Thursday, February 21, 2013

YB In Action

Setelah dua entri berturut2 aku bercakap bab tanah untuk stesen minyak, hari ini aku nak demo tindakan yang aku ambil bila ada orang menawarkan tanah.

Mula-mula aku akan kaji kesesuaian lokasi tanah tersebut. Kalau tanah tu di tempat jin bertendang, tak payah nak buang masa.

Seterusnya, jika aku rasa kedudukan tanah itu ada potensi tanya pula harga yang diminta. Kalau dia kata tanah itu RM500 sekaki persegi, sah tak akan ada syarikat minyak yang nak beli. Biasanya tanah yang nak dijual itu masih berstatus tanah pertanian. Harga kenalah berpatutan dgn status itu kerana untuk tukar syarat, pejabat tanah akan kenakan premium. Bukan sikit jumlah premium tersebut. Jika di Selangor, satu ekar premiumnya di antara RM700K - RM800K bergantung kepada taksiran Jabatan Pernilaian.

Semalam aku pergi melawat dua tapak stesen minyak di Klang setelah seorang rakan fb memberitahu aku ada orang nak jual tanah dan stesen minyak di sana. Inilah untungnya ada ramai kengkawan fb dan blogger ...... ngeeeee

Mari kita tengok antara gambar yang sempat dirakam oleh PA aku semalam. (PAlah sangat. Sebenarnya dia ini rakan blogger dan fb aku)


Stesen minyak warna oren ini hendak dijual lock stock and barrel oleh pemiliknya yang berhasrat nak migrate ke ostolia. Aku ada beberapa option jika aku beli stesen ini. Tak boleh cerita detail di sini


Yang baju merah tu rakan fb aku
Tempat cuci kereta ini kalau dijadikan restoran KFC bagus ni .... ngeeee

Tanah kosong di belakang stesen ini boleh dimajukan dengan projek perumahan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selain daripada stesen minyak warna oren ini, kami juga melawat sebidang tanah yang berpotensi untuk dimajukan sebagai stesen minyak.


Buat masa ini hanya pokok2 kelapa tua ini yang memenuhi tapak ini. Rumpun2 serai ini ditanam di rezab jalan oleh org yg tak dikenali


Macha: Kanan sana ada satu saja stesen minyak
Aku: Ini semak mau kasi bersih baru harga boleh kasi up lagi
Hero baju merah: Apa benda dua orang ni merapu


Selesai lawatan tapak kami ke restoran ini untuk menjamu selera

Nasib baik tangan buat macam tu di depan. Kalau di sebelah belakang dah macam Lan Todak dalam filem Juvana pula ... hehehe


Jemput makan semua. Baru nampak muka PA aku tu. Dia suka berkongsi cerita di blognya kerana ada saja kisah ... yang ingin kukongsi .... katanya. Takkan tak kenal dia blogger femes ni kan.


Penghargaan: 
1) Encik Azhan Abd Rahman yang buka lubang untuk 2 sites ini dan belanja kami makan tengahari
2) Azie Azah yang dengan gigih mengambil gambar2 sepanjang lawatan ini. Sebahagian gambar akan aku gunakan untuk proposal aku

24 comments:

  1. yang lock stock barrel tu mau jutaan ringgit harganya tu ye YB?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dia nak jual tanah, stesen dan lesennya sekali. Harga berjuta yg dia minta sebab jualan minyak petrol dan dieselnya agak tinggi, dakwanya.

      Saya dah minta laporan jualan utk kepastian.

      Delete
  2. wahh... satu lagi kedai minyak...

    errmm sebenar nak tanya beberapa soalan...

    boleh saya pm YB... ?!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada rezeki, dua kedai minyak ni ..... ngeeee


      Silalah PM saya kalau ada soalan. Nanti saya cuba jawab.

      Delete
    2. saya ada pm YB smlm tapi saya tak sure YB terima ke tidak...

      klu x keberatan boleh bg email add YB ke..?!..

      supaya mudah saya bertanya soklan... hehe

      Delete
    3. Rasanya saya takde terima PM CPL tu. Semalam banyak masa saya dihabiskan diluar ofis/rumah.

      Awak boleh emel kpd saya di yunusbadawi.arahsaksama@gmail.com

      Delete
    4. Ok saya tunggu. Kalau lambat hantar kena tunggu esok utk dapat jawapannya sebab hari Khamis biasanya saya tutup kedai awal sikit .... hehehe

      Delete
  3. salam YB,

    memang dah jadi macam trend skrg ni tepi stesen minyak mesti ade fastfood restaurant.

    persoalan saya, sejauhmanakah keselamatan pengunjung? stesen minyak tu ade tong2 minyak yg ditanam dlm tanah dengan kedalaman tertentu. lps tu fastfood restaurant ni pula pasti ada aktiviti masak memasak goreng menggoreng. letaknye pula bersebelahan berkongsi bangunan.

    errr tu je nak tau dari saya yang tak berapa nak berpengetahuan dalam bab ni.

    maceh YB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Yati.

      Tidak dinafikan semakin banyak stesen minyak yang ada quick service restaurant sekarang ini. Ini kerana permintaan pengguna dan utk memaksimakan penggunaan tanah.

      Soalan yang cukup relevan. Soal keselamatan adalah perkara paling penting di dalam operasi stesen minyak. Stesen minyak mempunyai zon2 bahaya yg berbeza. Sebenarnya kawasan di tempat lori tangki mengisi minyak dan di sekitar pam adalah zon bahaya kerana kemungkinan kehadiran gas dan wap minyak adalah lebih tinggi di situ jika dibandingkan di dalam restoran. Itu sebab kita tak dibenarkan menghisap rokok, menggunakan hp dan apa saja yang ada punca spark ketika mengisi minyak.

      Jangan risau kawasan memasak adalah selamat kerana jauh dari sumber wap. Lagipun mereka tak menggunakan api terbuka utk memasak.

      Delete
  4. cemana nak mintak kerja kat syarikat en YB? ecehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam biasalah - hantarkan CV dan gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) .... hahaha

      Delete
  5. Setelah 2 entri berturut2 makchaq baca ja tak komen, pasai macam tak tau nak tanya apa, tanah tak dak, kawan2 yang ada tanah pun tak kenai.. minat beniaga pun tak (membeli ja minat..tapi bukan beli yg juta2 la..beli tudung/kueh/baju boleh la..) ni baru nak komen..

    Azie dah joint YB ka?... Harap2 YB ada mimpi tangkap ikan paus baru-baru ni... boleh jugak makchaq tumpang makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah saya tengok ramai pengunjung 2-3 hari w/pun komen tak banyak mana. Rupanya ramai org yg baca tapi tak komen sebab takde tanah nak dijual..... ngeee

      Makchaq minat beli tudung ek? Ariani nak buat 50% sale tak lama lagi .... hehehe

      Azie saja ikut saya semalam. Kan dia masih bercuti panjang. Sykt saya tak mampu nak bayar gaji otai mcm dia yang ada lebih 20 tahun pengalaman. Budak2 muda lepasan kolej bolehlah join kami terutama yg anak2 dara cun tu .... hahaha


      Belum ada mimpi ikan paus lagi. Mungkin malam ni kot. Itu pun kalau tidoq awal .... hahaha

      Delete
  6. - Tu stesen BHP kat Meru ke YB?
    - Owner nya nak migrate ke Ostolia? hahahaha..saya kalau dah kaya raya ada stesen macam tu(bagai di dakwa), saya tak migrate..Tapi setiap 3 bulan saya balik kampung(ostolia)..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stesen BHP ni bukan yang kat Meru tapi dekat kawasan2 situ jugak. Kalau bagi tahu kat mana nanti ada org lain nak hijack. Saya baru siapkan proposalnya dan akan bentangkan kpd client minggu ini juga.


      Owner tu dah bosan ajaknya duduk sini. Itu sebab dia nak chow secepat mungkin.

      DZ kalau setiap 3 bulan balik kampung eloklah beli kapalterbang sendiri .... hehehe

      Delete
  7. Tanah kosong tu milik Macha tu ke YB? Kayo rayo la macha tu kalau Shell jadil beli...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanah kosong tu milik kawan macha tu. Macah tu pulak kawan Azhan .... hehehe

      Kalau Shell atau Petronas atau syarikat minyak mana sekalipun jadi beli bukan setakat macha dan kawan2nya kayo rayo. Yang lain yg terlibat ni pun dapat jugak tempiasnya .... ngeeee

      Delete
  8. moga proposal YB berjaya nanti.... malam ni harap mimpi ikan lae la, tak kiro la ikan apo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn.


      Terima kasih mendoakan kejayaan kami.

      Harap2 mimpi ikan penuh sekapal ...... ngeeee

      Delete
  9. menarik moga kejayaan akhirnya amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita buat kerja ni biar seronok. Kalau tak berjaya pun dah seronok. Kalau berjaya dua kali seronok!


      Terima kasih mendoakan kejayaan kami.

      Delete
  10. Assalamualaikum En. Yunus ,

    Maaf mengganggu . Mohon kepastian samada lokasi stesyen tersebut terletak Batu 3 1/2 Jalan Kapar ?

    Saya dihubungi seorang agent hartanah ( berbangsa Hindu based Klang ) tetapi gerak hati saya berasa kurang enak kerana agent tersebut ada potential untuk tamak dan tidak bertanggungjawab kerana sering arrogant enggan memberi maklumat specification hartanah yang ingin dijual kepada saya atau / dan collaborate dengan kami ( syarikat milik kami anak beranak ) . Sekiranya ada maklumat hanya 30% - 50% saya boleh percaya .

    Mohon nasihat En. Yunus dan saya mewakili isteri dan anak panjat doa dan jutaan terima kasih atas nasihat En. Yunus .

    Maaf sekiranya Bahasa Melayu saya carca merba .

    Terima Kasih dan Wassalamualaikum Warahmatullah
    AHMAD LUTFI RAHMAD
    AKK NIAGA ENTERPRISE
    Selangor Darul Ehsan
    alrunikl19@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Waalaikum salam Encik Ahmad Lutfi,

    Memandangkan info yang hendak dibincangkan mungkin agak sensitif, saya rasa ada baiknya Encik Lutfi menghubungi saya melalui emel di

    yunusbadawi.arahsaksama@gmail.com

    Saya akan cuba jawab di sana, insya Allah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails