Tuesday, February 19, 2013

Nak Jual Terus Atau Nak Pajakkan

Aku nak sambung kisah penjualan tanah untuk stesen minyak.

Kalau syarikat minyak dah berkenan dengan tanah milik kita atau tanah yang kita jadi brokernya (atau lebih sedap bunyi jika digunakan istilah land vendor), kita sebenarnya ada dua pilihan sebelum tanah itu bertukar tangan.

Pilihan pertama ialah kita jual terus tanah itu. 

Pilihan kedua ialah kita pajakkan tanah itu kpd syarikat minyak untuk tempoh tertentu - biasanya 30 tahun.

Pilihan pertama lebih kemas dan biasanya harga tanah lebih tinggi terutama jika ianya adalah tanah pegangan bebas (freehold). Tapi dengan menjual tanah itu kepada syarikat minyak, tanah itu sudah terlepas daripada milik kita.

Jika kita rasa sayang atau memikirkan nasib anak cucu di kemudian hari kita boleh memilih untuk memajakkan tanah itu. Sebagai contoh jika tempoh pajakan adalah selama 30 tahun, tanah itu akan kembali menjadi milik mutlak kita selepas tamat tempoh tersebut. Pada masa itu, syarikat minyak mungkin mahu teruskan pajakan dengan bayaran baru. Masyuukkk lagi tapi mungkin anak cucu yang merasa sebab kita mungkin dah takde di dunia ini.

Jika syarikat minyak tak mahu sambung pajakan, tanah itu kita boleh pajakkan kpd syarikat lain atau kita majukan utk projek rumah kedai dsbnya.

Kalau boleh dipajakkan kenapa perlu dijual?

Soalan yang bagus tu (hehehe puji diri sendiri!)

1) Jika kita pajakkan, biasanya harga yang ditawarkan oleh syarikat minyak adalah lebih rendah.

2) Bayaran pajakan mungkin tidak dibuat sekaligus pada permulaan tempoh pajakan. Ada syarikat yang membayar sebanyak 3 kali selama 30 tahun itu iaitu pada permulaan tahun pertama, kesebelas dan ke 21.
Sebagai contoh jika tanah itu dipajakkan dgn harga 3 juta ringgit, anda akan dapat RM1 Juta pada tarikh-tarikh di atas. Dan seperti kita tahu, nilai duit sejuta itu pada tahun ke 11 dan tahun ke 21 tidak sama dgn nilai sejuta ringgit tu sekarang.

3) Tanggungjawab membayar cukai tanah pada setiap tahun kekal dengan pemilik tanah dan bukan dibayar oleh syarikat minyak kerana mereka hanya memajak tanah anda. Mungkin anda rasa cukai itu tak banyak sekarang ini. Itu disebabkan tanah anda berstatus tanah pertanian. Tapi jika syarikat minyak memajak tanah anda, tanah itu akan ditukar syarat kegunaan sebagai stesen minyak. Cukai tahunannya adalah jauh lebih tinggi ..... huhuhu

Samada anda memilih utk menjual atau memajak tanah anda, kalau laku tanah anda itu utk tapak stesen minyak, memang lumayan pulangannya!


Aku rasa cukuplah penerangan di atas untuk kali ini. 

50 comments:

  1. Replies
    1. Gigihnya choppp tempat. Dah lewat malam ni takde saingan rasanya .... hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. Taktik ini telah digunakan dgn jayanya satu masa dulu. Ada org tu sampai berjaya dapat hadiah kerana dapat jadi pengomen pertama 3 kali berturut2 .... hehehe

      Delete
  3. Pada saranan YB yang mana lebih bagus jual atau pajak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ianya bergantung kepada beberapa faktor.

      Boleh dibincangkan jika ada kes sebenar.

      Delete
  4. Kalau sya mungkin jual dan beli tanah lain
    ehhh...macamlah ada tanah bunyinya
    hehehe verangsn kan apa salahnya(",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu satu pilihan yg munasabah. Ambil duit dari jualan tanah tu dan laburkan dgn membeli tanah lain.

      Verangan bukan kena bayarpun.

      Delete
  5. Dya pernah bgtahu pd enpakwe masa yb wawarkan di fb
    dia kata ppk beranang ada tanah katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumlah kenderaan di situ taklah terlalu banyak tapi dgn pembangunan berterusan di kawasan sekitar mungkin masanya dah tiba utk membina sebuah stesen minyak di situ.

      Sykt kulit kerang dulu pernah bekerjasama dgn PKK Lenggong utk membina stesen minyak di pekan tersebut.

      PKK Batu Kikir pula ada sebuah stesen minyak BHP.

      Ini cuma dua contoh PKK yang ada stesen minyak.

      Delete
    2. Batu Kikir jembatan bosi.. kampung ese tu YB :)

      Delete
    3. Oh kat sana kampung ekao. Dulu masa anak ese belajar kat MRSM Serting selalu lalu situ .... hehehe

      Delete
    4. Habis tu memang kat pokan Batu Kikir tu lah ya?

      Delete
  6. Cukai tanah tu kekal dengan bayaran sebelum di pajak ke atau lebih ye sebab status tanah dah bertukar kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukai tanah akan naik setelah dipajak sebab kegunaan tanah akan bertukar kepada stesen minyak.

      Jadi kenalah ambil kira jumlah cukai yg kena dibayar utk tempoh pajakan itu. Takut bila semakin hampir ke hujung tempoh pajakan, cukai yg kena dibayar lebih mahal daripada harga pajakan tahunan .... huhu

      Delete
    2. Nak sambung verangan
      sya jual!!!!
      Hahahaha....mak cik kayo(",)

      Delete
    3. Kalau nak lagi cepat kayo jangan jual setakat satu ..... juallah 2-3 tapak sekali .... hehehe

      Delete
  7. Kalu la saya ada tanah camtu, dan ada lak syarikat minyak nak beli... hmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada org jadi jutawan hasil daripada jualan tanah spt ini .... ngeeeee

      Delete
  8. Sya ada juga wawarkan pada sorang kawan dia ada tanah diantara lipis ke raub
    tp sya tak pastilah kesesuaian lokasi tu untuk di buat stsyen minyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh minta dia hubungi saya utk mengetahui tanah itu sesuai atau sebaliknya. Atau eja boleh jadi org tengah. Kalau on, bolehlah dapat komisen sikit sebanyak .... hehehe

      Delete
    2. Insya'Allah sya terjumpa beliau nanti sya cuba wawarkan

      Delete
  9. - apakah ciri2 tanah yg hendak di pajak/beli oleh syarikat minyak?

    - adakah benar stesen minyak di kawasan highway, contohnya di R&R / Hentian Sebelah itu lebih mahal kos nak memilikinya berbanding jika kita set up stesen minyak di kawasan biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh! Abaikan soalan pertama saya tu ya YB..saya baca entri ni terus, baru baca entri sebelumnya ini..hihihih

      Delete
    2. Ciri2nya seperti yang saya terangkan di dalam entri sebelum ini.

      Harga utk tanah stesen bergantun kpd beberapa faktor tapi yg paling utama adalah jumlah jualan minyak dan barangan lain di sesebuah stesen itu. Jika jualannya dianggarkan tinggi, sykt minyak sanggup membayar lebih. Begitu sebaliknya.

      Oleh itu stesen di kawasan R&R lebuhraya biasanya lebih mahal kos tanahnya jika dibandingkan dgn stesen di kampung.

      Delete
  10. alohhh.... xpe2... nti carik tanah... hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mencari. Bila dah jumpa, bolehlah hubungi saya ... hehehe

      Delete
  11. Kalau saya..sebab saya tamak, saya akan jual terus kat syarikat minyak. Buat apa pajak. nak menunggu bayaran complete, entah entah saya pun dah masuk dlm kubur. Tak dpt lah saya nak joli sakan duitnya, nanti cucu cicit yg syok naik kereta sport...hahahahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak salahkan DZ memilih utk menjual terus tanah itu jika itu boleh memberi pulangan yg tertinggi buat masa sekarang. 30 tahun adalah satu tempoh yg agak panjang dan mcm2 boleh terjadi.

      Cucu cicit kalau nak enjoy biar mereka usaha sendiri .... hehehe

      Delete
    2. Eja - nampaknya termakan juga oleh alasan DZ utk jual terus tanah tu ..... huhu

      Delete
  12. Kalau saya, pajak aje.. Sayang nak jual.. Esok lusa entah2 kita nak guna tanah tu balik..

    Masalahnya, saya ni bukannya ada tanahpun nak pajak atau jual.. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau fikir masa depan tanah semakin berkurangan, memajak boleh menjadi pilihan yg baik. Anak cucu sudah tentu akan puji kita sebab tinggalkan harta .... hehehe


      Muda lagi Cik Azz. Nanti slow2 kumpul duit bolehlah beli tanah .... ngeeee

      Delete
  13. As salam YB,

    Baru sempat nak tinggal jejak di sini... Hoye! :)

    Malangnya saya tiada tanah yg strategik utk dipajak/dijual utk stesen minyak! Tanah pun nan hado to be true hikhik... cuma saya nak komen yg mungkin lari sikit dr tajuk... Betul ke business stesen minyak skrg dah tak masyuukkk macam dulu2? Dgrnye yg buka stesen minyak ramai yg mengharapkan 'mini mart' atau kedai runcit yg dibuka dari penjualan minyak itu sendiri... maaf YB saya dgr ckp2 org je...hikhik... nak kepastian dr tokey minyak yg berjaya ni? Apa pandangan YB? :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Marya,

      Terima kasih meluangkan masa di dalam kesibukan Marya tu. Diharap Marya sekeluarga dan baby sihat.

      Bisnes stesen minyak macam juga bisnes2 lain ada yang masyuuukkk dan ada yg tidak. Kalau dapat tempat yg strategik dan pandai mengurus, memang lebat income. Saya kenal beberapa org dealer yang pendapatan bulanan bersih mereka melebihi 50K. Mereka boleh dapat balik modal dlm masa tak sampai setahun. Tak banyak bisnes yang menawarkan pulangan lumayan mcm tu kecuali skim cepat kaya.... huhu

      Dalam pada itu tak kurang juga dealer yang merungut sebab income ciput. Nak bayar overhead pun terkial2. Sebab utama ialah lokasi haprak. Kadang tu saingan daripada stesen lain yg berdekatan sengit. Apa tidaknya bila ada 2-3 buah stesen lain berdekatan atau sebelah menyebelah dgn stesen dia. Itu tak masuk barang di kedai atau minyak di pam kena kapur oleh pekerja yg tak jujur.

      Delete
  14. Oooo baru saya tahu, saya ingat semua tanah tanah untuk tapak station minyak tu di jual rupa rupa nya ada juga yang di pajak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ada macam2 option.

      Kalau nak bina sendiri stesen tu dan lepas tu jadi dealernya pun boleh. Cara ni dipanggil dealer owned, dealer operated atau DODO.

      Delete
  15. waaa...saya takde tanah utk dijual atau dipajakkan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada kenalan yg ada tanah yg difikirkan sesuai masih boleh hubungi saya.

      Delete
  16. Pakcik YB kayooooo...

    CkLah baru bayar cukai tanah tapak rumah nan sekangkang kera ni dah kewalahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiiinn. Semoga makbul doa ckLah tu.

      Tapi yang kaya orang yg ada tanah tu. Saya sebagai fasilitator dapatlah duit kopi sikit ..... sekadar lepas beli susu anak

      ngeeee

      Delete
  17. nak jual ke nak pajak ke, kedua-duanya tak relevan kepada abang sebab abang tak ada tanah yang sesuai untuk dijadikan stesyen minyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanah kat Juasseh tu tak boleh jadikan tapak stesen minyak ke bang? .... hehehe

      Delete
  18. kalau highway macam plus tu,semua stesen minyak dipajakkan atas satu geran kan..highway mana yang stesen minyaknya ada geran berlainan ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanah stesen minyak di lebuhraya mcm PLUS itu adalah sebahagian daripada Right of Way (ROW) highway. Tanah itu tiada geran tanah dan diluluskan oleh Menteri Kerjaraya kpd syarikat tertentu yang memajakkannya kpd syarikat minyak.

      Walau bagaimanapun ada juga tanah di pinggir highway yang ada geran dan tuanpunya tanah telah meminta kelulusan daripada PLUS dan LLM utk mendapat jalan keluar masuk ke lebuhraya. Tanah spt ini ada yg dipajak dan ada yg dijual kpd sykt minyak.

      Untuk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi saya di yunusbadawi.arahsaksama@gmail.com

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails