Bulan September tahun lepas aku dan keluarga ke Kundasang untuk bercuti. Kami tinggal di May Homestay semasa berada di sana. Kami sangat seronok tinggal di sana sehingga aku membuat satu entri khas bertajuk Tempat Tinggal Yang Best Di Kundasang.
Tuanrumahnya yang bernama Emelda Farida sangat peramah dan baik hati. Semasa kami ke sana dia bekerja sebagai seorang guru. Sekarang dia dah berkhidmat dgn PDRM di Ranau. Namun demikian Emelda masih tinggal di Kundasang dan boleh melayan tetamu yang sudi menyinap di homestaynya.
Sejak aku buat entri tersebut ramai orang yang telah masuk ke blog aku bila mereka mencari tempat tinggal di Kundasang. Inilah di antara entri aku yang paling banyak dibaca dan juga yang paling banyak komen. Tak kurang juga yang telah menginap di homestay tersebut setelah membaca dan bertanya beberapa soalan di blog aku.
Bagi aku, ini satu sumbangan kecil aku kepada seorang yang aku anggap sebagai rakan keluarga yang mempunyai produk yang baik tapi kurang membuat publisiti.
Emelda telah beberapa kali menghubungi aku untuk mengucapkan terima kasih di atas 'bantuan' aku mempromosi homestaynya.
Jumaat lepas dia sekali lagi menghubungi aku untuk meminta alamat rumah aku. Dia nak menghantar sesuatu kpd keluarga kami.
Semalam bungkusan yang dihantar itu telah tiba melalui khidmat Poslaju. Rupanya Emelda telah menghantar beberapa bungkus teh Sabah dan kopi Tenom yang terkenal itu di samping satu kad ucapan Hari Raya.
Kepada Emelda, terima kasih kami ucapkan. Teh itu akan kami buat hidangan berbuka puasa petang ini.
Tak percaya lah... Takda gambar, kan? Hahahahaha!
ReplyDeletekak azie provoke yb eh?
Deleteihik.
Azie - Gambar ada di fb. Sila ke sana kalau nak tengok. Ada banyak yg dia hantar ..... ngeee
Deletet.a.t.a - azie saja nak bergurau tu. Ada yang nak kena geget ni
Deletekundasang best kan!!
ReplyDeletesejukkk
best sangat. Waktu malam sejuk macam kat Alps ...... hehe
DeletePoslaju memang laju. Van dia pun sangat laju.
ReplyDeleteSaya selalu ditinggal di belakang oleh van ini.
Van dia laju sebab nak pastikan barang atau yg dokumen yang kita hantar hari ini sampai ke destinasinya semalam ...... huhu
Deleteps - dulu saya diberitahu van dia takde insuran sebab van kerajaan. Kalau dilanggar van tu, azab nak tanggung kos repair kereta kita .... ngeeee
bagus2...
ReplyDeletebantu membantu amalan mulia.... Jemput la May n Emelda datang semenanjung.. blh jumpa lagi... :)
Inilah antara cara saya dapat membantu.
DeleteDah jemput mereka singgah ke rumah kalau mereka ke KL. Buat masa ni mereka belum ada rancangan ke sini sebab kedua2nya sibuk dgn kerja baru mereka. May dah jadi pramugari MASWing dan Emelda pula dah jadi polis.
Nanti kalau mereka ke sini bolehlah jumpa dgn geng memuah terutama korang berlima yg dah ke sana tu.
tak balas ke kad raya tu ? :D
ReplyDeleteDah lama tak guna kad raya yg fizikal. Nanti saya balas di alam maya ajelah ya.
Deleteps - kad raya juliet tahun lepas pun saya tak balas sebab awak tak tulis alamat .... huhu
Tak nak syer denga kita org ka? Hehehee...
ReplyDeleteBolehlah datang sini kalau nak rasa teh atau kopi sabah tu ....
Deletekdg2 kita share secara ikhlas
ReplyDeletetanpa disangka mendatangkan rezki bagi org lain
alhamdulillah, sharing is caring ;)
Produk yang baik kita tak segan nak kongsi dgn orang lain. Ada sebahagian yang dah pergi ke sana memberi feedback yang positif.
DeleteAlhamdulillah jadi rezeki tambahan kpd mereka adik beradik.
Nape sya rasa mcm baca karangan?hahaha....larikkkk!!!!!
ReplyDeleteAgak2 boleh dapat A tak karangan ini? ..... hehe
Deletekalo p kundasang tu, cakap kata sy kawan YB, gamaknya boleh stay free tak kat sana? ehehhee
ReplyDeleteBolehlah cuba.
DeleteTapi saya pun kena bayar juga kalau ke sana. Cuma mungkin duduk dua malam tapi kena bayar sewa utk satu malam saja.