanglah ke sini. Nanti boleh kita pergi sarapan ke sana
Sedapnya kalau dapat makan ubi kayu rebus cecah kelapa parut + gula. :)
ReplyDeleteBolehlah datang ke restoran ini kalau nak rasa ubirebus cecah kelapa parut + gula. Ubinya lembut ...
Deletenk ubi kayu rebus dgn sambal ikan bilis....
ReplyDeleteEmak Adam biasa buat mcm tu. Datanglah sini tas
DeleteLain kali ajak kami sekali makan ubi kayu rebus ty YB.
ReplyDeleteSaya takde no hp aina. Kalau tak boleh saya roger2 semalam ...
DeleteOh ya. Pramugara tu yg belanja semalam ...... hehehe
ooo kiranya pramugara tu fikir jalan bengkok la ye? orang tanya lurus, dia fikir double meaning.
ReplyDeleteubi getuk!!! yay..
Bukan dia fikir jalan bengkok. Dia cuma nak berseloroh dgn penumpang. Biasanya dia bertugas di Business Class atau First Class cabin.
DeleteUbi getuk memang best. Lama dah tak makan sejak emak saya dah takde .... huhuhu
sejak duduk setiawangsa tak pernah lg menapak ke puncak setiawangsa
ReplyDeleteSelalu Kay kat belah Giant dan Restoran Riyad tu aje ke?
DeleteJJ au au dan food court... ehehe
DeleteOh kat JJ.
DeleteLain kali kalau saya ke sana saya cuba cari. Mcmana nak kenal Kay ek?
pagi2 dah makan pulut durian?
ReplyDeletetak boleh ke?
DeleteLain kali kita boleh share pulut durian tu sebab banyak juga utk dihabiskan seorang diri
hahaha.. Nice one Mr Steward ! @_@
ReplyDeleteYou were lucky enough didn't say it in front of me. ;)
Me heart ubi rebus + ikan kembung masin + black coffee, lg2 waktu hujan !
Err mkn pulut durian pg2? dgn kopi O manis? (pitam jap baca!)
p/s : mana entah token yg dijanjikan..? dah 'terberi' Adam buat main bowling di Jusco AU2 barang kali.. Huhu..
What would have happened if he said it in front of you? I just wondering ... :)
DeleteUbi rebus + ikan kembung masin memang world. The black coffee just perfected the combination. Ini hujan dah turun. Cepatlah cari ubi
Baca aje dah pitam? Kalau makan mesti pening. Luckily I was ok.
Kena tunggu lama sikit utk dapatkan token tu. Nak belanja makan ada pulak pemenang tu yg bayar awal2 lagi .... huhu
saya pun suka pulut derian
ReplyDeletebanyak persamaan kita berdua ...... cewah
Deletehahaha
Kawan YB tu ada tak buat lawak kalau dia bertugas di Kelas Ekonomi? Kesiannnn penumpang Ekonomi, takde pramuagara nak layan lebih2...hahahah..
ReplyDeleteSebenarnya kan, mmg cita2 saya nak buka restoren yg jual makanan tradisonal macam ubi kayu rebus, lempeng , bubur kacang, etc etc,...:P
Tak pastilah saya kalau dia buat lawak mcm tu di Kelas Ekonomi sebab skrg dia dah tak bertugas di Kelas Ekonomoney tu ..... hehehe
DeleteSkrg ini dia di LA lagi. Nanti bila dia balik dan ajak saya makan ubi rebus lagi bolehlah saya tanya dia.
Semoga cita2 doc tu menjadi kenyataan. Kalau nak cari chef part time, Haikal boleh membantu kot masa cuti sekolah .... hehehe