Monday, September 23, 2013

Hutan Lipur Kemensah, Hulu Klang

Jika anda mencari tempat untuk berkelah yang menarik dengan suasana hutan dan air sungai yang nyaman serta tak jauh dari KL, Hutan Lipur Kemensah adalah antara pilihan terbaik. Terletak berhampiran dengan Zoo Negara, Hutan Lipur ini menawarkan kepelbagaian flora dan fauna yang pasti menggamit pengunjung terutama wargakota.

Cewah ayat pembuka kata aku kali ini. Harap takde siapa yang nak termuntah. Kalau nak muntahpun tunggu dulu. Aku nak cerita perkelahan kami sekeluarga petang Sabtu lepas ke Hutan Lipur Kemensah ini. Kami telah ke Angah Chalet. Memang best ....

Macamana nak ke sana?
Hutan Lipur ini terletak di belakang Zoo Negara. Untuk ke sana, ikut jalan sebelah tepi Zoo. Anda akan melalui Kg Kemensah. Teruskan lagi perjalanan sehingga anda nampak sebuah surau di sebelah kiri jalan di tepi sungai.


Selepas surau tersebut jalan akan menjadi semakin sempit. Nak berselisih dua buah kereta agak mencabar. Teruskan perjalanan sehingga anda nampak Jinbara Resort di sebelah kanan jalan. Terus lagi sehingga anda sampai di satu persimpangan. Belok ke kiri dan jalan itu mendaki sedikit. Di sebelah kiri itu ada sebuah kolam pancing. Tak jauh dari situ ada tempat parking kereta. Terus sikit lagi dan anda akan tiba di Teratak Angah. Jarak dari MRR2 di depan Zoo Negara ke Teratak Angah cuma 4.4 km saja. kalau lebih daripada itu maknanya anda dah tersesat jalan!

Cerita banyak pun tak guna. Mari kita layan gambar-gambar tempat itu.


Air sungai paras dada yang sesuai untuk berenang atau sekadar berendam. Ada juga disediakan gelungsur


Bagi yang berani boleh bergayut di satu tali yang diikat pada sebatang pokok tinggi dan swing masuk ke dalam air macam tarzan


Ini chalet yang kami sewa. Betul-betul di tepi sungai. Adam bersama kakaknya testing the water. Emak Adam kelihatan memandang dari jendela chalet. Gambar aku ambil dari atas jambatan di sebelah chalet tu


Peace yo


Ruang dalam chalet. Dapatlah privacy. Nak salin pakaian pun senang tapi perlu ke bilik mandi. Memandangkan kami sampai ke situ pada pukul 4 ptg, kami dikenakan bayaran RM20 saja utk sewa chalet. Harga biasa utk satu hari ialah RM40 untuk chalet ini. Chalet2 lain, lain pula harganya mengikut saiz



Ini kadar sewa di situ. Aku nasihatkan elok anda buat tempahan sebelum ke situ. Takut tak dapat chalet kalau tak booking awal-awal

Macamana kawan-kawan. Masih rasa nak muntah lagi ke? Kalau dah ok, apa lagi? Bolehlah bawa famili atau rakan2 anda ke tempat ini

23 comments:

  1. Dari dulu asek dengar ipar duai ke sana, tapi Che Mid tak jejak lagi ke situ. bukan jauh mana pun dari Klang.. Bila tengok gambar macam ni, rasa nak pergi laaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok sangatlah tu kalau Che Mid dapat pergi bawa keluarga ke sana. Tempat mandi sepanjang sungai tu pun agak panjang. Jadi kalau tak nak dekat dgn yg ramai orang, boleh ke kawasan yang agak sunyi tapi masih di sekitar Teratak Angah ni.

      Delete
  2. tak sangka ada tempat macam ni belakang zoo negara! Errr...harapnya tiada pencemaran najis rimau, gajah dan badak mengalir ke sungai tu! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu tak ramai orang masuk ke situ sebab ini sebahagian daripada perkampungan org asli. Jika musim buah, memang banyak buah kat situ.

      Skrg ni dah semakin popular dgn pengunjung.

      Tiada pencemaran najis haiwan dari zoo sebab sungai ini di hulu daripada sungai yg mengalir di dalam zoo tu.

      Delete
    2. Tadi rasa nak pergi tetiba terasa cam nak kena kansel jerk...ahahaa... Ko spoil mood betullah!

      Delete
  3. Rasa dah lama sgt tak bawa anak2 mandi2 manda tempat2 mcmni..anak2 dah besar panjang dah tak mahu ikut ibu diaorg dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah bila anak2 dah besar panjang mereka lebih suka ke tempat2 seperti ini bersama kawan2 mereka.

      Kalau Ida nak pergi berkelah kenalah cari kawan2 lain nampaknya. Mungkin boleh ajak geng KKA ..... ngeeee

      Delete
  4. Walaupun sesekali saya dok di rumah Melawati tu, belum pernah lagi ke sana.,padahal dekat saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dari Melawati tu merangkak pun sampai .... hehehe

      Kena pergi ni. Kalau tak, rugi

      Delete
  5. Assalamualaikum,
    Macham jauh la pulak nak pi sana sbb area cheras dan semenyih sana ada jugak tempat2 cenggini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss,

      Area Cheras dan Semenyih memang ada tempat mcm ni tapi airnya mcm tak dalam aje ....

      Jomlah kita ke sini satu hari nanti .... ngeeee

      Delete
  6. Replies
    1. Tak tidur sebab hari Ahad tu saya ada program lain

      Delete
  7. Agak2 kalau pergi dgn anak2 sahaja tido sana selamat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah selamat sebab tak jauh dari Teratak Angah ni ada kolam pancing. Jadi org sentiasa ada di kawasan itu

      Delete
  8. Err, tak nampak pun gambar pakai speedo?

    ReplyDelete
  9. kalai pergi awal pagi, org mungkin belum ramai kot kan? Geram sbb tak dapat berendam ! Muehehe..

    It was an amazing evening anyway.. Thank you so really much to you & your family.. Fantastic ! It reminds me of my journey to CH sorang2 jg.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamana nak pergi awal pagi sebab ada org tu ada kelas ... hehehe

      Lain kali bawalah pakaian utk berendam. Dan jangan lupa bawa tangguk ikan sebab ada banyak ikan kat situ. Boleh kita makan ikan bakar ... ngeee

      Yup it was amazing indeed. Thank you for sponsoring the chalet

      Delete
  10. ayat pembuka mcm ala2 wat karangan bm time spm la YB
    saya tak pernah pi sana, tapi saya tgk cam best jek
    bila nak ajak nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayat mcm ni mesti yg periksa karangan ni terpikat lagi terpaku untuk terus membacanya. Ala-ala ayat Kementerian Pelancongan pun ada .... huhu

      Kalau tak pernah pergi sana kenalah ke sana. Memang best. Bawa tangguk ikan sekali supaya boleh guna utk tangkap ikan.

      Nanti kita suruh KKA buat program kat situ ....

      Delete
  11. Assalam , nape no tiponnya tak berangkat...huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails