Tuesday, July 23, 2013

From Kundasang With Love

Bulan September tahun lepas aku dan keluarga ke Kundasang untuk bercuti. Kami tinggal di May Homestay semasa berada di sana. Kami sangat seronok tinggal di sana sehingga aku membuat satu entri khas bertajuk Tempat Tinggal Yang Best Di Kundasang.

Tuanrumahnya yang bernama Emelda Farida sangat peramah dan baik hati. Semasa kami ke sana dia bekerja sebagai seorang guru. Sekarang dia dah berkhidmat dgn PDRM di Ranau. Namun demikian Emelda masih tinggal di Kundasang dan boleh melayan tetamu yang sudi menyinap di homestaynya.

Sejak aku buat entri tersebut ramai orang yang telah masuk ke blog aku bila mereka mencari tempat tinggal di Kundasang. Inilah di antara entri aku yang paling banyak dibaca dan juga yang paling banyak komen. Tak kurang juga yang telah menginap di homestay tersebut setelah membaca dan bertanya beberapa soalan di blog aku.

Bagi aku, ini satu sumbangan kecil aku kepada seorang yang aku anggap sebagai rakan keluarga yang mempunyai produk yang baik tapi kurang membuat publisiti.

Emelda telah beberapa kali menghubungi aku untuk mengucapkan terima kasih di atas 'bantuan' aku mempromosi homestaynya.

Jumaat lepas dia sekali lagi menghubungi aku untuk meminta alamat rumah aku. Dia nak menghantar sesuatu kpd keluarga kami.

Semalam bungkusan yang dihantar itu telah tiba melalui khidmat Poslaju. Rupanya Emelda telah menghantar beberapa bungkus teh Sabah dan kopi Tenom yang terkenal itu di samping satu kad ucapan Hari Raya.

Kepada Emelda, terima kasih kami ucapkan. Teh itu akan kami buat hidangan berbuka puasa petang ini.




20 comments:

  1. Tak percaya lah... Takda gambar, kan? Hahahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak azie provoke yb eh?

      ihik.

      Delete
    2. Azie - Gambar ada di fb. Sila ke sana kalau nak tengok. Ada banyak yg dia hantar ..... ngeee

      Delete
    3. t.a.t.a - azie saja nak bergurau tu. Ada yang nak kena geget ni

      Delete
  2. Replies
    1. best sangat. Waktu malam sejuk macam kat Alps ...... hehe

      Delete
  3. Poslaju memang laju. Van dia pun sangat laju.
    Saya selalu ditinggal di belakang oleh van ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Van dia laju sebab nak pastikan barang atau yg dokumen yang kita hantar hari ini sampai ke destinasinya semalam ...... huhu

      ps - dulu saya diberitahu van dia takde insuran sebab van kerajaan. Kalau dilanggar van tu, azab nak tanggung kos repair kereta kita .... ngeeee

      Delete
  4. bagus2...

    bantu membantu amalan mulia.... Jemput la May n Emelda datang semenanjung.. blh jumpa lagi... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah antara cara saya dapat membantu.

      Dah jemput mereka singgah ke rumah kalau mereka ke KL. Buat masa ni mereka belum ada rancangan ke sini sebab kedua2nya sibuk dgn kerja baru mereka. May dah jadi pramugari MASWing dan Emelda pula dah jadi polis.

      Nanti kalau mereka ke sini bolehlah jumpa dgn geng memuah terutama korang berlima yg dah ke sana tu.

      Delete
  5. Replies
    1. Dah lama tak guna kad raya yg fizikal. Nanti saya balas di alam maya ajelah ya.

      ps - kad raya juliet tahun lepas pun saya tak balas sebab awak tak tulis alamat .... huhu

      Delete
  6. Tak nak syer denga kita org ka? Hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah datang sini kalau nak rasa teh atau kopi sabah tu ....

      Delete
  7. kdg2 kita share secara ikhlas
    tanpa disangka mendatangkan rezki bagi org lain
    alhamdulillah, sharing is caring ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produk yang baik kita tak segan nak kongsi dgn orang lain. Ada sebahagian yang dah pergi ke sana memberi feedback yang positif.

      Alhamdulillah jadi rezeki tambahan kpd mereka adik beradik.

      Delete
  8. Nape sya rasa mcm baca karangan?hahaha....larikkkk!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak2 boleh dapat A tak karangan ini? ..... hehe

      Delete
  9. kalo p kundasang tu, cakap kata sy kawan YB, gamaknya boleh stay free tak kat sana? ehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah cuba.

      Tapi saya pun kena bayar juga kalau ke sana. Cuma mungkin duduk dua malam tapi kena bayar sewa utk satu malam saja.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails